Jan 27, 2013

The Arch-Nemesis: The Unsettling Issue


Baiklah!
Ramai-ramai ucapkan selamat kembali kepada aku
walaupun kehilangan aku di blogosphere tak memberi apa-apa kesan terhadap sesiapa.
T_T

Tahu tak apa sebab aku menghilang?



Aku menghilang sebab laptop aku (satu-satunya sumber internet aku) rosak!

Okay.
Obviously itu bukan cerita sebenar.
(dan obviously henset aku bukan jenama NOKLA)
Cerita sebenar ialah
semasa dalam bilik, laptop aku ada atas katil, dan aku tengah berdiri dekat dengan tingkap sebab henset aku tak dapat line (sila rujuk entri ini untuk lebih lanjut), aku terasa amat marah dengan henset aku bila dengan tiba-tiba henset terpadam dan ter'restart', aku pun mencampakkan henset aku ke atas katil. Malangnya, atau mungkin karma, henset aku melambung-lambung akibat dari keanjalan dan keempukan katil aku dan seterusnya terus melambung menghentam laptop aku tepat di kawasan sebelah kiri bawah laptop mengakibatkan harddisk laptop rosak. 320GB hilang begitu sahaja.

Untungnya, laptop masih elok.
Tapi harddisk rosak dan tak boleh diperbaik.
Natijah,
320GB data tidak dapat diselamatkan.
Downloaded tv series macam The Mentalist, Supernatural, The Big Bang Theory, The Walking Dead (dll) SEMUA HILANG.
Favorite music videos dan porno yang aku kumpul dari 2009 HILANG.
E-books, e-comics dan games kegemaran SEMUA HILANG.

Lepak laa...Semua tu kan boleh didownload balik?

Bukan itu sahaja,
Entri untuk siri Vorteks yang aku buat sampai episod 24, SEMUA HILANG.
Semua double dan draft untuk entri blog sama ada yang dah lepas atau yang tidak dipublish, SEMUA HILANG.
Lukisan digital, lukisan scan dan doodle yang aku buat suka-suka tapi aku sayang SEMUA HILANG.
Kertas kerja projek aku nak buka company sendiri, SEMUA HILANG!

Ooh, itu semua kau boleh buat balik, kan? Tapi cuma kena kerah otak je..

Ada lagi...
Gambar kenangan aku untuk semua aktiviti aku tahun 2009-2012 SEMUA HILANG.
Gambar hari raya, gambar kenangan bersama keluarga.
Gambar aku berdua dengan Lisa Surihani dulu, gambar banyak aku dengan si dia dulu.
SEMUA HILANG.
..dan semua tu tak boleh dicari semula.

Kalau ada yang perlu dipersalahkan, aku salahkan diri.
Kalau aku boleh kawal marah aku sedikit, tentu segalanya tidak sebegini.

Laptop aku sekarang kosong.
Aku ganti harddisk baru 500GB (itu je yang mampu).
Tapi, apa yang lagi kosong adalah hati aku.
Semua usaha, semua kenangan, semua harapan, SEMUA HILANG.

Tapi tak apa.
Aku sudah berada dalam 'acceptance stage' dalam The Kübler-Ross model (5 stages of grief), padahal aku stuck lama dalam denial dan bargaining stage.

Tapi aku tetap bersedih.
SEMUA HILANG DOOOOOH!




.

15 comments:

  1. bro..yang baik datang dari Nya..baru ujian kecik ni bro.

    ReplyDelete
  2. kosong.. kosong.. kosong.. hahaha~

    sebab kau dah 5th stage, so.. ko memang dah bertabah la kan?

    macam kakak aku kena dulu. habis hilang semua gambar2 kenangan dia dari time diploma sampai degree.. memang menangis x berlagu la jawabnya.

    ReplyDelete
  3. oh well well..

    aku guna laptop sejak 2008..
    dalm tu pun banyak gila kesayangan aku..

    tahun lepas haddisk tiba2 bunyi ctek! tek! ctek!..hantar kedai kena ganti baru..

    jadi aku faham perasaan kosong..kosong..kosooong..:(

    ReplyDelete
  4. patutlah lama senyappp... ok ok.. aku faham.. bertabahlah...

    ReplyDelete
  5. Rilek arr.... bersabar dulu, pastu pelan-pelan buat yang baru, download yang baru dan tangkap gambar yang baru. Dari kosong ke baru.

    ReplyDelete
  6. hai,
    kembali akhirnya..
    take your time k :)
    patah tumbuh, hilang berganti..
    let's create new memories~~

    ReplyDelete
  7. hahaha bukan gelak sb laptop rosak tp..tp hahaha tak nak la cakap... buat lg comic strips mcm kat ats seronok baca

    ReplyDelete
  8. takziah aku ucapkan...

    sbb takut jd cmni la, aku slalu burn dlm dvd benda2 yg aku sayang dan bnda2 yg penat2 aku usahakan, sbg back-up yg lebih terjamin... barulah aku boleh tidur dgn nyaman ^^

    ReplyDelete
  9. fuhhh!!!!!!!! mau menangis aku!!! aku tak beli lagi external hard disk.. kalau rosak laptop aku...mau aku nangis jugak!!!!!

    ReplyDelete
  10. @missha
    sedang bertabah...hehehe

    @theseventhmuhammad
    Betul2...
    Bila ujian kecik mcam ni pun dah gelabah, terasa kerdil pula diri...

    @Haryz Khairuddin
    Sedih ooo...
    tiap kali dgr lagu Najwa Latif Kosong tu,
    menusuk ooo...heheheh

    @sarah zulk
    baiklah baiklah baiklah

    ReplyDelete
  11. @nazha anua
    kaaannn????
    sedih kan?
    sedih gile bila semua usaha (?) hilang sekelip mata..hahha

    @Aujinz
    kecewa sekejap, tu yg senyap tu...hehehhe

    @Watercolour
    Yg boleh buat tu takpe,
    yg boleh donlod tu takpe,
    tp gmabr2 kenangan tu??
    UUwwwwaaaaaaaaa....

    @twinkle twinkle
    tau takpe...byk tu...
    byk yg irreplaceable plak tu...hehehe

    @MS. NO NAME
    patah memang tumbuh
    hilang memang berganti...
    tp yg taknak ganti??heheh

    @3657174322549879206.0
    Dysha, susah sebenarnya ek nak buat comic strip pnjang2 camni...

    @plain83
    Pengajarannya,
    silalah burn selalu mana2 data yg tak boleh ditukarganti tu, yek..hehehhe

    @Nekmo
    Cepat! Cepat!!
    Jangan berlengah lagi...hehehhe

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026