Jul 24, 2013

Diari Ramadhan Aku : Amalan Ramadhan





Kalian tahu apa yang patut dikejar manusia di bulan Ramadhan?
Melakukan perkara yang baik..




Belakangan ni kecoh dalam media sosial dan TV tentang seorang artis perempuan berkongsi gambar pergi terawih dengan tunang.
Juga ada beberapa artis lain yang share gambar berterawih dlm twitter.
Ada juga di kalangan kawan aku yang ditemplak kerana check-in foursquare di masjid-masjid,
seolah-olah mereka ini cuba mahu memberitahu seantero alam siber bahawa mereka pergi beribadah dan berterawih di masjid.

Aku bukanlah ustaz yang belajar ilmu agama tinggi-tinggi,
tapi izinkan aku beri sedikit sebanyak pandangan.

Siapa kita yang berhak mempertikaikan niat seseorang?
Selaku manusia, mana kita tahu apa niat si artis yang share gambar berterawih itu?
Kalau niat dia hanyalah mahu berkongsi perjalanan hidup dengan peminat,
kemudian peminat pergi hentam kata nak menunjuk yang diroang ni ke masjid berterawih,
bukankah sudah jatuh hukum fitnah?

Kalau niat si tukang share itu memang mahu menunjuk,
itu adalah urusan antara dia dan Tuhan.
Dosa pahala dia Tuhan yang Maha Mengetahui yang tentukan, kan?
Tugas kita yang termampu, hanyalah menasihati si pelaku agak tidak tergelincir dari landasan yang sepatutnya.
Bukannya pergi maki hamun caci cerca macam tiada maaf sudah untuk mereka.

Bab check-in dalam foursquare tu,
aku sendiri selalu buat.
Just put it like this...
Check-in ke dalam masjid, dengan check-in ke shopping mall,
agak-agak mana satu yang lagi baik dan bagus?

Tapi itu cuma pendapat peribadi aku yang cetek ilmu ni...
Aku sedang cuba belajar, jadi memang akan ada silap salah sana sini...

Apa pula pendapat kalian?






.

12 comments:

  1. hakim, hakim everywhere... huhuu~

    manusia mmg suka menghakimi...

    ReplyDelete
  2. yup!agree upon that!
    aku x phm npe org nk cbok2 sgt...bio ler diorg..
    klu g club mrah..cek in masjid pon nk mrah..
    tp klu tiap2 hri cek in bhya jgk..nnt org kt menunjuk plak..

    ReplyDelete
  3. Saya setuju dengan pandangan ko,tak faham kenapa orang yang suka sangat memaki dan menghakimi orang lain seolah-olah mereka tu sangat sempurna tak pernah buat silap,keyboard warrior sungguhla.

    ReplyDelete
  4. hai.. salam kenal,
    follower no.1033
    done follow sini,
    jom follow teman yea..=)

    http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog

    ReplyDelete
  5. again..mr hakim is everywhere:) apepun, agree with the statement

    ReplyDelete
  6. aku pun check in kat masjid, cuma aku privatekan jer... hahahaha.. malas nak timbulkan fitnah fitnah hakim hakim tak bertauliah..

    ReplyDelete
  7. kat aku , suke hati la dorg nak share ape

    nak check in kat mana

    tp kalau benda tak elok, memanglah tak berapa setuju

    tapi aku selalu berbalik balik kepada satu perkara

    itu akaun dia, dia punye suke . yg penting jangan jatuhkan hukum kat org tu sesuka hati je

    ramai yg aku tgk peminat/pengkomen suke nak menjatuhkan hukum kat org, seolah2 dia la yg beri dosa dan pahala ke atas manusia.

    ReplyDelete
  8. setuju.. kuih yg atas tu kuih cara berlauk kee??? Bulatnyee

    ReplyDelete
  9. soal hati ni..hanya antara kita dan Dia sahaja tahu.

    ReplyDelete
  10. hai cero..lamanya aku tak singgah sini. Sejak tukar layout semua blog list aku hilang. Dahla aku busy.
    Aku baru linkan balik blog kau.

    Anyway tentang hal ni..
    Kalau aku, of course aku tak kisah sbb aku mmg bukan jenis yang judge sangat pun. suka hati orang lah nk buat apa janji x kacau hidup aku.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. @plain83
    saya bantah Yang Arif!!
    hehehe

    @Miss Comot
    Kalau dah kerap, itu cerita lain..
    takut nanti jadi target para pemuas nafsu dan pencopet wang

    @norinaomar
    sbb keyboard warrior tak payah tayang muka..
    asal bahasa nampak gagah dah cukup...

    @tenku butang
    hai no.1033..terima kasih kerana sudi..
    jasamu dikenang..

    @naza hada
    kan? harap kita tak tergolong dalam golongan tersebut...

    @Aujinz
    hehehe, susah kan kalo nak kena ikut hati semua org..
    (btw, check-in private dpat point sket..)

    @.::WaNiE::.
    yang terus nak keluar kata2 kesat dan menghukum tu yg tak sedap tu..
    ada yg menasihat, tak apa lagi...

    @fISZ
    kuih cara berlauk? *bunuh diri*

    @La Kuchi
    kan? sebagai manusia, kita tiada hak mempersoal kerja Tuhan...

    @Sophie Al-Yahya
    hai sophie, cam rindu kat ko..
    hehehe, btw, betul..asalkan tak susahkan hidup org lain, apa salahnya, kan?

    @EZAN IDMA
    Janganlah terasa sayang..

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026