Jun 28, 2017

Raya Dalam Gelap [Sebuah Luahan Perasaan].



Salam.

Rabu baru selepas masuk Syawal.
Belum terlambat untuk aku ucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.



Aku tahu masih ramai yang dalam mood beraya,
jadi aku tidak berminat nak kupas perkara yang berat.

Syawal aku tahun ini sama seperti sebelumnya.
Tahun lepas aku berdoa agak Syawal kali ini paling tidak aku tidak seorang.
Mungkin berpasangan, mungkin dalam hubungan,
tapi aku amat harap aku tidak keseorangan.

Tapi aku tetap keseorangan.

No, it's not a big deal
tapi aku sukakan progress.
Kalau tahun ini sama macam tahun lepas,
bukankah maknanya aku berada di takuk yang sama?
Mana progress?

Raya kali ini juga aku berharap ada hubungan buruk yang kembali elok.
Persahabatan yang menjadi keruh entah kenapa.
Ya, bila aku sebut tentang memohon kemaafan,
mesti akan keluar ayat dan frasa seperti
'tak salah kalau kita mulakan dulu'
tapi ketahuilah,
yang menjadikan hubungan itu keruh adalah dari pihak satu lagi
dan aku di sini tak tahu pucuk pangkal keadaan.
Aku tidak tahu apa salah aku, apa yang aku buat membuatkannya jadi keruh
apa aku boleh buat supaya kembali jernih.

Bayangkan orang yang diikat matanya dan berada di dalam kegelapan
tidak tahu perlu ke kiri, ke kanan, ke depan atau ke belakang.
Apa boleh dia buat?
Dia takut kalau dia bergerak akan memburukkan keadaan
jadi dia berkeputusan untuk duduk diam.

Dia itu aku.

Untuk menjernihkan hubungan itu,
aku tak tahu apa perlu aku buat?
Perkara yang paling selamat untuk aku lakukan adalah berdiam diri
sebab kalau aku salah langkah, aku mungkin akan memburukkan keadaan.




Melihat abang-abang aku berkeluarga,
jujurnya aku juga mahu berkeluarga seperti mereka.
Mungkin sudah masanya aku betul-betul serius memikirkannya.

Masa makin ke hadapan, bukan ke belakang.


Kepada semua,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN.

Jumpa minggu depan kalau nyawa masih berpanjangan.




.

14 comments:

  1. wow..deep entry ni.betul juga, hidup mestilah kena ada perubahan.mungkin kena ambil inisiatif, cuba minta maaf.dan kalau tak berjaya,kena move on ke depan

    ReplyDelete
    Replies
    1. >SalbiahM

      Betul. Hidup kena ada perubahan. Sama ada perubahan itu maju ke depan atau mundur ke belakang, itu terletak di atas tangan kita sendiri, kan?

      Delete
  2. Selamat hari raya cero. Maaf zahir batin
    Keep praying. Pasakkan niat. Usaha. InshaAllah Allah makbulkan. Aku doakan raya haji ni kau ada progress :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NAD

      Pelik tak kalau aku reply Selamat Hari Raya pada 5 bulan kemudian? Hehehe
      Thanks Nad. Hari demi hari aku mahukan perubahan yang positif. Tapi terlalu memaksa mungkin akan membuatkan perkara jadi lebih teruk :)

      Delete
  3. Replies
    1. >just Yana

      [5 bulan kemudian]
      Selamat Hari Raya, Yana :)

      Delete
  4. Replies
    1. >BLee

      [5 bulan kemudian]

      Selamat Hari Raya, BLee :)
      Terbaik boh

      Delete
  5. Replies
    1. >Erni Hasmiza

      [5 bulan kemudian]

      Selamat Hari Raya, Erni :)
      Thank you :)

      Delete
  6. Allah knows the best for you.. Selamat Hari Raya Cero.. Semoga tidak lagi berseorangan pada tahun yang mendatang.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Flavnesz

      InsyaAllah. Aku sedang menuju ke arah 'itu' hahaaha
      Thank you dan Selamat Hari Raya :)

      Delete
  7. Selamat hari raya. Maaf zahir batin, cero.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Amna

      Selamat Hari Raya, Amna.
      Maaf zahir batin juga :)

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026