Sep 22, 2010

Aku Genggam Tanganku, Aku Lepas Ikatannya

dua-duabelas
Maaf.

Berhenti seketika di stesen minyak,
aku singgah membeli satu yogurt.
Disambung perjalanan seketika, aku berhenti di bawah sebatang pokok.
Sambil menikmati yogurt dibeli tadi, aku layani perasaan wajah ditiup angin sepoi bahasa.
Tenang.
Permandangannya adalah tepi hentian tol lebuhraya Kesas.





Dilihat jam di telefon bimbit,
7.07 petang.
Hampir Maghrib.
Aku terkenang apa yang berlaku 2 jam sebelumnya.

-----------

Bermula dengan sedikit perbualan kosong,
aku mulakan apa yang aku ingin perkatakan sejak semalam.

"L, saya ada hal nak cerita..."
"Apa dia??"

Aku mulakan sesi menipu aku.

"Semalam, ada seorang kawan, seorang perempuan..
Dia jumpa saya...
Dan dia terus terang pada saya..
Dia katakan dia sukakan saya...
Dia nak bersama saya..."

Aku sedaya upaya memandang ke tempat lain,
tapi aku sedar L menatap tepat ke wajah aku...

"Apa awak jawab?? Awak terima??"
"TIDAK!
Saya menolak...
Saya menolak dengan alasan saya belum bersedia untuk apa-apa komitmen.
At least for the next few years."

L diam.

"Saya masih mahu berkawan dengan dia.
Tapi dia kata, kami takkan boleh jadi sebagai kawan memandangkan saya dah menolak hati dia.."

L masih diam.

"Sekarang, saya nak pastikan sesuatu dari awak.
Awak tak ada apa-apa perasaan kat saya, kan???
Sebab, kalau awak ada, saya tak mampu nak membalas perasaan itu.."

L masih lagi diam.

"Namun, saya harap awak dan saya tetap kawan sampai bila-bila."


"Tapi kenapa sekarang baru awak cakap??"
L mula bersuara.
Aku pejam mata, tak mampu nak lihat muka dia.

"Seperti manusia lain, saya juga suka bila disayangi dan menyayangi.
Tapi, saya sedar, saya belum bersedia.
Saya manusia kerdil.
Dan saya tak mahu menjadi penghalang kepada kehidupan awak."

"Apa maksud awak??"
"Saya mahu kita terus sebagai kawan.
Dan dalam masa yang sama,
saya tak mahu menghalang awak kalau ada lelaki lain nak mendekati awak..."

"Awak nak beritahu, saya dan awak akan tetap sebagai kawan.
Kawan yang bermaksud kawan??"









It's a long pause.








"YA"

-------------------

Maka, aku sudahpun menegaskan kepadanya,
bahawa kami sekadar kawan.
Semuanya disebabkan, dari awal aku sudah membina harapan.
Dan aku sedia maklum, harapan aku hanyalah satu senda takdir.
Aku manusia kerdil.

Kini,
aku genggam tanganku, aku lepaskan ikatan.
Aku benci.

Tiba-tiba yogurt yang sepatutnya masam
menjadi masin.





=============================
38) [link] HARAPAN? It's a BIG word.
37) [link] Awak JAHAT! Awak BODOH!!
36) [link] Tiga L Bawah Satu Bumbung
35) [link] Ceritera Rindu
34) [link] Tentang Seseorang 5 [The Interlude]
33) [link] Tentang Seseorang 4 [The Last Verse]








...lebih dalam Si Gadis Kasut Converse



46 comments:

  1. ko yakin ke ko xde perasaan kat dia?

    ReplyDelete
  2. why do u have to do this?

    bagi diri sendiri peluang boleh tak?

    u never know what you future will be.

    its not fair for her

    ReplyDelete
  3. xtau nak ckp pe bro..
    bile pikir2 balik logik jugak ape ko wat..
    tp aku tau L mesti sedih ko ckp mcm tu..sbb korg masing2 penah membina harapan tu tanpa disedari..
    tp kalo ko sendiri xbersedia dia nak ckp mcm mane lg..mesti la die terima seadanya keputusan ko..
    ntah la bro..
    xtau nak ckp pe...

    ReplyDelete
  4. ................................

    aku benci gak..

    ReplyDelete
  5. cehhhh..rugi beb..tapi ade sbb musibat sndri kn..jalan jelah

    ReplyDelete
  6. cubalah lagi. mana tahu peluang masih ade

    ReplyDelete
  7. haish,kamoo sngaje menyulitkan kadaan.mungkin kah?

    ReplyDelete
  8. kalo dah jodoh,tak ke mane,
    okeh..
    wish u best of luck..


    ^.^

    ReplyDelete
  9. ikut gerak hati berpandukan akal..
    jiwa ko akan tenang nanti

    ReplyDelete
  10. ape pon bro, all the best.

    aku rase ko lebih mengerti kenapa ko perlu buat begitu kan.

    berundur tak bererti kita kalah, mengalah bukan bererti kita lemah.

    mungkin bukan masanya lagi, aku percaya pada benda itu juga, aku pun satu kapal dengan ko.

    burung yang dilepas, akan senantiasa gembira hidupnya berbanding burung di sangkar, dan mungkin akan kembali suatu hari nanti...

    ReplyDelete
  11. aku pon buat lebih kurg camni jugak, last2 nyesal..hahaha

    tp aku tatau la ko camana. :)

    ReplyDelete
  12. jangan menipu diri sendiri kalau anda tak ckukup kuat...

    itulah kata-kata yg penah seseorg ckp dekat aku...

    tp tanpa mereka sedar...kita kene menipu diri sendiri utk hidup kadang2..

    dats all

    ReplyDelete
  13. tapi kau kan suke die...

    siot tol.

    aku tak puas hati...haha

    ReplyDelete
  14. boooooooooosannnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

    boooooooooooooo

    booooooooooo

    boooooooo

    if u really love her,why u did this?

    ReplyDelete
  15. @KERAK NASI
    aku yakin aku sedang menipu..

    @.::WaNiE::.
    diri aku bukan persoalan..
    tp aku taknak tanam apa2 harapan..
    mmg tak adil utk dia,
    tp percaya, ini yg terbaik...

    @pu3aan
    kalo nak dicari salah,
    salahkan aku..
    sbb sekarang, i'm realyy NOBODY..

    @tuan tanah
    aku benci...

    @hentakbelipat
    rugi sekarang, tp aku percaya untung utk dia masa hadapan...

    @kata kila
    sudah cukup utk aku..
    masa skang utk membina diri...

    @Fina Fento
    sbbkan perbezaan...

    @aleen adela akoo ^_*
    keadaan dah cukup sulit sejak dr mula..

    @aYaz
    percaya pd jodoh..
    mmg btol..

    @mimizuzuhaha
    akal aku mengatakan ianya tepat walaupun hati pedih..

    @Shukjessa
    Aku ada sebab paling kukuh buat camni..
    dan aku percaya, aku betul...

    @Lupi
    kalo camtu, dah tentu kau faham kesakitannya, kan??

    @LUMUT
    Diakui, aku memang suka dia..
    tp suka je tak bawa ke mana...

    ReplyDelete
  16. @iemaZAIMAH
    sebab aku suka dia laa, aku buat camni...
    suka bukan bermaksud perlu bersama..
    aku hanya nak dia gembira, bukan sementara, tapi sampai bila-bila...
    sampai bila-bila...

    ReplyDelete
  17. kau percaya yg kau tak ada menyimpan perasaan terhadap dia???

    ReplyDelete
  18. kau tak rase kau mampu buat dia gembira ke?

    ReplyDelete
  19. @AngahSayang2314
    Aku percaya aku sedang menipu..

    @iemaZAIMAH
    TAK! at least belum masanya...

    ReplyDelete
  20. life is always unfair and truth always hurt....
    tp aku rase ko dah wat yg terbaik yg ko mmpu n at least ko brani berterus terang dari ko terus biar die berteka-teki...
    mgkin ni jln yg terbaik kan...wlpn pon hati serba-salah....

    aku pon tgh alami ape yg ko alami...hahaha3 so aku tau rase mcm mn...hehe3

    ReplyDelete
  21. cal!!!!!!!!
    apekah apekah apekah???

    *__*

    ReplyDelete
  22. demmit cal!

    -kudozu

    ReplyDelete
  23. cero..hmm..kau nangis ke time kat tol kesas tu?kenapa yogurt tu dr masam jd masin?adakah sbb airmata kau?


    hmm...someone bagi aku...aku tak pandai bi...kau tolong translate ek..kau pandai bi kan??

    its hurt to love someone and not be loved in return,but what is more paintfull is to loved someone and never find the courage to let that person know how you feel...

    ReplyDelete
  24. jika dia bijak, dia akan faham apa yg sudah anda lakukan. itu yang terbaik dari melukakan bila ianya dah terlambat. =)

    ReplyDelete
  25. kawan,aku percaya kau tahu apa yang kau buat..memang kau sedang menipu diri kau..tapi kau tahu akan ada sesuatu yang manis menanti kau..semoga kau dan L tenang dengan keputusan ini..

    ReplyDelete
  26. @Miss Comot
    sakit skarang hanya sementara..
    dr aku biarkan harapan terus membina..

    @LMN
    hahaha, not a very happy ending laa..

    @Anonymous
    kudozu,
    yes demmit cal...

    @5212765168405628618.0
    nenek moden,
    tak! aku tak nangis sampai masuk dlm yogurt..
    aku suma tahan sebak dan menyebabkan aku punya lidah hilang daya rasa sebenar..
    'Pedih mencintai seseorang yang tidak balas cinta, tapi apa yang lebih pedih ialah mencintai seseorang dan tiada keberanian menyuarakan perasaannya'

    @Fatin Mazelan
    Dia bijak...
    tapi kebenaran selalunya menyakitkan...

    @sakura lover's
    AKu juga percaya kalian faham apa yang aku buat...
    Aku memang sedang menipu perasaan..
    Tapi ianya untuk kebaikan dia..

    ReplyDelete
  27. and then when the time comes but she's already with someone else?r u willingly to face it?

    ReplyDelete
  28. ada kau faham tak maksud tu?apa kau rasa?..al maklum..ak xpandai bi..tu ak mnx ko translate..hmm..pedih kan cero...

    ReplyDelete
  29. @iemaZAIMAH
    believe it or not,
    there'll never be the time..
    kalo dia dah ade sape2, bukankah bermakna dia bahagia??
    utk ape aku nak rebut kebahagiaan dia,kan??

    @8055222269265442176.0
    dear nekmo,
    biar pedih, asal kesudahannya bahagia..
    dan aku tahu, ko bukan tak pandai BI..

    ReplyDelete
  30. bongoxx....

    aku yg sedih jd tambah sedih....

    "sebab cinta tak semestinya bersatu"[ebiet g. ade-lagu untuk sebuah nama]

    ReplyDelete
  31. @chomelxii
    ayat tu mmg senang cakap..
    tp nak laksanakan,
    mmg sakit sgt..

    ReplyDelete
  32. then kau btul2 lepaskan dye lah ni?

    ReplyDelete
  33. @iemaZAIMAH
    ayat 'lepaskan dia' tak brapa sesuai..
    aku prefer 'tak nak dia membina harapan'..
    YA! Aku tak nak dia membina harapan utk aku..

    ReplyDelete
  34. membaca kisah kau ni umpama membaca sebuah novel cinta yang tiada kesudahan.
    aku yakin kau ade sebab kenapa kau buat mcm tu, mcm ni.
    cinta tak perlukan jawapan.
    cinta tak perlukan persoalan.
    apa2pun aku doakan kalian bahagia.

    *serius, aku mcm baca novel je ni.

    ReplyDelete
  35. lepaskan in term of perasaan.mksudnye adakah kau betul2 melepaskan perasaan kau terhadap dia?

    igtkan sastera sgt mamat ni.cis.kih kih kih.

    ReplyDelete
  36. @hanaahmad
    dan 'novel' ini ditulis oleh orang yg tak pernah membaca habis mana-mana novel..
    but then, I still wish that life will be as good as novel..

    @iemaZAIMAH
    tidak!
    perasaan aku tetap sama...
    siapa yang bertakhta, hanya aku saja yang tahu..
    aku kan manusia, takde button delete semudah laptop..
    kan??

    ReplyDelete
  37. elehhhhhhhhhhhhh...siapa bertakhta hanya kau yg tau konon.

    kiteorg yg bace ni.semuaaaaaaaaaaaaaaa tau.dia jugak yg kau mahu.

    ReplyDelete
  38. @iemaZAIMAH
    beb! truth is far beyond reach..
    AKu tak kata ya, aku tak kata tak..

    ReplyDelete
  39. aku tau..aku pun tengah lalui benda yang sama...tapi aku tak berdaya lagi nak buat macam apa yang kau buat nie..masih lagi simpan harapan..masih berharap restu...

    ReplyDelete
  40. hmm..ok.
    if kau mmg boleh lepas kn perasaan tu.
    mungkin betul,she's not meant for u.
    hidup pjg lg kn?

    ReplyDelete
  41. @chomelxii
    sakit kan??
    tak apa, harapan tak salah..
    aku cuma tak mahu dia ters mmbina harapan..
    walaupun harapan kdg2 memberi sinar..
    tp harapan aku tak bawa ke mana..

    @iemaZAIMAH
    haha, walaupun macam nak berakhir,
    tp aku rasa semua ni baru permulaan...

    ReplyDelete
  42. life is a journey.
    dan byk lagi yg kite sndr pun x taw.
    so,i'll sure that u'll be ok.kn?

    btw,permulaan?mksd kau?

    ReplyDelete
  43. aku harap sgt aku jd cm kau boleh buat cerita dramatik macam ni. kalau baca novel lg membuatkan aku jd tak reti menulis. lebih baik aku berhenti membaca. haha. tapi, laki susah nak tls cerita mcm ni. gud job bro. aku kagum dan...
    admire ko!

    ReplyDelete
  44. hurmm...
    tak nak faham...
    cz cEro sorg je yg btol2 faham...


    tp rsanya bunga kt hati tetap mekar kn cEro...
    kn...

    ReplyDelete
  45. @iemaZAIMAH
    ini satu permulaan aku bina diri sendiri...

    @hanaahmad
    admire is a big word..
    haha, thanks...

    @raja dinie
    bunga ada di mana-mana..
    hehehe

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026