Jul 19, 2017

Rambut Panjang tapi Hati Sayu.



Salam.




Biar aku jujur di sini.
Motivasi aku terhadap blog ini sudah semakin menurun.
Ada beberapa faktor yang aku dapat kenalpasti dan aku harap, di akhir post ini, kalian yang membaca dapat beri input sebaiknya untuk aku kembalikan motivasi diri terhadap blog ini.


1. Aku tiada kebebasan internet.

Ini isu yang banyak kali aku ulang dalam entri sebelum-sebelum ini.
Aku menetap di tempat baru, tempat di mana internet tidak semewah dahulu.
Internet yang aku pakai bersifat broadband dengan kuota rendah, satu rumah kongsi ramai, jadi kalian faham kan kenapa aku hanya mampu post setiap rabu tapi tidak balas komen dan blogwalking?
Aku dijanjikan akan tiba sambungan kabel bawah tanah yang akan membuatkan internet aku kembali 'mewah', tapi setahun sudah berlalu, janji masih hanya sekadar janji.


2. Blog aku tidak 'mobile-friendly'.

Blog ini hanya 'mobile-friendly' untuk pembaca.
Tapi untuk pemilik macam aku, sangat tak friendly.
Aku fikir adalah sangat bagus kalau ada apps yang bolehkan aku update secara on-the-go menggunakan handphone tapi malangnya TIADA!
Mungkin sebab blogging bukan lagi pilihan generasi sekarang,
jadi tiada siapa yang nak fokus kepada pembangunan aplikasi seperti yang aku kata itu.
Maka, untuk update blog, satu-satunya cara aku ada adalah berada di depan komputer.
Dan aku dan komputer pula tidak selalu bersama, jadi....
*mengeluh panjang*


3. Blogging is dying.

I have a feeling that orang yang masih blogging pada tahun 2017 adalah mereka yang setia.
Maksud aku,
walaupun kita dihujani dengan pelbagai aplikasi mudah alih untuk media sosial,
tapi orang seperti kita masih memilih untuk menulis dan membaca blog.
Tapi kita kena akui,
blogging memang sudah berada di belakang zaman.
Orang ramai enjoy media sosial lagi sebab ringkas, laju dan di hujung jari.
Maka berkuranganlah pengunjung blog ini (dan blog lain),
at one point aku tertanya, untuk apa aku bersusah payah cari internet setiap minggu tapi akhirnya hanya DUA orang sahaja yang baca entri aku?


4. Friends no more.

Orang-orang yang aktif semasa zaman blogging dulu sama ada;
(1) sudah move on dalam kehidupan,
(2) sudah bosan dan dibiarkan sahaja blog mereka tandus,
(3) bertukar fokus kepada Facebook, Twitter dan Instagram
atau (4) bertukar status dari 'kawan' kepada 'stranger'
dan disebabkan itulah blog aku terasa sepi sekaligus mengurangkan motivasi aku untuk update blog.


5. Tiada misteri = Tiada minat.

Here's the main part.

Dulu aku (cEro) dikenali sebagai seorang lelaki misteri yang mempunyai kisah cinta malang tak berkesampaian.
Hanya segelintir yang kenal siapa cEro,
dan majoriti lain sangat berminat nak kenal hanya kerana 'kemisterian' itu.

But I was slowly losing my grip.
Part of me sangat nak simpan kemisterian itu,
tapi diri aku sendiri pula sangat suka berjumpa dengan orang baru.
Jadi, aku perlahan-lahan buka pintu perkenalan kepada orang lain.
Aku berkenalan dengan orang baru, sesama blogger, orang yang suka ziarah blog ini, suka tinggalkan komen.
Aku join group komuniti melukis bawah nama cEro,
kenal mereka yang join sama-sama, hopign they'll be my best friends.
Lama kelamaan, jumlah mereka yang kenal lelaki di sebalik cEro semakin bertambah.

Tapi malangnya,
once mereka-mereka yang pada mulanya nak sangat kenal aku dapat kenal aku,
mereka sedar, lelaki misteri bernama cEro sebenarnya hanyalah lelaki biasa.
Tidak istimewa, tidak misteri mana, hanya biasa. BIASA.

Hilang kemisterian, maka hilanglah minat.
Sebab itu kebanyakan daripada kalian (mereka) tidak memandang aku ini sebagaimana kalian pernah memandang cEro dahulu sebagai seorang yang misteri dan menarik minat.

Tapi kesalahan penuh terletak di pundak aku.
Aku yang membiarkan diri dihanyut keseronokan berkenalan dengan orang baru.
Aku lupa, once mereka dapat (atau tidak dapat) apa yang mereka mahu,
mereka akan tinggalkan aku
sebab aku pada mulanya tidaklah sepenting mana di benak mereka.

Misteri hilang, kawan pun hilang, jadi pengunjung blog pun hilang.

Orang-orang yang dulu katanya 'ikhlas mahu berkenalan'
kini menjadi orang asing.
They don't genuinely want to know me.
Bila kenal, dan mereka lihat aku tidak seperti yang mereka sangkakan,
aku tidak beri apa yang mereka mahukan,
then IT'S OVER. No more.

Kalian kena faham, aku JUGA manusia.
Aku mahu juga berkenalan dengan manusia lain.
Aku juga ada sifat ingin tahu, malah kadang-kadang terlebih tinggi sifatnya.

Tapi,
kalian tak berhak buat aku begini.
Sifat ingin tahu kalian terhadap aku tinggi,
tapi bila sudah tahu, kalian buang aku macam aku ni tak ada apa-apa.

Definisi 'kawan' pada kalian sangat berbeza dengan aku.

I have enough of this.
From now on, I'll never open my door to anyone, anymore.
Those who still be my friends will be my friends unless said otherwise.
Those who left will leave forever.



Rasanya aku sudah menyimpang jauh daripada apa yang patut aku tulis.
Belum cerita entri panjang lebar tak ada kaitan dengan komik di atas.
Lantaklah. This is my blog.
I am the master.

Hmmm..
Aku akan cari jalan macam mana nak tarik minat orang datang ke blog aku ni.
Mungkin aku patut mulakan dengan cari internet yang stabil.






.

33 comments:

  1. 1. dimana ada kemahuan di situ ada jalan. hahaha, BV hampir setahun(atau lbh) dah pakai hotspot kt handphone connect ke laptop je bila blogging. the struggle is real. hahaha

    2. rasanya ada app bernama BLOGGEROID kat play store google. kat situ boleh update blog. dan tahukah anda, kalau tukar sikit setting blog, boleh UPDATE BLOG melalui EMAIL. hantar ke email blablabla dan post terus appear kat blog.

    3. setuju part tu, walaupun tak dying sangat. cuma banyak blog komik dah beralih ke insta, senang pantas, banyak like dan senang komen.

    4. sama dengan no 3.

    5. biasa la tu. asam garam kehidupan. cewahhh. hahhahaa. rasanya benda nie terjadi kat setiap orang kot.

    teruskan berblogging. don't give up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. >BV

      1. YUP. The struggle is real. Very real. Tambah-tambah dekat tempat aku ni tak berapa nak pantas internet yang ada. Susah ooo...

      2. Ada cuba dua tiga apps untuk blogger tapi macam tak best. Mostly akan buka dekat website juga, bukan in-app activity pun. Huhu

      3. Betul. Walaupun media sosial cepat post, cepat like & cepat komen, tapi ia juga cepat dilupai, tak macam platform blogger ni hehehe

      5. Hahaha. Kan. Sebab tu rasa macam tak semangat nak bersosial. Sebab tak nak dikecewakan lagi hahaha

      Thanks BV. I'll try not to give up 👊👊👊

      Delete
  2. Absolutely blogging is dying. Bertahun lamanya saya blogging sejak tiada siapa follow saya sampai sekarang ada followers. Blogging is my passion <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. >munirah mansor

      Tapi itulah. Blogging ni perasaan dia lain sikit seronoknya berbanding media sosial yang lain. Hehehe.

      Delete
  3. dont stop blogging please. memang tak dinafikan socmed sekarang yang lebih mudah buat ramai orang tinggalkan dunia blog. personally aku tak pernah puas main socmed yang lain macam mana aku puas berblog. aku tak kisah pasal followers or readers. passion aku memang aku suka merepek dekat blog dan jadikan sebagai medium simpan kenangan. aku harap google takkan pernah nak hapuskan blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NAD

      Sebab kau suruh don't stop, aku tak stop. Hehehe
      Tapi betul kata kau. Kalau nak harap follower naik, comment naik memang tak akan puas laa. Jadi kita kepuasan melalui penulisan sahaja, simpan sebagai kenangan. Hehehe

      Thanks Nad 👍

      Delete
  4. what do you mean? lihat blog www.proudduck.com . now shes becoming self-made multimillionaire.blogger adalah titik permulaannya.sampai harini ianya masih diguna pakai sebagai marketing purposes. I even kenal hanis zalikha (now a celebrity) dr zaman sekolah. www.inibelogsaya.blogspot.com xsilap. haha. tp malangnye, bila dia dah famous , dia dah lupakan blog ni.tapi saya masih baca entry lama dia. dan sekarang saya follow mr.stingy.com . dia juga terkenal sebagai financial adviser. sebenarnya its all about niat. Im doing this for me and some of my stories might light up someone else life. camtula. jangan la di angan2 kan sangat as if this blog utk ramai pengunjung dan juga utk kamu berjaya. just be yourself here.
    this is not a company where u were supposed to work hard.
    Nah, ayat akhir entry nije dah cakap.apa kena buat. carik la internet tinggi,murah pon ada.
    Its okay kalau kawan kita tinggalkan kita, mungkin mereka bukan lah pertalian yg berfaedah dan terbaik utk kita. BERDOA la semoga diberi sahabat yg baik2. mesti dapat. Janji Allah tu kan pasti. Allah kan ada.watpe nak touching or sedih. sendiri rugi.

    first thing first, this blog is for yourself. so mind just enjoy it.

    second, dapatkan internet laju. hehe

    ketiga, tentang sahabat - one door close, two doors open.

    btw I personally think, you are an interesting person.kan blog you menunjukkan peribadi you? so mungkin kalau luaran sebenar2 xmenarik..bolehla improve kan diri? xde alasan utk xbuat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >just Yana

      Most blogs yang kau mention tu semua ada enjoin sendiri. Vivy terkenal dgn fashionnya, Keknis mmg lifestyle dia menarik orang. Blog personal story macam blog ni pada aku susah nak naik, tambah-tambah aku ni jenis sorok muka tak minat publisiti.

      Tapi betullah tu. Niat dan arah tuju blog ni pun kena jelas dan pad, barulah aku boleh steer ke arah yang sepatutnya.

      Lets just hoping yang blogging takkan mati.

      Delete
  5. Saya masih menanti setiap Rabu untuk baca. Saja beritahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Amna

      Thanks Amna.
      Harap terus datang baca setiap rabu 👍👍👍

      Delete
  6. aku start baca blog kau dari kau post entry gadis berkasut converse tu.

    5 - aku perasan jgk kau dah semakin open. kau buatlah apa kau fikir terbaik untuk diri kau cero. apa salahnya nak berkawan2 kan. setiap orang pastinya mengimpikan sebuah kehidupan normal masing2.

    nothing last forever isn't?

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Anonymous

      Oii lamanya kau baca blog ni. Post-post tu pun dah tenggelam dah berkubur hahahaha

      5. Aku rasa, adalah lebih baik aku buat biasa je. Reveal pun tak, sorok on tak hahaha.

      Yup. Nothing last forever, tapi I hope blog ni Bertahan selama mana yang boleh, insyaAllah 😊😊

      Delete
  7. sekian lama aku sepi dalam dunia blogging, then tengah blogwalking terus nampak blog ni dekat friend list dekat another blogger. ceritanya baru bersua muka dekat blog ni. pls jangan tinggalkan dunia blog. sama-sama kita blogging k.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Noratisa Nasir

      Hi. Terima kasih sebab singgah hehehe. InsyaAllah sama-sama kita terus berblog walau apa pun yang mendatang. InsyaAllah nanti aku singgah blog kau pula 😁

      Delete
  8. Faham sangat. Sbb tu aku pun sendiri on off blogging macam apa. But at least ko still konsisten update seminggu sekali. Dan masih lagi ada orang komen dekat setiap entry ko. Mine? Zero. Haha.

    Tbh sekarang era vlog. Dimana kalau review apa pun, discussion orang akan prefer cari di Youtube.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >WZ

      Aku nampak juga trend vlog tu, tapi tak berani nak buat sebab...sebab...sebab muka tak komersial, gaya mat rempit tersagat muka dekat jalan tar 😅😅😅

      Delete
  9. nombor 1 tu memang selalu nya yg potong mood utk beblog
    numbor 4 tu,fhm sgt,start blog since 2009,,now 2017,,tiap2 tahun org dunia blog silih betukar,,T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. >amira faqihah

      Kan? Line internet yang stabil dan power sangat perlu untuk jadi aktif di atas talian.

      Blogger lain banyak beralih medium dah, mostly ke IG sebab lagi mudah. Tapi IG perasaan dia tak berapa nak sama dengan tulis blog ni. Feel lain.

      Delete
  10. Hi cEro. It's been awhile, eh? :)

    Yes, blogging is dying but please don't stop blogging?

    And, I still think you are a mysterious person. So, I'm still going to keep visiting your blog. hehe *except when my mood for virtual world ni hilang*

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Farah

      Hi Farah, how's life?
      Blogging really is dying and I'm really worried about it.

      Please keep on visiting my blog. Nanti aku balas kunjungan bila ada connection yang cukup mantap 😊😊😊

      Delete
  11. hurm....istiqamah up entri setiap rabu itu trademark ori cero.
    lagi...blog takkan pernah pupus sebab dia macam mther nature untuk dunia maya...hahahhahahha
    so even sejuta mana pun apps baru muncul, akan ada peminat blog.

    so, keep on writing coz u don't know who you are inspiring...

    ReplyDelete
    Replies
    1. >sofie adie

      Betul. Tapi lama-lama blog ni jadi tanah tandas yang tak berpenghuni huhu.

      Tapi takpe. Sampai tinggal seorang pun aku tetap akan menulis. Cuma motivasi tu je kena gali dalam sikit huhuhu

      Delete
  12. selamat hari raya cEro. Sorry la lama tak singgah sini sampai camni sekali jadinya haha..chill bro.. Blog ni pada aku satu kenangan. Kau dah tua nanti maybe kau akan happy semula baca balik entri2 kau walaupun sekarang takde org nak baca.

    Memang social media lagi mudah. Aku pun selalu jugak scroll2 social media tu kalau ada masa lapang. Nak buka blog baca blog pun dah tak rajin. Dulu duduk sorg byk masa nk membaca n main blog, skrg duk ramai2 ni byk masa habis lepak bersembang je satu rumah. So entahlah bila aku nak post lagi something kat blog lagi..

    Tapi just jgn berhenti berblog la bro. Aku kagum kot dgn semangat kau tiap rabu boleh post entri walaupun aku tak sempat nak baca weh haha.. At least kau mengajar apa erti komitmen yg sebenar yg smpai skrg aku try nak buat tapi tak mampu buat lagi...hmm..

    So adakah aku dalam kategori
    4) bertukar status dari 'kawan' kepada 'stranger'?
    atau pun
    5)'stranger' and always 'stranger? hahaha...

    Keep on blogging bro. Your children will be proud of you..
    Semoga org baik2 macam kau jumpa jodoh yg baik jugak tak lama lagi..huhuhu..tak pasal2...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Bro Ley

      Thanks Bro Ley. Blog ada keburukan dan kebaikannya, sama macam media sosial juga. Hehehe

      Pada aku kau mestilah kawan, sebab kau masih lagi datang sini, komen dan baca. Kalau stranger memang dah tak datang langsung dah hahahah.

      Hehehe thanks sebab doakan jodoh untuk aku. Aku bukanlah baik mana, tapi mestilah aku pun nak jodoh yang baik hehehe. Thanks 😁

      Delete
  13. -Star-
    Hai, lama tak komen sini.
    But i do visit your blog at least once a week.
    Blog ni lain feel dia drpd social media. Aku masih lg suka baca blog.
    Maybe instead of berenti for good, hiatus jap ke?
    Tapi hrpnya ko takkan berenti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Star

      Thanks star. Aku tau kau selalu datang. Aku kagum dengan orang-orang yang selalu datang ni, like what actually I did to deserve this such honour. Best pun tak. Hensem pun tak. Glamor pun tak hehehe

      Thank you Star 🌟

      Delete
  14. I have a feeling that orang yang masih blogging pada tahun 2017 adalah mereka yang setia. - YANG NI aku setuju sangat!

    teruskan berblog!

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Raz

      Kan. Di saat banyak lagi media yang lain muncul dan memonopoli, blog tetap jadi medium yang terbaik dan ada penggunanya sendiri. Thanks Raz 😄

      Delete
  15. Hai cEro,

    aku pon ada perasaan mcm apa yang kau tulis tu.
    dan itu jugak salah satu sebab kenapa aku lama sepi.
    harini baru aku ada mood nak menulis semula.

    dan aku rasa, kau janganlah stop.
    walaupon yes indeed blogging is dying.
    tapi masih ada je KAWAN yang setia dtg cari nak baca.

    just dont stop cEro ! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. >anamizu

      Anamizu!!! Long time no see!!!
      Tak apa. Sekali sekala datang dan update blog pun takpe, asalkan tak hilang terus.

      Yes, I try not to give up. Masih berdaya untuk update sekali seminggu. Harap Anamizu pun tak give up 👊

      Delete
  16. Teruskan, jgn berhenti okeey! Selama ni x trpanggil utk mengomen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Nini Diana

      Hi Nini. Terima kasih sebab datang ke blog ini dan komen. Harap boleh terus datang sebab blog ni ada update setiap rabu 😁

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026