May 24, 2017

Pengembaraan cEro ke Kedai Buku.



Salam.

Mahukah kalian sertai aku dalam pengembaraan yang...hm...biasa?


========================= ============

Biasanya bila sebut perkataan 'pengembaraan' mesti terfikir sesuatu yang mencabar dan penuh rintangan, kan?
Daki bukit, terjun gaung, panjat tali, turun cerun.

Tapi sebenarnya, kan, tidak kira apa yang berlaku,
sama ada penuh cabaran, atau biasa, atau rutin, atau membosankan,
kalau kita perhati betul-betul,
ada 'cabaran'nya sendiri.

Pendek kata, semua perkara adalah pengembaraan.

Komik di atas tadi merupakan
satu lagi komik yang aku lukis tidak ikut format biasa.
Format biasa aku biasanya guna nisbah 12:9 untuk satu panel,
tapi komik ini nisbah dia 1:1, which is sesuai untuk media sosial.
Nisbah 12:9 sesuai dengan lebar blog aku sebab pembaca senang baca sambil skrol.

Mula-mula aku nak guna nisbah emas (golden ratio = 1.618) untuk panel komik
tapi nisbah tu tidak kena dengan lebar blog aku
sebab mungkin lebar blog ini pada mulanya sudah lari dari golden ratio.
Jadi dengan beberapa eksperimen, aku dapati 12:9 sangat sesuai dengan blog aku.
Itulah format panel yang aku pakai untuk kebanyakan komik aku di sini.

Orang kata,
karya seni yang cantik selalunya mengikuti nisbah emas 1.618,
tapi saya tidak perlukan pembaris untuk ukur wajah cantik awak sebab sekali pandang sudah tahu nisbahnya tepat dengan nisbah emas.
#PickuplineFail #BroCuba

Ok.
Jauh dah merepek dari pengembaraan ke pickupline.
Must. End. This. Quickly.

Jadi,
siapa lagi macam aku,
masuk kedai buku nak beli komik tapi meratap kesedihan sebab harganya ya ampuuuunn mahal bangat?
Siapa juga ada hobi suka masuk kedai buku sekadar baca tajuk buku yang tersusun di rak tanpa niat mahu membeli macam aku?
Kedai buku apa kedai kegemaran kalian?

Banyak ni soalan, jangan kata tak tahu nak komen apa pula nanti ;p




.

18 comments:

  1. ah..samalah kita. belek buku sekadar buat syarat, tapi baca mantera semerah padi dalam hati iaitu "tunggu big bad wolf jelah.." Suka gak kinokuniya, feel macam banyak duit, padahal xde.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. >SalbiahM

      Dekat kinokuniya memang banyak buku yg tak dapat dekat kedai lain, tu yang feel dia lain sikit tu bestnya hehehe

      Delete
  2. Aku pegi broders ioi round round round round sampai puas hati bau buku puas puas then aku keluar. Sedih gak ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >mashy_entah

      Borders IOI best sebab dekat sana bukan sekadar buku, tapi banyak mainan & komik hehehehe

      Delete
  3. kadang2 adeje orang yang g kinokuniya or mph midvalley and then just spend 4 hours to finish half of the book, and then come back to finish the other half. XD and that would be me. I only bought 1% of what ive read. the other mostly, pinjam kawan or just finish it there. Dont see the point of spending so many ringgit for a book.
    Favourite would still be kinokuniya. dari 2007

    ReplyDelete
    Replies
    1. >just Yana

      Ehhhhh aku tak boleh. Aku kena beli buku/komik dan jadi pemilik baru boleh baca. Mungkin sebab aku baca lambat kot, jadi kalau pinjam nanti takut kena label buat harta hahahaha

      Delete
  4. aku suka giler pi kinokuniya! bapak heaven dowh! aku boleh habiskan seharian suntuk hanya di situ. paling sedih tanpa beli apa-apa...paling happy bila dapat keluar walau dengan sebuah buku.

    mostly, buku mana yang aku mampu tengok tu, aku baca je kat situ.. (walau ada orang kata tak elok baca buku yang kita tak beli, aku pun tak tau kenapa tak elok, mungkin kita macam curi ilmu dari buku tu kot...mungkinlah)..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >sofie adie

      Oohh tak tahu pulak ada orang kata tak elok baca buku tak beli. Aku pun kalau nak baca, aku suka beli dulu tapi bukan sebab tak elok ke hape tapi nafsu nak memiliki hahahaah

      Delete
  5. gila lama tak singgah sini. mau 5-6 tahun :p
    impress gila dulu baca je blog ni skrg dah ada lukisan cantik!! dah la sy suka baca komik hehe.

    sebut pasal pengembaraan kedai buku, tak suka kino tp suka comic house. syg nya comic house dah takde komik byk skrg baru diaorg start nak reprint balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. >e~car182

      Ehhhhh lamanya tak nampak. Hehehe. Komik ni datang dari mana pun asalkan cerita best jadi mesti best dibaca hehehe

      Delete
  6. pergh~
    awesome entry as usual

    ReplyDelete
    Replies
    1. >BLee

      Lee~~~ Long time no see!
      Thank you 😊

      Delete
  7. Kedai buku? Aku biasanya akan masuk kedai buku apabila ada buku-buku tertentu yang sudah aku set in mind nak cari dan beli. Jarang aku nak singgah masuk saja-saja untuk cuci mata hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. >P

      Hahaha aku pun ada list buku yang nak dibeli, tapi biasalah...
      List hanya tinggal list, tak beli pon hahahah

      Delete
  8. I know that feeling bro, it hurts haha. bertabahlah. tapi kekadang aku pejam mata je pergi bayar kalau craving sangat haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NAD

      Hahaha aku ni kuat berkira sikit, tapi bukanlah berkira kedekut hai bakhil tu, tapi berkira duit dalam wallet tu cukup tak nak hidup sehari dua. Kalau cukup, aku pun pejam mata gak pergi bayar hahaahaha

      Delete
  9. Replies
    1. >Raz

      Yeah! Mari laa sama-sama kita feel 😭😭😭

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026