Dec 13, 2017

Sempat atau Tak Sempat, Cuba Teka!


Salam.

Entri pendek ini diterbitkan pada hari rabu, 13 Disember 2017.
Jika kalian baca entri ini pada hari berkenaan,
semalamnya, hari selasa 12 Disember 2017,
aku buat keputusan nekad untuk sertai CKOM 2017.

Yang paling 'best' sekali ialah:
tarikh tutup CKOM 2017 ialah pada 15 Disember 2017.


Imej sekadar hiasan, tiada kena mengena dengan isi entri.



CKOM 2017 adalah singkatan kepada Cabaran Komik Online Malaysia 2017,
satu pertandingan melukis komik 10 mukasurat yang dianjurkan MatKomik.
MatKomik adalah sebuah portal dan platform kepada para pelukis amatur (dan professional) untuk berkongsi bakat melukis masing-masing.

CKOM dianjurkan MatKomik setiap tahun sedari tahun 2014.
Sejak dari tahun lepas lagi aku sudah berhasrat untuk sertai CKOM bagi tahun 2017 ini.
Aku sudah senaraikan beberapa jalan cerita sendiri,
dengan harapan salah satu cerita aku kena dengan tema yang akan diumumkan.

Namun, pada 15 Oktober yang lepas,
MatKomik sudah umumkan tema CKOM bagi tahun ini iaitu:
SUKAN (kecuali bola sepak)

Semua idea jalan cerita aku tidak masuk tema.
Malah, pada beberapa bulan lepas, dek kerana kesihatan yang kurang mengizinkan, juga motivasi melukis yang hilang disebabkan aku merajuk dengan beberapa insan di dalam industri komik Malaysia, aku langsung tak fikirkan tentang CKOM 2017.

Sampailah pada beberapa hari lepas,
di mana atas nasihat beberapa orang sahabat dan kenalan,
aku buat keputusan untuk sertai CKOM 2017 ini sedaya mungkin.

Keputusan bulat itu dibuat pada 12 Disember,
sedangkan tarikh tutup CKOM 2017 adalah pada 15 Disember.
Aku hanya ada kurang 3 hari untuk siapkan 10 mukasurat komik bertemakan SUKAN.

TIGA HARI!

Jadi,
disinilah entri pendek ini akan tamat.

Satu soalan yang aku nak tanyakan kalian:
Siapa rasa aku akan sempat siapkan penyertaan sebelum tarikh tutup sila komen #TeamSempatSiap.
Siapa rasa aku mustahil boleh siapkannya sebelum tarikh tutup sila komen #TeamTakSempatSiap.

Minggu depan aku beritahu sama ada aku sempat siapkan atau tidak.

Secara peribadi,
aku rasa aku sendiri berada dalam #TeamTakSempatSiap

HAHAHAHAHAHAHAHAAHA


Update 14 Disember 2017:
Disebabkan aku lama tinggal industri komik tempatan,
maka aku terlepas berita yang tarikh tutup dilanjutkan 5 hari
menjadikan tarikh yang sepatutnya 15 Disember menjadi 20 Disember.
But still...aku masih dalam #TeamTakSempatSiap

Update 16 Disember 2017:
Matkomik sekali lagi panjangkan tarikh tutup
menjadikan tarikh pada sebelum 20 Disember kepada 25 Disember.
Nampak gaya macam aku tiada pilihan selain daripada terus berusaha.




.

7 comments:

  1. #TeamSempatSiap

    Bila dah decide, maknanya dh ade jalan cerita. Tinggal sempat habis lukis ke tak je. Jadi..

    Ok tatau ayat sesuai nk bg. Nak cakap sila berusaha jangan tido 3 hari ni.. mcm over sgt menyuruh2. Tapi nk bg kata2 semangat sbnrnya. Jadi.. sila siapkan lah dan hantar! Hehehe

    ReplyDelete
  2. #TeamSempatSiap

    10 mukasurat? ha sempat kot. sikit je tuu hahahaha.

    apape pun, goodluck!

    ReplyDelete
  3. #TeamSempatSiap

    Good luck cEro! :)

    ReplyDelete
  4. sempat tu sempat, gambattteeeeee!
    #TeamSempatSiap

    bagi penalti kat diri kalau tak siap. contohnya : uninstall PokemonGo untuk beberapa bulan. etc

    contohhhhhh~
    lol

    ReplyDelete
  5. Kepala hotak diaaaaa kau masih active blog..

    ReplyDelete
  6. haha u can do it! as for now, how many % progress? hehe

    ReplyDelete
  7. kalau malas. bagi setahun pon xsiap. tapi kalau memang sungguh2. pasti boleh.amacam? sahutla cabaran.apa lagi.hehe.

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026