May 13, 2015

Dinding Putih Sudah Tidak Menghalang Jalan.


Salam,

So,
what happens when a bunch of average joes become The Avengers?
They become The Averagers. (krik krik krik)



No Previous-----01-------Next [02]

Ceritanya begini.
Selepas kalian baca entri super-tekanan dari aku minggu lepas (klik sini untuk baca),
mungkin ada antara kalian anggap yang aku akan perlahankan sedikit aktiviti berblog.

Tapi malangnya (untuk kalian), anggapan itu salah sama sekali.

Aku bukan sahaja tidak akan perlahankan aktiviti,
malah aku akan melipat-gandakan jumlah entri yang akan diterbitkan.
Macam kata orang petua kalau sakit tekak hilang suara, makanlah aiskrim,
aku pula sakit otak hilang mood melukis, jadi lukislah banyak-banyak lagi.

Maka terhasillah cerita spoof The Avengers celop yang aku beri nama The Averagers.

Sepanjang minggu ini (mulai rabu 13 Mei) selama seminggu,
aku sudah jadualkan entri The Averagers setiap hari.
YA. SETIAP HARI SELAMA SEMINGGU.

Aku sudah lukis 7 yonkoma (komik empat panel) untuk The Averagers.
Mula-mula nak terbit sekaligus semua dalam satu entri hari Rabu,
tapi 7 komik untuk satu entri akan jadi panjang dan berat,
jadi aku tukar plan nak buat satu komik satu minggu.
Tapi 7 minggu untuk cerita sama The Averagers nanti orang akan bosan,
jadi aku berkeputusan untuk letak sehari satu entri selama seminggu.
Yaay.

Juga,
sepanjang minggu The Averagers ini,
aku akan berada di luar kawasan atas urusan kerja.
Jadi, mungkin aku tak dapat nak reply komen sesegera mungkin.

Tapi jangan lupa tau.
Datanglah ke blog setiap hari selama seminggu ni.
Tinggalkan komen, pendapat dan pandangan,
aku terima dengan hati yang terbuka.

As for now,
doakan kerja aku siap dengan sempurna supaya aku boleh balik dan terbongkang pakai boxer sahaja di bawah kipas di dalam bilik kecil aku itu.


post-scriptum:
Sila jangan tanya kenapa ada Wolverine dalam team The Averagers aku. You know why.
Dan aku minta maaf jika design dan pakaian dalam team The Averagers aku ni tak berapa nak tepat.
Semua ni aku lukis guna memori dan memori aku sangat tak boleh diharap
(makanan sarapan tadi pun aku sudah lupa apa).
Dan aku minta maaf sebab mutu lukisan aku semakin merudum.
Tiada alasan, cuma kurang berbakat.

Live well. Have a good day :)




.

23 comments:

  1. woahhh cayalah cEro tak stop blogging! hehe
    aku tak pedulik pun kalo hang kata mutu lukisan merudum ke hape.
    aku nengok smart je tu ha. errr tapi knpe yg baju hijau tu x bertukar pun? =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. @anamizu
      Hehe thanks Ana.
      Pastikan baca habis dulu seminggu, nanti tahu laa kenapa baju hijau tak bertukar. Hehe

      Delete
  2. Fuhyooo *clapping hands like a retarded seal*
    Ini obatnya!! Cayalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Zyra Roxx
      Weyhh!!!
      Terkekek-kekek aku tahan gelak terbayang kau clap macam retarded seal...
      Tetiba teringin nak gi zoo...Jom dating!
      **smooth**

      Delete
    2. heyyyy, thats a great idea!
      aku selalu berangan nak spend time kat zoo negara.
      last pegi tahun 1995 =.=

      Delete
    3. @Zyra Roxx
      Kalau matematik aku tak silap, masa 1995 umur kau baru darjah 2 laa yek?
      Turun KL jom dating zoo jom...hehehe

      Delete
    4. serius???
      dah lama teringin nk pi tp tiap kali ajak org, them be like:
      zoo?? for what?? =.=
      well, obviously aku nak jumpa kawan lama kan....
      hahaha jom lah!

      Delete
    5. @Zyra Roxx
      Serius nak pergi?
      Kalau betul2 nak pergi, boleh je rancang dari sekarang.
      Berdua ke, bertiga empat lima pun takpe...hehehe

      Delete
  3. Hmm... Aku rase yang hijau tu tak nak tukar jadi hulk sebab takut tak muat yonkoma kot... kih kih kih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Zulhizam
      Hehehe,
      tahu plak dia tu Hulk, kan?
      Hehehe

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. wolverine ada! yea! spiderman xnak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Razfira
      Tak cukup character laa nak letak Spider-Man...hehehe
      Next time yek next time...hehe

      Delete
  6. ala, aku tak tengok lagi the avengers yang baru. kira paham kot kalau follow cerita the averages ko ni nanti cEro? haha.
    selamat bekerja ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Hikayat Seorang Budak
      No worries, Budak.
      Kalau kau tak tahu apa tu Avengers pun kau masih boleh layan cerita aku ni. Lagipun aku mana suka spoilers...hehehe

      Delete
  7. wahhh...chaiyokk cero!!
    passion dan kerja. dua2 kena fokus! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Ana AuNi
      Setuju!
      Passion pun kena strive, kerja pun kena strive.
      Baru laa balance :)

      Delete
  8. yang hijau tu paling cool... kehkeh ;3

    take care cEro, and don't forget to have fun! X3

    ReplyDelete
    Replies
    1. @plain83
      Thanks Plain,
      my line of work ni takde mende yg fun pon...so, kena laa cari fun sendiri...hehehe

      Delete
  9. yang hijau tu statik je. hulk tengah gembira memang takleh bertukar ye dak? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Gee Lion
      Betul tu...
      Try laa jentik Hulk, sekali dia bertukar semua dia sapu...hahahah

      Delete
  10. woahh, bagus bagus. Mesti hang jenis yang self motivated.
    Memula tengok yang baju biru tu ternampak AMERI ingat pebenda lah. Bila tengok gambar atas balik baru tahu untuk Captain America. Baca komen kat atas baru sedar yang baju hijau tak bertukar. Tajam betul mata dorang. HAHHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nanadhoi
      Mata kau lagi tajam kot...
      Tak ramai pun sedar pasal Capt dan Ameri tu...hehehe

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026