Sep 9, 2015

Enam Poin Kosong.



Salam,
ini ialah kesinambungan kepada satu entri lalu yang bertajuk Enam Poin Empat.
Aku cadangkan kalian baca dulu entri tersebut sebelum terus membaca entri ini.






Yup.
Aku tahu ada je yang tak baca entri yang aku suruh tu baca tu.
Jadi aku letakan rumusan di bawah:

cEro pergi buat ujian darah pada awal tahun 2015 dan keputusannya mendapati tahap kolesterol dalam darah cEro berada di paras 6.4 di mana paras itu dikategorikan sebagai TINGGI walaupun badan cEro tidaklah besar mana. Ini semua kerana cara pemakanan cEro yang menggemari makanan berminyak dan bergoreng, terutamanya 'burger kahwin cheese' (burger double dengan daging lembu dan daging ayam dilapisi cheese..Awww yiss! Sedapnya!). Doktor menasihatkan cEro supaya meninggalkan tabiat pemakanan yang tidak sihat itu jika mahu hidup lama dan bebas dari penyakit. cEro terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada burger kahwin cheese dan setelah enam bulan berlalu, kini cEro kembali berhadapan dengan doktor bagi mengetahui keputusan darahnya yang seterusnya.

Awkward gila gelar diri dalam kata nama ketiga.
I wonder macam mana Aman Wan boleh lakukannya...

Untuk rujukan,
jumlah kolesterol dalam darah yang sihat ialah 5.2 mmol/l,
5.26.1 berada di 'borderline-high' manakala atas kepada 6.2 ialah TINGGI.

Atas sebab tertentu,
aku akan menjalani ujian darah dan DNA study setiap enam bulan.
Jadi, hasil keputusan kali ini sepatutnya ialah untuk ujian bulan Jun lepas.
Alaa, makmal hospital kerajaan. What to expect, kan?

Walaupun ada penurunan dari 6.4 kepada 6.0,
tapi paras itu masih tidak sihat dan aku diminta terus mengawal pemakanan.

Rupanya nak turunkan kolesterol dalam darah bukanlah satu usaha mudah.

Aku bukan doktor (at least belum lagi),
tapi biar aku berikan analogi mudah tentang kolesterol dalam darah ini.
Betulkan aku kalau aku silap:

Bayangkan saluran darah kita sebagai jalanraya.
Dan sel darah kita adalah kenderaan atas jalan tersebut.
Kolesterol pula adalah sampah-sampah yang berada di atas jalanraya.

Jalanraya yang lancar adalah jalanraya yang tidak dipenuhi sampah.
Jika sampai satu tahap jalan tersebut dipenuhi sampah, kereta sudah mahu lalu.
Sampah yang menimbun di tepi jalan lama-lama semakin menutup jalanraya sehinggakan jalan menjadi sempit lalu kesesakan boleh berlaku.
Kereta yang mahu lalu akan terkandas dan lambat sampai ke destinasi.

Kesesakan inilah yang kita boleh gelar tekanan darah tinggi.
Darah tidak sampai ke tempat tuju dengan berkesan membuatkan oksigen dan nutrien tidak dapat dihantarkan dengan sempurna dan mampu mengundang pelbagai penyakit.

Jika ianya berlaku di salur darah jantung, kita sakit jantung.
Jika ianya berlaku di salur darah menuju ke otak, kita boleh dapat strok.

Macam sampah di jalanraya, ianya bukan sehari terus banyak.
Ianya mungkin bermula dengan pemandu bangang yang buang plastik gula-gula ke luar tingkap kereta.
Sikit demi sedikit sampah menjadi banyak.
Lama kelamaan sampahnya cukup banyak untuk mengeras di tepi jalan dan menghalang aliran kereta.

Kolesterol juga begitu.
Ianya hasil daripada pengumpulan kolesterol dari makanan yang tidak terkawal dan berterusan.
Lama-kelamaan ianya meningkat dan jadi semakin banyak dalam darah.

Membersihkan sampah di tepi jalan yang sudah banyak pun bukannya kerja mudah.
Apatah lagi jika sampah itu sudah mengeras dan sebati dengan jalanraya.

Sama juga seperti usaha mengurangkan kolesterol.
Ianya tidak mungkin berjaya sekelip mata.
Jika kita disiplinkan diri mengawal pengambilan makanan berkolesterol,
lama kelamaan paras kolesterol akan turun ke tahap yang selamat.
Biar input kolesterol lagi rendah dari outputnya,
lama kelamaan kolesterol yang berlebihan dalam darah akan berkurangan.

Dan enam bulan (untuk aku) belum mencukupi.

Biar aku tekankan sekali lagi bahawa bersenam tidak berapa membantu dalam pengurangan paras kolesterol dalam darah jika kita tidak mengawal pemakanan.
Dan tiada siapa selamat dari kolesterol.
Jangan kata ianya tidak akan terjadi kepada anda.
Baik yang berbadan besar atau si keding kerempeng pun,
kalau pemakanannya tidak sihat, dia masih akan terdedah dengan bahaya kolesterol.



Marilah sama-sama menjaga pemakanan.
Tanya doktor anda untuk maklumat lebih lanjut.
Periksa kesihatan dan uji darah anda secara berkala.
Biar tak dapat makan burger kahwin cheese sekarang daripada sakit jantung di kemudian hari.

Tapi...
burger kahwin cheese sedap!
Aduh. Dilema betul...






.

38 comments:

  1. BV paling taksuka jumpa doktor. wakaka :D
    apa petanda kolestrol tinggi ya?? ada tips tak??
    takut lak nak makan makanan berkolestrol pasni :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. @BudakVanilla
      Kalau tak suka jumpa doktor, dekat farmasi pon boleh check darah & kolesterol. Akak2 farmasi pun selalunya baik hati dan manis je muka...hehhee

      Itu bahayanya kolesterol ni.
      Tiada petanda yang nyata.
      Sampai satu tahap, kita akan sakit terus, sama ada sakit jantung, strok, high blood pressure dll...
      Tapi bila dah sakit tu macam terlambat sikit dah nak start kawal kolesterol, sbb tu kena selalu check..Hehe

      Delete
    2. thankss for tips! :D
      memang kena jaga pemakanan la lepas nie since takda petanda yg nyata. takut pulak bila tahu. wakakaka :3

      Delete
    3. @BudakVanilla
      Betul betul.
      'We are what we eat' memang satu quote yg sangat tepat.
      Jom start jaga pemakanan jom... :)

      Delete
  2. hahaha sy baca sy baca!
    tapi.. 3 bulan yg lalu lah.
    hahahaha dan saia maseh tak pergi check lagi awwaaa, huhu
    takut utk hadapi kenyataan barangkali, terus lah mereput dalam denial mode.

    jd dokter saya pls :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Zyra Roxx
      Hhahaha..awak tu tak ada motivasi nak pergi check tu...
      Kalau dibuatnya si doktor yg check tu tahap kacak macam Leonardo DiCaprio, sure tiap2 hari check kolesterol...hehehe

      Nak saya jd dokter?
      Dokter cinta nak? Hehehe

      Delete
  3. salam singgah...

    pest time jenguk blog ni..hahaha

    nak jaga gula dlm darah ni la susah... hahaha sbb faktor pemakanan...

    Sumijelly.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Sumi Jelly
      Selamat datang.

      Macam orang kata, we are what we eat.
      Kalau macam aku yg selalu pekena burger ni memang tak terkejutlah darah pun penuh dengan burger dlm bentuk kolesterol...hehehe

      Delete
  4. aku takut benda yang sama jadik kat aku gak..rasa cam kolesterol tinggi gak ni..guhuhuhu...tapi malas nak gi cek..kalaula dr boleh datang umah, bawak segala macam gadget hospital untuk cek aku, lama dah aku cek..hahaha..

    Uuuuuuuu, by saying dr, do you mean medical dr...? Or PhD dr? Uuuuuuuu..either one, coooolll..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lee! Rindunyaaaaa.. TT_TT
      Come back here and let me love you!!!! >o<

      Delete
    2. @Lee-kun
      Kalau malas gi hospital, gi farmasi pun boleh rasanya.
      Tapi kena bayar lebih lagi laa sbb sample darah yg dia ambik tu nanti hantar ke makmal hospital jugak..hehe

      Pretty sure medical doktor sbb kalau doktor PhD maka ramailah yg kena diagnos salah nanti...hahaha

      Delete
  5. oi aku baca la. haha. last aku cek kolestrol 4.7. eh ke tu gula eh? biarlah. skrg aku rs aku sihat hahaha *konfiden*

    eh btw, kenapa cEro bukan Cero?

    ReplyDelete
    Replies
    1. @NADIA vs BERON
      Kalau 4.7 tu kolesterol, kira sihat tu. Bagusnya.
      Ni mesti kurang makan burger ni...hehehe

      Kenapa cEro bukan Cero?
      Baca entri ni
      6 Tahun: Dari Cerulean ke Lelaki Berambut Simpul.

      Delete
  6. aiyo cero.. kena be careful la.. jaga pemakanan... kalau zizie, lepas makan benda berminyak zizie akan minum air limau nipis.. orang kata, macam detox la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Zizie Zack
      Petua tu memang betul sbb air limau nipis yg berasid dapat bantu pecahkan lemak dlm makanan. Sebab tu orang arab yg makan kambing seekor tu suka minum air limau.

      Thanks sbb ingatkan.
      Selalunya aku lepas makan burger gi bedal teh tarik...hahahaha

      Delete
    2. nice tips kak zizie, boleh amalkan nie. :D

      Delete
    3. @cEro

      Memang berkesan ke minum air limau? Aku memang kerap gak lepas lunch minum air limau. Harap2 berkesan la cara tu nak bg aku sihat.

      Delete
    4. @Bro Ley
      Secara saintifik aku tak pasti sbb tak pernah lagi baca kajian penuhnya,
      tapi aku memang ada pernah dengar chef dari timur tengah beritahu yang orang arab selalu amalkan limau nipis, sebab tu walaupun diorang selalu makan benda berdaging (macam kambing golek, nasi mandi dan kebab) tapi tak ada masalah kesihatan.
      Air limau pun membantu, perahan limau atas daging pun membantu.
      Tapi tengok kuantiti makanan laa.
      Kalau makan serupa gajah tapi minum secawan je air limau, memang tak berkesan laa. hehehe

      Delete
  7. wah, tahniah cero! akhirnya turun gak kolesterol ko. teruskan usaha! aku dulu, lepas setahun baru check semula, dan alhamdulillah dah normal.

    p/s: bila nak lepak lagi weh? makan burger kawen cheese, jom! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. @~* chirpy_chummy *~
      Turun tapi tak tahap sihat lagi...
      Kena usaha lebih ni.
      Ni semua sbb kau perkenalkan kedai mahnaz tu...hehehe

      Hmm..lepak ek..
      Tak silap aku dlm masa terdekat ni ada festival jepun dkat shah alam, tp tak pasti brapa haribulan...
      Jom?

      Delete
    2. Alhamdulillah, ada kebaikan untuk ko kenal kedai Mahnaz tu. haha.

      ko tertinggal ketapi ni, Cero. dah lepas dah bon odori tu tak silap aku. member aku p last week or last 2weeks kot. Ke festival mana ni?

      Delete
    3. @~* chirpy_chummy *~
      Sedihnyeeeerrrrr...
      Dah 2 tahun dah aku looked forward nak pergi, tapi terlepas macam tu je.
      Mati-mati aku ingat dia 12hb, siap tulis dlm kalendar lagi..
      Huk huk huk...

      Delete
  8. Tahniah ya. At least turun juga. Kalau cEro concern pasal cholesterol level, saya concern pasal glucose level. Sampai sekarang takut nak check.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Farah
      For now glucose level still okey, tapi mmg kena sentiasa monitor.
      Macam kolesterol, gula pun boleh tahap silent killer dia...
      Jangan laa takut nak check. Sekali setahun pun okey rasanya :)

      Delete
  9. Hahahaha baguslaa turun weh..kira berguna laa diet apa semua tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @mashy_entah
      tapi kena cekal tak boleh makan burger tu yg agak susah tu...
      Still tak boleh makan burger plak tu...hahahaha

      Delete
  10. eh smlm rasa mcm dah komen tapi takde pulak komen tu kat sini. aku komen kat entry EnamPointEmpat je kot hahaha cissss~

    hermmm cholesterol + glucose level. hermmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. @anamizu
      kolesterol lain. glucose lain.
      Utk aku, glucose level tak ada masalah jadi aku tak monitor sangat.
      Tapi sama je bahayanya. Glucose level boleh dapat kencing manis oooo...nanti dapat penyakit 3 serangkai...

      Delete
  11. Aku bukan nak cakap apa la...tapi aku dengan patuhnya pergi baca entri enam Point empat tu dulu sebelum sambung baca entri ni.

    Tahniah cero...kau dapat turunkan jadi 6.0. Aku ni x tau la berapa aku punya cholestrol level. Malas giler nak g check. Takut pun ada...tetiba doktor cakap ada apa2 penyakit ke....hmmmm....Kalau pakai yang balut2 kat lengan tu utk apa eh? Utk cek darah tinggi kan?

    Aku ada la check pakai yg balut2 tu sendiri. Tapi xde nampak macam ada problem pun. Aku lupa result dia apa. So, kolestrol level ni nak check x boleh la pakai tg balut2 kat lengan tu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setelah diteliti nama doktor tersebut... Dr. AFRO rupanya...
      Aku ingat kau try bg hint yg kau nak tukar nama jadi aEro lepas ni dengan letak nama doktor tu sebagai Dr. AERO. Ternyata aku silap.

      Ni first ni time aku buat silap sepanjang jadi detektif Konon. Kahkah....

      Delete
    2. @Bro Ley
      Bagusnya pergi baca entri lama...hehehe

      Check kolesterol kau kena bagi sample darah. Dia akan amik darah kau dlm tiub utk dihantar makmal (at least aku macam tu, tmpat lain aku tak pasti)

      Yang balut lengan tu namanya check tekanan darah. Yang pam-pam tu kan? Itu nak check darah kau sihat tak tekanan dia, tak dapat nak check kolesterol atau glucose.

      Rajin betul kau nak check nama doktor tu..
      Kamon laa Detektif Konon, takkan dah takde kes pembunuhan yang nak diselesaikan kot? Heheheh

      Delete
  12. Aku nak check, tapi aku takut......... jarum. Hahahaaa *nangis sampai banjir*

    ReplyDelete
    Replies
    1. @plain83
      Hmmm...
      Itu aku tak mampu nak bagi nasihat.
      Takkan nak kena tidurkan kau dulu semata2 nak amik darah buat check, kan? Hehehe
      Kalau berani sikit nanti pergi laa check.

      Delete
  13. Hari2 aku minum teh tarik, agak2 mcm mana la tahap kolestrol aku.. Nk kena check jgk ni. Anyway, good info cero :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Kaito Kid
      Walaupun teh tarik sudah jadi makanan warisan negara, tapi kalau boleh jangan kerap sanagt minum.
      Tiap2 hari tu macam kerap sangat tu. Hehehe
      Pergi check laa...pastu lebihkan bersenam.
      InsyaAllah okay laa nanti.

      Delete
  14. tak sangka cero kenal Aman Wan lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. @sabrina nasron
      Tak sangka ada juga yang dapat tangkap reference Aman Wan tu.
      Hehehe

      Delete
  15. Saja blog walking ke sini, entah kenapa entry ini terbaca nama sendiri. Hahaha! Aku beraman-aman di blog dan FB je. :p

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026