Mar 12, 2011

Tanpa Tajuk #3

Segmen 'Tanpa Tajuk' adalah entri di mana aku mahu berkongsi sesuatu yang ringkas,



Thumb Up

How to make our world a better place?
The answer; spread love and positiveness.



Salah satu caranya ialah,
bila anda buat pembayaran di kaunter mana-mana kedai,
jika mulut terlalu berat nak kata 'terima kasih'
cukup hanya dengan tunjukkan ibujari tangan anda sebagai tanda
'you did a good job', dan diikuti dengan senyuman.

Paling kurang, si pekerja yang mendapat 'thumb up' dari anda akan merasa dihargai dan lebih bermotivasi. Dan untuk diri anda, anda berbuat baik untuk orang lain, bermakna anda berbuat baik unutk diri anda juga.

And now, go out and make the world a better place.

***************



Perkara Kecil Yang Dipandang

Aku terima satu soalan dalam Formspring aku.


Aku tahu kau orang yg berhati-hati dgn perkataan kau.
Tapi kenapa kau guna 'ADALAH' dalam tajuk entri illuminati tu sedangkan sepatutnya 'IALAH'??

Entri illuminati yang dimaksudkan soalan ini ialah entri 'Dan Mangsa Illuminati Seterusnya Adalah ANAK Anda!'

Alasan kenapa aku gunakan 'adalah' walaupun sepatutnya 'ialah' adalah kerana 'adalah' merujuk kepada subjek 'mangsa', yang pada aku mangsa yang aku nak tekankan adalah tidak bernyawa. Dan kemungkinan hal Illuminati ini menghasilkan mangsa yang tidak bernyawa, dan mungkin anak anda.
.
.
.
Fuh!! Bagus alasan aku..Terima kasih cikgu bahasa aku masa sekolah menengah dulu mengajar.
Hahaha.


SELAMAT HUJUNG MINGGU!

*UPDATED
Haha, kalau baca komen kalin, ramai yang tak faham kenapa dengan 'adalah' dan 'ialah'. Dulu-dulu, aku pernah kena marah dengan cikgu BM aku dengan dua perkataan ini. Kata dia, 'ADALAH' untuk benda tidak bernyawa seperti ayat 'Kereta saya adalah buatan Uzbekistan', manakala 'IALAH' untuk benda bernyawa seperti ayat 'AYAH SAYA IALAH SEORANG ULTRAMAN'. Dalam Entri Illuminati tu, aku guna 'adalah' untuk subjek 'mangsa' dan 'anak anda', sepatutnya aku guna 'ialah' kerana mereka adalah benda bernyawa, tapi aku guna 'adalah' untuk menerangkan bahawa hasil kerja Illuminati itu mungkin bakal membuatkan 'anak anda' sebagai 'mangsa yang tidak bernyawa'. Do you get what i mean? Hoho

13 comments:

  1. aku tak paham alasan kau tu. "dan mungkin anak anda" -_____-

    ReplyDelete
  2. entry ni buat aku teringat kat waiter restoran johnny kat alamanda. tiap kali kitorang mintak bill mesti dia tunjuk thumbs up kat kitorang. brutal la akak tu! respek habis!

    ReplyDelete
  3. bab alasan aku xberapa phm yg x bernyawa...hahaha tapi utk tnjuk ibu jari pada pelayan mana2 tmpt itu aku rasa nk thumbs ub jgk.

    ReplyDelete
  4. Dulu time muda2 aku tak biasa buat thumbs up. tp sejak bekerja n ada staf, mcm dah terbiasa buat bila tgk diorg mcm burden ngan keje n sambil tanya ok? Action tu mcm kebudak2kan, sbb tu diorg tersenyum bila aku wat camtu. teringat mlm tdnye pidato bm antrabangsa tv1, toleransi antarabangsa. nice tau tgk org russia, turki pidato ckp melayu. menarik..

    ReplyDelete
  5. saya tak faham yang bawah tu cikgu! *thumb up*

    ReplyDelete
  6. thumbs up untuk alasan bro!
    heee

    ReplyDelete
  7. apesal plak x bernyawa kalo 'anak anda' ? bkn ke anak tu bernyawa? haiihh..dok pehe..



    *me - lebih suke senyum dan berterima kasih (:


    ok, for u, it's thumbs up ;)

    ReplyDelete
  8. nesa rase nesa faham maksud cEro.
    terima kasih juge kpd cikgu Bahasa Melayu Nesa!!! haha :D

    spread the love bebeh..dengan hanya senyum pun dah buat kita dan org sekeliling lebih positif :)))

    ReplyDelete
  9. aku lebih prefer cakap terima kasih kt org...em..agree..memang kite rase dihargai bile cakap word tu..terima kasih memang amazing word..

    ReplyDelete
  10. yeah, positivity rulez! thumbs up utk kau jugak!

    aku cuba faham tentang penggunaan 'ialah' dan 'adalah'

    kau menggunakan 'adalah anak anda' kerana 'anak' itu mungkin tidak akan bernyawa lagi kesan dari fahaman orang yg terlalu taksub dgn freemason dan illuminati itu. or am i still misinterpret?

    ReplyDelete
  11. and i dont even care if u screwed your tatabahasa.the only one that i care the most is i understood what's written there.

    thank you very much.

    ReplyDelete
  12. ermm...ermm...buat2 faham....ok saya fham...haha3

    ReplyDelete
  13. terima kasih cekgu cero..!!

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026