May 1, 2010

Jawapan tEka-tEki #9 Nombor bukan Matematik

one-o-sixth,
I'm sorry...



Ini adalah entri jawapan bagi tEka-tEki #9
Jika anda tidak bercadang untuk menyetahui jawapannya lagi,
sila klik di sini.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Serpihan yang Hilang

Tahap kesukaran C

Soalan:

Dari gambar di bawah,
ianya dibina dari serpihan bentuk yang sama
(yang ditunjukkan dengan serpihan berwarna).

Namun, di rajah kedua,
terdapat satu kotak bahagian yang hilang.
Sedangkan segala bentuk sama dan hanya disusun kembali.

Apakah silapnya?





Jawapan:

Jika anda tidak dapat mencari silapnya,
ianya adalah kerana anda silap menjangkakan perkara asas mengenainya.

Dua bentuk di atas bukanlah segitiga bersudut tegak.
Tetapi segi empat..

Bahagian segitiga berwarna merah berkecerunan 3/8
manakala bahagian segitiga berwarna perang berkecerunan 2/5
Perbezaan dua segitiga ini sangat kecil
namun mampu menghasilkan bahagian yang hilang tersebut
kerana jumlah luas bagi kedua-dua rajah adalah berbeza,
berbeza satu kotak.


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Susunan

Tahap kesukaran D

Soalan:

Perhatikan susunan nombor di bawah..

1
11
21
1211
111221
312211
13112221
.....

Nombor apakah yang patut muncul kemudian??




Jawapan:

Setiap baris menunjukkan sifat bagi baris sebelumnya,
(kecuali baris pertama).

Sebagai contoh,
baris pertama adalah 1,
maka, baris kedua menerangkan sifat satu, iaitu satu 1 (11)
baris ketiga menerangkan sifat baris kedua, iaitu dua 1 (21)
baris keempat menerangkan sifat baris ketiga, iaitu satu 2 satu 1 (1211)
baris kelima menerangkan sifat baris keempat, iaitu satu 1, satu 2, dan dua 1 (111221)
dan begitulah seterusnya..
Maka,
baris kelapan akan menerangkan baris ketujuh,
satu 1, satu 3, dua 1, tiga 2, dan satu 1
= 1113213211


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Lahir Tahun Lompat

Tahap kesukaran E

Soalan:

Salmah dan Johan gembira dengan kelahiran bayi mereka, Borhan, yang lahir pada 29 Februari 2008.
Ianya istimewa kerana lahir pada hari tahun lompat.
Namun,
kemudian mereka terfikir bagaimana mahu sambut ulangtahun kelahiran.
Sedangkan tahun lompat hanya sekali setiap empat tahun.
Maka,
keputusan dicapai,
mereka mahu sambut ulangtahun kelahiran Borhan pada 365 hari selepas tarikh lahir itu, seperti orang biasa sambut ulangtahun mereka.

Apakah tarikh ulangtahun pertama Borhan?





Jawapan:

28 Februari 2009.
Jika anda memikirkan ianya 1 Mac 2009, anda salah.
Kira 365 hari selepas 29 Feb 2008 tetap akan menjurus ke 28 Feb 2009.
Tak caya kiralah..
;p



+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sebarang persoalan boleh ditujukan ke penulis dalam komen.
Atau melalui emel yang tertera di page 'si bengong bernama aku'.

Kritikan membina dan menjatuhkan amatlah dialu-alukan,
asalkan anda bukan anonymous.

Tahniah kepada


kerana mengambil bahagian dalam tEka-tEki kali ini..
TERIMA KASIH!!

1 comment:

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026