Jul 22, 2015

Baju Raya dan Soalan Raya.


Salam.
Selamat hari raya.

Macam mana kalian beraya?
Ada timbang berat badan tak pagi raya pertama tempoh hari?








Kalau kalian follow aku di twitter @cerolian,
kalian akan tahu yang aku hanya beraya di KL pada hari raya pertama.
Kami hanya boleh balik kampung pada raya ketiga.

Tuntutan kerja. Apakan daya.
Tapi Abah akulah yang kerja, bukan aku.
Aku menternak perut je dekat rumah...Hahahah

Kalian juga tentu sudah tahu baju raya aku warna biru.
Aku beritahu dalam kesemua 3 post entri aku sebelum ini.
Aku sangat yakin biru aku itu sangat rare dan susah nak jumpa yang sama.
Tapi rupanya aku pandang rendah dekat orang ramai...

Kalau nak dirumuskan, raya tahun ini pada aku raya biru.
Asal aku pusing kepala saja, mesti jumpa baju raya warna biru.
Biru tona macam aku pula tu...isyhhh...
Habis sepasukan boria solat sunat hari raya dalam satu saf.

Berkenaan soalan famous hari raya untuk golongan bujang macam aku,
aku ada sediakan satu senarai jawapan yang boleh menyentap kalbu si penanya.
Kalian boleh ulangkaji jawapan aku di entri tahun 2012 ini.

My personal favorite ialah jawab dengan dua perkataan;
"Saya gay"
dan nikmatilah perubahan di muka yang bertanya.

Kalian pula bagaimana?
Macam mana raya kalian setakat ini?
Perut naik berapa inci? Wahahaha



.

47 comments:

  1. uiks jawapan yg sangat x cliche

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Razfira
      Kaaann???
      Out of expectation. Maka siapa yg bertanya mesti akan terkejut.
      Hehehe

      Delete
  2. aku berjaya turun hampir 4kg masa puasa haritu. first raya tak ingat nak check. Tapi semalam aku timbang, dah naik sekilo semula. grrrrr!

    ko naik tak semula 8kg? hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. @~* chirpy_chummy *~
      Siang tadi baru timbang, naik satu je.
      Punyalah aku isi perut dgn makanan, naik satu je?
      Adoooiii!

      Delete
    2. perut ke plastik tembus ko punya perut tu? jeles pulak aku dengar.

      Delete
    3. @~* chirpy_chummy *~
      Makan banyak berak banyak kot...hahahaha

      Delete
  3. hahahaha!! comel betul komik yang seken tu :)))

    btw, ada satu cerita sedih ringkas: saya lost satu kilo di bulan posa.. buhuhuuu my precious little fat..

    gahgahgah tang soklan cepukcemas tu, tahun ni soarang pun takde yg bertanya.. hampeh betul. punyalah sediakan jawapan tahap izrail: Bila nak mati? wahahahahaha! Ke saya kelihatan makin muda lalu mereka dah terkonpius umur saya dgn orang lain? wkwkwkwkw

    hahah tahun ni color of the year is emerald green. nasiblah ramai pulak pilih biru, sebab kena seru dengan zyraroxx le tu :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Zyra Roxx
      Comel komik tu? Comel lagi awak...hehe

      Satu kilo hilang? Tang mana satu kilo boleh ilang tu? Awak bukan dah memang kecik ke, kenapa nak hilang lagi?? Hehehe

      Maybe orang ingat awak tu budak sekolah lagi kot. Ada dapat duit raya tak?? Hehehe

      Memang ramai biru yang sama tona. Dah jadi boria dah...hehehe

      Delete
  4. ahahah..orang dh x buat lepas kena sound dkt fb

    ReplyDelete
    Replies
    1. @merahitujambu
      Ye kot. Lagipun masa puasa dulu banyak juga isu soalan tu dimainkan dkat TV n radio. Sebab tu makcik2 dah kurang sikit nak tanya...hehehe

      Delete
  5. Haha Terbaik. Saya gay. XD Kat tempat saya pun femes kaler biru tahun nie.. Wuwuwuwuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Kakak Tiri Cinderella
      Termpat awak tu dekat mana?
      Tak nak laa beraya kat situ...hehehe. Gurau :)

      Delete
  6. Entahlah cero.berat badan aku ni maintain jek 10 tahun jadi 45kg.tatau apa masalah.haha anndddd balik raya aku sakit tekak batuk selesema semua ada kecuali demam.sekolah tetap sekolah guyssss.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Miss Fireflies
      Aku syak bila kau makan banyak, kau pun berak banyak kot.
      Tu yang berat maintain 45 tu...hehehe
      Alaaa, tak bestnya sakit tekak n demam masa raya. Kena gi sekolah plak tu...
      Kesian. Bertabahlah Kon :)

      Delete
  7. Salam cero, bole x aku contact ko personally?

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Kaito Kid
      Banyak cara boleh contact aku.
      Emel : ceroofcerolian[at]gmail[dot]com
      Fb : fb.com/cerolian
      twitter&instagram : @cerolian

      Pilih je mana satu.

      Delete
  8. Berat masa puasa turun 2kg tapi raya ni tak tahu lah naik berapa,
    melantak je kejenya...hohho

    ehh...bukan tema tahun ni warna #makkohijau ke paling femes?

    HAHAHAH jawapan "Saya Gay" tu memang terbaikkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nanadhoi
      Selalunya kalau puasa turun 2 kilo, masa raya naik dua kali ganda...Hehehehe

      Hijau ke? Banyak biru aku nampak...Dan jubah!

      Paling puas bila dapat tengok muka yang bertanya tu berubah...hehehe

      Delete
  9. Tahun ni aku ada singgah seven-e jap utk beli stock air cool tea pada hari raya 1st lepas beraya di rumah mak sedara... ko tau apa aku ternampak kat seven-e tu? Cer teka, hahaha X3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oops, lupa nak bg clue... cluenya ialah fesyen raya... hahah ;3

      Delete
    2. @plain83
      Macam susah je nak teka...
      AKu teka kau jumpa ada orang pakai baju melayu warna sama dengan air slurpee 7E.
      Hahahaha

      Delete
    3. hahaha comelnya jawapan.
      gua teka Plain ternampak cEro IRL.. eh?

      Delete
    4. Kehkehkeh... nak nampak cEro IRL, gua rasa itu perkara yg agak mustahil la zygha, dia ni mcm makhluk ilusi gitu... hahah ;3

      cEro, aku nampak sesuatu yg agak rare, iaitu fesyen jubah lelaki warna putih yg agak jarang, dgn ada pattern sikit warna merah n biru kat bhgian bahu. Selamba je mamat tu pakai tanpa rasa was was, nasib baik gak la dia pakai jugak pants, kalo just jubah semata2, mmg disaster gila... ish ish, ntah apa2 la trend baju raya skrg nihhh, pelik betoi ( "^___^)

      Delete
    5. @Zyra Roxx
      Risau jugak kalau2 Plain ada ternampak cEro IRL...hahaha

      Delete
    6. @plain83
      Untung laa lelaki jubah putih jarang...
      Kalau perempuan jubah jarang, aku yang untung...HAHAHAHA
      **buat muka perv**

      Delete
  10. cero ni klaka laa.. hahaha.. selamat hari raya cero :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Amna Shark
      Dlm blog je bajet kelakar. Dekat luar cEro serius orangnya...
      Selamat hari raya Amna :)

      Delete
  11. Alhamdullilah, makin kurus. LOL!
    Raya tahun ni is quite fun sebab dapat cuti lama which is basically what I needed the most.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @WZulhilmi
      Baguslah cuti panjang.
      Bermanfaat tak cuti kau tu? Ke cuti tu dipenuhi dgn tidur di siang hari je??
      hehehe

      Delete
  12. selamat hari raya!
    jawapan yang paling rare >.< yelah, dah orang tanya soalan sama, penat ah nak jawab kan. aku pun ingat baju raya warna hijau tak ramai orang pakai, tapi segerombolan datang rumah pakai warna hijau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Nur Haziqah Mohd Rosli
      Selamat hari raya Hazy :)
      Sampai sekarang tak ada siapa lagi berani tanya rasanya.
      Semua takut kena loyar buruk kot...hahaha
      Hmmm...hijau pun ramai jugak, kan?
      Apalah nasib...tahun depan nak warna yg rare gila, kelabu tahi anjing. Hahaha

      Delete
    2. jangan guna kelabu tahi anjing bro... orang Malaysia ni kuat melatah, anjing tu kan haromm.. koh koh koh ~

      Delete
    3. @Aujinz
      Gah gah gah.
      Lupa plak masyarakat kita.
      Maafkan ketelanjuran ayat saya :p

      Delete
  13. Selamat Hari Raya bro... hahahha.. tapikan kalau kena dengan yang loyar buruk juga, dia akan tanya "Sekarang gay pun kawen jugak.." haaa.. lagi haruuu... kakakakka

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Aujinz
      Selamat hari raya abam.
      Kalau ada yg loyar buruk macam tu, maknanya kami satu kepala.
      kalau dah satu kepala apa lagi, layankan aje laa.
      Last-last ajak pindah amerika sebab boleh kahwin gay. Hehehehe

      Delete
  14. Best nya baju raya warna biru. Saya suka warna biru. Dah berapa tahun pujuk parents supaya buat baju warna biru tapi mama saya tak nak. Sedih je :(

    By the way, jawapan tu memang sangat errrr ya. Kalau orang jawab macam tu, mahu jatuh juga rahang. hehe.

    Selamat hari raya, cEro :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Farah
      Alaa, kenapa mama tak nak warna biru? Buat sekali je apa salahnya, kan?

      Memang jawapan tu boleh buat orang terdiam seketika. Tapi lepas tu kena terangkan betul2 yg kita cuma bergurau, sbb takut2 nanti dia pergi canang pulak dekat crush ke, jiran ada anak cun ke, melepas laa aku...hehehe

      Selamat hari raya :)

      Delete
  15. tu la rasanya tahun ni mana-mana aku toleh pon masa raya aritu, mmg aku nampak baju raya org pakai kaler biru. tak kira lah biru muda ke biru tua ke (eventho byk term biru yg lain lagi)

    family aku sendiri pon bertemakan kaler biru tahun ni. Biru Tua (Royal Blue) la tapinya kikikiki

    soalan tu aku ada kena gak tahun ni. slumber je aku buat pekak & buat2 sembang rancak dgn mmber2 aku yg lain hahaha diam terus makcik yg tanya tu. padan muka dia =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. @anamizu
      Kaaaannn???
      Baju biru berlambak. Apatah lagi kalau biru tona macam aku yg biru langit ni. Sangat banyak sampai rasa segan bila jalan sebelah. Hahaha

      Sampai sekarang aku masih menunggu orang2 tanya soalan tu dekat aku.
      Penat tau prepare mental dan fizikal untuk sediakan jawapan soalan tu. Hehehe

      Delete
  16. ak cari entri ko tentang anime Shingeki no Kyojin...boleh bagi link....?

    -Petai

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Petai
      Rasanya tak adalah petai.
      Aku jarang update tentang anime yg aku tgk kecuali ianya ada kesan mendalam dlm diri aku. Hehehe.
      Aujinz ada buat rasanya.
      Cuba check.

      Delete
    2. errr..bukan ko ke....aisseyy..mcm mane bleh salah blog ni... soly..soly.....

      Delete
    3. @Anonymous
      Hahaha...it's ok :)

      Delete
  17. Yang baju melayu baru tu memang biasa la tu ada perasaan mcm tu....Rasa mcm dah style habis dah baju kita dan takde org yg pakai sama mcm kita....tp bila hari raya baru tahu org lain pun berlambak pakai yg sama.....Biasa la, situasi macam ni nak bg kita sedar diri dari riak rasanya....

    Hahaha...makcik tu ada sixth sense atau dia minat kat kau?senyum2, main2 mata pulak....hahaha.....pasal kahwin tu, tahun ni x banyak pulak aku dengar org tanya2 pasal kahwin kat aku ke atau sedara2 yg masih bujang lain....mybe sebab viral kat media sosial kot...org post pasal soalan kahwin sebelum raya.... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Bro Ley
      hahaha...ni bercerita atas pengalaman sendiri laa ni?
      hehehe

      AKu pun rasa sebab byk dah orang sentuh isu soalan ni, mcam dlm TV dan radio asyik borak isu soalan maut ni je bulan puasa hari tu...
      Para makcik yang kaki bertanya pun macam tersentap nak tanya ke tidak tahun ni...hehehe

      Delete
  18. hehehe...sy punya baju raya pun kaler biru.... kelakar bila baca kartun kat atas tuhhh...hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Deanna Morni
      Hai geng biru, duit raya dapat berapa?
      Share laa sesama kita geng biru...Hehehe

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026