Jul 31, 2013

6 Perkara yang Tidak Patut Berkurang Tapi Tetap Berkurang di Bulan Ramadhan.

Salam.

Selamat berpuasa.
Sekali lagi, entri berkenaan bulan Ramadhan.

Tahu tak menu sedap waktu moreh setakat ni?
Roti jala dengan kari kambing. Pergh!!


Tapi moreh dengan roti jala bukanlah perkara paling seronok berlaku.
Apa yang lagi seronok pada aku adalah memerhatikan gelagat manusia dalam bulan Ramadhan ni.
Yang tidak sepatutnya berkurang, tetap berkurang.
Yang tidak sepatutnya bertambah, jadi berlipat kali ganda.

Kita manusia kadang-kadang cepat sangat buat keputusan.
Bila aku cakap manusia, ianya termasuk juga aku, kau dan mereka-mereka di sekeliling.
Jadi, kepada yang membaca ini, cuba buat satu perkara ini...
...iaitu berfikir sebelum bertindak.
Mari sama-sama berubah, insyaAllah.

Berikut adalah ENAM perkara yang sepatutnya tidak berkurang tetapi tetap berkurang di bulan Ramadhan ini.
Macam pernah dengar tajuk ni?
Dua minggu lepas aku ada post tajuk yang lebih kurang sama, tapi 'berkurang' jadi 'bertambah'.
Ingat? Ingat? Ingat? klik sini untuk lebih ingat...




Patutnya bulan puasa tiada sarapan, maka bolehlah masuk ofis awal.
Tapi, masuk ofis pun betul-betul last minute nak punch.
Tu pun kadang-kadang terlepas.
Sebelum masuk, merungut dulu dalam twitter,
"Wai du we hef tu go tu werk?!," tweetnya.
Kalau masuk terus buat kerja, tak apa juga.
Ni tidak, layan YouTube, blog-blog hiburan dan facebook dulu.

Waktu rehat pukul 1, tapi pukul 12 dah lesap.
Cari punya cari, pergi membuta dalam surau sampai pukul 2.
Masuk balik ofis, tengok jam setiap 5 minit.
Sebab nak cabut lari balik pukul 4.30, almaklumlah, dapat balik awal berkat bulan puasa.
Tapi pukul 4 dah kemas meja, 4.15 dah tunggu depan pintu.

Dah macam tu, asyik tanya bos ada bonus raya tak?
Mana motivasi?





Bulan puasa dapat balik awal.
Bukan kita seorang, tapi semua orang.
Jadi, sesak tetap sesak. Semua nak balik awal.

Bila sudah terperangkap dalam kesesakan, apa lagi
tak cukup dengan hon setiap 5 saat,
sanggup pergi roll-down tingkap keluar tangan tunjuk jari hantu.
Caci maki, sumpah seranah semua sampai sudah habis idea nak dikeluarkan.
Kalau ada glosari carut marut, penuh tebal macam kamus kita boleh karang.

Belum cerita pasal kereta besar berlagak kecil.
Selit sana sini, cilok sana sini. Lagi best, pakai emergency lane.
"Cepat, aku nak bersiap untuk berbuka," alasannya.
Macamlah dia seorang saja berpuasa.

Mana kesabaran?





Ya. Kita berpuasa.
Tapi itu bukan alasan untuk mencuka.
Senyum bukan susah, bukan payah.
Kata otot senyum lagi sikit dari otot mencuka.
Jadi, apa salahnya sentiasa senyum memberi sedekah?

Bila berselisih dengan orang, senyumlah.
Bila berhadapan dengan pelanggan, senyumlah.
Masa nak beli makanan di bazar, senyumlah.
Masa kena tahan polis sebab memandu laju, senyumlah.
Senyum, bukan susah.

Mana senyuman? Cuba senyum sikit, kan manis. *ngorat boleh?*





Ramadhan memang bulan rezeki.
Orang lain nak berniaga, kita pun nak berniaga.
Orang lain nak beramal, kita sibuk nak kejar keuntungan.

Sebelum puasa elok je kuih besar duit lima kupang.
Masa puasa, tiba-tiba jadi saiz mini, besar lima duit.
Bila disoal, alasan dah siap sedia.
Harga barang naiklah, tepung kena catulah, saiz tetap samalah.
Kalau harga jadi kurang, tak apa jugak.
Ni harga nak sama, saiz nak kurang.
Apakah ini semua?

Mana keberkatan?





Nak kata, salah. Tak kata, serba salah.
Baik yang dibeli di gerai, atau yang dibuat sendiri,
air selalu kurang manis.
Kalau buat sendiri, boleh adjust gula..
Tapi kalu beli?

Warna dah cantik, menarik. Sekali berbuka, rasa, alahai...
Memanglah waktu bulan puasa tak boleh nak rasa, tapi takkan laa sampai tahap rasa air paip?
Kalau rasa-rasa aku nak minum air paip berwarna,
baik aku amik air dari tandas, jatuhkan setitis dua kaler buncho.
Sama je nampak, rasa pun lebih kurang.

Ya, kurangkan manis dalam minuman, lebihkan manis dalam senyuman.
Tapi senyum pun tak, manis pun tak.
Sebungkus air sampai RM 2, RM 2.50, RM 3, baik aku beli air kedai tujuh-sebelas.

Mana keikhlasan?





Yang ni, aku rasa semua dah sedia maklum.
Tapi, dalam dah sedia maklum tu, berlaku juga.
Akulah salah seorang pelakunya.

1 Ramadhan, masjid penuh.
Tak kira solat 5 waktu, apatah lagi solat terawih, sentiasa penuh.
Hari demi hari, isi makin kurang.
Sampai ke 10 malam terakhir, jemaah boleh kira dengan jari.

Cuba teka dekat mana pula tempat yang jadi penuh?
Ya.
Jalan TAR, Jalan Masjid India. Uptown, downtown.
Shopping complex.
Almaklumlah, semua nak bersiap untuk raya.
Apa boleh buat...
*aku laa tu*

Mana semangat ibadah?


xxxxxx


Semua di atas adalah hasil amatan aku terhadap diri sendiri dan keadaan sekeliling.
Aku pasti,
paling kurang ada satu dua yang terkena dengan korang, kan?
Aku memang dah terkena dah. Hehehe...

Ramadhan kali ini, pada aku, penuh dengan harapan.
Semua orang mahu berubah.
Ambillah masa Ramadhan ini sebagai titik perubahan.
Berubahlah menjadi lebih baik.

Pada pandangan kalian pula, apa lagi yang sepatutnya tidak berkurang, tapi tetap berkurang dalam bulan Ramadhan ni?
Kongsilah dengan aku...
Cer kongsi, cer kongsi *tagline cer cer ni dah basi, ek?*





.

10 comments:

  1. semua terkena kat aku kecuali yang nombor dua... aku marah jer, tapi takde maki hamun.. kah kah kah... eh.. ke sama jer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Aujinz
      Kalau tanya aku, aku rasa sama je...heheheh
      eh..ke tak sama??

      Delete
  2. Hi cero:)

    patutlah macam terserempak kat jalan tar hari tu kehkehkeh..

    ada belen lagi 7 hari ni..insyallah sempat lagi nak naikkan mana yang kurang..

    lagi2 iman kita:)

    selamat hari raya in advance bero..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @naza hada
      Selamat late hari raya...hahaha
      (apa laa aku ni, dah berbulan2 baru nak reply...)

      Delete
  3. hehehe.. seronok baca terhibur n ada terselit nasihat.. cer tgok nak raya nti.. semua semangat... smnagat nak raya..hohoh

    ReplyDelete
    Replies
    1. @DYSHA
      sape yg tak semangat raya, kan???
      Kena laa semangat, baru laa seronok...hehehe

      Delete
  4. 7. Perasaan takut utk buat dosa - patut bertambah kuat perasaan tu di bulan ramadhan seiring dgn semangat utk buat bnyk pahala... tp tetap dengar berita berlaku kecurian dan rompak, crime rate ttp naik... hai la manusia2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. @plain83
      kan?
      setengah orang mmg tak tahu nak hormat ramadhan langsung...
      puasa ke tidak, pd diorg sama je...
      jahat tetap jahat..

      Delete
  5. Ibadah seharusnya bertambah, tapi lebih terkurang waktu puasa ini. Memang sejenis manusia kan. :)

    Selamat berpuasa Bang Cero! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Elie Lily
      Sebagai muslim, ibadah kena sentiasa diperbanyak dan diperbaiki...
      insyaAllah...
      (dah mcam ustaz dah aku...hehehe)

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026