Jun 19, 2019

Azam, Laptop, dan Kekecewaan.




Salam.



Salah satu daripada azam aku tahun 2019 adalah ingin melukis 1000 lukisan dalam tahun ini.

Kedengaran 1000 lukisan setahun sedikit 'melampau' tetapi aku sudah buat kira-kira. 1000 lukisan bermakna lebih kurang 83-84 lukisan sebulan. Lebih kurang 3 lukisan satu hari. Satu komik 4 panel terdapat 4 lukisan (jika kesemua panelnya berbeza) aku mampu siapkan sehari dan komik 10 kotak (10 lukisan) yang selalu aku lukis di Instagram mampu aku siapkan dengan santai dalam masa 2-3 hari.

Dengan kata lain, jika aku istiqamah melukis, maka 1000 lukisan satu tahun bukan mustahil.

Namun,
hujung bulan Mac lalu sesuatu berlaku kepada mata aku menyebabkan melukis menjadi sangat mencabar.

Kesannya,
sepanjang bulan April dan Mei, aku langsung tidak melukis. Langsung.
Lukisan terakhir aku bertarikh 30 Mac 2019. Lukisan seperti di atas yang juga aku kongsikan di Instagram (@cerolian).

Malah,
untuk bulan Jun sehingga ke hari entri ini ditulis, aku langsung tidak pegang mana-mana pen/pensil/stylus untuk melukis. Aku hanya fokus kepada penyembuhan mata sahaja selepas menjalani pembedahan pada 28 Mei lalu.

Lalu,
beberapa hari lepas aku buat keputusan untuk mula melukis. Aku buka laptop yang sudah lama aku 'diamkan' dek kerana fokus kepada penyembuhan.

Malangnya,
laptop aku pula bermasalah. Walaupun masih boleh dibuka, namun laptop ini gagal nak kesan bateri di dalamnya dan hanya boleh dihidupkan jika disambungkan dengan wayar kuasa.

Masalahnya,
aku selalu melukis dengan laptop yang bersifat mobil, boleh dibuka di mana sahaja aku berada. Laptop kini yang sedah tertambat dengan punca kuasa membuatkan aku tidak boleh melukis seperti mana selalu aku melukis.

Setelah gigih mencari solusi di internet, aku dapati masalah laptop aku ini dikenali sebagai 'plugged in, not charging', satu masalah berkaitan driver yang sepatutnya boleh diselesaikan dengan mudah dan tidak memerlukan pertukaran hardware besar seperti bateri dan motherboard.

Segala apa cadangan penyelesaian di internet telah aku cuba, namun masalah ini masih tidak hilang.

Aku sudah ke kedai baiki komputer bertanyakan penyelesaian untuk masalah laptop aku ini, tetapi kesemua kedai kata perlu tukar bateri baru. Laptop aku ini punyai non-removeble battery, nak ganti bateri bukan seperti laptop lain yang mana bateri boleh ditanggal mudah.

Masalahnya,
aku tahu ini bukan masalah bateri. Aku juga tahu dengan tukar bateri, masalah ini tidak akan selesai juga, malah membazirkan wang sahaja memandangkan bateri laptop aku masih baik. Tapi kesemua kedai berkeras perlu tukar bateri.

Aku tahu, itu cara mereka untuk kaut untung lebih daripada masalah yang boleh diselesaikan dengan lebih mudah.

Aku kecewa.

Tapi aku kecewa bukan sebab perangai para peniaga yang gigih nak kaut untung banyak daripada masalah kecil.

Aku kecewa aku tak ada cukup ilmu untuk menyelesaikan masalah sekecil ini.

Kalaulah aku ada ilmu yang cukup asas untuk buat sesuatu yang mudah seperti format komputer, tentu aku tidak pelu bersusah payah berhempas pulas perah otak nak selesaikan masalah ini.

Aku kecewa aku tidak cukup pandai.

Aku kecewa dengan diri aku sendiri.


Sekian.



  




.

2 comments:

  1. Setiap insan lahir dengan kelebihan dan kekurangan..untuk kita saling melengkapi..kita juga disarankan untuk belajar..ilmu allah ibarat seluas lautan,ilmu kita bak setitik air..mungkin si pandai repair laptop itu tiada kepandaian melukis seperti kamu..mungkin si kaya tidak pandai menunggang motosikal seperti kamu..mungkin si suami 3 anak itu tiada sikap pemerhatian tajam seperti kamu..oleh itu,berbahagialah dengan kelebihan yang kamu miliki..bukan untuk mengajar,hanya mendorong untuk kita menjadi insan yang lebih baik..

    ReplyDelete
  2. allahuakbar cero hang operation mata ke? moga cepat sembuh & sihat sepenuhnya. camtu jugak utk laptop hang moga kembali sihat agar hang boleh terus berkarya.

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026