Jun 24, 2015

Diari Ramadhan Aku : TV


Salam.

Waktu kecil dulu kalau puasa, selalu kira berapa hari dah puasa.
Dah tua bangka berjanggut ni tak terasa pula nak mengira hari...
Jap, hari ni dah berapa haribulan Ramadhan ya?

Bila awak nak berbuka dengan saya?






Sudah tiga empat tahun aku perasan,
bila masuk bulan Ramadhan, mesti berlipat ganda jumlah rancangan memasak dekat TV.
Aku agak, rating untuk rancangan memasak di bulan Ramadhan memang tinggi disebabkan para ibu yang nak cari idea nak masak apa untuk berbuka memang banyak masa untuk duduk dan menonton TV.

Tapi,
adakah perlu sampai empat rancangan memasak setiap hari.
Ya. EMPAT SEHARI. Dan itu baru aku kira satu saluran saja,
belum kira secara jumlah lagi untuk saluran-saluran TV yang lain.

Sudahlah memasak pun laju nak mamp...
Tunjuk bahan, campak-campak, siap.
Cara-caranya hanya tunjuk sebagai preview untuk 2 saat masa di skrin.
Minit-minit lain sibuk nak berceloteh laa, bersketsa laa, tanya khabar artis jemputan laa.
Apakah?
Kesian para ibu yang bersemangat tercongok sediakan buku dan pen
semata-mata untuk menulis cara memasak di depan kaca TV.
Sempat tulis bahan satu dua saja.

Bila berkesempatan nak tonton TV,
nak juga aku layan rancangan-rancangan Islamik
memandangkan hati isi belum cukup terisi dengan pengisian sebegitu rupa.
Tapi bila buka TV, berturut-turut rancangan memasak.
Dah laa masak sedap pula tu.
Perut tengah lapar, dia pergi tunjuk cara memasak nasi beriani kambing
siap tabur kismis dan bawang goreng lagi,
siap ada air sirap bandung soda lagi,
mana tak tergugat iman yang nipis bak kertas ni...

On the other note,
Jejak Rasul hanya tayang Jumaat Sabtu Ahad je.
Macam dulu tiap-tiap hari Ramadhan ada Jejak Rasul.
Bajet ciput lettew...Bajet banyak pergi dekat rancangan memasak lettew.

Last-last aku masuk bilik layan anime je. Lagi produktif.
Gah gah gah!






.

Jun 17, 2015

Diari Ramadhan Aku : Lapuk


Salam,

Kalau kalian baca entri ini bukan pada hari rabu,
aku mahu menyucapkan selamat menyambut Ramadhan 1436h.
Puasa tak?
Jangan terhabis dua bungkus nasi lemak pula nanti...hehehe

Seperti tahun-tahun sudah,
semasa Ramadhan, aku sediakan pengalaman Ramadhan aku.
So, enjoy!





Komik di atas adalah exact parody daripada entri asal blog ComicStriper di entri ini.
Kalau kalian buka link itu dan baca,
komik tersebut diterbit pada tahun 2012,
bermakna sudah EMPAT kali Ramadhan kita lalui.
Namun, masih ada juga yang jadikan lawak bisik Yusof Taiyoob sebagai lawak Ramadhan tahun ni.

Entahlah, pada aku, macam roti, yogurt dan penantian,
lawak juga ada tarikh expired dia.
Empat tahun tu rasanya macam dah lama sangat dah lawak ni diguna-pakai.
Tak pasti aku nak gelak sebab lawak itu ke,
ataupun nak gelak sebab kesian tak mampu nak buat lawak lain.

Tapi aku cukup kagum dengan masyarakat Malaysia kita ni.
Saban tahun ada saja lawak yang menjadi 'in' di kalangan kita.

Tapi lately lawak Ramadhan agak kurang menyerlah sangat.
Paling power pun aku rasa yang Thor punya pickup line tu.
Mungkin Ramadhan belum panas lagi kot...




Jadi,
lawak Ramadhan mana yang kalian rasa kelakar hingga gelak sampai keras perut kalian?
Cuba kongsi sikit...


Lari topik sikit dari Ramadhan,
tapi sampai laa ni aku tak faham lawak 'Mak kau hijau' tu.
Sesiapa boleh terangkan secara ringkas dari mana origin dan penggunaan lawak tersebut?






.

Jun 10, 2015

Berjaket Hitam, Berbaju Kelabu.


Salam,

Sabtu lepas aku pergi ke Ipoh balik hari.
Aku pergi dan balik naik keretapi ETS. Hohhooo!!
Itu adalah kali kedua dan ketiga aku naik keretapi,
kali pertama dulu naik keretapi masa balik dari Langkawi.

TERUJA BAQ HANG!!! Tak tidur aku sepanjang perjalanan!!
Malam sebelum tu pun tak boleh lelap sebab eksaited punya pasai.

Tapi keretapi elektrik ni feeling dia lain berbanding keretapi diesel.
Ada sesuatu yang kurang...erm...mungkin sebab kurang bunyi roda dan gandar yang berinteraksi antara satu sama lain, atau kurang bunyi geseran antara roda dan landasan yang seolah-olah mampu membentuk irama muzik yang takkan mampu didendangkan mana-mana ahli muzik yang ada, dan konduktor muziknya sudah tentulah si...
**uhuk uhuk batuk**

..okey. Okey. Control your orgasm.
Mari kita pulang ke landasan cerita yang sepatutnya.

Baiklah.
Ini cerita aku semasa di dalam perjalanan pulang.
Aku patut balik esok harinya (Ahad) tapi atas urusan kerja,
aku kena balik lebih awal dari yang dirancang.
Sorry Mar.
Sorry Ipoh. I'll be back. Soon.



Kisah Keretapi.





Just to be clear aku tak ada fetish terhadap bau.
Cerita ini langsung tidak melibatkan rangsangan seksual atau keberahian.
Seperti yang pernah aku cerita dalam entri ini,
disebabkan aku rabun dari kecil dan aku tak pakai cermin mata,
maka deria aku yang lain jadi sedikit tajam,
terutamanya deria bau, pendengaran dan sentuhan.

Kalian pun mesti pernah mengalaminya;
Bila terhidu emak masak rendang di dapur, kita terbayangkan hari raya.
Bila terhidu bau wangian tertentu, kita teringatkan bekas kekasih kita dan kita jadi rindu (atau benci).
Bila terhidu lavender, kita terbayangkan pengalaman ngeri semasa kita nyaris kemalangan di jalanraya.

Ini kerana bahagian yang memproses deria bau (dipanggil olfactory bulb) adalah sebahagian daripada limbic system
(susah sebenarnya nak BM-kan biologi sebab aku belajar dalam BI).
Bila sebut limbic system, kita akan berbincang mengenai memori dan perasaan.
Dalam limbic system kita juga ada amygdala yang memproses emosi,
dan kita juga ada hipokampus, yang pernah aku beritahu dalam entri ini,
juga berfungsi sebagai tempat memproses memori jangka pendek kepada memori jangka panjang.

Cut the bio facts short,
deria bau sangat rapat dengan fungsi memori dan perasaan (emosi).

Back to the story,
sebab itu bila aku mula bau sesuatu yang dikatakan 'mengingatkan saat manis',
tambahan lagi dengan suara yang 'menggamit memori indah',
aku jadi curious untuk memenuhi tuntutan suapan visual;
aku mahu melihat wajah dia.

Tapi seperti ada kuasa yang Maha Besar sedang menghalang aku,
walau bagaimana aku cuba, aku tetap tidak dapat melihat wajah dia.
Tanpa wajah, ianya seperti tidak lengkap.
It's like that missing final piece of a puzzle,
you can never see the whole picture without it.

Tapi aku optimis.
Bak kata orang, kalau ada jodoh tak ke mana.
Kalau ada jodoh aku untuk bau dan dengar lagi memori itu,
apa aku perlu buat ialah tunggu, kan?

Seperti keretapi yang sentiasa ke hadapan,
life must go on.




.

Jun 3, 2015

Rumput Tidak Pernah Lebih Hijau.


Salam,

Entri ini mempunyai aura negatif yang sangat tinggi,
aku cadangkan kalian tak terus membacanya.

Proceed on your own risk.





Nampak tak muka cEro di atas?
That's cEro while looking at other people living his dream.
Muka cEro nampak normal,
tapi dalaman dia hanya Tuhan yang tahu.


Semua orang ada impian yang tidak tercapai.
Kecewa kan?
Life must go on, kita redha dan terus ke depan.
Tapi suatu hari terjumpa pula seseorang yang hidup dalam impian kita itu.
Dengki? Tidak langsung. Sakit? Mungkin sikit.
Tapi apa yang lagi sakit adalah dia yang hidup dalam impian kita itu langsung tidak bersyukur, malah mempersoalkan jalan hidup dia yang pada dia, sepatutnya lebih baik.

Itu impian kita, tapi dia yang dapat.


Biar aku berikan satu contoh situasi:

Bayangkan impian aku ialah ingin menjadi pegawai hal ehwal asas pejabat (office custodian) a.k.a cleaner.
Tetapi, atas sebab-sebab yang tidak boleh dirumuskan dalam satu perenggan,
aku tak dapat capai impian itu.

Suatu hari, selepas pasrah dengan takdir bahawa itu bukan jalan hidup aku,
aku dapat tahu ada kenalan yang berjaya mendapat kerjaya tersebut.
Tapi bila aku baca (dibaca: stalk) wall Facebook kenalan aku itu,
aku dapati kebanyakan statusnya merupakan rungutan terhadap kerjanya.

Rungutan tentang bagaimana para pekerja di pejabat itu tidak menghormatinya.
Rungutan tentang bagaimana ada tapak kasut pekerja yang kotor kembali mencemari lantai yang baru sahaja dia mop.
Rungutan tentang bagaimana dia lama menunggu lif, tapi bila lif sampai dia masih tidak boleh naik disebabkan bersama-samanya juga terdapat satu troli yang berisi mop, penyapu dan bakul sampah. Masuk lif bersama-sama dengan troli tersebut bermakna bersesak dengan pekerja lain, maka dia perlu tunggu giliran lif seterusnya. Tapi perkara sama juga berlaku untuk lif yang seterusnya.
Rungutan tentang bagaimana tandas yang dia cuci pagi tadi kembali bertepek dengan najis manusia dan kuning dengan air kencing bertaburan menjelang petang.

Ya, rungutan seperti itu.
Rungutan mengenai kerjayanya.

Sebagai orang yang berimpian untuk memiliki kerjaya itu tapi tak dapat,
agaknya apa perasaan aku bila baca rungutan orang yang berjaya memilikinya tapi tak menghargainya?

Sekarang cuba ubah situasi di atas dengan impian kalian
dan rungutan-rungutan yang berkaitan dengan kerja impian kalian itu.
Apa perasaan kalian?

It kills me inside.


Tidak salah merungut.
Malah merungut kadang-kadang bagus sebagai medium pelepas tekanan.
Tapi buatlah sesuatu untuk mengatasi masalah itu.
Bukannya terus merungut dan anggap esok hari pelangi lapan lapis akan muncul sendiri tanpa berbuat apa-apa.
Ini tidak,
merungut pula dalam media sosial secara public yang boleh dibaca ribuan orang,
termasuk para manusia yang anda rungutkan.
Apa sebenarnya tujuan merungut teruk dalam media sosial sebegitu?


Fokus kepada penyelesaian,
bukan fokus kepada masalah.


Kalau kalian bencikan kerja yang kalian buat,
ada dua opsyen yang jelas dan nyata:

1) Embrace and adapt; atau
2) Quit and move on


Tiada kerja yang mudah dan tiada cabaran.
Sebab itu ianya dipanggil kerja (work).
Dalam fizik, Work = Force x displacement. W= F.s
(Kerja = Daya x sesaran)
Tanpa daya dan cabaran, kerja bukanlah kerja.
Dengan kata lain, setiap kerja perlukan daya usaha.
Kalau semua nak senang, bukan kerja namanya.

Jadi,
berhenti merungut secara berlebihan mengenai kerja di dalam media sosial.
Kalau tak suka kerja itu, berhenti.
Banyak lagi orang yang layak dan akan gembira jika dapat ambil alih tempat anda.

Kalau rasa tak boleh nak berhenti, belajar untuk menyayangi kerja anda.
Orang yang tak bersyukur tak layak nak hidup dalam impian orang lain.


Nampak tak muka cEro di dalam gambar di atas?
That's cEro while looking at ungrateful people living his dream.
Muka cEro yang berharap dia boleh tanam orang itu hidup-hidup,
tanam secara menegak sehingga ke paras leher,
dan duduk memerhati dari kerusi berjarak dua meter dari kepala yang terjuntai keluar
sambil menunggu satu batalion kerengga dan semut merah datang menghurung kepala orang yang tidak tahu nak bersyukur itu.


Maaf kalau entri ini ada buat sesiapa terasa.
Please don't hate me.
Hakikatnya,
rumput tidak pernah lebih hijau tidak kira di bahagian manapun kita berdiri.
Apa kata mulai sekarang, kita berubah menjadi seorang insan yang lebih bersyukur,
bersama-sama?





.