Jul 19, 2011
Monolog Dengan Bulan - Cinta dan Jarak
Hai awak.
Biar saya berterus terang.
Awak tahu satu perkara saya tak yakin?
Ianya cinta jarak jauh.
Tapi saya bukan tak yakin dengan perasaan cinta itu sendiri, saya cuma tak yakin dengan diri sendiri untuk memberi komitmen terhadap cinta tersebut.
Setiap pasangan cinta jarak jauh akan berkata
"Hey, kita mampu lakukannya."
Dan dengan kepercayaan itu, mereka tempuh hari-hari seterusnya.
Mereka akan terus percaya,
walaupun dalam hati perit terasa.
Tiada suara, tiada belaian, tiada jaminan.
Hanya berbekalkan kepercayaan.
Satu hari, ketika orang sekeliling berpasang,
mereka hanya seorang.
Hakikat paling kejam dunia datang merejam
kesunyian datang mencengkam.
Hari demi hari,
panggilan makin kurang,
suara makin suram,
dan datang dugaan berulang
yang dekat lebih selesa
dari yang jauh kononnya percaya.
Curang. Nafsu. Marah. Geram.
Percaya semakin tenggelam.
Cinta yang diucap dulu, kini dalam kolam.
Mana semua janji?
Mana semua panji?
Mana kata "Hey, kita mampu lakukannya" pergi?
Maka, berakhirlah satu cerita cinta.
Yang dipisah bermula dengan jarak,
dan diikuti dengan percaya, yakin, tulus, cekal.
Lalu tiada apa yang tinggal.
Sebab itulah, awak.
Walaupun kita dipisah 400,000 KM perginya,
walaupun kita tiada suara datang berdering,
biarkah kisah kita berkubu di sini.
Di sini di mana semuanya bermula.
Andai satu hari nanti kita bertemu semula
kita akan fikirkan jalannya.
Sebelum tiba waktu itu,
hiduplah seperti sediakala,
bertemu sesiapa yang mahu ditemu,
ketawalah sekuat yang hendak ditawa,
menangis esak seesak-esaknya,
bercinta dengan hati yang penuh ria.
Kerana itulah kehidupan.
Jangan kerana cinta jarak jauh,
kehidupan digadaikan.
Kerana cinta itu sendiri adalah sebahagian dari kehidupan.
Biar apapun,
hati ini akan kekal, dan kekal ada ruang berisi sesuatu yang saya gelar 'awak'.
=(
ReplyDeleteSadis gilak! T_T
ReplyDeletepokok pangkal hanya pada hati cEro. jauh mcm mana sekalipun. okla, seperti biasa cliche tu memang makanan aku - ada jodoh tak ke mana. hahaha
ReplyDeletethat was so..puitis la cero..
ReplyDeleteaku plak jd sedey..cam ne la L skrg yer?..sakit lg ke? sihat ke die?
gembira ke die?..
p/s: apsal aku lak yg rindu kat die nih?? no2..aku bukan rindu die..aku rindu bace cite2 korg..
bergenang mata aku weh!!
ReplyDeleteko ni kaaann..
saje je kaaann...
*seka air mata
sakit cinta jarak jauh tu hanya Dia yg tahu..
eh,aku yg terasa?
okbai.
aku ada sorang dormmate..
ReplyDeletedia kenal awek dia masa form 2..lepas form 5, dia pegi jepun..awek dia utm...
pegi jepon 6 tahun.
balik mesia dan akhirnya kawin...
bila hati ada chenta, its hard to 'hidup seperti sedia kala'...
teruskan pjj...jika putus barulah teruskan 'hidup seperti sedia kala'...
sertai kontest 'dimana saya jumpa jodoh saya' :P
to be able to write your(maybe) feelings, is a bless..
ReplyDeleteyeah, it is hard to 'hiduplah seperti sediakala'
and it is harder, when you unable to convey your feelings, even on a piece of paper.
-kudozu
cinta jarak jauh mmg byk dugaan...yg pnting kn de kepercayaan, kejujuran dan komitmen...bhya bila..cinta makin jauh bersama jarak... :(
ReplyDeletepernah rasa.
ReplyDeletecinta jarak jauh bukan mudah,yes,sy sendiri pun mengaku.dan sy pun setuju spt awak ckp,x yakin dengan perasaan cinta itu sendiri.
ReplyDeleteOk,Let me share something to you..
sy dan si dia x pernah dekat..selalu aje jauh..susah nak berjumpa..sorg sibuk,sorg free..sorg free sorg lg sibuk..tp alhamdulillah,mungkin atas elemen percaya dgn takdir tuhan bahawa jodoh di tgnNya dan setia,sy dan si dia akan disatukan pd bulan sywal nie.hehe seriously,kami mmg percintaan jarak jauh.
jd,fikir sedalam-dalamnya dan make ur own decision.xde sape menghalang melainkan diri sendiri.
:)
Dhia
http://secondsanctuary.blogspot.com/2009/12/alias-guide-surviving-ldr.html
ReplyDeletebopren aku jestinbiber.. rilek je hari2 video call dengan aku.. tehehehe...
ReplyDeleteerr.. gua penah LDR nih.. las2 gua pilih jejaka berdekatan. senang nak pow duit.
bopren aku jestinbiber.. rilek je hari2 video call dengan aku.. tehehehe...
ReplyDeleteerr.. gua penah LDR nih.. las2 gua pilih jejaka berdekatan. senang nak pow duit.
Alaaa , sedihnyee T,T
ReplyDelete