Oct 21, 2012

Apakah Yang Membuatkan Diri Untuk Terus Ke Depan?


Tahu tak apa yang membuatkan seseorang terus ke hadapan selain kaki?
Motivasi.


Alkisah semasa aku di kolej,
aku kenal seseorang yang belajar main gitar dari kosong,
tidak tahu apa-apa kepada mampu memainkan lagu dengan hanya mendengar
hanya dengan belajar sendiri dalam masa enam bulan.
Amazing, kan?
Mula-mula aku ingat dia takkan mampu buat
sebab dia ada 'sense of music' yang teruk.
Bayangkan, humming pun dia boleh hilang tempo,
apatah lagi nak main gitar.

Enam bulan kemudian,
dia sudah boleh gubah lagu sendiri.
Dek kerana mahu sepertinya, aku pun mencuba.
Lima tahun dah berlalu, aku hanya mampu ingat dua not sahaja.

Jadi,
apa yang membezakan aku dan dia?
Apa yang membuatkan kawan aku tu boleh berjaya sedangkan aku tidak walaupun 10 kali ganda masa sudah berlalu?




YA.
MOTIVASI.

Kata akar bagi motivasi adalah motif,
bermaksud tujuan, sasaran atau panduan.

Seperti seorang murid yang ke kelas kerana mahu skor A,
atau sekadar mahu bertemu teman seperjuangan menghabiskan saat terindah bersama.
Seperti seorang guru cekal mengajar anak murid kerana risaukan masa depan mereka,
atau sekadar mahu cemerlang dalam penilaian kenaikan pangkat.
Seperti artis yang berkarya sebagai satu tanda penghargaan kepada peminat,
atau sekadar mahu menjadi terkenal dan berduit banyak.
Seperti si musafir merentas benua mencari ilmu,
atau sekadar tiada arah untuk dituju.

Dan motivasi kepada kawan aku itu
untuk menjadi hebat bermain gitar dengan belajar sendiri dalam masa enam bulan
hanyalah supaya dia menyanyikan lagu romantis
sempena hari jadi si kekasih hati dalam masa enam bulan.

Walaupun kedengaran remeh,
tapi kuasa motivasi diri amatlah kuat.
Tiada yang kecil dalam motivasi.
Seremeh mana sekalipun, motivasi adalah kuasa.

Seperti respon beberapa teman dalam twitter bila aku bertanya
"Apa yang memotivasikan diri untuk terus ke depan?"
Ada yang menjawab 'keluarga'.
Ada yang menjawab 'rasa tanggungjawab'.
Ada yang menjawab 'kepuasan diri'.
Dan sudah tentu, tiada jawapan yang salah untuk soalan ini.


Kenapa aku tiba-tiba cetuskan persoalan tentang motivasi?

Sebenarnya,
aku terpengaruh dengan satu cerita yang sedang aku layan ni.
Semangatnya kuat untuk mengejar cita-cita hanya kerana benda remeh.
Benda remeh itulah yang menjadi motivasi dirinya
sehinggalah dia berjaya dapat apa yang dia nak.

Lalu, terdetik dalam diri aku.
Apa motivasi diri aku?
Apa yang membuatkan aku terus ke depan?

Jawabnya,
AKU TIADA MOTIVASI.

Patutlah sekarang aku masih berada di takuk yang sama.

Jadi, aku berkeputusan untuk mencari,
berusaha mencari motivasi diri.
Itu yang membuatkan aku bergerak ke depan dalam apa yang aku buat.
Itulah motivasi diri aku.

YA.
Motivasi aku untuk terus ke depan ialah
'Mencari motivasi untuk terus ke depan'
Aku akan cuba mencari apa motivasi diri aku dengan mencuba pelbagai perkara.
Sampai aku jumpa apa motivasi diri aku itu,
maka aku akan beralih ke motivasi itu.

Susah untuk dicerna?
Baca baik-baik, kalian akan faham.



Sekarang,
beritahu aku
APA MOTIVASI DIRI KORANG UNTUK TERUS KE HADAPAN?





.

9 comments:

  1. AKU TIADA MOTIVASI.. hahaha.

    kena fikir pasni. kalau ada pon, susah sangat cara nak dapatkan. end up, masuk balik dalam comfort zone. hewhewhew.. ;p

    ReplyDelete
  2. spatutnya memg hari ke hari kta kna majukn diri, mcm sya kena ada perassan 'cemburu', baru sya semngat nak jd lebih bgus dr sebelumnya, dan mencapai cita2 saya iaotu menjadiiii ..........:)

    ReplyDelete
  3. Tapi kekadang aku kompius dengan motivasi dan matlamat ni. Aku rase aku pon xde motivasi tp aku ada matlamat utk terus maju ke depan. Mungkin sebab tu aku masih di takuk yg sama kot.

    ReplyDelete
  4. motivasi aku adalah ko dan semua komikers malaysia yang hebat..yang sentiasa menjadi inspirasi aku untuk melukis dan melukis..aku percaya dengan inspirasi ni, aku dapat gunakan sikiiiit bakat yang Tuhan bagi ni untuk manfaat masyarakat:)

    ReplyDelete
  5. perghh. payah payah nak cari motivasi nie.. nak apdet blog pon perlu motivasi.. sebab itu kalau tengok blog aku yang tak berapdet, aku takde motivasi nak mengapdet blog... koh koh koh

    ReplyDelete
  6. Dalam masa enam bulan?! Ok aku cemburu dekat situ!

    Serius aku pun ada motivasi sama macam dia, belajar main gitar sehingga mampu gubah lagu sendiri dan nyanyikan untuk kekasih hati dan juga depan orang ramai.. Tapi nasib kurang baik bila kekasih tu dah 'buang' aku.. Motivasi aku blogging pun sebab dia.. Motivasi dah berkurang tapi tak bermakna aku tak boleh cuba menambah hari demi hari sebab keluarga sentiasa di sisi. Alhamdulillah semakin ok! ;)

    ReplyDelete
  7. mmg terbukti motivasi dia kuat.
    dlm ms 6 bulan blh main gitar.
    start drpd kosong. perhh !

    mcm aku pun, tiap kali bgn tido,
    aku motivate diri aku yg aku akan
    dpt NEW THING harini. so dats the
    reason aku kena move on.



    slm kenal,
    anamizu

    ReplyDelete
  8. @Haris Khairuddin
    Sbb tu 'comfort zone' dinamakan sebgitu..Sbb ianya terlalu selasa dan mambuatkan kita takut nak keluar sana, kan?

    @829030201333977002.0
    Kawaii DYSHA
    Cemburu. Bagus juga tu, kan? Tp harap cemburu yg elok, bukan yg memudaratkan, kan?

    @hibari ace
    tanpa motivasi pon boleh terus ke depan, tp agak lambat berbanding org yg bermotivasi.. Sbb motivasi dpat memandu kita lurus ke matlamat, kan?

    @she
    lumut! hehehee

    @nazha anua
    Terima kasih, dan baguslah..
    Aku pun sentiasa mencari motivasi antara kita supaya dpat maju ke depan..hehehe

    @Aujinz
    Haha, it's ok.. update blog kena atas dasar hati, bukan keterpaksaan..
    Itu pada aku laa..hehehe

    @Yousof
    Aku pun pernah di tempat ko..
    Tp mungkin motivasi tak cukup kuat, atau sekadar aku takde bakat muzik..hahaha

    @anamizu kaito
    Hai anamizu,
    buat perkara baru mmg bagus..
    Aku pon slalu tetapkan matlamat nk buat benda baru setiap hari, cuma kdg2 tak jumpa benda baru yg aku nk buat..hehehe

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026