Oct 27, 2013

#throwback



Bila kali pertama aku terbaca hashtag 'throwback',
imej pertama yang menjelma dalam kepala otak aku adalah perempuan yang makan pisang dan membuang kulit pisang ke belakang dan mengakibatkan lelaki belakangnya tergelincir jatuh.



Ya.
Otak kita lebih gemar informasi berbentuk imej bergambar daripada perkataan yang terbina dengan huruf.
Itu fakta.
Bagaimana apabila disebut gajah berwarna pink, sekaligus terbentuk imej gajah berwarna pink walaupun gajah berwarna pink tak pernah wujud secara realiti.

Jadi,
aku sendiri tak pasti bagaimana perkataan #throwback yang kerap kali menjadi trending dalam twitter dan media sosial lain boleh diimejkan otak.
Mungkin kerana ada perkataan 'throw' dan 'back', maka otak aku memprosesnya sebagai perlakuan membuang sesuatu ke belakang.
Tapi, lain orang, lain otak, lain imejnya.

Dan satu lagi sifat otak adalah sensasi.
Otak ada kebolehan mensensasikan keadaan.
Daripada aku hanya perlu membayangkan perlakuan 'buang ke belakang' untuk #throwback,
aku tambahkan (sensasikan) lagi dengan detail lain seperti:

  1. Perempuan makan pisang.
  2. Kulit pisang dibuang ke belakang.
  3. Lelaki di belakang tergelincir jatuh.


Antara contoh kebolehan mensensasikan keadaan yang dilakukan otak kita adalah seperti
bagaimana kita di dalam gelap akan nampak timbunan baju kotor yang malas untuk dibasuh membentuk susuk momok yang sedang merangkak perlahan-lahan menuju ke katil.
Atau bayang kucing dari lampu jalan kelihatan seperti harimau yang kelaparan.

Itu semua kerja otak kita yang gila sensasi.

Juga,
kebolehan mensensasikan keadaan oleh otak juga berubah mengikut masa.

Pernah main telefon buruk?
Permainan di mana mesej disampaikan dari seorang kepada orang lain dan kepada orang seterusnya sehinggalah ke akhir barisan?
Perasan tak bagaimana mesej mudah seperti
'Apabila dewasa, Abu berangan untuk menjadi seorang pakar sains neuro dan mengkaji bagaimana kesan sensasi kepada otak manusia'
mungkin akan menjadi

'Abu seorang pesakit jiwa yang tiada masa depan dan hanya berharapkan takdir membawanya ke mana sahaja dia dibawa'
Maklumat yang disampaikan disensasikan seorang demi seorang.
Jika bilangan orang yang perlu disampaikan mesej tersebut cukup panjang,
jangan terkejut jika mesej terakhir tak sama 100% dari mesej asal.

Contoh terbaik adalah mengenai bajet yang diumumkan baru-baru ini.
Jika kalian dengar dan baca bajet itu dari sumber pertama seperti pembentangan oleh PM atau buku rasmi yang diedarkan,
kalian mungkin akan dapat intipatinya dengan tepat.
Tapi kalau sekadar baca tweet kawan, tweet orang-orang tertentu dan dengar borak pakcik gigi sumbing dekat warung kopi,
alamatnya maklumat yang nak disampaikan mungkin sekali jauh tersasar dari hal sebenar.



Dalam konteks perkataan '#throwback' yang mula-mula aku ceritakan,
imej perkataan tersebut sudah menjadi semakin sensasi.
Daripada imej kulit pisang dibuang ke belakang,
kini, apabila terdengar dan terpandang perkataan #throwback,
aku akan terbayang pemain ragbi yang sedang membuat passing di atas padang dalam keadaan genting di mana baki masa perlawanan hanya 10 saat.



Terlebih sensasi, kan?

Bila ditanya kepada kawan yang selalu gunakan hashtag-throwback ni tentang apakah maksudnya yang sebenar,
dia kata
"Hashtag-throwback ni macam hashtag yang mengingat dan mengimbau kenangan lalu gitu."
Masalahnya,
bukankah semua ingatan adalah kenangan lalu?
Dan bagaimanakah peristiwa makan pizza yang baru berlalu DUA JAM LALU sudah perlu diimbau menjadi kenangan lalu?
Lama sangatkah dua jam?
Kenangan sangatkah makan pizza?

Therefore, in my opinion,
hashtag-throwback is the most overly-abused word after 'awesome'.
Sikit-sikit sudahlah #throwback. Ni semua benda kau nak bantai #throwback.




Jadi, beritahu aku,
apakah imej pertama yang terbayang oleh otak kalian bila pertama kali ternampak/ terdengar/ terbaca perkataan #throwback?





Cue-Card #003:

Entri seperti di atas adalah sejenis entri yang paling aku suka. Jenis yang aku hanya perlu taip laju-laju sebab isinya sudah terlekat kuat dalam kepala otak. Otak aku mungkin ada masalah sikit sebab suka kaitkan beberapa perkara yang secara relatif tidak berkaitan, tapi percayalah, jika kalian baca elok-elok, kalian akan dapati beberapa perkara yang tidak diduga. Pada aku, entri sebegini adalah salinan pertama apa yang terkandung dalam otak aku ke atas media bertulis. Oleh sebab itu, segala isi di dalamnya adalah pandangan mentah tentang apa yang berlegar dalam kepala aku. Ianya seperti makan kuih raya pertama yang dibawa keluar selepas dibakar di dalam oven. Fresh. Panas. Sedap. Oh, juga, belakangan ini aku dapati ayat yang aku bina kadang-kadang tak dikonstruk dengan lengkap. Alaa, macam subjek dan prediket yang lemah, ataupun ayat yang tergantung tiada kata hubung, ataupun ayat yang tak habis dibincang ataupun menda yang tak habis dise.......


4 comments:

  1. dulu masa pertama kali aku terpandang perkataan throwback nie, aku bayangkan orang yang mengambil gambar polaroid/instax, lepas tue dia baling gambar tersebut ke kawan dia dan kawan dia baling semula ke dia.. kakakakka...

    ReplyDelete
  2. aku terbayang game rugby jugak...

    btw aku tak rasa throwback membawa maksud yg sama dengan flashback...

    ReplyDelete
  3. gua takda fb dan tuiter, therefore bila aku baca throwback, otak aku clueless..no visualization+sensation sense come out..aku cuma anggap tu just perkataan biasa..

    ReplyDelete
  4. @Aujinz
    hahaha, gila elaborate bayangan ko..heheh

    @plain83
    kan? maksud dia mcam lain macam sikit. Aku rasa yg pakai pun tak pasti maksud sebenar...

    @nazha anua
    hahaha, baguslah kalau kau tak terjebak dalam media sosial ni...
    harap dapat kekalkan...

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026