Feb 20, 2013

6 Peranan Lipas dalam Kehidupan dan Alam.


Tahu tak orang Sepanyol panggil lipas apa?
La cucaracha. Sedap kan nama tu?


Hm..
Ini adalah pertama kali aku buat siri ENAM tanpa berbicara tentang diri sendiri.
Bosan juga bila asyik cerita tentang diri sendiri, kan?
Jadi, mari kita cerita tentang musuh nombor satu aku selepas ex-GF aku yang keparat, LIPAS.

Setelah semalaman aku habiskan masa depan laptop
menelaah artikel mengenai lipas,
aku dapati lipas juga memainkan peranan dalam dunia ini.
Lipas bukan sekadar makhluk yang menyusahkan.
Ya. Lipas adalah makhluk perosak.
Tapi bukan sepanjang hidup mereka adalah merosakkan.

Berikut adalah ENAM peranan lipas dalam kehidupan yang dapat aku kongsikan dari pembacaan.
Dan aku percaya, peranan lipas bukan sekadar ENAM ini sahaja.



Bila aku tanya soalan 'apa peranan lipas' kepada orang,
mereka akan keluarkan penyataan ini.
"Lipas tanda tempat kita kotor."
Penyataan itu BENAR dan juga SALAH.

Lipas sukakan tempat yang kotor.
Sebab itu adalah tempat rezeki bagi mereka.
Jadi, di mana kotor, di situ bolah ada lipas.
TAPI,
tempat yang ada lipas tak semestinya kotor.
Lipas ada lingkungan habitat mereka sendiri.
Maka, tak terkejut jika korang nampak lipas di rumah korong yang bersih gila babas, sebab lipas tu mungkin berasal dari longkang depan rumah korang yang super-kotor tu.

Tapi, jika korang nampak lipas di bilik,
silalah jangan jadi pemalas dan kemas bilik korang.
Bukan sebab bilik tu kotor, tapi bilik yang berselerak menyukarkan aktiviti kita untuk membunuh lipas.
Lipas boleh lari kat celah-celah.



Lipas adalah makhluk yang makan bahan organik buangan.
Sisa makanan dalam tong sampah,
bangkai burung mati atas atap,
tikus kena lenyek kereta tepi jalan,
asalkan organik, semua tu rezeki lipas.

Macam tamadun manusia yang berkembang berhampiran sungai dan tanah pamah,
begitu juga lipas, berkembang di kawasan yang banyak bahan organik buangan seperti tempat buangan sampah dan longkang.

Jadi,
lipas berperanan sebagai menghurai kepada bahan-bahan organik yang aku cakapkan di atas.
Selain bakteria, lipaslah yang buatkan bangkai-bangkai tersebut
semakin lenyap dari hari demi hari.
Mereka menghuraikan bahan organik menjadi makanan.
Dengan kata lain, lipas memain peranan dalam awalan bagi setiap siratan makanan.

Next time, kalau jumpa lipas, ucapkan terima kasih sebab dah huraikan bangkai menjadi bahan organik lebih kecil.



Lipas juga merupakan bahan makanan kepada serangga pemangsa,
haiwan-haiwan kecil seperti biawak, cicak dan juga burung.
Pernah depan mata aku, burung terkam makan lipas.
Aku rasa, mesti kenyang burung tu sebab lipas yang aku nampak tu besar ibu jari oo..

Dengan kata lain,
lipas adalah penyambung kepada rantaian dan siratan makanan.
Lipas makan bangkai, burung makan lipas,
manusia makan burung, manusia gembira.

Mungkin salah satu sebab lipas suka duduk dalam bilik korang ialah dapat lari dari haiwan pemangsa macam burung dan biawak.



Lipas sudah wujud lama, lebih awal dari wujudnya dinosaur.
Pada zaman dulu-dulu masa manusia belum ada tamadun, belum bina rumah,
lipas semuanya tinggal dalam hutan. (Hutan je pun yang ada)

Jadi, lipas menjadikan celah-celah pokok,
bawah kayu reput dan juga tanah sebagai habitat tempat tinggal.
Lipas gali tanah jauh ke bawah, sedalam lebih 1 meter untuk mancari makan dan menjadikan tempat tinggal.
Maka, tanah tempat lipas tinggal jadi lebih gembur, lebih poros dan menggalakkan pengudaraan tanah.
Bakteria baik pun boleh wujud dalam lubang galian lipas, ini membuatkan pokok-pokok sekitar lipas tinggal menjadi subur dan hidup elok.
Semuanya jasa lipas.

Mungkin, kalau ada yang berkebun dan tanah kurang subur,
apa kata bela lipas kat kebun korang.
InsyaAllah, kawalan biologi lebih baik dari penggunaan baja kimia.



Pernah aku persoalkan, kenapa wujudnya ahli politik korup?
Kenapa wujudnya golongan parasit sana sini?
Kenapa tak dihapuskan secara total golongan yang langsung tak beri faedah?
Jawapannya sama dengan persoalan kenapa perlu aku buka kipas angin dalam bilik walaupun bilik sejuk selepas hujan.

Kalau korang tahu konsep yin dan yang, korang sudah ada jawapan.
Hidup kita, tanpa perkara-perkara seperti ini,
akan menjadi sunyi, kosong, dan tidak menarik.

Seperti muzik.
Muzik yang monotone dan mendatar sangat membosankan.
Muzik yang ada campuran elemen atas bawah tinggi rendah,
itulah yang menjadikannya lebih baik.

Ya. Tanpa lipas, aku tak mungkin berada di tempat aku sekarang.
Lipas antara makhluk yang menjadikan siapa diri aku.



Bukan main-main,
tapi ada direkodkan, para penyembuh zaman dahulu ada menggunakan lipas sebagai bahan utama dalam ubat-ubatan.
Kisaran lipas dicampur air dan minyak mampu merawat luka luaran.
Mungkin kandungan chitin dalam exoskeleton lipas yang boleh mempercepatkan penyembuhan luka.

Ada rekod juga mengatakan teh lipas mampu merawat sakit asma, stroke, bronchitis dan masalah kencing. Juga, boleh merawat sakit puan.

Tapi, perubatan moden tak ada pulak guna lipas.
Entahlah. Jangan pula korang buat teh lipas nak rawat asma korang.


xxxxxx


Aku rasa, semua yang baca blog ni,
semua ada pengalaman dengan lipas.
Sama ada pengalaman manis ataupun pengalaman pahit,
lipas dianggap satu makhluk yang menggelikan, menjengkelkan dan menyusahkan.
Bila nampak lipas, kita akan membunuhnya dengan selipar
atau paling mudah, kita lari dan berharap dia tak ada di tempat yang kita lihat tu pada waktu akan datang.
Tapi, apa sebenarnya lipas buat pada kita yang membuatkan kita benci sangat dengan lipas?

Jangan anggap sesuatu itu teruk, maka ianya tak ada peranan dalam kehidupan.
Tuhan yang Maha Bijaksana sudah meletakkan peranan untuk setiap makhluknya.
Kita sebagai manusia hanya perlu mencari jawapan tentang segala persoalan.

Selepas buat entri ini, aku ada sedikit berubah pandangan terhadap lipas.
Tapi, lipas tetap musuh aku. Selamanya.

Entri lain mengenai lipas:
Lipas Makhluk Sempurna.
Lipas VS. Dunia.
Lipas VS. Dunia: Himpunan Lipas.

postquam-scriptum:
Notis tak, aku tak letak satu pun sources dalam entri ni walaupun sarat dengan fakta.

Ini kerana, entri ini hanyalah ringkasan kepada apa yang aku nak sampaikan.
Jika korang nak tahu lebih lanjut, Google sentiasa ada jawapannya.



.

15 comments:

  1. Hidup Lipassss!!!!

    kah kah kah.... ha'ah.. apa agaknya masalah Lipas yang menyebabkan ia dibenci?..



    hurrrmmmmmm...

    ReplyDelete
  2. jadi jgn benci lipas..nnt ko syg plak die..haha3

    ReplyDelete
  3. lipas kool..baru halau sekor semalam..

    ReplyDelete
  4. hahaha. bravo2

    ah~ ada ye teh lipas. x sanggup pulak nak minumnye walaupun mujarab -_-

    ReplyDelete
  5. so, berjaya gak kau carik info berguna pasal kaum lipas 'kesayangan' kau ni..? hoho..

    x kenal maka x chenta..?? so, pasni jangan la bermusuh sangat. hahaha~

    ReplyDelete
  6. 1st aku nak kata, lukis tu comel.. ang lukis pakai apa? haha.. XD

    2nd..
    mohon tengok fear factor episod terbaru.. XD nak geli tak geli... aku tak tau.. ang nilai sendiri.. XD

    3rd..
    kawan aku makan lipas sebab asma.. Y__Y

    ReplyDelete
  7. teh lipas??? blearghhhh *muntah darah*

    ReplyDelete
  8. erk?? air teh lipas??! aku ni dah la peminat tegar air teh o. teh lipas buat aku takde selera.....

    ReplyDelete
  9. tak sanggup minum teh lipas.hahhah

    ReplyDelete
  10. geli woi ko lukis gmb lipas tu siap ada bulu bulu tajam tu. yucks! meremang bulu.

    ReplyDelete
  11. teman serumah aku pernah terkejut tengok aku tangkap lipas guna tangan. aku pun taktau kenapa dia nak terkejut. memang lipas ni kotor tapi aku belum cukup geli lipas ni dari gelinya aku pada ular. eeeeee

    ReplyDelete
  12. Boleh x nanti ko buat entry sal cicak, aku teringin nak tau apa peranan cicak.. nmpak cm xde peranan je.. da la buruk.. wakakakka

    ReplyDelete
  13. @Aujinz
    Mati lipassss!!
    Aku pon tak pasti 100% apa yg lipas buat smpai dibenci..sbb dia geli kot? Mungkin...

    @Miss Comot
    Hahaha, sayang sangat nanti takut penuh pulak lipas kat umah dibela..

    @nazha anua
    Halau? Lain kali bunuh! BUNUH!! Hehehe

    @Nesa Wazir
    eeee...sape sanggup minum teh lipas?

    @Haryz Khairuddin
    Hahaha, mush tetap musuh bro!

    @Nekmo
    1st, terima kasih. Aku lukis pakai paint dlm laptop..susah ooo.

    2nd, nanti aku tgk fear factor. Yg Malaysia punya ke?

    3rd, seriously? Ada juga orang makan lipas sbb asma zaman skang ni??

    @plain83
    Kaaaaann? Eeeeeyeeekkk!!!!

    @Nia Syikin
    Hahaha, sebelum minum teh, nanti sila check dulu yek isi dia..heheheh

    @nanadhoi
    Sapa sanggup?? Fear factor maybe?

    @~* chirpy_chummy *~
    hahaha, tang bulu tu yg efek lebih sikit tu..hehehe

    @PoP-Soul
    hehehehe

    @hanaahmad
    kecik2 dulu aku pon berani pegang lipas, tp dah besaq ni jadi penakut piang plak, nmpak lipas terus larik...

    @cik tie
    insyaAllah...tp mungkin bukan dlm masa terdekat kot...heheheh

    ReplyDelete
  14. Lipas terbang bahaya ke? Ke dia sama je macm lipas biasa cuma dia terbang

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026