Oct 17, 2012

Perubahan; Menurut Aku.


Tahu tak apa perkara yang semua orang perlukan?
Perubahan.


Sama ada ke hadapan,
atau ke belakang,
perubahan sentiasa diperlukan bagi setiap individu.
Bukan untuk menjadi individu 'lain',
tapi menjadi individu yang lebih baik.




Kita selalu memikirkan berapa banyak perubahan seseorang mampu lakukan ke atas dunia.
Kita menilai diri sendiri,
mempersoal sama ada kita mempunyai kapasiti sebagai seorang wira dan menyebar keunggulan.
Tetapi kebenarannya,
setiap kali kita mengambil sesuatu tindakan,
kita akan menghasilkan impak.

Setiap satu perkara yang kita lakukan
akan meninggalkan kesan kepada orang sekeliling.
Setiap pilihan yang kita buat
akan menghasilkan gelombang lalu keluar ke dunia luar.
Sekelumit perlakuan baik yang kita sebarkan
akan mencipta satu reaksi rantaian kepada manusia yang mungkin tidak pernah bersua muka.
Kita mungkin tidak menyaksikan kesannya,
tapi semuanya berlaku tanpa kita duga.

Namun, untuk berubah,
langkah perlu diambil.
Berdiam diri di takuk yang sama tidak akan mengubah apa-apa.

Apa erti perubahan bagi korang?

postquam-scriptum:
Ini kali pertama aku lukis guna touchpad laptop sepenuhnya..
..dan aku harap tiada lagi seterusnya.
Terseksa oo..
Mouse aku bermasalah.
Aku geram.
Tapi aku mahu berubah...




.

13 comments:

  1. perubahan bagi saya lebih kepada diri dan kualiti ibadah..tiap hari kena lebih baik, taknak sama macam 10 tahun lepas

    ReplyDelete
  2. Guna touchpad laptop sepenuhnya, hasil yang bagus oo..


    Perubahan, bagi aku dengan niat saja tak cukup. Ia perlu disusuli dengan tindakan dan harapan untuk jadi seseorang yang lebih baik dan berguna.

    ReplyDelete
  3. Perubahan pada aku sikit jer... mungkin sebab aku malas nak berubah... tapi berubah laa juga..
    Rasanya boleh lah sikit sikit...




    aku jeles, walopon ko lukis guna touch pad, mouse tetap dapat hasil karya yang unik..


    aku lukis guna mouse..... dan aku tak ingin membincangkannya...

    ReplyDelete
  4. where change happens naturally..
    we believe that we drive to be a better life..

    kita hanya perlukan 1 percent lebih dari 50% untuk berubah.hanya perlukan 51% keyakinan...moga mendapat segala yang terbaik :)
    INSYAALLAH..

    ReplyDelete
  5. perubahan..itu la sebenaqnya yg aku takot..

    takot nk berubah yg hasilnya mungkin menakutkan-->akan menjunam..
    dan aku selesa untuk diam.

    terkadang nk tak nak, aku melangkah juga, dgn sedikit langkah..(tetap bergerak,kannn...)

    ReplyDelete
  6. perubahan kadang-kala berlaku tanpa kita sedari dan kadang-kala kita yang harus bertindak unutuk membuat perubahan tersebut..titik perubahan tersebut bermula dari kita sendiri..

    kadang-kala entry@komn cEro jga mmpu membawa perubahan terhadap org lain.. :)

    ReplyDelete
  7. perubahan bagi aku.. bila kita ada niat, impian & azam untuk berubah ke arah yang lebih positif, menterjemahkannya dalam bentuk tindakan yang selari secara istiqamah dan seterusnya bertawakkal kepadaNYa tentang hasil perubahan yang kita lakukan. dan setiap masa kita dibentangkan dengan pilihan2 hidup yang menentukan setiap hala tuju hidup kita.

    ReplyDelete
  8. nice one, wat la more motivational comic strip macam zen pencil :)

    ReplyDelete
  9. henshin..
    memberanikan diri.

    ReplyDelete
  10. hahaha..

    rajin gila cero lukis 1-1..guna mouse pulak tu..menyabo betul..

    tapi, kenapa mutakhir ni entri ko semua berkaitan dengan perkara abstrak cero?motivasi..perubahan?

    ReplyDelete
  11. hensome r cero terjun laut:)

    ReplyDelete
  12. @norinaomar
    betul! ibadah sentiasa terus lebih baik dr masa ke masa..kan?

    @Yousof
    Tindakan paling penting..Tanpa tindakan, takkan ada perubahan..kan?

    @Aujinz
    Kita perlu berubah..kalo terus melukis dgn mouse n touchpad, takkan maju karya kita..(ecehh!)

    @MS. NO NAME
    Setuju!
    Kita semua akan berubah, cuma bila dan bagaimana je...

    @cik marikh
    Jangan takut jatuh..
    Takutkan tak bangun bila jatuh, sbb kejatuhan mengajar, tp tak bangun tidak membantu..kan?

    @Angah
    hanya jika arus itu menuju ke arah kebaikan...

    @Miss Comot
    Aku harap begitu jua..
    Aku harap dpt bawa perubahan kpd sesiapa yg ingin berubah, termasuk diri sendiri...

    @Haris Khairuddin
    Betul2..
    Dan akhirnya, kita berubah dan berharap agar kita berada di jalan yg betul dan bukan jalan salah yg memerlukan kita patah balik dan mula semula, kan?

    @hime s
    Memang nak mcam tu, tp tak ada cukup kelengkapan..hehehe

    @hibari ace
    hahaha, 'hensin' tu bertukar..
    kamen rider style..hahaha

    @nazha anua
    sebab aku cuba nak cari perubahan dlm diri sendiri..
    Di smping aku cuba sampaikan kpd org lain, aku hrap aku pun dpat terkessan dgn karya sendiri..hehehe

    @strawberrycinta
    hensem kan? hahaha

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026