Jul 8, 2015

Diari Ramadhan Aku : Tahu







Salam,
berbuka puasa adalah seperti berhari raya kecil.
Ianya dirai atas kejayaan berpuasa seharian.
Maka berbuka puasa seorang diri samalah seperti beraya seorang diri.
Kita rai seorang diri. Tiada teman. Tiada kawan.

Maaf kalau sedikit melankolik.
Aku pertama kali berbuka puasa seorang diri pada usia 19 tahun.
Sehingga sekarang,
walau sudah berkali-kali aku berbuka puasa seorang diri,
tapi sampai sekarang diri aku masih belum boleh suaikan diri.

Perasaannya lebih sayu
bila kita tahu kita bakal berbuka puasa seorang diri 6 jam prior.
6 jam berendam di dalam kesayuan.

Jika ada kawan kalian yang mahu ajak berbuka puasa bersama kerana dia akan berbuka seorang diri, tolonglah jangan menolak.
Or at least ajaklah dia berbuka bersama kalian juga.


Kalian ada pengalaman berbuka puasa seorang diri yang sayu?


Selamat berhari raya kecil.


.

63 comments:

  1. hahaha.. gua pun selalu buka puasa sendirian since 2011. puasa tahun ni baru dua hari berpeluang berbuka dengan abang kakak. lepas ni insyaAllah sehari sebelum raya kalau umo panjang dpt lg berbuka dgn mereka.

    Tipulah kalau ckp tak sedih, kadang tu bergenang jgk bijik mata. tp arwah mak pesan tak elok nangis depan rezeki huhuhu so chin up and gobble all the food, nom nomnom

    sendiri lagi bagus, semua makanan gua yang punya, muahahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Zyra Roxx
      Bila dah selalu berbuka seorang ni, dapat time berbuka dgn yg tersayang terutamanya keluarga memang sesuatu yg sgt kita hargai, kan?

      Betul tu. Tak baik nangis depan rezeki. Nanti rezeki jadi mahal. Bertabahlah, perut! :)

      Delete
  2. aduh sedih ngat tak terkata. tapi lama lama jadi macam dah biasa..bila dapat buka puasa ramai ramai tu memang lain sangat lepas berbuka sorang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @mashy_entah
      Sedih wooo...
      Macam aku, walaupun dah banyak kali tapi tetap tak dapat biasakan diri. Maybe surrounding tak berapa nak inviting kot...hahahah
      Tapi betul laa. Bila dapat buka ramai-ramai, suasana lain sgt dengan buka sorang :)

      Delete
  3. Buka sorang diri... Pernah,
    Raya sorang diri pun pernah.
    (T_T) sobs

    ReplyDelete
    Replies
    1. @budoxe
      Sedihnya raya sorang!!!
      Raya di seberang laut kah??

      Delete
  4. Buka sorang diri... Pernah,
    Raya sorang diri pun pernah.
    (T_T) sobs

    ReplyDelete
  5. mungkin aku dah imun dah kot..
    raya kat opis pun dah selalu sangat.. koh koh koh

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Aujinz
      Macam aku, sampai laa ni tak dapat nak imun.
      Kena naikkan dos kot...hahaha
      Aku raya pertama kena tinggal seorang pernah jugak :(
      Sekali :(

      Delete
    2. Bertabahlah bero.. sebagai lelaki, sesekali kita kena cekal

      *potong bawang*

      Delete
    3. @Aujinz
      Apa boleh buat.
      Nampak gagah tapi dlm hati ada taman tasik! Hehehe

      Delete
  6. Syahdu gila weh berbuka sorang2. Sebab tu aku gigih berulang sejam dari pejabat ke rumah di bulan ramadhon. Bertabahlah! *imagine muscle icon here*

    ReplyDelete
    Replies
    1. @NADIA vs BERON
      Sejam tu kira okay jugak, sebab nanti berbaloi dapat berbuka di rumah.
      Sama-samalah kita bertabah >)

      Delete
  7. Alhamdulillah aku tak pernah kena lagi la buka puasa sorang2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Miss Fireflies
      Alhamdulillah...
      Cuba kekalkan rekod untuk ramadhan yang mendatang :)

      Delete
  8. biasa la cero..kadang2 memang terpaksa gak kan berbuka sendirian ni....aku beberapa kali gak la berbuka sendiri....sedih jugak la hadap makanan sorg2..sunyi sepi semacam je time buka tu....

    aku bg tips la kalau kau nak kena buka sorang2...senang je...kau cari masjid yg ada sediakan buka puasa...kau join buka puasa kt masjid.....x payah pikir nak buka apa dah, ramai org, x sunyi, boleh iktikaf sekali kt masjid, dpt jemaah maghrib sekali, pastu duit pun jimat.....hehehe...aku tahun ni hampir setiap hari buka kt masjid.... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Bro Ley
      Kaaann??
      Makanan lauk sedap pun nampak macam tawar je sebabkan suram punya pasal...hehehe

      Selalu gak aku guna tips berbuka dekat masjid tu.
      But since masjid selalunya dah ada geng2 sendiri, tetiba ada orang asing yang nak datang join berbuka sama macam aku ni, nanti suasan jadi awkward.
      Diorang nak menolak tak boleh, aku pun nak join segan maksima...hahahaha

      Delete
  9. pernah, dan aku takde nak rasa sedih langsung, malah aku rasa sangat selesa berbuka sorang2 di depan kaca tv menonton doraemon, sin chan atau pun atasinchi ketika itu... wkwkwkw ;p

    #4evaAlone&LikesIt

    ReplyDelete
    Replies
    1. @plain83
      Hahaha...ko memang pelik.
      Aku kalau makan sorang memang tak ada masalah. Selalu je...
      Tapi kalau berbuka, memang syahdu sikit laa...hehehe

      Delete
  10. Walaupun umur aku dah 19 tahun, Alhamdulillah setakat ni tak pernah lagi berbuka sensorang. Tapi aku dapat bayangkan kesedihan berbuka sensorang ni sebab kalau makan dinner sorang pun aku dah cukup sayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Nur Haziqah Mohd Rosli
      Kalau boleh cuba kekalkan rekod tak pernah berbuka sorang.
      Bila rasa akan berbuka seorang, pergi laa cari siapa-siapa yang boleh bawa teman...hehehe

      Delete
  11. Hari ni aku buka puasa sorang.. Asalnya tak rasa syahdu tapi tiba-tiba plak rasa syahdu. Ko nak join? Jom bukak puasa kat Giant Kota Damansara (sebab paling dekat ngan aku lol)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Dea Day
      Daaayyyyy!!!
      Tetiba kalau aku kata nak join, agak-agak kau terkejut tak?
      Giant Kota Dame tu dah laa selalu aku lalu...heheheh

      Delete
    2. Ko reply lambat sangat.. Aku reply ko balik pun lambat sangat. Hahahaha..

      Delete
    3. @Dea Day
      Alaaaa....melepas. Hahahah

      Delete
  12. tahun lepas first time buka puasa sorang2.. sayu jugaklah.. tapi redha jelah

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Razfira
      Sayu kan? Sayu kan?
      Bergenang ooo masa first time sorang dulu....hahaha

      Delete
  13. Pernah rasa. Tapi tak de la rasa kesunyian. May be sebab dah biasa kot.
    Kalau nak meriah, try bukak pose kat masjid, makanan pun free. Jimat duit. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nanadhoi
      Hari ni first time datang masjid sorang utk berbuka puasa...
      Rupanya dekat masjid pun ada puak-puak sendiri, so at the end, tetap sama je, berbuka seorang jugak :(

      Maybe tengok masjid jugak kot...

      Delete
    2. Actually pernah kena jugak waktu buka puasa kat UiTM Shah Alam. Masa tu nak jimat duit, so pergi sengsorang buka kat sana. So duduk lah area bebudak perempuan. Duduk lah berhampiran satu group ni. Tapi dorang berganjak dan buat bulatan sesama dorang je. Pastu yang buat terasa tu, dari gap sikit jadi gap banyak gilaaa. Terus nampak forever alone dia.

      So buat dek je lah orang macam tu. Bukan nak masuk group dia pun, duduk dekat je pon. Rasanya tak masuk pun sempadan dorang. Nasib baik makan sekejap je pastu terus solat Maghrib. Pelik betul orang macam ni pun ada, buat perangai kat masjid pulak tu. Okay ter-touching dan emo sekejap.


      Lain betul dengan pengalaman kat Matrikulasi. Tak kenal pun boleh makan satu talam. Hmmm

      Delete
    3. @nanadhoi
      Aku sendiri pernah rasa keadaan macam tu, tapi bukan waktu berbuka puasa laa...
      Kadang2 orang ni ada masa macam ramah je nak join sekali pun takpe, kekadang kena yg ntah hape hape tu lalu pun dah buat muka dah...hehehe

      Delete
  14. salam ramadhan, biasala, org dh kawen pon ada gak yg berbuka sendiriann., huhu2

    ReplyDelete
    Replies
    1. @tiga lalat
      Eeeehhh????
      Orang dah kawin pun ada jugak berbuka sendirian?
      Macam pasangan pergi???

      Delete
  15. Sama lah sini. Last year rasanya bukan first time aku berbuka puasa seorang diri. Tapi tak tahu la knp pengalaman yg tu yg paling clear dlm ingatan. Okayokay, mungkin pengalaman masih fresh. Tapi selalunya aku akan lupakan dgn cepat. K petang tu aku berbuka dengan nasi bubur + ikan bilis goreng dengan halia. Juadah yg agak sedih sebab aku masa tu tengah demam. Tapi demam ringan ja(bagi aku la). Jadi aku teruskan berpuasa. Tak tahu la rasa sayu ke tidak. Tapi rasanya kalau rasa sayu pun mungkin sebab demam kot. Dahla demam, seorang diri lagi, lepastu pergi sediakan juadah berbuka untuk diri sendiri dengan badan yg panas & menggeletar. Pergh. Lepastu raya pulak tak sambut. Pagi raya, aku dok baring atas katil dengar takbir raya. Ha, yg tu, baru real sayu. Tambahan pulak lagu air mata syawal dendangan Dato' Siti terngiang-ngiang dalam telinga. Pergh

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Ying Jeffrey
      Alaaaa...
      Sedihnya. Dah laa berbuka seorang, demam lagi, masak sendiri lagi, makan bubur saja lagi, siap dengan raya pun terlantar je?
      Tahun ni macam mana?
      Harap dapat laa jaga kesihatan tu, raya dah nak dekat ni...hehehe

      Delete
  16. Aku tak pernah rasa lagi berbuka sorang sorang .Tapi pernah beraya berdua je...even then, laki aku tak sambut hari raya, so at the end, beraya sorang je la. Pakai baju baru basuh (sebab tak de baju raya haha!), bukak Facebook and bukak Skype untuk bercakap dengan family.

    Nampak gayanya, tahun ni pun will be the same.

    Sayu pulak tiba tiba. HAHAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Alia
      Kenapa raya berdua je? Raya oversea ke?
      Sedihnya bila kena beraya sorang...hehehe
      Nasib baik laa ada Facebook n Skype, terawat laa sikit hati yg lara...hehehe

      Delete
    2. Okey,
      bila tengok balik rupanya Alia ni Alia Miller.
      Patutlah raya berdua je, n suami tak sambut raya...hehehe
      Thanks sbb sudi datang mengomen :)

      Delete
    3. Haha, kitaorg kat sini bukak puasa pun tak semeriah bukak puasa kat Malaysia. Masak apa yang ada je, tak de kuih muih ke apa, murtabak ke, air sirap ke...(haha tetiba air sirap kan)

      Ha..Alia Miller tu saya la, Alia si naga sakti hahaha

      Selalu jugak stalk your blog secara senyap senyap, pemalu la katakan

      Delete
    4. @Alia
      Waaahhh...
      Terima kasih laa sebab sudi singgah baca.
      Tak sangka famous blogger datang baca blog ni jugak...hehehe

      Delete
  17. pernah jugak berbuka puasa sorang. sedih dia memang sedih. tapi nak overcome sedih boleh je, dengan bukak kdrama dalam laptop. wakakkaa. tak la rasa sunyi sangat :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. @BudakVanilla
      Tapi tu sementara je kan?
      Bila habis cerita kpop dkat laptop, mesti terasa sayu balik...kan?
      hehehe

      Delete
  18. Aku tak paham ni..apa maksud ko berbuka 6jam prior tu? puas cuba try teka. tak boleh nak hadam.

    Aku selalu je berbuka puasa sensorang. Kerap dah. P kedai, beli bungkus atau makan je kat kedai tu sensorang masa berbuka. Tapi bukan bulan Ramadhan la. Kalau Ramadhan, sekali sekala je kot berbuka sorang. Nak seronok, p berbuka kat masjid weh, makan sedap, solat khusyuk dan nyaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @~* chirpy_chummy *~
      "bila kita tahu kita bakal berbuka puasa seorang diri 6 jam prior."
      Bila aku dapat tahu pada 6 jam sebelum berbuka lagi aku akan berbuka seorang diri, itu yang lagi buatkan aku sayu. Hehehe

      Masa bukan bulan ramadhan memang selalu dah.
      Tapi kalau berbuka di bulan puasa ni sorang, feeling dia sayu lebih sikit...hahaha
      Aku pernah try berbuka di masjid, tapi rasanya masjid pun kekadang bukannya welcoming sangat, tambah2 bila ada kroni-kronik dan geng-geng depa sendiri...:(

      Delete
    2. Next time Kalau sorang, meh datang kelana jaya or Shah Alam (macamlah rajin sangat ko nak datang jejauh tu kan? Kah!)

      Delete
    3. @~* chirpy_chummy *~
      Shah Alam dgn KJ tu hanya 40 minit perjalanan moto dr tempat aku, so itu aku consider dekat lagi Mar. Tak ada masalah...hehehe

      Delete
    4. Ok, cun. Next time Kelana jaya,ok? Hoho! :D

      Delete
    5. Ok, cun. Next time Kelana jaya,ok? Hoho! :D

      Delete
  19. Replies
    1. @Amna Shark
      Sedih kan, Amna? Sedih kan?

      Delete
  20. sudah kelaziman semenjak aku berpindah ke selatang tanah air, aku buka puasa sorang2. cuma minggu terakhir ramadhan happening sebab kena bawak clients berbuka puasa sama-sama. dan aku tak berapa gemar tu, sebab aku bila berbuka, tak makan banyak. dan itu sebab perut gua dah kempis! XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Danial Jaafar
      Hahaha...
      Nak bagitau yang perut dah kempis laa ni? hehehe
      Aku pun berbuka tak makan banyak,
      tapi lepas sejam aku tibai roti john pulak,
      lepas terawih aku tibai moreh pulak.
      sebelum tidur aku bedal roti sapu jem pulak.

      Maka perut pun tak kempis-kempis...heheheh

      Delete
  21. Sedih laa pulak... Huhu KTC tak pernah lagi. Risau pulak aih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Kakak Tiri Cinderella
      Kalau boleh cubalah kekalkan rekod tak pernah tu...
      Tapi kalau tak boleh maintain, apakan daya :(

      Delete
  22. Saya hari-hari pun rasa sayu masa berbuka tahun ni. Masak sorang-sorang. Makan sorang-sorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Farah
      Sedihnya...
      Takpe, tengah berjihad menuntut ilmu. Dapat pahala lebih tu.
      Nanti dah balik sini berbukalah dgn keluarga puas-puas ya...heheh

      Delete
  23. Alhamdulillah setakat ni blm pernah lagi aku berbuka sesorang. kalo tak dgn fmly, aku berbuka dgn ofismate. tapi tu la, mmg syahdu gila la kalo berbuka sesorang. tak sanggup aku T____T

    ReplyDelete
    Replies
    1. @anamizu
      Kalau boleh cuba kekalkan rekod belum pernah berbuka seorang tu.
      Sebab sedih dia lain macam sikit, kalau boleh aku tak nak orang lain yang tak pernah rasa merasakannya. hehehe

      Delete
    2. aku harap aku diberi peluang lah utk kekalkan rekod tu. sesungguhnya #SaiaTakKuaddddd hehehe

      Delete
    3. @anamizu
      Hahahaha...
      Boleh je Ana.
      Aku sokong kau
      #SaiaPunTakKuaaadddAwaaaaa

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026