Jul 21, 2011

Memperkenalkan Muka Yang Selalu (dan Bakal Selalu) Anda Lihat Dalam Blog Ini



Hari demi hari,
blog ini menjadi tempat utama aku meluahkan perasaan sama ada suka, gembira, geram, sedih, menangis, atau sekadar mahu berseronok.
Ianya menjadi sesuatu yang dekat dengan aku,
dan aku amat harap ia juga menjadi
sesuatu yang dekat dengan kalian semua.



Perasan atau tidak,
ada beberapa watak lakaran yang sering kali muncul dalam blog ni.
Si rambut tajam, si rambut cacak,
si rambut tempurung, si rambut gulung.

Jadi,
biarlah kali ni aku kenalkan mereka,
siapa mereka, dari mana mereka datang,
apa buat mereka spesial..

1. Si Rambut Tempurung. Codename: F



Perasan tak dia ni macam siapa? Ilham mencipta dia aku dapat dari dua watak iaitu Son Gohan semasa saga Planet Nameck dalam Dragon Ball z, dan Rock Lee dari siri Naruto.

'F' aku tonjolkan sebagai seorang lelaki yang sinis, memiliki mata kuyu, dan selalu kelihatan seperti tidak berminat tentang sesuatu perkara. Namun, elemen yang aku simpan untuk si 'F' ini ialah kebolehan dia membuatkan orang sekeliling terkejut. Kerap tampil dengan bow-tie, 'F' memang seorang yang mementingkan penampilan, walau ketikanya agak tidak kena.

Ilham personaliti 'F' aku dapat dari kawan aku semasa sekolah rendah. Sinis, mulut bisa, dan selalu melukakan, namun kesetiaan sebagai seorang kawan adalah tunjang kekuatan dia.






-----------



2. Si Rambut Cacak. Codename : I



Ini satu dari dua watak terawal ciptaan aku. Dia wujud sejak aku tingkatan 1, di mana buku tulis aku penuh dengan doodle lakaran si 'I' ni. Oleh kerana terlalu lama sudah, aku tak dapat ingat dari mana ilham lakaran ini aku dapat.

Sedar tak, kalau berkumpulan dengan kawan, akan ada seorang yang bising, banyak cakap, dan kadang-kadang annoying? 'I' adalah orang sedemikian dalam blog ini. Berbangga dengan diri sendiri, sentiasa rasa dia ketua, dan kadang-kadang geram dibuatnya, dia adalah watak dimana tanpanya, kita akan rasa sunyi. 'I' gemar ditonjolkan dalam baju T pink, tapi dia tak pernah mengaku ianya pink, sebaliknya dikatanya itu 'merah' lambang keberanian.

Ilham personaliti 'I' juga datang dari seorang kawan aku semasa sekolah rendah. Sama seperti yang aku sebut di atas, bising dan annoying, tapi tanpanya, kita sunyi.






-----------



3. Si Rambut Tajam. Codename : C



Seperti 'I', 'C' adalah antara lakaran terawal aku. Aku persembahkan dia sebagai avatar kepada aku, pseudo-identiti kepada aku, juga alter-ego kepada aku. Namun, tak semua yang aku tonjolkan dalam 'C' mewakili aku. Sudah tentu, dia kelihatan 100 kali lebih cool dari aku.

Aku mengambil keputusan untuk menjadikan 'C' sebagai satu watak, bukan semata-mata penampilan aku dalam blog. 'C' memiliki personaliti seorang pemalas, selalu kelihatan memejam mata dengan mulut muncung, dan selalu kelihatan bersifat pasif dan tidak mengambil bahagian. namun, akan datang, aku akan kembangkan personaliti 'C' menjadi seseorang yang menarik untuk ditunggu dalam blog ini.






-----------



4. Si Rambut Gulung. Codename : A



Setelah menjadikan 'C' sebagai satu watak, aku terpaksa mencipta satu personaliti baru sebagai surrogate diri aku dalam blog ini.

Memperkenalkan, 'A', atau aku.

Sudah tentu rambut dia lebih cool dari rambut sebenar aku, tapi, akan datang, setiap entri yang menampilkan diri 'A' sebagai subjek, ianya adalah mengenai diri aku, mungkin luahan, rintihan atau sekadar suka-suka.

'A' mungkin takkan keluar bersama tiga watak lain; 'F', 'I', dan 'C', kerana dia adalah penampilan aku dalam blog, segalanya tidaklah mutlak, ianya bergantung kepada kemahuan aku selaku pemilik blog untuk buat apa yang aku suka dalam blog ini.






-----------


Juga, akan datang, aku akan perkenalkan beberapa watak sampingan dan sokongan dalam blog ini sebagai memeriah suasana.

Aku juga sedang berlatih melukis perempuan.
Mungkin akan datang, ada watak perempuan dalam blog ini.


Oh,
bagi yang mempersoalkan kenapa perlu cEro masukkan watak yang langsung tak signifikan terhadap pembaca,
biar aku ceritakan sesuatu.

Dari kecil, YA!.
Dari aku tadika rasanya, aku sentiasa ada cita-cita ingin melukis kartun dalam mana-mana majalah. Semasa sekolah rendah, aku ada melukis satu cerita pengembaraan dalam gua berjumpa semut raksasa. Sekolah menengah aku ada lukis cerita dua sahabat menyelamatkan sekolah dari di bom.

Namun,
aku sedar, lukis kartun bukan sesuatu yang dipandang hebat, tambahan oleh orang terdekat aku. Jadi, ianya menjadi satu cita-cita yang sekadar hobi, seperti mana kita dulu kanak-kanak nak jadi doktor laa, nak jadi peguam laa, dan akhirnya meringkuk depan meja kerja makan gaji.

Jadi,
walaupun aku tak dapat melukis untuk mana-mana majalah, komik atau surat khabar, at least aku mampu melukis untuk blog aku sendiri, kan?
Aku amat berharap sedikit sentuhan peribadi dalam blog perkongsian pengalaman ini takkan memudaratkan mana-mana pihak.






-----------


Maka,
terimalah wajah-wajah OOHHSSEEEEMMM dari watak-watak dalam blog aku.



OOOHHHHSSSEEEEEMMM kan??

18 comments:

  1. heheh tahniah bro, lukisan ko tetap unik dalam blog ni.

    aku dulu2 pon suke melukis zaman sekolah. tapi sebab bila aku nyatakan hasrat nak jadi kartunis, mak aku tak bagi, die kate tak menjamin masa depan, nak tak nak kena la tukar cita2 dan minda.

    neway, tahniah sekali lagi. bukan lawa atau tidak jadi ukuran, tapi apa yang menjadikan blog itu diri "kita", sebab kalo semua stylenye sama macam orang lain, bosan gak kan...

    p.s: sori lame tak jenguk blog ko, blog aku sendiri pon dah jarang update, cerita banyak, bila nak tulis pooop hilang...

    ReplyDelete
  2. Go go go Cero! aku sokong dari belakang! =)

    ReplyDelete
  3. kau nak jadikan blog ni macam komik ke??

    ReplyDelete
  4. katon au yg ko lukis tu jugak best!tak leh lawan waakakak

    ReplyDelete
  5. A tu sebijik macam kau! gila lawa ok!

    ReplyDelete
  6. perlu ke mata nk terkeluar smua? hahahaha ngek la ko!

    ReplyDelete
  7. kdg2 lagi puas melukis bila orang suka daripada melukis & dapat gaji..
    keep it up beb, asalkan kita tau orang suka, itu jugak satu bayaran yg lumayan kan..

    ReplyDelete
  8. awek nanti kasik rambut pjg berikat ok? hehe.

    ReplyDelete
  9. weh Cero, aku pun sama macam hang, teringin nak melukis dalam majalah tapi tak pernah dapat peluang..

    so bila boleh melukis walaupun hanya untuk blog sendiri dan ada pembaca, aku tetap rasa gembira..

    owh.. baru aku perasan, background hang stail.. koh koh koh

    ReplyDelete
  10. smkin mnarik blog ko..keep it up..
    anyway, sja nk kongsi> dlam life ak, ak qasa watak F n C lbey krang ak je

    ReplyDelete
  11. lukis la cero..kami seronok membace ngn kehadiran watak2 tu..

    ReplyDelete
  12. ada 4 jejaka kan weyh?? lu kasi tambah 1 watak pompuan la.letak J. wah.. gua la tu. lu kasi J perempuan si rambut helmet. Bole kapel dengan F si rambut tempurung...

    ReplyDelete
  13. bakat. tak semua ade. aku takde ape2.

    ReplyDelete
  14. suka tgk org buat doodle yg kiut-miut...aku x reti nk buat...suka lukis tp da lm tggal...well keep it bro! :)

    ReplyDelete
  15. hoho..x sabar nk tgk watak perempuan XD

    ReplyDelete
  16. @Shukjessa
    hahaha, biasa laa tu..
    cam aku, aku ada buku conteng utk plan entri...
    bila ada idea, cepat2 aku tulis, maklum laa, aku ni pelupa..hehehe

    @WZulhilmi
    thanks! keep on sokonging..hahahah

    @Bukan Cinderella
    tak jugak..walaupun aku minat melukis, tp isi aku lebih berkesan utk disampaikan dengan menulis..jadi kombinasi kedua2nya adalah lebih baik utk aku dr jadikan ini blog komik...

    @kata kila
    hahaha, bangga sekejap bila aku tgk ko slalu pakai..hehehe

    @hanaahmad
    hahahaha, sumber inspirasi..hehehe

    @~* chirpy_chummy *~
    hahaha, saje je bg dramatik habis..hehehe

    @CikGusi BingbOo
    haha, walaupon aku suka melukis, aku tak expect lgsg boleh buat komersial, lukisan aku tak berapa cantik lagi...

    @kueh bakar
    hehehe, aku try..tgh penat praktis ni..susah arr nak lukis awek..hehehe

    @Aujinz
    kan? melukis macam bg kepuasan walaupon kadang2 takde laa cantik mana pon..kan kan kan???

    @Anonymous
    hahaha, baguih laa camtu..
    at least watak2 ni terasa dekat dgn ko, kan???

    @pu3aan
    thank you..akan lebih banyak melukis kemudian hari..heheh

    @JelinaJoli
    hahaha, baguih gak idea tu...
    nanti aku tgk J dah pernah dipakai belom..hahah

    @Encik Psychopath
    ko bukan takde laa, ko belum jumpa rasanya...mungkin ko hebat dalam bidang lain, kan???

    @Miss Comot
    melukis takleh lama tinggal, nanti skill berkarat..ala, skali skala lukis arr jugak..aku pon nak tgk gak..hehehe

    @Nesa Wazir
    hehehe, amik watak nesa dari blog nesa je laa, boleh??? hehehe

    ReplyDelete
  17. buat tuotrial melukis...plissshhhh!!!hahaha

    ReplyDelete
  18. @mr delirium
    insyaAllah..dalam entri2 yg akan datang..heheh

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026