Jun 19, 2011

Ajaran #9 - Kerana Kami (Lelaki) Ada Bahasa Kami Sendiri!



Aku bukanlah anak bapa.
Tak, sudah tentu aku merupakan anak kepada Abah aku, tapi hubungan kami tak serapat seperti sesetengah bapa dan anak yang sikit-sikit bapak dia, sikit-sikit bapak dia.

Sebenarnya,
dari kecil, aku kurang berbual dengan Abah aku.
Sampai sekarang, kalau tinggal kami berdua sahaja di depan TV, suasana amat sunyi.
Aku sendiri terasa kejanggalan di atmosfera.

Mungkin semuanya bermula semasa aku kecil dulu,
aku berkeras nak besar dan menjadi seorang polis seperti Abah aku.
Tapi, bila aku suarakan kehendak aku itu,
Abah aku berkeras menentang.
Alasan kukuh dia,
"Abah tahu susahnya kerja polis ni.."
Dan aku sentiasa balas dengan;
"Alaa, kerja apa yang tak susah, Bah!"

Sejak detik itu,
kami sentiasa bercanggah pendapat.

Aku suka makan nasi duduk di lantai,
Abah suka makan nasi di meja makan.

Aku suka rambut panjang dan tak bersikat,
Abah kata rimas, macam orang jahat.

Aku suka minum air sejuk, berais,
Abah kata minum air suam terbaik.

Aku suka T-shirt kolar bulat,
semua set baju Abah adalah baju berkolar.

Aku suka buah ciku,
Abah selalu beli langsat.

Aku kata The Rock wrestler paling hebat sebab masuk Hollywood dapat berlakon,
Abah kata Undertaker seorang legend sebab sampai sekarang masih beraksi.

Aku suka tunggang moto pakai helmet,
Abah kata, "Alaa, setakat dekat ni takyah helmet pon takpe.."



Sebenarnya,
perkara-perkara di atas ni semua hal kecil.
Tapi sebab hal kecil ni semua laa kami pernah bermasam muka.


Namun,
kami sedar satu hakikat.
Walau macam mana teruk sekalipun percanggahan pendapat kami,
kenyataan bahawa kami masih dapat duduk sebumbung,
kami boleh makan semeja,
kami boleh berada dalam satu kereta,
kami boleh bergelak ketawa dengan cerita Mr. Bean di TV,
kami boleh berkongsi gelas minuman yang sama,
dan aku boleh pinjamkan moto aku bila moto Abah rosak,
semua itu menunjukkan kami masih bahagia.

Di mata aku,
Abah tetap hero pertama aku sejak aku dilahirkan.

Kerana kami berdua lelaki,
aku tak perlu berpelukan dan mengucapkan perkataan 'saya sayangkan Abah', memberi hadiah berbalut wrapper bercorak hati, membuat surprise party untuk hari Bapa hanya untuk memberitahu dia apa dalam hati aku.

Pada kami, sebagai lelaki,
cukup sekadar...

"The Rock lagi hebat!!!"
"Mana ada...Undertaker sampai sekarang still maintain..."



postquam-scriptum:
Dan akhirnya, kami tetap sama-sama bersetuju bahawa Emma Stone ada mata yang cantik.

Selamat Hari Bapa 2011.

15 comments:

  1. Selamat Hari bapa..:)

    ReplyDelete
  2. garangnya ilustrasi abah :P

    ReplyDelete
  3. hahaha dis is so sweet entry for abah. tp sy setuju kalo abah awk ckp minum air suam lagi bagus. hee ;p

    ReplyDelete
  4. cEro, abah ko macam muka ko di usia tua lah..hehe ;)

    ReplyDelete
  5. hehe..klu nk ikutkan mmg slalu sgt pendapat x sme ngan ayah..lg2 nesa ni ank perempuan. slalu x matching ngan pendapat ayh.tp rsenye nesa jg mcm ni, nesa tau ayh sygkn nesa dn nesa sygkn dia wlaupun nesa x penah ckp kt dia ;D

    *tp nesa t'ingin nk ckp sbenarnye. cume segan ==

    ReplyDelete
  6. hehehe aku rase kebanyakan anak lelaki jaranglah nak rapat dengan ayah, selalu diorang rapat dengan ibu.

    macam aku sebab kecik2 dulu yg lebih garang adalah arwah abah, dan minat serta kesukaan aku agak berbeza. so benda tu jadi sempadan walaupun zahirnya aku anak bongsu.

    tapi apepon aku tetap hormat abah sebab sifat pemimpin tu terserlah dalam dirinya, bukan dalam aku.

    kadang-kadang aku tengok orang lain yang masih berayah, aku jadi cemburu... tapi tu lah realiti hidup, takdir dan nasib. kita cuba berusaha jadi lebih baik aje la =)

    selamat hari bapa, untuk allahyarham Saman bin Ahmad dan semua bapa-bapa di dunia ini.

    ReplyDelete
  7. eh, laaa..ko anak polis gak ke? samala! celet!


    Selamat Hari Abah! XD

    ReplyDelete
  8. like father like son...

    bapak aku pun ada misai..cool..

    ReplyDelete
  9. ketidakmesraan itu hanyalah segaris rasa 'ego'. kamu berdua lelaki, kamu berdua lebih memahami...

    ReplyDelete
  10. sape kate ko beze ngn abah ko??
    korg sama la..sama2 keras hati..asik nk tegakkn apa yg korg rase betul..
    at least sama la kn??

    ReplyDelete
  11. @Bluewendy
    selamat hari bapa..;)

    @Fina Fento
    haha, realitinya, muka dia lagi garang...

    @EZAN IDMA
    alaaaa, air suam tawar arr..air sejuk best lagi..hehe

    @CikGusi BingbOo
    hahaha, mana tumpahnya kuah kalo tak ke nasik (kena ke ek?? macam tak je..)

    @Nesa Wazir
    mmg segan kan kalo tak pernah ucap tapi tiba2 nak ucap...
    asalkan dia tau, tak apa kot...

    @bantalbucuk
    hehe, thank you!

    @m i r a f i q a
    terima kasih mir..

    @Shukjessa
    tak kira di mana bapa kita, di dunia atau tidak, kasih sayang terhadap bapa tidak patut berubah..
    baguslah kau masih kuat dengan semangatnya..

    @~* chirpy_chummy *~
    haha, celet sket...
    anak polis rulez!!!

    @kueh bakar
    aku tak dapat bayang abah aku takde misai..mcam janggal sgt..heheh

    @Angah
    kan? nasib kami berdua saling memahami, sesuatu yg tak perlu disebut dgn perkataan boleh difahami..

    @pu3aan
    betol betol betol...
    sama sama keras kepala..hehehe

    ReplyDelete
  12. tapi macam tu la sorang ayah tunjuk rasa sayang dia.. kadang2 dorang saja berbeza pendapat. sebab x syok la kalau dua2 sokong benda sama..kan?

    ReplyDelete
  13. @Haris Khairuddin
    Nanti, insyaAllah, aku pulak jadi bapa, aku akan faham perasaan ini..

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026