Jun 12, 2019

15 Hari.



Salam.



1. Jika entri ini dibaca pada tarikh ia diterbitkan, maka sudah masuk 15 hari aku dengan 'mata baru'. Aku masih lagi di dalam fasa penyembuhan.

2. Hari raya lepas aku langsung tidak boleh menikmati raya yang sebenar. 10-15 minit di dalam kenderaan akan mengakibatkan kepala aku pening dan seterusnya beri kesan terhadap mata. Kesannya, walaupun hari raya, namun aku seperti pontianak, berkurung di dalam rumah gelap sepanjang masa.

2. Sebut tentang gelap, bilik aku sendiri bilik gelap. Langsir ditutup rapat pada tingkap, menghalang mana-mana cahaya luar untuk masuk. Lampu pun langsung tidak dibuka. Salah satu sebab ialah mata aku silau, namun sebab lain ialah lampu bilik aku terbakar dan aku masih tiada kemampuan fizikal untuk menggantikannya.

3. Hasil belekan rambut di cermin bilik air menunjukkan bahawa terdapat satu jalur rambut putih muncul di bahagian kiri rambut depan aku akibat tekanan yang melampau sebelum ini. Ia kelihatan 'cool', persis si Rogue dari siri X-Men. Namun ia juga petanda bagaimana aku menampung tekanan dek 'cabaran' yang menimpa-nimpa bertubi-tubi.

4. Sudahlah pada normalnya berat badan aku sangat susah untuk naik. Kini, juga akibat tekanan, berat badan aku susut mendadak sehinggakan bertukar angka puluh yang lebih rendah. Aku kini ibarat tulang yang bergerak dengan mata baru.

5. Disebabkan sakit ini adalah berkaitan dalaman mata, maka luaran aku kelihatan sangat normal (kecuali kurus kering). Maka, orang lain sedikit susah untuk faham bahawa aku sedang di dalam fasa penyembuhan. Bagi mereka, aku sudah sembuh. Lagi menyedihkan, yang mempersoal semua itu adalah mereka yang rapat dan ada di sekeliling, yang sepatutnya nampak beza orang sakit dengan orang sihat.

6. Melihat mata aku berbalut sebelah, seorang pekedai bertanyakan keadaan aku. Selepas ringkas aku bercerita, dia berkata, "Rezekilah tu..." Tergaru kepala aku ingin memahami apa maksudnya 'sakit itu rezeki', namun kini aku faham sangat apa yang dimaksudkannya.

Sakit ini memang satu rezeki.


Sekian.



  




.

3 comments:

  1. Get well soon cero. Be strong. nanti buat entri pasal sakit tu rezeki hehe.

    ReplyDelete
  2. Kalau boleh tengok dari sudut positif, maybe sakit itu rezeki. Rezeki Allah bg biar kita makin banyak ingat dia.

    Aku ada sepupu yg sakit jugak dalam tahun lepas. Tgk gambar raya dia tahun ni lain gila. Nampak kurus sgt. Semoga sepupu aku tu dan kau cepat sembuh cEro...

    ReplyDelete
  3. allahuakbar cero moga cepat sembuh & boleh berkarya seperti sebelum ni. aku baru tawu hang ada masalah kesihatan yg agak serius sbb melibatkan operate mata T____T

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026