Jul 22, 2012

Diari Ramadhan Aku


Alhamdulillah.
Kita bertemu kembali dengan bulan Ramadhan.

Bila masuk awal Ramadhan,
banyak dari kita yang akan tanam niat nak beramal banyak.

Aku pun tak terkecuali.
Dan, hampir setiap tahun, aku akan buat perkara yang sama.

Iaitu BERAZAM.



Awal Ramadhan setiap tahun aku akan berazam nak jadi manusia yang lebih baik.
Seperti manusia tipikal yang lain, nak jadi baik hanya bila datangnya Ramadhan.
Sebenarnya, nak jadi baik, bila-bila masa pun boleh dilaksanakan.

Setiap tahun,
pada awal Ramadhan aku akan beritahu diri sendiri.

"Ramadhan kali ni, aku nak ubah diri.
Nak buang semua perangai buruk.
Nak banyakkan perangai baik."

Tapi hakikatnya,
aku sendiri tak tahu adakah aku berubah.

Secara jujur,
aku tak pernah rasa diri aku lebih baik selepas Ramadhan.
Aku rasa sama.
Aku rasa tak berubah.

Tapi bila aku tanya orang lain,
mereka berkata
'Baik buruk seseorang bukan diri sendiri yang menilai.
Kita tak layak menilai diri, sebab baik dan buruk adalah relatif,
jadi kena biarkan pihak lain, bukan diri sendiri,
yang menilai.'

Kata itu ada betulnya,
tapi aku tak pernah rasa nak minta orang lain menilai.
Tak rasa ke permintaan seperti
'Hai, awak rasa saya makin baik ke tak lepas Ramadhan ni?'
kedengaran agak tidak rasional.

Tapi hakikatnya,
aku sangat mahu menjadi baik.
At least, baik dengan diri sendiri dan orang terdekat.
Dah penat dah jadi beban orang lain,
biar orang lain pula bergantung pada aku.

Jadi,
sementara Ramadhan yang mulia ini,
apa kata kita sama-sama berubah.

Jadikan Ramadhan sebagai titik perubahan, bukan titik persinggahan.

Selamat Menyambut Ramadhan 1433H.

.

6 comments:

  1. aku tak tau.. tapi aku tengah berusaha untuk mengubah sesuatu di bulan yang mulia ni...

    ReplyDelete
  2. like..like..like..
    mahu mintak izin..
    nak linkkan this post in my entry..
    boleh kah?

    salam ramadhan al -mubarak..:)

    ReplyDelete
  3. @Aujinz
    Mungkin pada waktu bukan ramadhan, aku tak pernah terfikir nak berubah jadi baik kot..tu yg tak terasa pon jadi baik ke tidak..

    @MS. NO NAME
    Silakan silakan..
    tak ada kekangan pun..
    terima kasih yek..

    ReplyDelete
  4. Elie tak boleh berazam. kalau berazam, mesti tak tercapai. biar lek-lek je, baru jadi. hahah

    Salam ramadhan cero..:)

    ReplyDelete
  5. dah link dah..
    TERIME KASIH :)

    ReplyDelete
  6. @Elie Lily
    Salam ramadhan..
    elie tak boleh berfikir macam tu, tu yang setiap kali berazam, elie tak tercapai..hehehe

    @MS. NO NAME
    Sama-sama ;)

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026