Jan 23, 2019

Satu Soalan...



Salam.




Aku sebenarnya sudah sediakan satu entri lain untuk hari ini, tapi terpaksa aku tangguhkan kerana hal ini lebih penting.

Aku tidak pasti berapa ramai yang akan baca entri ini,
dan juga aku tidak pasti berapa ramai daripada yang membaca akan tinggalkan komen.
Dan aku juga tidak pasti dalam bilangan komen yang sedikit itu, mana satu yang betul-betul membantu.

Tapi aku ada satu soalan.


Soalan aku;

Bagaimana hendak mengawal perasaan benci di dalam diri?

Aku ada benci seseorang, sangat benci sehinggakan aku sering terbayang perlakuan yang bakal menamatkan rasa benci itu. Aku takut kalau aku tidak mampu kawal perasaan benci ini, aku akhirnya akan realisasikan segala bayangan yang pernah aku fikirkan, di mana, pemandangannya langsung tidak akan indah. IYKWIM.

Bantu aku. Please.
It feels like clock is ticking near.





.

8 comments:

  1. agak-agak perasaan benci tu boleh buat cerpen tak? versi komik pun ok hahahahaha lagi nampakk fun. Sekurang-kurangnya ada idea nak blogging sini heheh.

    Jemput singgah blog :)

    ReplyDelete
  2. Saya pernah benci + dendam sampaikan jika teringat saja orang tersebut, tangan saya menggigil, kepala saya sejuk. Sebab betapa marah dan bencinya. Tak pasti apa saya tulis ni bakal membantu atau tidak. Tapi saya tak ada cara lain selain, membiarkan masa berlalu. Bila masa berlalu, perasaan tu pudar. Masih benci, tapi saya mampu bahagia dengan anggap saja dia tak pernah wujud. Serahkan selebihnya pada Tuhan, Tuhan maha adil. Doa orang teraniaya makbul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya setuju dgn pendapat ni. Sebolehnya kita elak diri dari orang yang kita benci tu jauh2.. Jangan follow any social account dia.. Doa banyak2.. itu je mampu.. and of course time will heal

      Delete
  3. Jangan fikir tentang dia..sebab bila fikir makin benci. Setiap hari cuba maafkan dia,cakap pada diri setiap hari..aku maafkan kau.Kau maafkan aku.

    ReplyDelete
  4. Are u sure it's hatred?

    ReplyDelete
  5. Aku tak pernah rasa benci org sampai camtu sekali so aku tak tahu kalau apa aku komen ni membantu atau tak. Maybe kau boleh cuba jujur je dgn dia apa yg kau tak suka pasal dia tu. Pastu paksa diri kau layan dia dgn baik walaupun kau masih benci. Kadang2 dgn sebab kau layan someone dgn baik Allah boleh twist hati org tu jadi layan kau baik pulak. Kau doa je la. Allah ada. Kau mengharap pada manusia tu utk berubah memang susah. Sebab manusia ni lemah. Kau harap pada Allah dgn asbab kau buat benda2 baik dan kau buat benda yg betul(tegur dia apa yg kau tak puas hati dan kau rasa dia salah tu), moga Allah yg lembutkan hati dia jadi org yg baik.

    Apa2 pun kau kena kesian kat diri sendiri. Kau punya perasaan benci yg tinggi ni membuatkan kau jadi tak senang hati. Tak perlu pun kau nak layan perasaan ni sgt. Buat penat je. Kalau hidup tak senang hati ni byk benda jadi terbantut nanti. Kesian kat diri kau yg patutnya deserved utk rasa happy. So kawal diri je la keyword dia.. sorry kalau tak membantu..

    ReplyDelete
  6. tak tau la situasi yg sebenarnya macam mana kan. tapi if possible, avoid jumpa atau terserempak orang tu dan jangan ada apa-apa hal yang berkait dgn orang tu.

    ReplyDelete
  7. Rasa dah tau benci siapa, sebab dah baca entry terbaru. Rasa tak puas hati pada diri sendiri tu normal tapi kalau asyik irritated dan senang marah then you really need help. Belajar untuk tenang OK. I know how it feels, sebab akak pernah melaluinya. Lambat dapat kerja pun akak dah murung dan tak nak bercakap dengan orang sebab rasa rendah diri. Bawak kereta kena hon pun boleh buat akak monyok for days. Akak dulu berubat dengan ustaz coz pakar psikologi sounds a bit scary. Huhuhu

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026