May 17, 2017

Tahi yang Mengikat Kita.



Salam.

Tiada komik minggu ini.
No particular reasons, saja je hehehe.




Maaflah aku rasa bersalah sangat bila update blog setiap minggu tapi tak ada kesempatan nak singgah blog kalian yang ada dalam blog list aku.
Kalian je laa yang rajin asyik singgah blog aku ni walaupun macam hidup segan mati tak mahu.
InsyaAllah nanti aku usahakan masa untuk singgah menyinggah blog kalian.

Dalam satu buku yang sedang aku baca (sejak dua tahun lepas),
ada satu bab kecil yang diberi tajuk 'Gods with Anuses'.
Aku berminat nak ulas sedikit isinya di sini.

Manusia semuanya berusaha untuk hidup kekal abadi.
Kita tahu, hanya Tuhan yang abadi.
Tapi manusia masih mahu mengejar kuasa Tuhan.
Maksud aku, bukannya cipta satu minuman yang membuatkan diri tak tua,
ataupun tukar diri menjadi separa robot supaya bahagian rosak boleh dibaiki,
juga bukan jadikan kesedaran diri dalam bentuk maya dan menjadi muka yang bercakap di dinding,

...tapi dengan meninggalkan sesuatu supaya terus dikenali.

Penulis buku menulis buku supaya hasil kerjanya menjadi kekal abadi walaupun penulis itu sendiri sudah tiada nyawa.
Penyanyi menghasilkan lagu dengan niat mahu lagu itu terus didendangkan selama mungkin.
Kita buat tanda pada arus sejarah dunia supaya satu hari nanti kita akan dikenang di dalam buku teks generasi akan datang.

Ada yang berjaya, ada yang tidak.
Elvis Presley yang sudah lama mati masih mendapat bayaran 60 juta Dolar pada 2009.
Itu namanya berjaya. Nama dia terus diingati walaupun dagingnya sudah tidak wujud.

Bagi contoh tidak berjaya pula,
aku pernah tulis cerita penuh bertajuk Vorteks di blog ini
tapi aku rasa tak ada siapa ingat nama watak utama lelaki dalam cerita itu, kan?
Itu contoh yang gagal.

Dalam bahagian 'Gods with Anuses'
penulis buku yang aku baca ini menulis, menekankan bahawa walaupun manusia sibuk menempa nama dalam ingatan dan lipatan sejarah, mahu terus 'hidup' kekal abadi, tapi musuh utama manusia untuk menggagalkan usaha itu bukannya makhluk lain, sebaliknya ada najis sendiri.

Tidak, najis yang aku maksudkan bukan metafora,
tapi najis sebenar-benar najis. Tahi. Tinja.

Apa yang dia maksudkan ialah
walaupun bagaimana agung kehidupan kau di dunia ini
walaupun betapa terkenalnya kau,
punya follower di Instagram dengan angkanya ada huruf k, M atau B.
Akhirnya, semua orang ini perlu berak juga dalam sesuatu masa.

I know. Kalian tak dapat tangkap lagi maksud aku di atas.
Begini.

Tahi.
Bahasanya sahaja selalu digunakan merujuk kepada taraf yang rendah.
Bahasa kesat untuk merendah dan menghina orang.
Gambar tahi sentiasa dipandang jelik.
Siapa suka lihat tahi?
Dengar perkataannya sahaja sudah membuatkan kita terbayang sesuatu yang busuk.

Tapi,
tahi datang dari semua orang.
Kau buat tahi. Aku buat tahi.
Artis kegemaran kau juga ada masanya dia buat tahi, kan?
Siapa kata orang terkenal tak berak?
Habis tu hampas makanan diorang pergi mana?

Aku suka Emma Stone.
Tapi bayangkan imej Emma Stone meneran dalam jamban menghasilkan bahan buangan yang warnanya tiada beza dengan warna bahan buangan orang lain, itu sudah boleh aku mengerutkan seluruh otot muka.

My point is,
walaupun manusia berbeza-beza,
ada daripada kita terkenal, ada yang tidak dikenali,
ada yang berjaya, ada yang masih berusaha,
ada yang kaya, ada yang kais pagi makan pagi,
ada yang rasa diri besar dengan merendahkan mereka yang lain,
tapi kita semua, KITA SEMUA, terikat pada satu ikatan yang sangat asas.
Terikat pada ikatan yang sangat fundamental, tiada teknologi mampu membezakannya.
Kita semua BERAK.
Kita semua MENGHASILKAN TAHI.
Dan tahi kita tiada beza.
Orang kaya tidak berak keluar emas.
Orang berjaya tidak berak keluar berlian.
Orang miskin tidak berak keluar batu.
Semua orang berak keluar tahi.

Tahi, benda paling jijik itu, mengingatkan kita walau tinggi mana kita terbang, akhirnya semua manusia (dan haiwan) tetap sama.

Dan walaupun kita fikir tahi adalah entiti tidak bermanfaat,
tapi tahilah yang mengingatkan kita tidak guna sombong bongkak berlagak sana sini.
Bila berak busuk juga.

You shit.
I shit.
Everybody shit.
Jadi jangan sombong sangat hidup ni, okay?

Sekian.

Nota kaki:
Buku yang aku sedang baca itu bertajuk
The 7 Laws of Magical Thinking,
ditulis oleh Matthew Hutson.




.

18 comments:

  1. HAHAHAHA. aku pernah terfikir benda yang sama. eleh kau handsome pun berak busuk jugak, entah2 selalu kene sembelit (ini boleh guna ayat sedapkan hati sebab kena reject) hahaha. yes, kalau semua org pegang pada 'prinsip asas'ni, mungkin dalam dunia semua orang humble sebab semua org sedar dia berak busuk haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NAD

      Manusia memang cepat lupa benda 'asas' hanya kerana dapat sesuatu lebih sikit daripada orang lain. Tapi itulah kehidupan. Dunia di mana semua orang humble mungkin hanya wujud di utopia :)

      Delete
  2. Maaaan, aku baru jek terpikir pasal benda ni 2-3 hari lepas.. Handsome and cantik macam mana pon, bila berak, mencangkung jugak, busuk jugak tahinya..haha.. Sedapkan hati sendiri sebenarnya..

    Ya, taik sapa wangi? Takde.. Kalau semua orang paham menatang ni, mungkin dunia lebih baik.. Mantop, cEro..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Lee-kun

      Entri ni manifestasi luahan perasaan aku tentang dunia.
      Keliling aku banyak sangat orang yang rasa diri besar, dan most of them sombong dan bongkak tanpa sebab pun.
      Sebagai ingatan kepada yang membaca, dan diri aku sendiri, maka wujudlah entri ni heheeheh

      Delete
  3. wow. why so negative?
    Lagi baik carik cara/ find out why some succeed & some dont. and No. kita org Islam cant say kita sama saja dgn binatang right? cucu adam & hawa, unless you were referring to the movie Narnia. lol.
    Kadang2 aq benci orang sombong gak, tp kdg2 aq faham kenapa dorg sombong. Mungkin kalau aq sepandai, sekemas dan sekaya tu. aq pon sama. haha.
    Anyway, lets agree to disagree. I cant see how I can be related to a pemalas kind of generations to a shit. we all shits, but which one of us who's a warrior, a fighter, an administration or an entertainer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >just Yana

      Maybe negativiti tu datang dari perasaan penat aku nak melayan orang yang sombong di sekeliling aku. Kekadang aku tak pasti apa yang diorang sombongkan. Maybe macam kau kata kalau pandai, kemas dan kaya, ada sebab kenapa mereka nak sombong, tapi yang banyak aku tengok sebaliknya. Tak ada sebab langsung.

      Silap aku samakan manusia dengan binatang. Bukan niat aku nak samakan taraf dua entiti ni, tapi aku nak tekankan yang kita sama sahaja, semua berak.
      Mungkin penyampaian aku tak sampai. Thanks sebab tegur di situ :)

      Delete
    2. welcome. no probs cEro.sometimes kita kena asingkan jugak apa yang kita boleh hadam dengan x since kepercayaan si penulis berlainan dari kita yang bertulang belakangkan kepercayaan. walhal, mereka adalah liberal semata.
      yup, memang annoying bila jadi camtu. apa lagi, sombongla balik .haha

      Delete
    3. >just Yana

      Hehehe. Thank you sekali lagi 😊

      Delete
  4. Hebat betul post ni. Suka baca. Deepppp

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Anonymous

      Alaa segan laa kena puji. Thanks 😊

      Delete
  5. pernah terfikir jugak pasal benda nie.
    cuma bezanya, BV fikir pasal KENTUT, secantik mana artis2 yg disegani tu, dia pun manusia. kentut berbau dan berbunyi jugak kekadang. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. >BV

      Sama laa. Selalu terfikir yang artis popular pun kentut busuk. Tak dapat bayang Neelofa kentut hahahahaha

      Delete
  6. aku akan sentiasa baca blog ni sebab best. menulis tentang tahi pun boleh buat entry deep. hey, don't feel obligated to read mine anyway, i often write crap anyway..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. >SalbiahM

      Thank you. Kalau dapat ilham tulis deep, maka deep laa jadinya hehehe. Terima kasih sebab terus baca walaupun isi tak kuat mana 😊😊

      Delete
  7. Aku ingatkan nak citer pasal someone tu dh besar darjat dia sekali pun bila sekali buat silap, buat buat taik jatuh juga.. Rupanya lain maksud yg kau nk smpai kan.
    .
    Btw nice entry bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Bro Ley

      Thank you bro.
      Masa taip entri ni pun aku sangat berhati-hati takut lari point jadi macam point yang kau kata tu hehehhe

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026