Jul 1, 2015

Cerita Ramadhan Minggu Lepas.



Salam.
Entri ini panjang. Sila bertahan membacanya.

Ramadhan boleh menjadi penyebab untuk (mini) reunion bersama kawan-kawan lama.
Kalau nak diharapkan waktu lain, bila diajak berjumpa catch-up cerita,
masing-masing sibuk dengan alasan 'ada komitmen', sibuk dan ada janji lain.
Jadi bila Ramadhan, ajak berbuka puasa bersama,
yang bujang kebanyakannya mesti setuju.
Yalah. Sebelum ini selalu buka seorang, bila ajak bersama siapa nak tolak.
Yang dah kahwin, aku malas nak ulas.

Cukup mukadimah, masuk poin utama.

Alkisah minggu lepas aku sempat berbuka puasa dengan dua orang kawan lama.
Seorang bakal mendirikan masjid dalam masa beberapa bulan,
manakala dua lagi (termasuk akulah tu) masjid pun liat nak jumpa.

Ceritanya bermula apabila kawan aku yang bakal mendirikan masjid ini (aku beri nama Ali) bertanyakan kepada kawan yang masih bujang trang-tang-tang seorang lagi (aku beri nama Abu).

"Abu. Kau kerja apa sekarang?"
Liat Abu nak jawab. Tapi dari raut wajah dia aku tahu jawapan dia.

"Aku menganggur, bro. Dah 6 bulan dah."
Suasana jadi awkward sebentar kerana semua tak tahu macam mana nak proceed.

"Belum rezekilah tu. Sabar ya." Aku cuba menjadi pakar motivasi.

"Kau ada minta kerja lain tak?" Ali bingkas bertanya lanjut.

"Ada. Banyak kali dah pergi interview. Tapi masalah datang bila orang lain yang datang interview lebih berkelayakan."



Okey.
Biar aku berhenti cerita itu seketika untuk menerangkan situasi.

Tiada rahsia lagi yang aku pemegang degree major in biologi.
Abu juga sama dengan aku, cuma dia dari universiti yang berbeza.
Tiada masalah dengan kursus biologi kami.
Malah, disebabkan kursusnya biologi,
kami perlu belajar semua perkara yang berkaitan tentang biologi.
Kursus itu ada biophysics, biochemistry, biostatistics, bio-informatic dan macam-macam lagi.
Semua subjek itu memerlukan asas yang kuat,
maka kami perlu belajar segalanya dari asas.

Dengan kata lain, walaupun kami degree dalam biologi,
kami juga perlu belajar fizik, kimia, matematik, statistik dan lain-lain.
Dan dalam kes aku,
aku perlu belajar programming C++ dan benda alah yang seangkatan dengannya.
(Setakat nak buat program mudah kira BMI tu bolehlah buat)
Itu belum masuh subjek wajib universiti seperti philosophy dan languanges lagi.

Begitu juga dengan subjek biologi.
Subjek untuk course genetics dan physiology ada kursus tiga tahun tersendiri,
tapi kami perlu belajar semuanya hanya dalam satu subjek, satu semester.
Dan ikutkan pensyarah, dia akan compile semuanya membuatkan apa yang diajar sangat tepu dan padat.

Pendek kata,
kami tahu semua
we are jacks of all trades...



...but masters of none.


Masalah timbul bila habis belajar dan mahu masuk alam pekerjaan.
Jika seorang dari kami pergi interview untuk jawatan pegawai sains,
para interviewer akan lagi suka memilih mereka yang ada pengkhususan.
Untuk pegawai sains bahagian kimia, mereka akan memilih lepasan ijazah kimia daripada biologi (logik lah tu).
Begitu juga untuk bahagian fizik dan matematik.
Majikan mana nak ambil pekerja untuk jawatan matematik tapi pilih budak biologi?

Tapi masalah lebih berat bila memilih untuk jawatan pegawai sains bahagian biologi.
Bergantung kepada kerja, majikan lagi suka pilih budak biologi pengkhususan daripada biologi tulen.
Contohnya budak biochemistry lagi laris daripada budak biologi itu sendiri.
Seolah-olah bila dekat resume tertulis 'sains biologi', mereka akan terus tolak ke tepi.

Market untuk kami budak biologi sangat sempit.

Nilai tambah ada untuk aku sebab aku ada minor selain major dalam biologi.
Tapi untuk kawan aku (Abu) tu yang tiada minor? Bagaimana?

Sebab itu kebanyakan kawan course aku, bila lepas graduate degree,
sama ada mereka sambung ke master dan target nak jadi pengajar akademia,
ataupun terus keluar bidang sains biologi dan kerja dalam bidang lain.
Tak terkejut aku bila ada kawan aku yang kerja bank.

Bayangkan, 3 tahun bertungkus-lumus perah otak jawab biologi.
Stay up malam dekat bilik study 24jam memahami apa yang dipelajari.
Keluar universiti kerja bank yang tak pakai langsung ilmu biologi tadi.
Keluar universiti kerja pejabat tulis paper work yang tak sentuh langsung ilmu tiga tahun mengaji.
Tidakkah itu tahi?
Tapi bagi yang tiada pilihan, apakan daya...



Sambung cerita kawan aku, si Abu tadi,

"Banyak kali dah pergi interview, tapi tak dapat.
Bukan memilih kerja, tapi kerja yang tak pilih aku. Dari kerja makmal sampai ke kerja admin, semua aku apply. Tapi..."

Suasana jadi sangat suram. Aku rasa mata Abu tu dah bergenang dah.
Tapi selaku lelaki di hadapan lelaki, sedut balik kolam di mata itu.

Melihat nasib Abu, aku rasa sangat bersyukur.
Walaupun aku tidak memiliki kerjaya idaman,
tapi paling tidak aku ada kerja. Dapat duit. Dapat hidup.

"Sabarlah Bu. Belum rezeki. InsyaAllah nanti adalah tu..."

"Oh, aku pernah baca satu tweet ni dia kata
zaman sekarang nak kahwin kena ada harta,
tapi dalam Islam kalau kahwin akan tambah rezeki.
Apa kata kau kahwin?"

Dalam hati aku nak juga siku muka si Ali ni.
Ayat dia tak boleh blah...

"Itu persoalannya.
Anak-anak gadis zaman sekarang nak ke bersuamikan seorang penganggur?
Para bakal mak mertua sekarang redha ke bermenantukan orang tiada kerja?"

Aku tamatkan cerita Ramadhan minggu lepas ini dengan persoalan dari si Abu itu.
Apa pendapat kalian?





.

42 comments:

  1. Anak anjing betul, komen guna pc pun boleh hilang..

    we are jacks of all trades...



    ...but masters of none.
    I loike this statement so macho, haha.

    Okey, memang Islam menyarankan supaya kita berkahwin utk murahkan rezeki. Tp dgn keadaan sisio ekonomi dan sosial sekrg, plus mentaliti dan mindset parents yg bermacam ragam, kawin akan jd bala bencana kalau tak kena gaya.

    Rasa mcm nk siku jugak si Ali tu, mentang2 darah tgh manis asyik fikir kaaaaawin aje. Ceh. So kalau Ali nak kawin jgk, pastikan bakal dia tu memahami dan yg penting boleh susah senang sama2, jgn pandang ghuper je (kat sini ada dah sorang calon, yuhuu Ali hensem dak? Kahkahkah).

    Err sorry, entri serius tp dok buat lawak bodo pulak. Hmm nasehat saya, Abu teruskan cari kerja sampai berjaya and if terpaksa, cari kerja yg luar bidang dulu. soal kawin, jgn fikir dulu. lek lu, lelaki kan life begin at forty (konon). Jangan dipeduli si Ali dan cEro tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ali tu mmg patut kena siku pun, hahah. Serius, aku agak curious nak tahu perkembangan Ali lepas ni mcm mana. Sepanjang aku hidup ni, aku dah pernah tengok live beberapa orang manusia yg bercakap agak besar especially bab2 jodoh n rezeki tu, last2...ah, tak payah aku nak sebut. Bukan aku suka tengok rumah tangga orang lingkup ka apa okeh, jangan salah paham dgn komen aku ni huhuh. Pendek kata la, karma dlm islam itu mmg ada, nama dia kifarah. Jgn takbur, tu je nak kata. Tu Ali tu, baik jaga2 sikit naa, baru je pun nak kawin, ada orang lain yg dah kawin beranak-pinak pun boleh jd mcm2 wooo. Pasal Abu tu pulak, teruskan usaha, jgn putus harapan dgn rezeki Allah Taala. Rajin2 buat solat dhuha sekali, solat wajib tu jaga elok2. InsyaAllah, ada la tu. Anggap ini sebagai ujian Allah Taala untuk test keyakinan kau dgn agamaNya. Ganbatte Abu-kun! ^^

      Delete
    2. Oops sorry zygha-chan, gua terkomen dlm bentuk reply ke komen lu pulak... hahaha X3

      Delete
    3. @Zyra Roxx
      Betul. Betul.
      Sebab tu bila aku baca tweet yg kata banding beza kahwin melayu dgn kahwin islam tu aku sedikit nak tergelak.
      Tweet, tweet jugak, tapi nak ke orang yang tweet tu kahwin dgn lelaki yg tak kerja? Jawapannya mesti tak jugak, kan?

      Sekarang Abu memang ada buat niaga sikit kecil-kecilan online. Sebab tu hari tu aku ada tanya pasal nak daftar bisnes apa tu. Aku fikir kalau boleh nak join dengan dia kasi niaga besar sikit...hehehe

      Delete
    4. @plain83
      Hahaha...
      Mungkin Ali dah terbiasa kot bermulutkan begitu.
      Kita doakan yang terbaik je laa untuk dia. Kawan aku tu. Hahaha

      Bab Abu, aku rasa dia jenis tak putus asa kot.
      Tapi kalau berkali-kali try result yg sama juga ada, mungkin sedikit sebanyak tercalar sikit maruah diri tu.
      Dia pernah kata yang dia jadi penat bila kena judge dgn orang sekeliling, terutamanya famili yg asyik bertanyakan tentang kerja dia.

      Kalau aku pun, aku rasa boleh naik gila ooo bila dapat pandangan serong macam tu. Kan?

      Delete
  2. xpa Abu jgn berputus asa.. inshaAllah ade kerja menanti ada... pasal kawen tu, kalau dah ada gf, mak ayah ok nak kawen, blh je truskan

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Razfira
      Susah nak dapat mak ayah perempuan yang tak kisah anak dia kahwin dengan lelaki tak kerja ni...
      Takut2 nanti jadi isu belakang hari pula...
      Kan?

      Delete
    2. memang susah..

      ada la kes terpencil di mana ayah kawan aku bagi je anak dia kawen dgn laki yg xde kerja

      masa hari dia nikah, dapat call yg laki tu diterima bekerja di saty syarikat yg terkemuka.. rezeki kawen kot

      Delete
    3. @Razfira
      Waah! Bagusnya. Untung dia.
      Memang rezeki ni kuasa Allah SWT kan?
      Bestnya kalau dapat camtu.

      Delete
  3. Haha dilema sama macam aku,degree pure chemistry,dan org prefer hire analytical chemistry,food tech etc.
    InsyaAllah ada yg boleh terima kalau mmg jodoh,tapi,dia kena ada strong point lain,mcm rajin bermasyarakat,selalu kat masjid (yg selalu dikunjungi org tua btw).
    Tapi secara realistik,baiklah ada kerja dulu sebelum mulakan keluarga sendiri.
    Dia tak kerja lain dulu ke?keje cashier giant ke pape yg lain?
    Kt kg aku ada sorg budak ni keje cashier walaupun berdegree dan baru je kahwin. Well,mcm aku ni judging ke? Tulisan tak menyampaikan maksud aku kot.
    Btw,ofis aku tgh bukak jwtn kontrak skg,boleh suggest kt dia utk apply. Since we are kind of desperately looking.
    -Star-

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak edit komen ni,tapi komen atas anonymous OTL

      Delete
    2. @Star
      Abu ada niaga online kecik2 sementara nak tunggu kerja lain.
      At least tak laa kosong poket dia walaupun pendapatan tak tentu.

      Pasal offer tu, aku dah panjangkan dekat dia dah.
      Kita tengok nanti macam mana...
      Aku pun nak apply boleh? Banyak vacancies ke?

      Delete
    3. apply contract designer nak?hehe rituh org design tanya aku ada kenal sesape ke.
      -Star-

      Delete
    4. @Star
      aku ni tak laa pandai design sampai tahap nak jadi designer...hahaha

      Delete
  4. Sekarang memang payah dapat keje kan Abu kan. Sabar jer laa. Mungkin rezeki datang pada waktu dan tempat lain. In shaa Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Kakak Tiri Cinderella
      Since komen ni tuju ke Abu, aku tak pasti macam mana aku nak reply.
      hehehe..
      Thanks btw. InsyaAllah :)

      Delete
  5. Aku tak tahulah macam mana nak bagi pendapat tentang si Abu. Mungkin dia boleh meniaga dulu kecil kecilan. Atau dia boleh bantu orang lain meniaga. Mungkin jauhhhh sangat dari bidang yang dia belajar, tapi kengkadang kita rancang tak semestinya akan berlaku kan kan kan... mungkin dia boleh mula belajar meniaga. Mungkin rezeki dia kat situ pula kalau tak makan gaji...

    Aku nasihatkan diri sendiri dulu sebenonya.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Aujinz
      Dia mmg sedang berniaga online kecil-kecilan, tapi macam kau cakap, sbb bisnes bukan forte dia, jadi dia slow sikit.
      Betullah. Kena belajar dulu selok belok berniaga ni, at least kena ada ilmu sikit.
      Rezeki berniaga ni luas, kan?

      Delete
  6. tiga tahun lepas, masa enrol kos mikrobiologi, awal lagi aku dah agak, memang kos aku payah nak survive. fakulti sendiri pilih bulu, lagi suka budak bioteknologi dari budak mikrobiologi. besar mana sangat scope mikrobiologi ni? nak lagi teruk, aku memang tiga tahun belajar mikrobiologi sahaja..takde nak add on, itu pun muat muat je nak sumbat semua tiga tahun.
    sekarang, bila aku dah besar sikit, dan dah tengok banyak benda, aku baru sedar, semua benda susah, kalau nak ikutkan. kawan kawan aku ismp fail berjemaah interview penempatan perguran baru ni, cikgu maths. nak kata tempat takde, tak logik sebabnya matematik ni semua kelas kena ambil. sambung belajar pun tak semestinya akan keluar jadi lecturer. pesanlah kat abu tu, positif jelah setiap masa. itu je benda yang kita boleh buat untuk keep our sanity intact, at least itu berkesan untuk aku, hahaha
    kahwin ni bukan penyelesaian masalah. dan aku memang tak berkenan dgn idea kalau dah susah sangat kahwin jelah. so, no komen. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. @mashy_entah
      Tapi at least microbiology majikan lagi prefer dari pure biology.
      Ada sorang kawan aku budak microb sekarang dah kerja dengan yakult dekat Japan. Best ooo...hehehe

      Tapi betullah.
      Kalau nak ikutkan semua benda susah sekarang ni, bergantung kepada rezeki. Kita boleh cakap yang rezeki belum menyebelahi dia lagi. Mana tahu satu hari nanti dia lagi berjaya dari yang dapat kerja awal-awal ni...

      Pada aku, kahwin is another chapter, kerja is another. Walaupun berkait, tapi tak secara langsung yang direct.

      Delete
  7. susah nak cakap bro sebab aku bukan berada dalam bidang ko dan kawan2, tapi apa yang pasti memang banyak jurusan yang kita belajar masa kat univ bila masuk alam pekerjaan tak banyak peluang pekerjaan, dan disebabkan itu ramai yang cari kerja di luar negara yang lebih memerlukan kepakaran tersebut atau terpaksa beralih ke bidang pekerjaan lain.

    aku benar2 bersimpati dengan nasib kawan ko tu, tapi aku pun tak boleh nak bagi nasihat yang bernas dan yang membantu sangat sebab macam yang ko tahu sendirilah, this is malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Prince of Noob
      Setuju sangat.
      Aku pernah persoalkan apa perlu belajar teruk-teruk tapi akhirnya kerja buat benda lain. Sistem pembelajaran dlm U Malaysia ni lebih kepada course oriented, sepatutnya jadikanlah job-oriented sikit supaya pelajar tahu selok belok alam pekerjaan bila keluar nanti.

      Macam yang kau cakap, nothing to expect dari Malaysia.
      Yang berbakat disia-siakan. Yang tak berbakat jadi menteri :P

      Delete
  8. aku seriously berharap si Abu dapat kerja nanti.tak kisahlah kerja apa asalkan halal dan boleh sara hidup dia sorang pun dah kira okay.insyaAllah..dugaan yang Allah bagi kat dia ni mesti dia boleh hadap sebab tu Allah bagi.sabar..dan berusaha lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Miss Fireflies
      Setuju.
      Anggap ini semua dugaan. Jangan putus asa dan teruskan berusaha.
      Nanti akan dapatlah hikmah di sebalik semua ni.
      Thanks for reminding :)

      Delete
    2. di harapkan abu mendapat kerja nanti insyaAllah
      ada member yg degree terpaksa minta kerja pakai diploma jer, tu pun nasib ada diploma. kalo degree saja macam mana la ye..

      Delete
    3. @budoxe lee
      aku selalu dengar kes macam tu.
      Ada degree tp kerja guna diploma je...
      Macam kami dari matriks, jadi tak ada diploma.
      Sijil matriks mana laku dekat pasaran...hahahha
      Tu yang jadi masalah banyak tu...

      Delete
  9. Moga Abu akan dapat kerja dalam masa terdekat ni. Amin.

    Soalan tu, tak dapat nak jawablah sebab mak bapak ni ada banyak jenis juga. Ada yang tinggi sangat expectation nya. Mungkin ada yang sudi menerima. Mungkin ada yang tak sudi. Wallahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Farah
      Kalau Farah sebagai ibu bapa, rasa-rasa nak terima ke tidak?
      (soalan trivia)

      Delete
  10. Maybe Abu should start small business. Maybe.
    Zaman skang dengan tambahan lambakan drama di kaca Tv, besar kemungkinan pilihan adalah lelaki yg bekerja utk sara anak bini kelak. Macam2 mana pun Abu perlu kuat berdoa je utk kedua2 nya.

    -kudozu

    ReplyDelete
    Replies
    1. @kudozu
      Memang Abu ada buat bisnes online kecik2,
      tapi aku cadang nak join dgn dia kasi besar sikit...
      Tapi itulah, kena ada ilmu bisnes sedikit sebanyak...
      Kena ada passion dan juga yang penting, sedikit modal sebagai pemula...

      Tapi betullah, pemikiran kita anak muda zaman sekarang ni banyak terpengaruh dengan drama TV yang kadang2 tu....tak realistik!

      Delete
  11. Hmmm kesian pulak Abu kena tanya macam tu dengan Ali.
    Mungkin Ali tak berniat pun dan mungkin Ali dah terbiasa cakap jenis terus terang.

    Rasanya, Abu boleh cari kerja lain yang luar dari bidang dulu. Tengok kat fb pun banyak jugak iklan kerja, swasta ada gov pun ada.

    Yep sekarang ni memang susah nak jumpa parents yg bagi anak dia kawen dengan orang yang menganggur. Hmmm tak leh buat apa lah tang tu, sebab parents pun ada point dia sendiri.

    Hmm tetiba risau la pulak. Persaingan untuk cari kerja sekarang pun makin sengit, ekonomi pulak tak menentu. Nak tak nak memang kena struggle.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nanadhoi
      Ali memang jenis macam tu. Bagi yang kenal dah tak kisah dah...hahaha

      Itulah. Kerja luar bidang pun, kekadang majikan memilih course jugak. Iklan dkat fb tu kadang2 macam last minit sgt tarik tamatnya...hehehe

      Betul. Parents pun mesti nak pastikan anak dia yg bakal dilepaskan tu terpelihara. Kalau boleh memang taknak laa bermenantukan penganggur.

      Ekonomii sekarang memang teruk sangat. Harap-harap tak jadi macam Greece :(

      Delete
  12. 6 bulan menganggur..emm sedih sgt ni..hopefully Abu akan dpt kerja jugak nanti..memang skrg persaingan tu sengittt...mcm dekat ofis sy, ambik course perlancongan, bila kerja masuk finance dept..acener?

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Mime MF
      Tambahan pula sekarang ekonomi tak stabil, dengan nilai mata wang jatuh lagi, dengan bebanan inflasi dan taraf hidup yg meningkat lagi...
      Tapi itulah, dah peluang tak ada, nak memilih pun tak terpilih. Hehe

      Delete
  13. ramai lg alami nasib yg sama. realiti kehidupan. sabarlah. ada hikmahnya kenapa Tuhan uji mcm ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Amna Shark
      Setuju.
      Di samping teruskan berusaha dan tak putus asa, kita juga kena sabar dan redha.
      Rezeki itu kan kuasa Tuhan :)
      **note to self**

      Delete
  14. Aku harap abu tu dapat la kerja x lama lagi. Suruh dia doa byk2, doa tgh malam ke time bulan2 ramadahan mana tahu berkat doa, dia dpt kerja yg sesuai dan baik utk dia nanti....

    6 bulan lama gak la..tapi aku rasa still accpetable kot, lain la dah setahun x dpt kerja lagi, mmg lagi sedih kot.....nak tanya, dia baru graduate ke apa? Atau sebelum ni kerja lain?

    Aku rasa kalau dh terdesak sgt memang terpaksa la lari bidang kot....tp ok la jugak dia ada buat bisnes sikit2....mana tahu bisnes tu boleh berkembang lagi ke.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Bro Ley
      InsyaAllah bro. Doa itukan senjata kita orang Islam :)

      Aku ada kenal orang yg menganggur dekat 2 tahun ooo..Abu bukanlah fresh grad, tapi at the same time tak ada pengalaman kerja yg banyak. Dia pernah kerja satu syarikat ni tp terpaksa diberhentikan sebab syarikat jadi kecik. Kena sack katanya...

      Memang niat dia kalau dapat apa-apa bidang pun dia rembat je. Tapi masalahnya majikan yang tak mahu course dia. Dia tak memilih, cuba dia tak dipilih majikan. Apakan daya....

      Delete
  15. aku paham apa abu rasa. walaupon aku bukan bidang mcm abu. ekceli, aku ni pon kira agak luck sbbnye masa aku apply kerja kat company sekarang ni, calon-calon yg mmg bidang IT kat sini takde masa tu. aku pulak bidang English Language & Literature Studies (ELLS) <--- part of TESL or TESOL jugak sbnrnye cuma bkn under Fakulti Pendidikan. so sememangnya mana2 majikan yg tengok je resume aku degree in ELLS tu, konfem dia akan KIV je dulu muka aku ni. course aku pon sbnrnye majikan lebih prefer akan ambik yang TESL or TESOL. Tapi tu lah nasib baik takdir membawa aku ke kampung aku sendiri dan aku diterima bekerja dengan company ICT ni eventho aku memang takde basic IT langsung. cuma jenis suka main gamble je godek sana sini. walaupon aku hanya makan gaji pokok saja tanpa ada sebarang penambahan gaji / OT / elaun atau apa2 benefit lain, tp skrg ni dah tahun kelima aku kerja kat sini. bukan aku tak cuba cari kerja lain tp disebabkan degree aku tu, majikan tak pandang aku.

    dan aku rasa amat betul sbnrnye kalau Abu amek langkah buat bsnes online. nak taknak, kalo nk pinang anak dara org, mmg kena ada kerja atau paling tidak bisnes sendiri yang agak stabi. kdg2 parents bukanlah nk pandang jawatan besar mana sgt. cukuplah kalo bakal memantu dia tu mmg dari segi zahirnya menampakkan yg dia akan mampu untuk jaga dan sara baik2 anak dara diorang yang dah dijaga, dibelai dgn penuh kaseh sayang selama ni. mak pak xnak anak2 dia susah sbnrnye kalo kawen dgn org yg mmg takde kerja. sbb tak nmpak cmna boleh ke nak sara anak dia kan? takpe Abu, proceed je dulu bisnes tu. jodoh blkg cita. kalo bisnes padu, jodoh mai cari hang Abu! =D

    *opsss TERpanjang pulak =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. @anamizu
      Nasib badan, kan?
      Kalau ikutkan semua orang nak kerja kerjaya impian, malangnya nama pun 'impian', maka bukan semua orang dapat capai.

      Bab majikan tak pandang, majikan prefer course lain dan majikan tak faham course kita ni mmg pada aku susah kita nak counter.
      Nak patah balik belajar benda yg lebih market, hutang belajar yg dulu pun tak terbayar lagi.
      Nak tak nak kena laa survive sendiri, in case of Abu, dia cuba bisne online.

      Tapi sebenarnya orang sains nak buat bisnes bukannya senang. Kami kena belajar basic bisnes tu dulu, sebab zaman sekarang ni penipu memang ramai...tambahan pula bila melibatkan duit.

      Kan?

      Delete
    2. haah betoi tu cEro. kalau ikotkan hati, sapa yg xnak dpt kerja kerjaya impian kan. semua org mesti nak.

      tu la majikan pulak pon manusia biasa. for sure dorang akan pandang course yg lebih femes & market. kalo course yg x berapa nak market ni mmg dorang tolak tepi la. ditambah pulak zmn skrg ni jenis pentingkan kroni. kalau kita layak cmna pon, kalo dah mmg depa pentingkan kroni, mmg kita x dpt jugak kerja tu.

      jgn kata org sains, org course Bahasa mcm aku ni pon mmg bukan senang nk start bisnes. aku sendiri ada minat dlm bisnes tp tu la, kena buat R&D gak la psl bisnes. kena well prepared la kana segala circumstances. maklumla bab DUIT la katakan. kan cEro?

      Delete
    3. @anamizu
      Betul.
      Hari tu ada dengan pengalaman kawan yg bukak bisnes sendiri.
      Dia kata market luar sana asyik nak mintak service free je dekat bisnes baru, kekonon macam nak test laa. Kalau bagus boleh laa datang selalu dan sebar ke orang lain.

      Ideanya bagus, tapi kalau asyik mintak service free je, macam mana bisnes baru tu nak berkembang, kan?

      Bila dengar cerita macam tu (dan banyak lagi) rasa takut plak nak masuk bidang bisnes. Almaklumlah, kita ni kerdil. Macam mentimun dengan durina **tetiba**

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026