Aug 16, 2017

Teruja dengan Perkara Remeh.


Salam.




Aku adalah sejenis orang yang sangat cepat teruja dengan perkara kecil/remeh/trivia.
Aku rasa macam pernah bagitahu dalam blog ini tapi aku lupa dalam entri yang mana satu.

Baru-baru ini aku main game Pokemon GO dan dapat tangkap satu Pokemon lagenda yang diberi nama Zapdos.
Aku punya excited, teruja mengalahkan budak kecil dapat mainan.
Aku mesej semua kawan aku yang main Pokemon GO termasuklah adik aku.
Salah seorang yang menjadi mangsa keterujaan aku adalah seorang kawan ni.

Dari respon dia aku rasa dia dah tahu aku cerita tentang Pokemon,
tapi dia tetap teka hal lain.
Bila aku beritahu aku teruja sebab dapat tangkap Zapdos,
aku tidak pasti reaksi dia yang sebenarnya
tapi kalau aku di tempat dia, aku mesti akan bagi reaksi macam;
"hek eleeehhhh!!!"

Perangai cepat teruja aku ni pun pernah berlaku semasa balik kampung raya tempoh hari.
Aku dapat tangkap kunang-kunang dalam tangan.
Aku punyalah teruja aku pergi tunjuk dekat setiap ahli keluarga yang ada sambil mulut berkumat-kamit tentang bagaimana awesome-nya kunang-kunang sebab dapat keluarkan cahaya di belakang badan.
Habis satu cerita semua tentang kunang-kunang daripada macam mana mereka gunakan cahaya itu untuk mencari pasangan, sehinggalah ke bagaimana cahaya itu terbentuk (bioluminescence).

Ahli keluarga aku semua buat muka bosan dengar aku buat ceramah biologi.

Ada juga satu ketika itu bagaimana aku teruja dapat tangkap cicak guna perangkap cicak, aku siap snap berpuluh gambar cicak itu dari pelbagai sudut sebagai kenangan.
Penuh galeri handphone aku dengan gambar cicak terkena perangkap.

The thing is,
aku jarang teruja untuk perkara besar.
Bila sesuatu besar berlaku kepada aku, aku lebih bersikap diam dan berfikir.

Tapi bila fikir balik,
besar kecil satu perkara adalah subjektif kepada individu.
Pada aku, dapat tangkap Zapdos adalah perkara besar, walaupun bagi sesetengah orang itu bukanlah satu perkara yang patut diraikan. Hehehe

Kalian bagaimana?
Senang teruja tak dengan perkara remeh?





.

18 comments:

  1. Aku lagi kagum cEro still main Pokemon Go walaupun dah tak semeriah masa awal awal dulu πŸ˜„πŸ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Aujinz

      Hahaha. Sekarang yang masih main Pokémon GO hanya tinggal orang yang betul-betul main, a fan. Jadi menjadikan game ni lagi seronok walaupun tak semeriah dulu 😁😁😁

      Delete
  2. Wah main Pokemon Go lagi eh huhu. Perangai cEro sebijik dengan adik bongsu aku, benda sehabis kecik sekali pun dia punya excited tu dah macam apa dah, tapi layan je laa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Erni Hasmiza

      Hahaha. Orang jenis macam kami ni (cepat excited) kena dilayan je sebab kalau tak layan nanti kami rasa kecewa hahaha

      Delete
  3. lama dah stop XD ahahaha kwn2 byk yg still main lagi :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Misaki PureBlood

      Try laa main balik sebab game ni makin lama makin seronok sebab banyak features baru 😁😁😁

      Delete
  4. benda kecik pada org.. benda besar bagi kita.. hehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Raz

      Hahaha.Yes!
      Kekadang orang lain rasa kecik, kita rasa besar hahaha

      Delete
  5. aku kurang perasaan bab tu. tapi aku mudah terhibur. contohnya sekarang ni aku rasa terhibur dengan keterujaan kau. kalau kau tunjukkan excited kau depan aku, mesti aku layan. sebab tengok orang teruja (gembira) make me happy too :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NAD

      Hahahaha you are a good companion, Nad. Kalau aku ada member macam kau mesti best. Semua benda aku akan cerita dekat kau hahahah

      Delete
  6. Pada aku kau still main pokemon go adalah perkara yg mengujakan haha... Aku pun bila otak tengah tak betul sikit akan inform kat group whatsapp yg aku aktif walaupun benda tu sgt tak penting. Tak salah pun asal kau bahagia... haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Bro Ley

      Hahaha. Thanks Bro Ley.
      Kekadang aku simpan je benda yang aku eksaited sebab kalau-kalau aku beritahu orang lain nanti diorang rasa benda tu kecil dan akan kecewa hahaha

      Delete
  7. Saya pun mudah teruja dengan benda-benda kecil. Sometimes orang pandang aneh but that is just me.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Farah

      Hahaha. Geng! Kekadang tengok benda kecil je macam anak anjing tepi jalan je tapi sebab teruja berhenti tengok. Orang lain tengok mesti pandang pelik hahahaha

      Delete
  8. haha..tu namanya menikmati kehidupan.cari sebab untuk hepi walaupun remeh di mata orang lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. >SalbiahM

      Hahaha yalah. Teruja benda remeh ni memang satu nikmat kebahagiaan sebab beri kita kegembiraan 😊😊😊

      Delete
  9. benda kecil atau benda besar ni subjektif. lain org, lain keterujaan dia. asalkan takde kaco org lain, ok je tu cero hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. >anamizu

      Hahaha betul. Harap-harap tak adalah kacau hidup orang lain hehehe

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026