Jun 17, 2011

Rambut Oh Rambut 3



Penerangan gambar:

1) Bayangan biasa cEro dalam blog ni, but actually dalam real life tak secomel ni. Alaa, siapa dalam dunia yang tak exaggerate avatar sendiri dalam dunia siber?

2) cEro sebelum dapat rambut dalam no.1. Deng! Muka skema nak mampus sampai disalah anggap sebagai abang askar.

3) cEro hari Ahad lalu. Stylo beb! Rambut guling di hujung sampai tahap tak boleh nak bendung dah. Pakai gel keras pon tetap tak dapat tahan.

4) cEro kini. Sebab hari Isnin hari tu pergi gunting rambut sebab kalah rambut lebat berguling buat kepala panas dan busuk.

5) cEro kini jika dia hanya sikat rambut ke belakang. Adik aku cakap ni rambut Bruno Mars dalam video klip The Lazy Song. Tapi aku amat yakin (seyakin-yakinnya) Bruno Mars berjuta kali lebih good-looking dari aku.


Cik tukang gunting aku tu (perempuan tau, sebab tu 'Cik') sangat peramah. Sambil-sambil kerat rambut aku, dia banyak borak, pasal KL Gangster laa, rumah laa, dan bila dia tanya nama aku dan aku jawab, dia terkejut dan tak percaya sebab kata nama aku tu nama perempuan.

Habis kerat rambut aku dia kata,
"Dah selesai! Awak tadi dari rambut macam mamat basking kat CM, sekarang dah gaya peguam keluar mahkamah. Jap! Awak kerja apa sekarang?"

"Saya seorang pembunuh bersiri upahan."
Dia terus terdiam.


Realitinya, aku sangat tak suka sikat rambut sampai tahap kalau aku nak sikat rambut kena selongkar sikat kat dalam almari yang dah terbenam entah ke mana. Aku hanya sikat rambut jika dan hanya jika aku perlu keluar rumah dan berjumpa dengan orang baru, sebab pada aku, first impression adalah SANGAT PENTING dan bagi lelaki kurang kacak macam aku, rambut dan pakaian adalah first things to impress orang.

Biar aku annoy korang dengan image GIF yang baru aku buat ni..
Maklum laa, baru belajar buat semalam..hahahaha

13 comments:

  1. weh, bt la cam rambut no 4. ade setaiiilll...

    ReplyDelete
  2. gambar cute cenggitu,
    how am am I supposed to be annoyed?
    nice~

    ReplyDelete
  3. betul betul..walopon dalam realiti aku tak hensem mane..(tapi ngaku kacak..)... tapi avatar kena la good looking kan..

    koh koh koh..

    ReplyDelete
  4. yg no 2 2 ok wat :D

    avatar harus la lebey comel..tgk la avatar nesa 2..kehkeh.

    ReplyDelete
  5. aku rase sikat rambut tu sunah. aku rase la. nnt aku cek balik.

    -kudozu

    ReplyDelete
  6. try wat katun ko pakai tudung pulak boleh? hehe ;)

    ReplyDelete
  7. rambut skrg okayy.
    tak nmpk berpintal pun haha.

    eh setuju ngan cik gusi bingboo!
    nak avatar mcm kau, tp bertudung! :P

    ReplyDelete
  8. kasi tgk muka sebenar dgn rambut skarang sket..macam comel je!
    haha

    ReplyDelete
  9. ko mmg xabis2 ngn isu rambut ko nih yer?? buat le sikat ke tepi mcm org dulu2..sure comel..hahahah...

    ReplyDelete
  10. tadi baru layan 'the hit list'...

    tak kenal :ko keje apa?
    cuba gooding :aku pembunuh profesional..

    tak kenal :ha ha ha buat lawak
    cuba gooding :kalo aku buat lawak pun
    kelakar ker?

    ReplyDelete
  11. @~* chirpy_chummy *~
    no 4 susah nak menten tmbahan plak kalau org yg bermotor macam aku ni..pakai helmet je rambut penyet!

    @dylli
    tak annoyed ke?? annoyed laa annoyed laa...

    @Aujinz
    hahaha, avatar kena laa nmpak hebat dan cool, baru laa first impression bagus..hahah

    @Nesa Wazir
    no 2 super-skema..
    kalo rambut tu, mesti pakai topi setiap waktu..hahah

    @Anonymous
    ye ke?? alaaaaaa..jgn buat aku serba salah!!!

    @CikGusi BingbOo
    hahaha, takmo laa..tak reti laa yg pakai tudung..sure lukis nanti tak ayu..hahah

    @m i r a f i q a
    bila pendek nampak lurus, tp panjang sket je lagi, sure berpintal habis..
    tak reti arr lukis tudung..kena praktis slalu ni...

    @hentakbelipat
    alaaaa, jangan hasut aku botak..
    aku pernah botak skali, tp mak aku tak suka..haha

    @Elie Lily
    hahahaha...muka sbenar jauh lagi tak hensem dari lukisa tu..hahaha

    @lumut
    hahaha, style lepas sikat..
    kalo tak sikat, saling tak tumpah dengan org utan..

    @pu3aan
    haha, rambut adalah isu takkan tamat yg aku rasa akan dialami oleh setiap org..hahah

    @kueh bakar
    oooo..
    ok, skang gak nak cari dvd 'the hit list'..
    ke nak donlod je??
    hehehe

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026