Oct 18, 2013

Cermin. Bunga. Air. Bulan.



Pada akhir bulan Oktober tahun lalu,
aku pernah bercerita tentang saat dikejutkan dengan berita pertunangan seorang pencuri hati.
Perkataan 'dikejutkan' tidak mungkin dapat menggambarkan perasaan aku.
Dan jauh di sudut hati, aku tahu perkara tersebut akan berlaku.
Cuma masa dan suasananya tidak aku jangka.

Berita tersebut aku dapat semasa aku terbaring di dalam sebuah hospital.
Suasananya? Aku dapat berita tersebut melalui panggilan telefon,
bukan dari empunya diri.

Adakah aku kecewa?
Ya.
Adakah aku bergenang semasa dalam air pancuran bilik mandi?
Ya, hanya untuk seminggu pertama.
Adakah aku boleh kembali tersenyum dengan berteman keikhlasan?
Ya, selepas bulan berikutnya.

Dan adakah aku redha?
Itu persoalan yang bukan aku yang mampu jawab.

Sejak panggilan tersebut,
aku tiada lagi interaksi bersama si dia.
Setahun telah berlalu,
aku jangka mungkin dia sudah diijabkabulkan.
Namun, aku juga berharap sebaliknya.

Dan setahun kemudian, beberapa hari lalu,
aku menerima satu lagi berita yang membuatkan jantung aku melompat satu ritma.
Seseorang yang aku label 'longtime crush' juga sudah selamat bertunang.
Kenapa 'longtime'? Simple.
Aku ada crush dekat dia sejak kali pertama aku pandang dia, tahun 1999.

Apa persamaan dua entiti yang bertunang sama waktu tapi berbeza tahun ini?
Pertama, kedua-dua mereka ada nama yang sama.
Kedua, kedua-dua mereka mungkin adalah Robin Scherbatsky aku,
di mana tidak kira apa perasaan di dalam hati, aku tidak mungkin mampu bayangkan saat bersama berdua di masa hadapan.
Tapi, sudah tentu salah satu dari mereka lebih memberi kesan terhadap diri aku berbanding seorang lagi.

Umpama menatap susuk bunga melalui cermin.
Ibarat menikmati bulan di pantulan air.
Nampak, tapi tidak tercapaikan.

Aku sudah masuk ke dalam generasi susur masa muka buku dipenuhi gambar bayi.
Mereka bermegah dengan bukti cinta dua hati.

Aku?
Masih di takuk lama.
Seolah-seolah seorang Theodore yang menunggu seluruh alam untuk memberikannya petanda kepada kebahagiaan masa depan.
Masalahnya, aku bukan Ted. Paling tidak, Ted ada empat cahaya sehati sejiwa.
Aku?
Aku keseorangan menentang perjuangan sebagai seorang pengembara hidup yang ingin terus bergerak tanpa sauh membeban.



Kemudian,
satu suara timbul.
"Kau boleh MOVE ON?"
NOPE. Itu jawapan aku.
At least not now.
I have so much to deal with.
Aku tak ada masa nak hirau rasa hati.
Hati aku mungkin sedang tenat, tapi belum mati.

Dan kemudian, soalan kedua muncul.
"Siapa yang kau cari?"
Jawapan aku pasti.
"Si dia bukanlah dari kalangan pembaca blog ini."
Aku sudah terlalu banyak ceritakan tentang perasaan hati di dalam blog ini.
Aku pasti, ramai yang mengetahui.
Aku tak mungkin dapat bertentang mata dan menyedari bahawa insan depan aku mungkin tahu segalanya tentang diri aku, mungkin lebih dari diri aku sendiri.
Terlalu banyak yang aku sudah bongkar, pada aku dan kamu, kita tiada rahsia.

Kepada yang sedang membaca, ketahuilah.
Jika kita bertemu muka ke muka, mata ke mata,
jangan sesekali panggil aku dengan alter ego cEro.
Dan jangan sesekali timbulkan apa-apa tentang L.

Sesungguhnya, aku cuba untuk berlayar ke depan,
mengheret sauh yang kuat menahan.
Dan aku perlukan kalian untuk membantu aku mendayung.
Biar putus rantai yang mengikat dasar.
Biar tinggal laut yang tidak beriak.
Menuju ke dunia baru berbekal sejuta kenangan.

Aku dan Si Pencuri Hati.






.

4 comments:

  1. Huhuhu..

    kenapa ekau selalu begini sang cero..
    kenapa cinta tak pernah menyebelahimu..

    mungkin ni cabaran sebelum ekau ketemu cinta hakiki..yang bener2 menyintahimu..

    aku..volunteer untuk tolong mengayuh kapal layar ekau..sampai berlabuh ke dermaga cinta sejati..

    fuh ayat aku..kehkehkeh:)

    ReplyDelete
  2. aku tak ada fb mahupun insta ataupun twitter, maka aku terselamat dari asakan gambar*2* bayi para kenalan aku yg sememangnya suka mengiklankan hasil perkahwinan mereka... lol

    kita semua ada benda/kenangan silam yg kita tak mampu nak 'let go' sepenuhnya... tak apa, it's normal, we're human beings... just don't let those dark memories ruin your chance to be a happy person :)

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Sbnrnye aku pun tak pasti nak komen apa. Hati aku turut bergetar bila baca post kau. Setiap org pasti ada kisah cintanya sendiri. Adakah sama atau tidak itu bergantung. Cuma ingat jelah, Allah tahu siapa jodoh terbaik untuk kite. Pasti ada bidadari yang akan meneman tak kiralah kalau tak dapat di dunia pasti akan dapat di akhirat nnt, Insha-Allah. Be happy ok, is not the end of the world ;)

    ReplyDelete
  4. @nazha anua
    hahahha...
    mungkin aku malang dlm hal-hal cenggini...
    tp utk letakkan diri dlm keadaan positif, aku rasa takdir aku masih belum bersedia...
    Mungkin aku byk lg yg kurang rasanya...hehehe

    @plain83
    setuju. Lets don't make them as dark memories, instead just memories, something to be learnt at..

    @fISZ
    Terima kasih.
    Kalau ada 1000 manusia bercerita, maka akan ada 1000 kisah yang berlain.
    Ini mungkin kisah aku.
    Tapi kisah orang lain pun tak kurang berliku juga.
    Masing-masing ada jalan menghadapi, ada juga jalan mengelak. Kan?

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026