May 28, 2014
May 19, 2014
Ada Apa Dengan KAMI! #Projek3Kami
Salam.
Apa jadi bila Iron Man, Thor, Hulk dan Captain America disatukan?
Dapatlah filem The Avengers (dengan extra HawkEye dan hot Black Widow)
Tapi apa pula jadi bila tiga blogger disatukan?
Dapatlah buku KAMI!
Aku tak ingat sama ada aku pernah mention tentang projek ini,
tapi KAMI! adalah buku hasil kolaborasi tiga blogger:
Aku (cEro), Aujinz dan Nazha Anua.
KAMI! mengumpulkan kisah yang tidak pernah dikisahkan mengenai kami bertiga di dalam satu buku, ala-ala The Avengers versi blogger biasa-biasa.
Aujinz (aujinz.blogspot.com) yang sebelum ini pernah menerbitkan bukunya sendiri bertajuk Lanun Ranggi The Book, kini memperjudikan masa depan dan reputasinya dengan berkolaborasi bersama Nazha Anua (kartunster.blogspot.com) dan aku untuk menghasilkan buku bertajuk KAMI!.
Tapi,
bila aku sebut Aujinz dan Nazha Anua,
aku rasa kredibiliti buku KAMI! ini tidak perlu dipertikaikan lagi.
Kan? Kan? Kan?
Sinopsis
Buku KAMI! boleh dikategorikan sebagai sebuah nomik,
tapi tidak seperti nomik-nomik yang lain di luar sana.
Buku ini mempunyai 126 mukasurat bercetak dan terbahagi kepada tiga bahagian, di mana setiap dari kami bertiga mengambil satu bahagian.
Seperti yang aku beritahu, kisah yang terkandung merupakan kisah yang tidak pernah diceritakan sebelum ini (kecuali dalam bahagian aku di mana aku kontang idea dan terpaksa recycle idea lama. Hahaha) yang lebih memfokuskan kepada kenangan zaman silam kami bertiga, sama ada semasa kecil, remaja, ataupun situasi sebenar dunia masa kini.
Kenapa Perlu Kolaborasi?
Disebabkan aku sangat rendah self-esteem dan keyakinan diri,
maka aku merasakan diri aku masih tak layak nak buat buku sendiri-sendiri.
Apabila di'approach' oleh Aujinz untuk terbitkan buku secara bersama,
aku anggap ini sebagai peluang keplatinuman aku untuk lebih maju ke hadapan.
Bayangkan,
dapat bekerjasama dengan nama besar dan berbakat seperti Aujinz dan Nazha Anua,
bukankah itu awesome?
Kenapa Perlu Memiliki Buku KAMI!
Aku tak paksa.
Tapi biar aku beritahu yang buku ini terhad dan eksklusif.
Bayangkan jika dalam dunia ni hanya ada 60 biji telur unicorn,
dan kalian antara yang pertama menemuinya,
takkan nak biarkan peluang keemasan berlalu depan mata, kan?
(Jap jap, unicorn bertelur ke?)
Lagipun ini adalah kali pertama aku terbitkan buku
dan antara langkah pertama aku untuk terus berkarya.
Mungkin pada masa akan datang akan ada lagi buku-buku dari aku.
Jadi, sokongan kalian amat aku hargai.
Bagaimana Untuk Memiliki Buku KAMI! ini?
Antara cara yang berkesan ialah mengembara seluruh dunia dan cari 7 biji Mutiara Naga untuk dimakbulkan permintaan.
Tapi cara yang paling mudah ialah dengan mengorder dari kami bertiga.
Cara-cara order dan harga ada aku sertakan dengan klik imej di bawah:
Harga?
RM25 (termasuk kos penghantaran)
Sekali lagi aku beritahu,
buku ini terhad dan eksklusif.
Mana tahu pada masa akan datang, salah seorang (atau semua) dari kami bertiga bakal jadi orang penting dan terkenal.
Dengan memiliki antara karya pertama kami,
bolehlah kalian berbangga dan mendabik dada bila nampak kami di TV dan berkata kepada orang sebelah
"Aku ada buku pertama dia...and it's AWESOME!"
SEBELUM KEHABISAN!
Bagi media sosial,
gunakan hashtag #Projek3Kami
Sebarang pertanyaan boleh berhubung pantas dengan aku di Facebook.
.
May 18, 2014
Jawapan tEka-tEki #20 Rubik's Cube
Kini, sudah sampai giliran untuk jawapan tEka-tEki.
Adakah anda sudah bersedia untuk jawapannya?
Baiklah.
Kepada yang belum bersedia untuk membaca jawapannya
dan mahu ke entri soalan, sila klik sini.
Anda akan dibawa ke entri soalan tEka-tEki #20.
Ketahuilah,
tEka-tEki bukan mengenai destinasi,
tapi ianya mengenai perjalanan ke destinasi tersebut.
Ok.
Kita akan terus ke jawapan.
SOALAN PERTAMA
Jawapannya, 0 (kosong/sifar)
Jika anda teliti setiap imej rubik,
petak oren di permukaan biru memberi nilai puluh,
manakala petak merah di permukaan putih mewakili nilai sa.
Dua angka ini merupakan haribulan di mana imej itu diletakkan bersama-sama entri di bulan April.
Jika tiada petak oren di permukaan biru,
dan tiada petak merah di permukaan putih,
maka nilai dua angka itu ialah 00 = 0 (kosong/sifar)
Permukaan kuning?
Bahagian kuning tiada nilai.
Memanipulasi tiga pembolehubah sekaligus adalah menyusahkan untuk sampel yang hanya ada tiga penilai.
Occam's razor.
SOALAN KEDUA
Mana satukah antara rajah dibawah mewakili angka 48?
Jawapannya,
'C'
Jika soalan pertama anda betul,
maka soalan kedua memang tiada masalah kerana masih menggunakan konsep yang sama.
SOALAN KETIGA
Manakah antara berikut merupakan bentangan kepada kiub rubik yang sudah diselesaikan?
Jawapannya,
2 dan 5.
Adalah lumrah jika anda hanya memberi satu jawapan sedangkan ada dua jawapan di dalamnya.
Naluri manusia sentiasa akan berpuas hati jika bertemu jawapan tepat dengan segera tanpa memeriksa yang selebihnya.
Kita sentiasa mencari jawapan betul/tepat,
dan kita jarang cari kenapa jawapan lain tidak betul/tidak tepat.
Jadi,
siapa antara kalian yang dapat jawab semua soalan dengan betul dan tepat?
Sebagai penutup,
biar aku kongsikan satu komik dari Pictures in Boxes.
Lagi tEka-tEki dalam koleksi:
.
May 4, 2014
tEka-tEki #20 Rubik's Cube
Bertemu kembali dalam slot tEka-tEki.
Slot yang begitu mencabar sehinggakan kita berpeluh lencun hanya dengan berada di hadapan komputer.
Semasa April lepas,
aku sediakan entri dalam blog ini satu setiap hari.
Namun,
setiap entri tersebut didahului dengan satu imej rubik yang berubah-ubah setiap hari.
Bagi yang pertama kali atau jarang datang ke blog ini,
mereka akan pertikaikan signifikan imej rubik tersebut.
Bagi yang selalu datang blog ini,
mereka akan faham bahawa aku takkan buat imej itu jika tiada makna.
Tapi,
bagi yang memahami aku,
mereka akan tahu bahawa tEka-tEki bakal menyusul,
dan imej-imej rubik itu adalah sebahagian daripadanya.
Baiklah.
Untuk pengisian tEka-tEki buat kali ke-20 ini,
aku akan berikan TIGA cabaran berdasarkan imej rubik tersebut.
Jangan risau,
kalian tidak perlu selongkar entri April aku satu persatu walaupun dengan berbuat demikian sebenarnya sangat membantu.
Tapi sekadar daya pemahaman dan pemerhatian yang sederhana pun sudah cukup.
Baiklah,
soalan pertama adalah seperti di bawah:
SOALAN PERTAMA
Mudah, kan?
Kunci untuk selesaikan soalan pertama adalah mengenalpasti pattern dan berfikiran logik.
Jika soalan pertama mudah,
soalan kedua semestinya lebih mudah.
SOALAN KEDUA
Mana satukah antara rajah dibawah mewakili angka 48?
Jika anda dapat jawab soalan kedua ini,
aku yakin anda sudah nampak pattern yang cuba aku ceritakan.
Jadi,
soalan ketiga sepatutnya tidak langsung menjadi masalah.
SOALAN KETIGA
Manakah antara berikut merupakan bentangan kepada kiub rubik tersebut yang sudah diselesaikan?
Kunci untuk selesaikan soalan ketiga ialah daya imaginasi.
Ok,
jika anda buntu atau cepat putus asa,
dan berminat untuk ketahui jawapannya, klik sini.
Tapi link di atas hanya berfungsi bermula pada Ahad 18 Mei 2014 selepas jam 0900
bersamaan dengan dua minggu selepas post ini diterbitkan.
Marilah bangkitkan semula daya imaginasi anda.
Selamat mencuba.
GOOD LUCK!
Jika anda suka tEka-tEki begini dan merasakan keterujaan menjawabnya,
aku harap anda dapat 'like' di bawah.
Akan datang akan ada lebih banyak lagi tEka-tEki yang mencabar.
.