Dec 30, 2012

Tanpa Tajuk #7 [Edisi Akhir Tahun 2012]


Nama aku cEro.
Ini adalah entri terakhir aku dalam tahun 2012.



Azam 2012


Sudah dua tahun berturut-turut aku letak azam nak cuba 50 perkara baru dalam setahun, tapi dua-dua tahun (2011/2012) aku gagal capai angka 50.
Mungkin tahun depan aku kena rendahkan sikit bilangan angka, kot?

Untuk perkara baru paling terkesan kepada aku tahun ni ialah 'menjalani pembedahan'.
Ya, bukan sesuatu yang dibanggakan,
tapi pengalaman masuk dewan bedah dekat hospital memang takkan aku lupa.
Nak pula dewan bedah hospital kerajaan.

Tahun 2012 juga banyak mengajar aku tentang kuasa duit.
Di mana, aku terpaksa berhenti niat nak sambung belajar ke tahap seterusnya hanya kerana aku tak ada duit.
Betul kata orang, duit tak boleh beli kebahagiaan.
Tapi duit mampu belikan aku aiskrim, dan aiskrim mampu buat aku bahagia.

Mungkin tahun depan aku kena lebih fokus menggali duit.



Kerja


Kerja yang aku sangkakan seronok dan berpanjangan,
jadi tak seronok dek kerana bos yang macam *tuuut*

Sila baca entri ini untuk lebih lanjut memahami.

Hasilnya, dek kerana aku dijadualkan untuk jalani pembedahan,
kerja yang aku buat sekarang tak berapa stabil dan berkekalan.
Harap-harap, tahun depan, aku boleh dapat kerja yang lebih stabil dan (kalau boleh) bergaji masyuk.

By the way, aku masih benci ex-bos aku.
Aku benci sampai tahap kalau ada apa-apa berkaitan dengan company bekas tempat aku kerja tu muncul kat TV, aku akan hilang mood.



Handset

Tahu apa lagi yang aku benci selain ex-boss aku?
Handphone aku sekarang.
Sila baca ini untuk rujukan.



Untuk info, kesengalan handphone aku makin menjadi-jadi.
Dia akan restart suka hati dia, selalunya setiap 30 minit sekali.
Kadang-kadang, tengah text orang panjang-panjang,
tak sempat hantar tetiba dia restart.

Aku sedang pertimbangkan nak jadi 'manusia tanpa handphone' untuk satu tempoh masa.
Tapi, melaksana benda ni tak semudah merancang.
Tapi, insyaAllah, satu hari nanti akan aku laksanakan juga.



Awek

Mak aku dah bertanya.
Aku paling tak suka bila famili aku dah bertanya.
Semua sebab abang aku bakal kahwin bulan 6 tahun depan.
Jadi, sasaran seterusnya adalah AKU.

Susah.
Aku susah nak suka orang, terima kasih kepada pengalaman lepas.
Tapi, bila aku dah suka, susah juga nak lepaskan.
Maka, bila orang yang aku suka bakal jadi milik orang lain, lagi tunggang langgang hidup aku.

Oh ya,
bab amoi yang akau nak sapa pada tarikh 121212 tu,
aku gagal.
Bukan sebab aku kecut, tapi pada tarikh tu, dia tak kerja.
Selepas aku bertungkus lumus kumpulkan kudrat dan keberanian,
dia pula tak ada.
Untuk kumpul kudrat buat kali kedua, pada aku, lagi susah oo..
Lagipun, aku rasa peratusan aku berjaya hanyalah tak sampai 5.4%
Orang melayu pun tak nak kat aku, ni pula orang cina.




Blog

Banyak kali aku jumpa,
bila aku blogwalking ke blog-blog kawan-kawan,
aku dapati korang labelkan aku sekali dalam 'comic blogger' yang lain.

Biar aku jelaskan, aku bukan comic-blogger.
Aku hanya blogger yang suka buat apa yang aku suka buat.
Kebetulan aku suka melukis, jadi blog aku memang penuh dengan lukisan (buruk).

Tapi, becoming a comic-blogger adalah satu idea yang hebat.
Namun, ikutkan sejarah tangan kanan aku,
mutu lukisan aku jauh ketinggalan dari barisan comic-blogger yang lain.
Harap aku dapat naikkan mutu lukisan.



Tapi tak sangka,
blog ni dapat 1000 followers baru-baru ni.
1000 bukan sikit, it's a small society already.
Aku tak pernah terfikir aku sampai tahap macam ni.
Aku harap, kalian teruskan bersama aku untuk setahun yang akan datang dan tahun-tahun yang seterusnya.

Juga, ada dua projek besar menanti pembaca blog ni tahun 2013.
Dua-dua dalam perancangan awal, tapi aku amat teruja nak teruskan.
Harap semua terus memberi sokongan dan nantikan, ya?



Misi 3112

Disebabkan aku banyak habis duit ke benda lain
(pembedahan, repair moto n set Ferrari Lego Shell)
maka misi 3112 aku gagal.
Tahun 2013, aku akan mulakan misi 3112 versi kedua.
Misi Avril.
(name taken from April, the 4th month of the year, as for the expiration date)

xxxxxx

Yes.
That's all 2012 of this blog in a nutshell.
Kalau korang baca entri ni dari mula,
korang sudahpun habis membaca ringkasan blog ini untuk sepanjang tahun 2012.
Aku sangat berharap 2013 membawa sinar yang lebih cerah dalam hidup aku dan hidup korang semua.
Mari menjadi insan yang lebih baik.

Tapi, 2013 adalah tahun mengundi.
Dan aku adalah seorang yang sangat fundamental dalam bab politik,
jadi aku harap aku takkan cemari blog ini dengan kekotoran dan kehinaan pentas lakonan ahli politik negara.

Nama aku cEro.
Ini adalah entri terakhir aku dalam tahun 2012.





.

12 comments:

  1. okey, jom menggali duit.. sama la kita sampai skrang benci gak ex-bos.. rasa nak *#&*^#&@*U#*... hal kawen kalo agak2 umur bawah 30 tahun, sila abaikan..:P.. xkira nak cakap gak.. sila buat comic ea... selamat memasanag azam baru :).. masih fikir nak pasang azam apa ek.. even xpenah pedulik pun pasal azam2 ne.. main hentam je nak pasang azam ape..huhuhu

    ReplyDelete
  2. *thumbs up*

    sekurang-kurangnya ada benda yg kita target di awal tahun, terlaksana, kn? walaupun sedikit.

    ReplyDelete
  3. all the best cero kun, ya politics mmg fundamental (fun and mental)..lol ^^

    ReplyDelete
  4. ahh tak mengapa, aku skip part politik.. kah kah kah...

    owh, nasib baik tadi aku publish entri last untuk tahun 2012.. ke tak?..

    ReplyDelete
  5. azam 2013 -

    reply email dan komen dgn lebih cepat ;P

    Moga 2013 sama2 beri yg terbaik untuk kita semua~~

    ReplyDelete
  6. aku dah habis baca semua ringkasan entri ko untuk tahun 2012:)

    aku pun harap kita dapat sama mencapai impian kita fuh ayat klise dalam drama jepun...heh heh

    kau macam kompleks aku tengok,tapi kau memang inspirasi sebenarnya:)

    ReplyDelete
  7. kita xkan tahu apa yang dirancang untuk kita nanti. so who knows, everything turns out well for you next year...?? ;)

    n aku pon nak sokong kalau ko xnak masukkan part politik dalam blog ko.. hehe. rasanya cukup la kot dengan blog2 yang sedia ada. ;p

    selagi ko masih setia berblog, selagi tu aku akan setia membaca. haha~

    ReplyDelete
  8. Elie dah boleh mengundi tahun ini. Haha. Selamat tahun baru Cero! Cepat-cepat dapat awek, dan kawen! :D

    ReplyDelete
  9. @1669814333292371369.0
    Dysha,
    haha, org dah kawin mmg slalunya tak berazam sgt..tiu kata mak abah aku laa..sbb diorg dah bahagia dgn keluarga..Yg nak berazam ni slalunya belom bahagia lagi..hehehe

    @~* chirpy_chummy *~
    Alhamdulillah, ada jugak laa yg terlaksana..hehehe

    @plain83
    haha, mental itu btol, tp fun, maybe no..hehehe

    @Aujinz
    Ada ke? yg top 3 kotak pensel tu kan? hehehe

    @MS. NO NAME
    Alaaa, baiklah!
    AKu akan cuba reply emel n komen secepat mungkin *batuk batuk*

    @nazha anua
    haha, thanks..
    AKu rasa aku dah habis simple dah, tp mungkin ada certain part aku kompleks kot.. ke semua part??

    @Haris Khairuddin
    Kan? thanks laa sebab setia...
    Aku ni tak tentu masa, jadi susah sikit nak blogwalking selalu..hehehe

    @Kertas Kosong
    Alaaaaaaaaa.......

    @Elie Lily
    Selamat mengundi. Pilih calon yg berkaliber.
    N apa kata Elie carikan awek satu utk cEro..hahaha

    ReplyDelete
  10. dengan kau pun aku byk tertinggal! bencik!!!!

    sakura

    ReplyDelete
  11. @Anonymous
    takpe hanie,
    pelan2 catch-up balik..heheh

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026