Aug 5, 2012

Diari Ramadhan Aku : Bazar Ramadhan


Kalian tahu apa yang membuatkan aku kurang gemar ke bazar ramadhan?
Membazir.



Membazir ke bazar ada beberapa konteks.

Pertama,
setiap kali nak ke bazar ramadhan petang-petang,
apa yang aku fikirkan adalah kena menempuh
banjiran manusia di sana.

Kalian boleh tinjau entri aku pada Ramadhan tahun lepas bertajuk
10 Perkara Tak Patut Berlaku di Bazar Ramadhan Tapi Tetap Berlaku Juga Setiap Tahun.
Dan kesemua 10 perkara itu akan aku lalui bila ke bazar dan membuatkan aku membazir.

Membazir apa?
MEMBAZIR PAHALA PUASA.

Selalunya,
bila ke bazar, dan bila jumpa perangai seperti manusia yang menyakitkan hati, mulut aku tak terlepas dari mengucapkan sumpah seranah.
Maka, hilanglah pahala puasa aku.


Kedua,
disebabkan musuh kepada diri adalah nafsu sendiri,
dan aku kadang-kadang lemah dengan nafsu,
maka pergi ke bazar dengan menatap pilihan makanan yang banyak dan menyelerakan bakal menggugat iman dan membuatkan aku lupa dengan pegangan seperti 'berjimat-cermat' ataupun 'beli ala kadar'.

Natijah,
aku akan menghabiskan duit ringgit untuk makanan yang kadang-kadang pada waktu bukan bulan puasa, takkan aku sentuh langsung.
Lambakan makanan waktu berbuka yang banyak tidak menjamin keharmonian malam aku.

Maka,
berlakulah pembaziran di situ.
MEMBAZIR DUIT DAN MAKANAN.


Tapi aku tak menolak
bazar adalah lubuk rezeki pada sesetengah orang.
Peniaga terutamanya.
Dari segi itu, bazar memang bagus.

Kalian bagaimana?
Suka pergi bazar?
Pernah mengalami pengalaman seperti dalam 10 Perkara Tak Patut Berlaku di Bazar Ramadhan Tapi Tetap Berlaku Juga Setiap Tahun?


.

15 comments:

  1. tempat saya duduk ni takde bazar ramadhan, tapi last week saya balik kampung dan pergi bazar 2 kali dan saya mampu mengawal nafsu membeli , syukur Alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. Bazar?ok lagi pergi bazar..pergi masjid india paling tak tahan bro..

    ReplyDelete
  3. setiap kali aku pergi Bazaar Ramadhan, aku beli benda yang sama.. pusing pusing pusing, tetap beli benda yang sama.. cuma aku suka sebab tgk macam macam lauk pauk hidangan mata ..

    ReplyDelete
  4. takut nak pergi bazar sebab mata terlalu rambang nak membeli. haha

    ReplyDelete
  5. I luv bazaar ramadhan! Ofkos aku pun alami benda yag sama iaitu tal boleh control nafsu membeli. tapi lately ni dah mampu kawal. which is beli apa yg perlu je. adakah ini kematangan??!! lol.

    ReplyDelete
  6. aku suka p gak.. hehe.. pasar malam pun suka... bukan apa.. suka tgk orang hehe

    ReplyDelete
  7. bazar tempat aku beli nasi ayam ngan air soya je untuk berbuka.

    ReplyDelete
  8. haha semalam baru first time g bazar ramadhan buat tahun ni

    nasib baik org ramai, dan majoriti lebih kurang 40-50% peniaga jual murtabak, maka takdelah nak rambang mata sgt

    betul2 beli apa yg mampu dimakan, sebungkus laksa, sekeping murtabak

    er dan...sebungkus air soya

    ahh !! makan kat rumah lagi jimat..dengggg

    ReplyDelete
  9. Aku pun kurang gemar ke bazar ramdan sebab kat situ risik pahala menjadi kurus memang tinggi.. Lebih selesa beli kat kedai yang tepi jalan je.. lagi mudah, lagi jimat.. ;D

    ReplyDelete
  10. Kes jejak kasih antara org ramai sentiasa berlaku di tengah2 jalan bazar ramadhan! Macam mana nk ubah sikap macam tu pun tak tahulah.

    p/s: puasa tahun ni tak pernah pergi bazar lagi. Banyak masak sendiri je. :D

    ReplyDelete
  11. @norinaomar
    Syukurlah..org yg mampu kawal nafsu, mampu tawan dunia..hehehe

    @nazha anua
    Masjid India? aku agak tak faham kenapa ada yg suka sgt pegi sana..sesak betul, kan?

    @Aujinz
    Haha, nafsu ko terhadap benda yg sama kot..hehehe

    @hanaahmad
    betul2..masa tu, nampak sirap pon sedap..padahal biasa je..

    @WZ
    Kematangan kot..or just realize yg tak semua benda kita bleh dapat..heheh

    @2882884027112779871.0
    Nekmo, lama tak datang..
    pasar malam mcam tak berapa nak suka gak, sbb aku silau malam..hehehe

    @dania
    sangat bagus kalau dari awal ada target mcam ni, kan?

    @.::WaNiE::.
    Makan kat rumah SANGAT jimat..
    cuma kadang2 kita malas je nak masak..hehehe

    @Yousof
    haha, susah oo nak kawal nafsu bila kat bazar..semua nampak sedap..heheh

    @Elie Lily
    Tau takpe..sampai nak berpeluk sakan tengah2 org ramai, sangat laa menyakitkan hati.heheh

    ReplyDelete
  12. aku x suka pegi bazar..lebih tepat lagi tempat yg crowded.mana2 tmpt yg crowded aku xkan jejak. x selesa ekceli tmpt2 yg crowded ni.

    n it makes me wonder boleh ke aku pegi ke tempat yg paling crowded dgn manusia kat atas Bumi ni???

    ReplyDelete
  13. @Haris Khairuddin
    Kenapa?
    Ko ada masalah dgn tmpat riuh ke?
    Aku ada kawan yg mmg ada masalah dgn tempat riuh, dia slalu akan sumbat telinga dia dengan earphone..

    ReplyDelete
  14. bukan sebab riuh.. tapi x selesa nak bergerak. kena bersesak2 dgn segala jenis manusia yang ada kat tempat tu.

    ReplyDelete
  15. @Haryz Khairuddin
    Actually aku pon tak gemar sgt tmpat crowded...
    Byk perkara buruk aku selalu bayang bila kat tmpat crowded...hehehe

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026