May 18, 2015

Lelaki Hijau.


Salam,

Satu soalan:
Hulk sedang update twitter.
Tapi tak habis taip lagi dia dah marah hingga genggam phone sampai hancur lumat.
Kenapa dia marah?




[05] Previous-----06-------Next [07]

Sejarah kemunculan pertama Hulk yang dalam komik dan dalam filem (terutamanya filem The Incredible Hulk [2008]) adalah sangat berbeza, tapi point utama bagaimana Dr. Bruce Banner boleh bertukar menjadi Hulk ialah dedahan kepada sinar gamma (Gamma radiation).

Dr. Bruce Banner terdedah dengan sinar gamma berlebihan sehingga membuatkan sesuatu berubah di cellular level, dan dia akan bertukar menjadi raksasa hijau yang besar, kuat, garang, dan sukar dikawal sekiranya dia marah ataupun degupan jantungnya melebihi tahap tertentu.

(Amaran: Perenggan seterusnya bersifat ilmiah. Jika bosan, sila skip satu perenggan)

Realitinya,
aku tak pasti berapa banyak radiasi gamma yang si Banner ini dapat, tapi sinar gamma memang sangat bahaya.
Kalau tak silap aku masa belajar dulu, sinar gamma berfrekuensi tinggi tapi panjang gelombang (wavelength) sangat kecil.
Kalau buat graf gelombang (yang bentuk macam ular tu), dia punya bukit-bukit tu sangat banyak tapi rapat-rapat.
Ini menjadikan sinar gamma bersifat 'ionizing' (aku tak pasti dalam BM disebut apa),
kalau kena pada peringkat sel, sama ada DNA boleh berubah (mutasi a.k.a cacat) atau boleh dapat kanser.

Correct me if I'm not right.

Alaa, cerita komik. Tak pernah nak ikut saintifik betul-betul pun.


Oh, untuk soalan Hulk marah masa update twitter tu,
jawapannya sama dengan sebab kenapa bila Hulk nak naik lif ke tingkat 4, dia akan tertekan butang tingkat 2, 3, 4, 5, dan 6 juga.

Sebab jari dia besar.
Kalau update twitter asyik nak typo je.
Tekan 'a' keluar 'aswqzx'.


('V')

So, siapa tahu Bruce Banner punya catchphrase?





.

22 comments:

  1. "HULK SMASH!!!" is that his catchphrase...?

    aku ada 2 soalan :
    1. apa rahsia beliau untuk pastikan kemarahan beliau sentiasa terkawal?
    2. what is the most strongest weapon / tool used by the avengers?

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Haryz Khairuddin
      "HULK SMASH" tu nama salah satu serangan Hulk.
      Catchphrase Bruce Banner ada Ojin komen dekat bawah...

      Jawapan:
      1. Dalam komik aku tak pasti, tapi kalau ikut yg Marvel Cinematic Universe ni, Bruce belajar meditasi supaya dia boleh kawal heartbeat dia.
      Juga, tak salah aku, Bruce Banner ada cipta satu serum supaya boleh rendahkan degupan jantung sampai tahap boleh berdegup sangat perlahan dan boleh dianggap mati.
      Director Nick Fury ada guna serum tu dalam Captain America: The Winter Soldier untuk tipu orang yang dia mati.

      Delete
    2. 2. Strongest weapon, huh? Hmmmm...
      Aku tak pasti, tapi kalau strongest asset, sudah tentulah Hulk.
      Hulk punya ability ialah UNLIMITED STRENGTH. Dengan kata lain, kalau Tony Stark kata Hulk sama dengan kekuatan seluruh Loki's army, tapi sebenarnya Hulk lagi kuat dari tu, malah dia boleh jadi sekuat mana yang dia nak.

      Hehe

      Delete
  2. Hahaha dlm the avengers gua dapati hulk ni kelako selepas loki. entah la cemana halnya kalau si bruce ni sorang panas baran yg tak makan saman dgn anger managment. Tp hulk ni agak comel bg gua maybe sbb dia beso tapi sensitip

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ya, teka teki tu gua dah agak dah jawapan dia apa. weee. tp kan, bukan hulk je ada masalah tu, ojin pun sama *lari*

      Delete
    2. kenapa awak libatkan sayaaaa???...

      Delete
    3. @Zyra Roxx
      @Aujinz
      Hahahaahaha, entah kenapa aku dapat rasa dr awal yang mesti ada orang yg kaitkan jari besar dengan Ojin...hahahaha

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. "You wouldn't like me when I'm angry.."? Gehhhheeee..

    Aku pun sependapat ngn Zyra, aku rasa Hulk chomeyyy...ahaha..XP


    ReplyDelete
    Replies
    1. @Lee-kun
      Betul!
      Itulah catchphrase Bruce Banner.

      Walaupun aku nampak mana yang comelnya Hulk tu, tapi dia still a green monster who like to smash things, kan? Hehehe

      Delete
  5. aku dari dulu curious- bila hulk jadi besar, habes segala baju dia koyak. tp seluar dia boleh flexible tak rabak pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @anamizu
      Wahahahha...
      rasanya semua orang curious psal bentu tu.
      Aku rasa, pelukis dia tak berani nak buat seluar Hulk koyak jugak sebab nanti kena ban, almaklumlah, Hulk ni pada dasarnya komik untuk kanak-kanak. Hehehe

      Delete
  6. Alah, tak payahlah taip status masa tengah jadi Hulk. Tunggulah normal balik baru update. Taklah hancusss tipon tu. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Gee Lion
      Mana boleh Gee,
      Hulk pun nak jugak bersosial di media sosial...Hahahah

      Delete
  7. Catchphrase dia ialah " You won't like me when I'm angry" kan kan kan

    1. Dalam drama The Incredible Hulk kat TV dulu, Hulk takde laa beso mana... lebih kurang beso macam wrestler jer..

    2. Aku tak tahu sama ada Hulk adalah disebabkan mutasi.. (opkos laa..) tapi dalam Marvel Universe, ada planet Hulk. Ada Hulk perempuan baq anggg...

    3. Kenapa seluo Hulk tak koyak?.. itu persoalan aku dari aku kecik sampailah sekarang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Aujinz
      Betul. Betul. Dlm movie dia siap cakap dalam bahasa Portugis (?) lagi...hehehe

      1. HAhaha...Aku pon ingat lagi drama tu. Hulk dia ala-ala wresler yg cat badan jadi hijau je...hehhe

      2. Tak salah aku Planet Hulk tu bila dia masuk alam alternatif di mana manusia dekat bumi diganti oleh species Hulk, dan manusia pula yg mutant. Hahaha

      3. Dalam komik aku tak dapat explain, tapi dalam movie 2008, lepas first Hulk bertukar dlm lam Gamma tu, dia cari seluar warna purple dekat kedai baju, seluar yg besar dan fleksible. Dia pakai bawah seluar yg selalu dia pakai. Explain laa sikit kelogikannya. Hahaha

      Delete
    2. Dan tak silap dalam Avengers, tak pasti siapa ada reka seluar yg boleh tahan stretch untuk Hulk. Aku syak Tony Stark yg cipta sebab diorang best friend. Haha

      Delete
  8. @Dewi Aja
    Hey Dewi, thanks but no thanks.
    **HULK SMASH!!**

    ReplyDelete
  9. bercakap pasal baju/seluar yg flexible dan boleh tahan kesan regangan yg extreme, adakah 'the incredible hulk' itu menjadi inspirasi kepada penghasilan cerita 'the incredibles'? ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. @plain83
      Hahaha...itu aku tak pasti, but i doubt it very much.
      Yang aku pasti, The Incredibles 2 sedang dalam pembikinan...heheheh

      Delete
  10. Bruce Banner punya catchphrase tu aku tak tahu. Yang aku pasti Hulk warna hijau.
    Apasal dalam ni, dah tukar Hulk pun nampak smart lagi? Dalam tv tak punn.

    Bahaya gak sinaran gamma ni,wavelength tu simbol dia lambda en? Tetiba rindu kat fizik lak. huhhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nanadhoi
      Catchphrase dia ada disebut dlm komen2 di atas. Hehe

      and yes, wavelength simbolnya lambda, simbol yg macam kaki orang tu...
      Rajin2 laa bukak balik buku fizik sekolah dulu, kalau masih ada lagi laa...hehehe

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026