Jul 29, 2015

Seminggu Berhari Raya.






Salam.

"Alaa, C. Entri raya lagi? Bosan arr bro!"
"Tak habis lagi ke raya kau ni?"
"Kontang idea letteww..."

Tuan-tuan dan puan-puan,
pengajaran hari ini ialah KEPENTINGAN TIMING.

Timing is everything.

Disebabkan hari raya tempoh hari jatuh pada hari jumaat,
dan aku perlu up entri pada hari rabu,
maka aku hanya boleh publish entri 'Seminggu Berhari Raya' pada hari ini, iaitu hari raya ke-13.
Which is sadly esok sudah 14 hari raya merangkap dua minggu,
jadi agak tak kena sikit timing entri ni.

Jika kalian raya bosan dengan entri raya,
aku ucapkan ucapan ribuan kemaafan.
Maafkan hamba yang tidak pandai timing ini.

Baiklah, merujuk kepada tajuk,
biar aku ceritakan seminggu aku berhari raya.




Malam raya,
kami sekeluarga masih di Kuala Lumpur.
Kami hanya boleh balik kampung pada hari ketiga raya.
Dengan niat mahu kaji bagaimana raya beri efek kepada berat aku,
aku timbang berat badan pada malam raya sebagai rujukan.

57kg bukan berat aku yang sepatutnya.
Alkisahnya, seminggu sebelum masuk Ramadhan tempoh hari
aku jatuh demam yang teruk.
Bukan setakat demam, aku kena hinggap sakit mata, sakit tekak, selsema dan cirit-birit mengakibatkan aku kehilangan banyak berat badan.

Berat badan hilang aku tak kisah sangat
sebab bermakna lemak di perut berlipat aku pun menyusut.
Tapi yang aku kisah ialah otot aku pun turut menyusut.
Tahu tak susah gila untuk ada tona badan yang sedikit berotot?
Otot ni, nak naik susah. Nak maintain pun susah.
Nak hilang sekelip mata je.

Sehingga hujung Ramadhan,
aku hilang 8kg, membuatkan seluar aku sangat longgar dan boleh londeh tanpa perlu ditarik ke bawah.
Dah boleh jadi duta produk kelangsingan dah...

Jadi,
misi raya aku kali ini ialah naikkan berat badan.





Raya pertama.
Selepas selesai solat sunat Aidilfitri dan segala sesi bermaaf-maafan,
kami sekeluarga ke rumah terbuka balai tempat Abah aku kerja (balai terbuka?).

Apa lagi,
nampak nasi impit, lemang, ketupat, lontong di depan mata,
aku bedal semuanya.
Hasilnya,
panggilan alam yang bersahut-sahutan.

Balik rumah, perut pun dah bulat.
Apa lagi, ambil bantal, buka kipas full dan...
...cari kacang dulu...
kemudian tidur.

Hari raya pertama aku habis dengan makan dan tidur sahaja.





Raya kedua.
Nak ziarah sedara-mara, semua dah balik kampung.
Sahabat handai rakan taulan apatah lagi.
Jiran tetangga pun habis lengang semuanya.

Maka,
kami adik-beradik berkeputusan mahu pergi menonton wayang.
Walaupun yang lain nak tengok cerita lain,
tapi aku guna kuasa veto suruh semua tengok filem Lelaki-Semut.
(Patutlah Amerika berkuasa sangat, rupanya kuasa veto sangat best..hehehe)

Seperti yang dijangkakan, Ant-Man sangat best.
Mak aku yang tak layan movie omputih pun kata best.
Kalian dah tengok? Belum? Rugi!
Pergi tengok sekarang. PERGI!





Raya ketiga.
Kami sekeluarga balik kampung, ke utara. Bertolak pagi.
Yang bestnya, sebab hari ini hari ahad,
jadi ramai yang balik dari kampung.
Highway arah sebelah penuh dengan kereta.
Tapi laluan kami lancar je, bantai 140 pun boleh pejam mata.

Yang tak bestnya,
sebab jalan sebelah penuh kereta,
kemalangan pun banyak kami jumpa.
Aku kira kalau kereta terbalik sahaja, dekat 4 tempat kemalangan ada.
Dari pecut 140 pejam mata, terus pandu berhemah ikut halaju.
Takut nanti kami pula jadi angka statistik.

Sampai kampung agak petang,
penat sangat aku tertidur sampai maghrib.





Raya keempat.
Hari ini barulah raya yang sebenar.
Kami ziarah kubur, jumpa saudara mara, jiran sekampung.
Jalan-jalan keliling kampung bertegur sapa.
Makan kuih raya orang buat sampai kembong.
Kami siap pergi ke taman tasik lagi untuk buat sesi fotografi.
Nampak pula ada gelongsor batu, apa lagi,
naluri kanak-kanak membuak-buak.

Maka adalah seorang manusia purba yang bermain gelongsor di taman.
Puas hati ooo...
Memang tak kontrol hensem langsung dah.
Nak kontrol camne, hensem pun takde...
**sigh**





Raya kelima.
Hari ni patutnya dah bergerak balik.
Tapi Abah kata nak ziarah saudara dekat Penang.

PENANG?
Sekali je aku pernah sampai Penang.
Tu pun dekat seberang je, tak jejak pulau langsung.

Jap, sebelum kena gelak,
betul ke aku panggil Seberang Perai tu 'Seberang'?
Faham kan maksud aku kan?
Kalau salah, mohon diejek dibetulkan.

Kali ni kami akan ke pulau.
Naik feri dari jeti Butterworth.
Tapi sebelum tu singgah tibai nasi kandar dulu sepinggan.

First time ooo naik feri.
Dia punya eksaited macam Jack naik kapal Titanic ooo...
Cuma Jack tu hensem, aku hensem tang kaki ja.

Sampai pulau, kami singgah ziarah rumah saudara jauh di Balik Pulau.
Mendaki jugalah nak jumpa Balik Pulau tu.
Tapi berbaloi.
Dapat tibai durian. Katanya durian Balik Pulau the best in town.
Hehehehe...

Apa aku perasan tentang Penang ialah
pemandu-pemandunya suka main hon.
Jalan sikit, hon. Lambat sikit, hon.
Nak tukar laluan, hon. Nak berhenti, hon.

Pada akulah kalau duduk KL, hon kenderaan ni umpama mencarut.
Nampak douchebag nak cilok lane, baru kita mencarut bagi hon.
Rasanya dekat Penang, bagi hon macam bagi salam kot.
Entahlah...hehehe
Jangan terasa ye orang Penang.





Raya keenam.
Semalam dari Penang terus balik ke KL.
Dia punya sesak aduyai...kematu pungkoq aih.
RnR pun sesak bergesel-gesel punggung dengan orang lain.
Highway sesak, lari jalan lama.
Jalan lama pun sesak. Lagi teruk adalah.
Last-last masuk highway balik.
Sampailah ke rumah dalam pukul 3 pagi.

Sebab tu raya keenam ni macam layu sikit.
Lebam biji mata, punggung semua.
Nak makan pun malas, sedut kari guna straw je.

Lepas tu ada pula budak nak datang beraya.
Eh? Bukan dah mula start sekolah ke hari ni?
Bebudak ni tak sekolah ke?
Ke dalam perjalanan ke sekolah, singgah beraya dulu?





Raya ketujuh.
Seminggu sudah berhari raya.
Raya kali ni lain sikit sebab semua orang ada.
Abang-abang yang dah kahwin dan beranak pun ada.
Jadilah aku angkel yang budiman seminggu.

Maka,
aku pun pergi timbang berat, nak tengok hasil menternak lemak.
Rasanya dengan abiliti dan kapasiti makan aku,
berat aku dah naik seperti yang diharapkan.

Bila ditimbang...
Ya, naik.
Tapi kenapa naik satu kilo ja?
Mana lemang ketupat nasi impit kuih raya yang aku telan kelmarin?
Mana?
MANA?


**tinggalkan post ini tergantung, cliffhanger**





.

54 comments:

  1. fuyooo turun 8 kg.. jelesnye.. aku maintain statik je scale tu.. rosak ke apeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Razfira
      Siapa kata best turun 8kg. Tak best ooo...
      Semua seluar jadi longgar. Dah tak kacak dah bila pakai. Nampak selekeh. Hehehe

      Delete
  2. Woo 8kg kilo turun. Aku 30hari ramadhan turun 2kilo ja. 2minggu raya dah naik balik 2 kilo tu. (T_T) back to normal balik ades

    ReplyDelete
    Replies
    1. @budoxe lee
      Kebetulan betul2 sebelum puasa aku demam.
      Kalau tak demam mahunya aku sekarang naik berlipat-lipat ni.
      Maklumlah, nafsu makan gajah. Hahahah

      Delete
  3. Memang seberang perai disebut sebagai seberang dan pulau disebut pulau. Tahniah sbb dah rasa betapa bosannya naik feri. Org penang mmg suka hon. Sila baca entri Honk If You Are In Penang!

    Seminggu berhari raya ni,terkilan sikit sbb takde rumah terbuka. Semua tertutup aje so tak dapat makan puas2. Jadi agak susah nk gain sekilo yg lost haritu.

    Sekarang puasa enam. Tp tak pernah kenyang time berbuka walau dh makan nasik. Metabolisma ini membunuhku.. so sekarang gua asyik nak marah2 sebab sentiasa lapar. Bila jumpa manusia yg annoying rasa mcm nk telan je manusia tersebut. Keep away from me.

    Doakan gua dapat balik sekilo tu, or else....




    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. @Zyra Roxx
      Terima kasih orang Penang kerana penerangan tersebut. Maafkan gwa yang jahil ini. Hehehe

      Kenapa tak banyak rumah terbuka? Semua ikut saranan pakar kewangan kot suruh tak sambut raya. Hahaha.

      Janganlah bagi perut tu lapar. Orang ajar kalau makan tak kenyang, jangan tingkatkan kuantiti makan, tapi kerapkan frekuensi makan. Makan laa setiap dua jam, tapi dlm kuantiti yang terkawal. Nanti naik laa teww...

      Gwa doakan dapat balik bukan sekilo, tapi berkilo-kilo. Nak? Hehe

      Delete
  4. untunglah naik sekilo je.. aku tak timbg, takutt terima kenyataan hahaha.
    nak tgk ant man jugakkk! tapi tkde kawan haha loser.
    oh jalan balik pulau mmg rupa nak ke cameron tapi versi panass! haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. @NADIA vs. BERON
      Kau takut nak timbang sebab takut kenyataan kurus ke kenyataan yg satu lagi :p
      Alaa, tengok sorang je pun okey what. Untung2 jumpa jodoh dalam wayang #eh
      Betul! Panas oo Balik Pulau hari tu...hehehe

      Delete
  5. eh, tersalah tekan button.. nak tekan komen tertekan reply.... koh koh koh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. post balik...

      hahahahaha... turun 8kg itu sangat... fuuuu... aku bulan puasa turun 2 kg. tapi bila raya naik 3 kg. Terpaksa lepas tu kontrol makan balik. koh koh koh...

      masa aku pergi Penang, aku tak perasan plak orang Penang suka mengehon. Ke , cermin aku kedap udara sangat?

      koh koh koh

      Delete
    2. @Aujinz
      Yoyo effect bak kata Mashy. Susah betul nak diet bila kita perlu diet, kan? Bila tanak diet senang plak dia turun...wahahaha

      Aku rasa masa kau pergi Penang dulu, kau terlalu fokus dekat awek Penang sampai terabaikan bunyi hon kereta kot. Awek Penang boleh tahan comel gak kebanyakkannya...hehehe

      Delete
  6. haha nice artwork, den ni time pose turun 2 kg, pas raya naik 4 kg huhu, btw Selamat Hari Raya buat tuan blog sefamily :).. Diam ahh

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Khalid Kyle
      Wow, very nice avatar. hehehe
      Kita okey laa boleh turun 2, tapi tak okey tang naik 4 balik tu...hehehe
      Selamat hari raya juga untuk tuan Khalid. :)

      Delete
  7. Aku tak beraya, tapi berat tetap naik dengan kadar mencanak-canak, howwww howwwww howwwwwwwwwwww

    Tapi nasib jugak tak beraya, sebab time raya je, mesti perut meragam (sebab dasar pelahap kan hahahaha)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Alia
      Hahaha...my pro tip ialah 'banyak makan then banyak berak, barulah seimbang'...hahahaha

      Sangat mencabar oo bila tengah bernafsu nak telan lemang ketupat rendang, tapi perut bagi isyarat nak bertemu jamban. Dilema sangat...

      Delete
  8. beraya sakan adik kita ni...lepas ni kena bina otot semula ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Angah
      Lepas ni kena gigih berjoging di taman bunga.
      Mohon terjumpa jodoh **tetiba**

      Delete
  9. untunglaaaa... aku menangis p gym, jaga makan bagai. turun masa bulan puasa pun hanya sementara. now dah menghampiri berat sebelum puasa. susahnya kalau metabolisme dah makin slow ni. tsk! :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira sekapal atau se-ferry la kita, metabolism slow tahap kekura mogok... huhuuu ( TvT ),~

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. @~* chirpy_chummy *~
      Try laa naikkan metabolisma tu. Kalau kena caranya, banyakkan bergerak (bersenam) dan jaga pemakanan, boleh je nak kawal metabolisma. Aku pun bukan tinggi mana pon metabolisma...hahaha

      Delete
    4. @plain83
      Metabolisma boleh kawal plain...Kekadang sebabnya kita ni malas nak kawal je...aku pun camtu jugak...hehehe

      Delete
    5. @plain83 kheeennn...aku rasa memang baya baya kita ni, kadar metabolisme semakin merudum.

      @cero aku exercise, p gym, jaga makan, pun takmo turun angka tu weh. teach me how please, mr scientist.

      Delete
    6. @~* chirpy_chummy *~
      idoknye laa aku nak tahu detailnya macam mana nak kawal metabolisma, tapi rasanya kau kena tingkatkan sikit intensiti exercise kau tu. Kalau nak berlari, jangan amik yg long distance, tapi cuba try yang short distance je tapi berintensiti tinggi. Lari jarak dekat je dalam 50m or 100m dash, tapi lari selaju boleh. Buat berkali-kali. Nanti badan kau akan terbina otot. Dari otot laa datangnya metabolisma.

      Delete
  10. aku turun 4 kilo. baru timbang tadi. kadar body fat dari 33.7% jadi 31%. timbangan pertama 5 June 2015, timbangan terakhir 29 Jul 2015. So, ok la kot walaupun not my best record.

    -kudozu

    ReplyDelete
    Replies
    1. @kudozu
      Dil!!!
      Camne kau timbang body fat? Ada cara kira ka??
      Yang eloknya dlm berapa peratus??

      Delete
    2. aku timbang kat opis guna yang digital tu haha

      Delete
    3. @Anonymous
      Cis pakai mesin ke...Tapi rasanya boleh kira sendiri kan? Cuma caranya je tak tahu...malas nak google plak tu...hahaha

      Delete
  11. Komen jadi double plak kat reply chirpy kat atas tu, hahah... dah lama x terkena komen double, lulz

    Ya cEro, i know right? aku naik ferry dah banyak kali pun still ada rasa eksaited bila naik ferry, ada satu feeling yg nostalgic n kewl di situ hahah X3

    ReplyDelete
    Replies
    1. @plain83
      Hehehe...Saje nak mnguji kesabaran kau tu, Plain :p

      Hahaha...naik feri aku paling eksaited siap duduk depan-depan lagi berangan akulah yang berenang atas air. Maklumlah, aku ni tak pandai berenang...hehehe

      Delete
  12. Cilake bagi sikit lemak tu kat sini hoi..haha org Penang mmg suka bebenor hon kereta aku sampai aku pun hon balik sebab aku tatau siapa yg bersalah dan pasai pa kne bagi hon ni.lulz

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Miss Fireflies
      Kau tu kes unik perlukan perhatian pakar pemakanan dunia.
      Berat tak berubah walaupun makan berpinggan-pinggan...hehehe

      Tu laa pasal.
      Kekadang aku confuse apa tujuan diorang nak bagi hon.
      Nak fikir positif, anggap je laa macam nak mengalu-alukan kereta plat KL masuk Penang...ala-ala capa "Selamat datang ke Penang" gittew!!

      Delete
  13. KTC tak timbang pun. Kuikui
    Update aa entry raya sepanjang tahun pun, tetap best :) Kekeke
    Anyway, diam ahh tuu paling win XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Kaka Tiri Cinderella
      Tak leh camtu KTC. Kena juga timbang sekali sekala.
      Kalau jarang timbang tu yg nanti buat terkejut bila beza sangat berubahnya...hehehe
      Hahaha...nak up entry raya sepanjang tahun nanti kena laa tukar nama blog jadi blog raya...Wahahaha

      Delete
  14. ada dua motif aku kesan dlm entri kau ni, satu nak kata amboi raya sakan, satu nak kata aku makan banyak pun berat tak naik. bukan tak naik, belum naik. kau sabar dlm dua tiga minggu, mesti nampak lemak tersembunyi pastu hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha riak dikesan sangat XD
      -Star-

      Delete
    2. @mashy_entah @Star
      Jahat tau korang tuduh aku riak. Takde niat langsung ooo nak riak ke hape. Aku bersedih tau otot padan hilang jadi badan keding macam batang kayu kering. Lain orang lain struggle dia tau...

      **menangis tekup muka dekat bantal**

      Delete
  15. Raya tahun ni....membuatkan aku rasa cam tanak balik kg time raya in the future haha
    -Star-

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Star
      Kenapa? Ada apa yang tak best berlaku ke?
      Forgive and forget je laa :)

      Delete
  16. Kau pun demam jugak ke cero Ramadhan hari tu? Aku dgn hampir semua family aku la kena demam, ada yg demam je, ada yg demam n sakit mata sekali. Semua kena last week puasa padahal ada yg duduk kl, ada yg dok Johor tp bila nak kena saing2 pulak. Memang family yg happy mcm tu kot. Senang sama2, sakit sama2...haha...

    Aku tak timbang pun berat aku, rasanya turun gak la...masalah kau mcm aku jugak la...nak naikkan berat bedan bukan main susah lg. Berat aku pun paling tinggi pernah 56kg je kot. Mybe sebab lepas makan dia terus keluar balik kt toilet. Huhu....

    Ok ni aku nak cakap sikit.. Bapak bosan kau ni....dah la up entry raya x abis2, pastu raya first kat kl je....bosan syiakkk...hahahaha.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Bro Ley
      Aku demam sebelum puasa, dan susut berat badan teruk masa tu. Tu yg bulan puasa tak boleh nak naik lagi tu. Tapi teruk jugak macam kau, siap sakit mata lagi.

      Aku rasa ikatan family kuat kot, tu yang sorang demam yg lain pun demam. Macam picit peha kita, peha kanan sakitnya tu di sini...hhehe

      56 sangat ringan. Aku 58 pakai seluar jadi londeh ooo...marilah kita berusaha naikkan berat ke berat yang ideal...Jyeeaaahhh

      Alaaaaaaaaaaa.....
      Janganlah bosaaaaannnnnnnn!!!

      Delete
  17. Percayalah, aku lagi tak ikut timing. Esok-esok baru nak citer pasal raya. HAHAHA.

    57 kg aku rasa adalah sangat ringan untuk lelaki. Standard selalunya 60kg. Bro Ley pun 56 kg? Whatt, aku nak naik 56 kg tu punya lah senang, awat korang punya berat susah nak naik. huwwaaa tak puas hati.

    Tak tengok ant man lagi, kalau bebetul teringin dan mempunyai masa lapang mungkin akan download secara illegal dan tengok.HAHAHA

    Pasal budak raya pun satu hal jugak, kes aku, hari raya kedua sampai kelima dok tunggu tak da budak pun datang beraya. Sekali hari raya ke-8 dan ke atas sibuk nak datang raya. Nak pukul 10:30 mlm pulak tu. Tapi dorang raya rumah orang lain lah. Maybe budak sekarang dah bijak, dorang target rumah bebesar je. HAHAHAH

    Semoga berat badan hang naik balik lah ye cEro, rajin-rajinkan diri pi gym dan makan protein bebanyak untuk build muscle.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nanadhoi
      Hahaha...lari sangat dah timing tu...hehehe. Tunggu raya haji je laa..

      57 mmg sangat ringan. Bukan sekadar ringan, tapi sampai semua baju yang dulu pakai okey sekarang dah jadi besar dan menggelebeh (sebenarnya badan yg jadi kecik)...

      Tengok laa Ant-Man. Illegal pon takpe. Best oooo gwa cakap sama luuu...

      Budak raya sekarang ni jenis yg strategik planning sikit. Dia serbu rumah kaya2 dulu baru tibai rumah kebanyakan. Bagus strategic planning camtu, tapi yg tak bagusnya ialah timing. 1030 mlm tu sangat lewat kot nak layan tetamu. Hahaha

      Malas gi gym, jadi angkat berat kat bilik je, depan youtube. hahahaha

      Delete
  18. Untunglah naik sekilo je masa raya. Kalau saya beraya dekat Malaysia, mahu naik berkilo-kilo. Nasiblah raya dekat Canada. hahahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Farah
      Tak pasti nak kata nasib baik atau nasib tak baik sebab kalau tak demam masa awal puasa dulu, rasanya sekarang dah berlipat-lipat dah perut ni menampung lemak...hahaha

      Camne raya Canada? Cerita laa sikit...

      Delete
  19. Jiran-jiran aku pon diserang demam gak masa minggu akhir puasa tu. sipbaik la fmly aku takde berjangkit. kalo tak, parah gak la jadinya.

    Aku masa raya pertama je dpt konvoi dgn ex-classmates terjah rumah masing2 sbbnye hari besok2nye dorang masing2 dah nak balik kmpung wife/hsben masing2 dah. aku jugak takde hsben lagi T_____T

    Woahh ! aku & adik-adik aku pon p tengok Lelaki Semut gak. tapi kami pegi raya ketiga (Ahad). kami p kat Ipoh je la. masa pegi punyala syok rasa. sat je bedesup sampai. masa nak balik (hala ke selatan), start gerak dari Ipoh 3.15. smpai kat rumah 6.15 petang. tu pon kira aku drive xde singgah2 RnR dah sbb mmg padat gila kat RnR. sampai kat tepi2 hgway pon org main benti je (ada yg tukar pampers anak etc).

    Buat sesi fotogorafi kat taman tasik? ada gelongsor batu? hermmm kat Taman Tasik Tepeng kah? kikikiki =P

    Penang! Aku rindu Penang. dulu study sana 3 tahun gak la jadi org Penang. turun naik feri la keje au dulu. tapi xde pulak terjumpa jodoh ke hape kat atas feri tu sobss sobssss.. haah aku pon perasan gak tabiat yg suka main hon tu. sikit2 hon. sikit2 hon.. Durian Balik Pulau mmg terbaek baq hang! mmg mcm Cameron jln dia kat sana hehehe

    Rumah aku ni ok lagi la sbb bebudak dtg beraya timing yg betul. kalo depa dtg wrong timing, mmg aku suruh 'drive thru' je la kat bebudak tu =P

    Kenape naik sekilo je? kenape? kenape???

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboiii...pjg nye komen ana..dh leh wat entry dh ni...hahahha

      Delete
    2. opps. tu la kan Deanna. nti ana copy paste buat entry terus kat blog. hahaha

      Delete
    3. @anamizu
      Gigih ana reply panjang...Thanks. Hehehe

      Bukan Taman Tasik Teping, tp Taman Tasik Takong dekat Pengkalan Hulu...hehehe
      Study USM ke dulu? Org kata USM best, teringin gak nak ke sana...hehehe

      Itulah pasal. Kita nak naik berkilo sikit, ni sekilo je tak best. Kurus keding keping melayang je rasa...hahaha

      Delete
  20. Hoiiii ni entri show off namanya. Makan banyak berat tak naik naik!! Hahahah.

    Alhamdulillah berat makin menurun tapi betullah, kalau boleh biar fat loss, bukannya weight loss yang sure2 ada muscle loss. Lepa naik kerja baru ni terus aku gi gym.

    Weh, ang asal usulbelah utagha jugak ka? Sempoii naa. Hahaha sep sekali!

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Danial Jaafar
      Hahaha...sumpah tak terniat nak show off. Sebab badan kerempeng je tak seronok, baik ada isi sikit sana sini..hehehe

      Betul. Weight loss bermakna muscle loss. Nak rembat gym tak terdisiplin laa plak nak pergi. Rasanya nak angkat berat dlm bilik je laa...bertemankan makanan di sini...hahaha

      Aku utagha. Asai Ipoh tapi kampung Taiping & Kedah.
      **sep**

      Delete
  21. waaa....mmg full jadual raya nye yer...kalau sy pun mesti letih jugak....tp bila tetamu berkunjung..terpaksa digagahi jugak la kan...kdg tetamu yg jarang berkunjung kecuali raya....kalau yg dh selalu tuh...leh la buat mcm umah sendiri jer...hehheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Deanna Morni
      Betul. Tetamu ni wajib kena layan kalau dia datang.
      Jadi kalau dah datang tu, kena laa gagahkan diri juga walaupun dalam kepala asyik ingat bantal dalam bilik...Hehehehe

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026