Nov 17, 2013

tEka-tEki #18 'Bas Sekolah'


Bertemu kembali dalam slot tEka-tEki.
Slot di mana pointer tinggi tak bermakna anda tak pandai.



Baiklah.
Kali ini aku berminat nak kongsi satu tEka yang aku pernah tengok dulu (dan gagal jawab).
Soalannya mudah, tapi ianya melibatkan daya imaginasi yang bukan calang-calang orang ada.
Bagi yang tahu jawapannya, atau pernah dengar di mana-mana
bolehlah jawab dengan jayanya.
Bagi yang memang mahu mencuba, sila jangan putus asa dan baca jawapan orang lain di bahagian 'comment'. (kalau ada yang jawab laa)
Salah tak apa. Yang penting cuba.

Ok.
Perhatikan imej di bawah.



Abaikan lukisan aku yang taraf budak tadika ini
dan cuba gunakan imaginasi anda bayangkan ianya bas yang sebenar.

Soalannya:

Bayangkan itu adalah bas sekolah yang pernah kita naik setiap pagi semasa kecil untuk ke sekolah.
Jika bas itu bergerak ke hadapan,
ke arah manakah akan bas itu tuju?
Ke kiri gambar atau ke kanan gambar?


Mudah.
Sama ada ke kiri ←
atau ke kanan →


Jika anda berminat untuk ketahui jawapannya, klik sini.
Tapi link di atas hanya berfungsi bermula pada 1 Disember 2013
bersamaan dengan dua minggu selepas post ini diterbitkan.

Marilah mencabar daya kreativiti dan imaginasi diri untuk menyelesaikan masalah ini.
Selamat mencuba.

GOOD LUCK!

Lagi tEka-tEki dalam koleksi:




.

18 comments:

  1. emm give me time to imagine..
    btw, pintu bas memang xda ke?hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. berdasarkan kepada petunjuk burung disebelah awan yang terbang ke ufuk kir, aku meneka kiri!

      Delete
    2. Err..aku sgt sure burung itu hanyalah hiasan...hehehe

      Delete
  2. kalau pintu keluar bas belah depan pastu pintu pemandu belah belakang, bas tu akan ke kiri.
    kalau pintu keluar bas belah belakang pastu pintu pemandu nampak kat depan, bas tu ke kanan.
    yg ni err ragu-ragu jap sebab tak nampak pintu keluar atau pintu pemandu dia.hehheh.

    assume pintu keluar belah belakang, so bas ni akan ke kanan.cenggitu lah kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nanadhoi
      hm...guna logik. Bagus. Aku suka.
      Kita tunggu jawapan 1 Dec nanti yek..

      Delete
  3. kalau bas bergerak ke hadapan, bas akan menuju ke arah sekolah.. kah kah kah.. ok.. itu aku memain jer.. koh koh koh

    tiada pintu pemandu, dan tiada pintu penumpang. so, berdasarkan jawapan aku yang di atas, aku teka ke kanan jer laa.. koh koh koh

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Aujinz
      Hmm, boleh tahan penerangan kau tu..
      Kita tunggu 1 Dec yek...

      Delete
  4. Ikut perkataan bas sekolah tu.

    ReplyDelete
  5. hmmm, ok aku teka kanan, sebab apa? sebab aku google image gambar bas sekolah, lepas tu aku nampak banyak (tak semua) gambar bas sekolah yang mempunyai tulisan "bas sekolah" tu dicat bermula dari arah belakang ke hadapan badan bas, maka ini telah mempengaruhi aku untuk memilih jawapan kanan... dan secara kebetulan juga, arah kanan selalu dikaitkan dengan masa depan, manakala arah kiri dikaitkan dengan masa lampau... ooh, apakah jawapannya yang sebenar eh, tanoshimi ne~ ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. @plain83
      wow, sampai google bagai...hehehe
      reason kau reasonable, aku suka bab kau kaitkan dgn perkataan bas sekolah tu...tak apa, kita tunggu 1 dec nanti.
      o tanoshimini~

      Delete
  6. Replies
    1. @Akeyla Azmi
      Silalah tgk jawapan di http://cerolian.blogspot.com/2013/12/jAwapan18.html

      Delete
  7. Ada yang pro jawab soalan hua hui kah?

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026