Mar 11, 2015

Jeans Biru Jeans Hitam


Dulu,
aku tidak pernah kisah tentang fesyen pakaian,
apatah lagi fesyen untuk lelaki.

Bagi yang pernah bertemu aku in person pasti tahu bahawa penampilan aku sangat biasa, plain dan tidak menonjol.
Kadang-kadang koordianasi warna, baju dan seluar pun tidak sesuai.

Even suatu masa dahulu aku pernah tidak menggemari seluar jeans atas disebabkan fahaman tipikal mengenainya seperti ketat, berat dan tidak selesa.

Tapi selepas diperkenalkan oleh seseorang,
seluar jeans merupakan sebahagian dari wardrobe wajib aku.
Tidak kira warna biru atau hitam atau kelabu, jeans mendapat tempat dalam hati aku.
Bukan sahaja tahan dan selesa dipakai, malah seluar jeans mampu mengubah imej aku dari Super-Selekeh-Baru-Bangun-Tidur kepada Jejaka-Budiman-yang-Melayan-Tetamu.

Dan kini aku diperkenalkan kepada skinny jeans untuk lelaki.



Sejak beberapa tahun kebelakangan ini,
skinny jeans merupakan di antara jenis seluar yang paling versatile dan sering menjadi pilihan lelaki untuk bergaya.
Berbeza dengan potongan jeans biasa, skinny jeans mempunyai potongan yang agak runcing di bahagian betis dan menonjolkan bentuk kaki anda.

Memang betul,
harus diakui bahawa bukan semua bentuk tubuh badan yang sesuai untuk menyarungkan jeans jenis ini melainkan anda mempunyai saiz badan yang sederhana besar dan kaki yang panjang.
Jadi,
jika anda tertanya-tanya apakah gaya atau padanan yang sesuai untuk kelihatan ‘perfect’ apabila memakai sepasang men skinny jeans, you may check this out!


Sarungkan skinny jeans bersama sepasang kemeja dan disempurnakan bersama sepasang loafer untuk gaya seorang ‘gentleman’.


Mungkin ini bukan gaya yang jarang kelihatan di Malaysia, tetapi apa salahnya untuk sekali-sekala bertukar angin bukan?


Gaya yang paling ‘common’ seperti memadankan skinny jeans bersama t-shirt dan jacket could never go wrong!



Pada aku,
apalah salahnya kalau kita mahu sentiasa bergaya.
Tidak perlu sampai mengikut trend terkini fesyen yang kadang-kadang boleh sampai tahap mengarut.
Apa yang perlu ialah keselesaan dan penampilan yang nak ditonjolkan.
Mungkin menukar cara berpakaian mampu menambat hati si gadis yang selama ini tak pandang pun anda walau sebelah mata.

Dengan men skinny jeans, apa salahnya, kan?

Kalian suka seluar jeans?



.

39 comments:

  1. suka jeans.tapi bukan skinny ah.harommm untuk perempuan Islam.hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Miss Fireflies
      No No No!
      Perempuan jangan pakai skinny jeans...
      Kalau nak pakai jeans pakai yg loose boyfriend jeans punya,
      tak pon pakai laa long skirt punya jeans. Barulah ranggi. Hehehe

      Delete
  2. suka jeans.. tapi suka kaler hitam plain.. nampak effect kaki kecik.. ecececeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. @tenku butang
      Saya pernah pakai seluar jeans hitam pergi meeting sbb tak nampak jeans sangat, lebih nampak macam seluar slack...hehe

      Delete
  3. Im wondering cero, im wondering.. sblm pakai jeans, lu pakai apa???? :O

    Yep, skinny jeans good for men (yg tak obes).
    gua pun suka, tp tulah, dia agak ketat so aurat nampak ketara *nangis

    ReplyDelete
    Replies
    1. My guess, kain pelikat.. Hahaha. Dhoti pum smart

      Delete
    2. @Zyra Roxx
      @Dea Day

      Wahahaha...sebelum aku pakai jeans, mesti laa aku au naturel.
      Baru laa nyaman...Wahahaha

      Delete
  4. Aku pernah suka Jeans.
    Aku masih suka jeans.
    Taoi sekarang aku lagi suka cargo pants. Selesa baq ang


    Ini kali ketiga aku komen, tak keluar gak aku rebel!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kahkahkah! sian ojin bersama komen2nya yg malas nak keluar ><

      Delete
    2. ooowh, normalla komen2 tak keluar ni? hahaha..aku pernah kena gak kt blok ko Zyra Roxx pahtu aku malaih dahla nak komen...huhuhu..

      Delete
    3. @Aujinz
      Cargo pants paling terbaik. Selesa. Senang. Praktikal.

      Owh, jap. Kau komen guna phone ke atau komputer?
      Aku selalu jadi komen tak keluar ni bila nak komen guna phone je...
      Boleh elaborate tak???

      Delete
    4. Biasanya kalau tak keluar, mesti kat phone. Kat pc pun kengkadang bila kita nak komen, kita dah taip pepanjang dia suruh login. Bila kita dah login, komen panjang kita hilang. Haram betei ~

      Delete
    5. @Aujinz
      Ooohhh..Aku rasa masalah dkat paparan mobile blog aku or blogger.com secara generalnya. Aku akan cuba cari mana perlu dibaiki. Kalau jumpa arr...hehehe

      Delete
  5. sebelum ni aku susah gila nak cari jeans. biasalah, sebab saiz aku kan kiki lala..hahaha..skrg ni aku bedal je asalkan pakai seluar..apa pun boleh sebab dah malas pikir

    ReplyDelete
    Replies
    1. @mashy_entah
      Jangan kata kau cari seluar dkat area kanak-kanak plak nanti...hahaha
      Makan laa banyak sikit, pergi gym kasi bina otot sikit...hahaha

      Delete
    2. Aku terbaca 'bina bontot'
      OhMyBrain ~~~

      Delete
    3. lupa ke sekarang aku diet?? saiz aku je macam kanak kanak, muka macam mak budak dah maka tak relevan nak pi beli seluar kat area kids..aujinz melampau nak bina bontot, nak pakai simen dengan bata ke macam mana?? hahaha

      Delete
    4. @Aujinz
      Lain macam sangat dah 'bina bontot' tu...
      Kawen cepat bro...Tak pun puasa...hahaha

      Delete
  6. Aku suke kargo pants dulu tapi sekarang suke jeansla sebab terpaksa ikut kesesuaian ngan umor..huuuuuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahkakaa sama laa... ;3

      Delete
    2. @Lee-kun
      Sampai sekarang aku suka cargo pants lagi walaupun umur dah *batuk* purba *batuk*...Hahaha
      Tapi jeans pun sentiasa ada dlm wardrobe.

      Delete
  7. zaman student dulu sentiasa pakai jeans. senang nk wat kje dlm studio. Skng lg slalu pakai kain. Tp saya pompuan. Laki kalo x pakai jeans, pakai apa? kain pelikat? hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Amna Shark
      Zaman study dulu aku selalu pakai cargo pants je, jenis yg ada poket dkat tepi tu.
      Datang kelas bawak alat tulis dlm poket je.
      Kadang2 berlenggang je...hehehe

      Delete
  8. Pehlis2 jgan pakai skinny jeans cero...laki mcm x seswaiii ajeee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @lemontea291
      Alaa, tak pakai selalu pon.
      Bila rasa nak pakai je..hehehe

      Delete
  9. Aku dulu suka jeans, lepas tu aku suka cargo pants, after that aku kembali kpd jeans semula, sampailah sekarang masih setia dgn jeans. Aku punya jeans/baju semua tak main la ketat2, harommm. Hahah... btw, to me, guys who wear skinny jeans are "rockers wannabes". Lulz...

    ReplyDelete
    Replies
    1. @plain83
      Kalau rockers wannabes tu aku perasan diorg akan pakai baju yg agak ketat dan kecik dr saiz badan.
      Tapi musim laa ni aku perasan byk mcam ala2 kpop n justin bieber pakai seluar kecik tapi baju besar dan tebal which is agak lawak sbb nampak tak seimbang...besar dekat atas...hahaha

      Delete
  10. aku tak suka pakai skinny jeans, tapi mungkin sekarang ni aku pakai jeans nampak ketat cam skinny jeans sebab peha dan semakin gemuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Prince of Noob
      Wahahaha...orang bahagia memang laa akan besar peha, Boss...
      Kami yg masih mencari ni kena laa jual penampilan sikit...hehehe

      Delete
  11. Aku suka pantless tapi pegi keje mesti la pakai seluar kan. Memandangkan aku byk bergerak ke site dan sebagainya, jeans la pilihan utama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hqhahaha.. Aku berlawak je. Lupa nak taip tengah gelak

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. @Dea Day
      Hahaha...tergamam sekejap bila aku baca perkataan 'pantless'...
      Nak bayang tapi tak sampai...hahahaha

      Delete
  12. Lagi macho pakai seluar slack :B

    ReplyDelete
    Replies
    1. @CIkMai
      Seluar slack memang macho Cik Mai, apatah lagi bila kena dgn kemeja lengan panjang...hehehe
      Tapi itu lebih formal, kalau nak lebih kasual jeans memang kena...hehe

      Delete
  13. Lelaki mat salleh kalau pakai skinny jeans nampak agak hot. Tak nampak macam pakai skinny jeans pun.

    Tapi, kalau orang Malaysia pakai, nampak macam aneh sikit. Tak tahu kenapa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Farah
      Tang aneh tu memang setuju.
      Maybe sebab tak semua jenis badan dan muka sesuai dgn skinny jeans ni.
      Tapi nak tau aneh ke tidak, kena laa try dulu, kan? Heheh

      Delete
  14. boleh la... kalau muka tak seswai pon, yg penting kompiden

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Len Inouie
      Hahaha...
      Dengan konfiden, kita mampu buat (atau pakai) apa sahaja :)

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026