Jul 25, 2012

Diari Ramadhan Aku : Sahur


Kalian tahu tak apa cabaran aku dalam bulan Ramadhan?
Salah satunya ialah SAHUR.




Aku tahu,
masalah orang lain tentang sahur awal pagi ialah nak bangun.
Tapi itu bukan masalah aku.
Aku tak pernah bermasalah dalam tidur.
Mungkin itu satu kelebihan, aku boleh bangun dan tidur bila-bila masa aku nak tanpa sebarang masalah.
Nak kejutkan aku pun bukan masalah.

Yang jadi masalah tentang sahur awal pagi untuk aku ialah SELERA.

Ya.
Apa erti bangun sahur awal pagi kalau tak makan, kan?
Itulah fungsi sahur,
takkan nak tenung dinding sampai habis waktu imsak, kan?

Selalu bangun sahur pukul 4.30 pagi,
aku akan tatap nasi tu lama.
Kalau nasi tu boleh bercakap,
aku sure dia akan rayu aku supaya makan dia.
Tak kira apa lauk yang dihidang,
lauk kegemaran, lauk mahal, lauk biasa,
tak ada satu pun yang mampu tarik selera aku.

Disebabkan itu,
aku makan sikit saja masa sahur.
Kesannya,
baru pukul 10 pagi aku dah mula lapar.
Masuk tengahari,
kepala rasa pening sebab tak cukup glukosa.
Petang tiba, badan lembik macam bengkang.
Hari jadi tak produktif.

Jadi,
nak tak nak aku akan sumbat juga mulut dengan makanan masa sahur.

Kepada yang lain,
sila jangan tinggal sahur kalau boleh.
Sahur amatlah penting.

SELAMAT BERSAHUR.

.

11 comments:

  1. aku tertinggal sahur hari ni..oh sedih

    ReplyDelete
  2. kite serupa

    takde masalah nak bgn sahur, cuma masalah sangat2 nak makan !

    pukul 9.30 tu perut dah bunyi2

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. aku xde masalah nak bangun dan xde masalah nak makan. cuma masalah nak masak je. Kehkeh..

    ReplyDelete
  4. eh sama lah. selera pagi2 mmg payah nk dtg even mknan sedap sekali pun. =(

    ReplyDelete
  5. eh sama lah. selera pagi2 mmg payah nk dtg even mknan sedap sekali pun. =(

    ReplyDelete
  6. Disebabkan elie penghidap gastrik terlampau, elie tak berani tak bersahur. sebab kalau tak sahur, mesti flet tengah hari. Salu pagi tak amek nasi pun. tapi kena makan yg ringan. atleast roti atau cereal. dan susu kena ada.
    eh kejap, hari2 minum susu, tapi tak tinggi2 pun. macam mana? Haha!

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, aku takde masalah kalau tak sahur, sebab dah biasa dulu dulu asyik terbabas sahur..

    oleh kerana aku selalu terbabas sahur, aku latih perut untuk terima makanan yang sikit. Sahur pun setakat air Milo dan Nestum jer.

    ReplyDelete
  8. bak kata aujinz, ko at least amik benda2 yg memaniskan tu boleh cover kot glukosa ko?

    ReplyDelete
  9. Sahur paling heaven bila ada telur masin dan keropok ikan

    ReplyDelete
  10. Magnificent! (As usual. :-P )

    ReplyDelete
  11. @nazha anua
    gah gah gah!
    lapar laa jawabnya..hehehe

    @.::WaNiE::.
    930 kira ok laa tu..
    aku pukul 7 dah nak korek periuk..hehehe

    @aqel
    hahaha, jangan laa masak..
    beli laa lauk siangnya..

    @WZ
    tau takpe...
    sangat2 tak bersemangat nak bukak mulut dan mengunyah makanan pagi2 buta camtu...

    @Elie Lily
    Haha, nak tinggi minum calciyum!
    haha, elie, jangan tinggal sahur tau...
    susah nanti sakit perut tghari...

    @Aujinz
    Ko sure kurus...
    sbb boleh latih diri terima makanan sikit...
    bestnya!!!

    @9143374706908741143.0
    kena tau gak jenis gula yang nak diambil..
    kalo sekadar glukosa, tghari dah lapar..
    cuba ambik gula yang lebih kompleks, supaya tahan lama sikit..hehehe

    @The Sharkox
    waaahhh!!! sekarang aku agak terliuh terkenangkan telur masin!

    @Anonymous
    err...thank you?!

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026