Nov 22, 2013

ABU



Pada jam 2013 malam semalam (21 November 2013),
kucing aku yang diberi nama Abu telahpun meninggalkan kami sekeluarga.
Dia dilanggar mati oleh kereta semasa sedang melintas jalanraya.
Kejadian berlaku di hadapan mata kakak aku sendiri.
Yang melanggar tidak dapat dikenal pasti.
Malah, aku rasa, yang melanggar itu tak tahu pun dia melanggar.



Abu seekor kucing jantan muda.
Umur dia baru empat bulan (lebih kurang).
Cergas, manja dan pandai.
Hobi dia adalah tidur seperti manusia
(terlentang panjang dengan perut menghala ke atas).
Tipikal, nama 'Abu' diperoleh dari warna bulunya (kelabu).

Mati dilanggar kereta ketika melintas jalan pada waktu malam.
Ianya bukan kali pertama berlaku kepada kucing.
Selalu kita dengar, dan nampak,
bagaimana terdapat kucing mati keras di tepi jalan pada pagi ketika dalam perjalanan ke tempat kerja/ tempat belajar.
Semua itu hilang nyawa hanya bermatlamatkan untuk ke seberang jalan.

Jadi,
mana silapnya?




Tiada silap. Cuma kurang kesedaran.

Kucing dikatakan mempunyai penglihatan yang luarbiasa yang merupakan aset mereka sebagai haiwan pemburu, tapi kucing masih kurang sesuatu iaitu perspektif terhadap kelajuan.

Manusia mampu mengagak kedudukan kereta yang bergerak untuk beberapa saat akan datang berdasarkan kelajuan kereta tersebut.
Kita ada fizik untuk memberitahu minda.
Sebab itu kita mampu pandu keluar dari simpang tiga jalan dengan mudah.
Tapi, kucing tidak.

Apabila kucing melihat objek yang bergerak,
kucing tidak berkemampuan meneka ke mana arah objek tersebut berdasarkan kelajuannya.
Pada mereka, sesuatu objek berada di situ pada waktu itu. Sudah.
Mereka tiada kemampuan untuk berfikir seperti
"Ah, objek itu menuju ke arah sini. Maka selepas 1 saat, objek itu akan berada di sini."

Dapat tak apa yang aku maksudkan?

Jadi apa yang patut kita buat kalau ternampak kucing sedang melintas jalan di hadapan kita semasa kita sedang memandu?

Ini cara aku.
Setakat ini, berkesan.

Pertama,
jika kucing itu masih dalam medan penglihatan kita, PERLAHANKAN KENDERAAN.
Pastikan kucing itu sentiasa berada dalam medan penglihatan kita.

Kedua,
jika kucing itu hilang dari penglihatan mata,
sama ada berada di bawah kereta kita,
berada di bawah kereta orang lain atau berada di titik buta mata,
BERHENTIKAN KENDERAAN.

KENALPASTI KEDUDUKAN kucing tersebut sebelum bertindak seterusnya.

Ketiga,
selepas dikenalpasti kedudukan kucing tersebut,
pastikan kucing itu BERADA DI TEMPAT YANG SELAMAT sebelum meneruskan kenderaan.


INGAT!
Kucing adalah haiwan pemangsa.
Haiwan pemangsa akan kaku apabila mendapati keberadaan haiwan pemangsa lain yang lebih besar dari mereka.
Logiknya, lebih baik kaku dan menyorok daripada lari selamatkan diri yang tentunya akan dikejar.
Sudah tentu, haiwan tidak mampu berfikiran munasabah,
sebab itu mereka bergantung kepada survival instinct yang memang sudah tertanam dalam gen untuk teruskan hidup.

Dan pada haiwan, dalam kes ini, kucing,
kereta adalah pemangsa yang lebih besar. Bagaimana mereka lihat singa dalam hutan, sebegitulah mereka melihat kereta di bandar. Maka, reaksi mereka yang normal adalah kaku dan berharap pemangsa itu berlalu pergi.

Jika mereka kaku semasa berada di tepi jalan, tak apa.
Tapi jika mereka kaku semasa sedang melintas jalan, alamatnya, BYE-BYE!

Jadi,
apa yang kita boleh buat (dan bertolak ansur) ialah memberhentikan kenderaan dan pastikan kucing itu selamat melintas. Kucing tidak akan kaku selamanya. Apabila naluri untuk selamatkan diri mereka timbul, mereka akan lari mencari tempat yang lebih selamat.

Sedikit kesabaran dapat menyelamatkan kucing.
Walaupun bukan kucing anda, tapi sekurang-kurangnya kucing itu pernah memberi kebahagiaan kepada seseorang.
Dek kerana kurang sabar, kucing itu dilanggar.
Anda akan berasa bersalah sepanjang memori tentangnya ada.
Apatah lagi jika semasa anda melanggar si kucing itu, kedengaran bunyi 'crack' seperti sesuatu telah patah dan hancur.

Dengan sedikit kesabaran,
kucing selamat, anda tenteram, dan saksi depan mata (seperti kakak aku) tidak akan mengalami trauma kerana melihat peristiwa ngeri depan mata.

Pesan aku satu,
bersabarlah di atas jalanraya.
Tidak kira dengan siapa, manusia atau bukan.



Selamat tinggal, Abu.
Kau akan tetap dalam kenangan.


.

10 comments:

  1. Aku pernah kehilangan kucing kesayangan.
    Pedih woo.. pedih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Aujinz
      kan? macam ada sesuatu dlm diri kita yg hilang tiba-tiba...

      Delete
  2. langar kucing seperti langar batu..uhuk..sedihnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. @merahitujambu
      aku pernah tgk kejadian langgar kucing depan mata masa tunggu lampu isyarat merah. Ngeri ooo...

      Delete
  3. takziah cero..

    tapi memang betul pun manusia yang ada akal ni kena timbang rasa dengan makhluk tuhan yang lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nazha anua
      Hanya jika manusia memandang makhluk lain sebagai 'penghuni di dunia yang sama'...
      Malangnya, kebanyakannya tidak memandang sedemikian...

      Delete
  4. Takziah cero. Goodbye Abu :'(

    ReplyDelete
  5. Kucing aku ramai yang meninggal ketika melintas jalan nak ke rumah jiran... memang sedih. Takziah cero, RIP abu.

    Sebab apa aku menggunakan ayat "ramai yang meninggal"? dan bukan "banyak yang mati"? sebab bagi aku kekucing aku ni sebahagian dari keluarga aku :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. @plain83
      aku pon sentiasa merujuk kucing jantan sbg 'lelaki' dan kucing betina sbg 'perempuan', sbb aku tak pandang kucing2 aku sebgai haiwan langsung..

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026