Mar 1, 2017

4 Cerita 1 Hari II


Salam.

Sekali lagi, aku Past cEro.
Jika kalian terbaca entri ini,
bermakna kalian sedang membaca entri simpanan yang ditulis khusus untuk diterbitkan apabila Present cEro not available.

Selaku Past cEro, aku tak tahu apa yang berlaku kepada Present cEro.
Mungkin dia malas, atau dia ketiadaan capaian internet,
atau paling teruk mungkin dia dah tak ada lagi di dunia ini.
Let just hope that it's not the case.


Mari pendekkan bebelan dan terus ke isi utama.

Minggu ini aku mahu kongsikan 4 cerita pendek
yang berlaku ke atas diri aku dalam masa satu hari yang sama.
Tiada komik, tiada gambar.
Aku juga tak janji minggu depan ada komik atau tidak.




Cerita 1

Satu hari di bulan Februari 2017,
aku diperlukan untuk menghadiri satu seminar.
Seminar itu berkisar tentang bagaimana mahu menjadi orang yang berjaya,
satu topik yang paling sungguh sangat amat klise bila adanya seminar.

Isinya sama macam seminar motivasi lain.
Berfungsi nak tingkatkan motivasi orang dalam bekerja.
Tiada isi yang terlalu istimewa untuk aku kongsi dalam entri ini pun.

Actually I'm okay with seminar.
Selagi acaranya tak makan masa panjang dan bonus kalau ada makanan di hujung acara, aku sangat okey.

Tapi si penyampai telah buat satu perkara yang membuatkan aku berubah daripada jadi 'okey' kepada 'cepatlah aku nak keluar dari dewan ni.'

Dia petik satu quote yang selalu aku dengar,
quote dari tak lain tak bukan, penulis fiksyen Narnia.



"You are never too old to set another goal or to dream a new dream."
          - C.S. Lewis            



Kalau kalian baca blog aku yang satu lagi,
kalian akan tahu betapa tak gemarnya aku dengan quote itu.

Tiada yang salah dengan quote itu,
cuma quote itu disebut oleh orang yang sudah berjaya,
sudah kaya raya, sudah tercapai impiannya.

Bahkan kalau kalian perasan, semua quote yang kononnya 'bermotivasi' pasti akan disebut oleh orang yang berjaya.

Kalau kau dah berjaya, dah ternama,
kau sebutlah apa pun sama ada kata-kata motivasi klise
ataupun ayat yang tak masuk akal sekalipun macam pandu kereta ke KLCC,
pasti ada yang berminat untuk bukukan
atau jadikan isi dalam slide powerpoint ceramah motivasi.

Adakah kata-kata perangsang daripada seorang penjual goreng pisang kurang nilainya berbanding kata-kata orang yang berjaya hanya kerana penjual goreng pisang 'kurang' berjaya?

This is why (secara peribadi) aku rasakan penceramah motivasi zaman sekarang sangat klise, bosan, sama dan tiada nilai beza dengan berjuta penceramah motivasi yang lain.
Sehinggakan beberapa penceramah motivasi yang ada asyik ulang isi yang sama tak kira berapa kali keluar TV atau jadi penceramah dalam seminar motivasi.

Dan kalau kalian korek lebih dalam,
bayaran mereka bukan calang-calang harganya tau.
Padahal isi sama dan modalnya hanya air liur.

Aku pun nak jadi penceramah motivasi juga.




Cerita 2

Aku teruskan mendengar ceramah walaupun hati tidak ikhlas lagi.
Peserta lain pun sudah ramai beralih perhatian bermain handphone sendiri.
Aku tiada handphone (lebih tepat tiada smartphone. Phone aku hanya boleh call dan sms HANYA untuk tujuan emergency) jadi aku hanya boleh conteng-conteng atas buku yang disediakan.

Highlight seminar ini adalah adanya cabutan bertuah pada hujung program.
Hadiah utamanya ialah telefon bimbit Samsung Galaxy J7 2016.
Sebab itu ramai yang masih gigih bertahan walaupun sudah kontang minat.
Aku?
Walaupun hadiahnya best, sebiji handphone,
tambahan lagi aku tengah tak ada smartphone ni,
tapi aku tahu nasib aku tak pernah baik dalam cabutan bertuah.
Aku tetap kekal di dalam dewan hanya kerana air cond dan jamuan percuma di hujung acara.

Tapi bila tiba sesi cabutan bertuah yang ditunggu ramai,
nama aku dipanggil.

YA. NAMA AKU DIPANGGIL SEBAGAI PEMENANG.

Tapi bukan pemenang hadiah utama, cuma hadiah sampingan.
Sebuah travel adapter; kepala plug yang ada macam-macam jenis pin.
Kalau kalian kaki travel luar negara, kalian tahu benda ini sangat berguna.
Walaupun aku banyak travel, tapi aku travel dalam Malaysia saja.
Jadi benda ni literally useless to me.

Tiga kali nama aku dipanggil,
tapi aku membatu diam tak nak bangun dari tempat duduk.
Nasib baik tak ada siapa kenal aku,
jadi orang anggap nama yang dipanggil sudah keluar dewan.

YA.
Aku menang cabutan bertuah tapi aku tak ambil hadiah.

Kalian mesti anggap aku ni bodoh dan rugi.
Walaupun tak guna adapter tu, ambil je laa, kan?
Mana tahu berguna kemudian hari.
Atau boleh dijadikan hadiah kepada orang lain?

Begini,
alasan aku tidak ambil hadiah itu ialah
aku ada satu kepercayaan (karut) yang tuah pada diri aku adalah terhad.
Sebab tu dari kecil lagi aku tak pernah menang cabutan bertuah.
Aku bangun tidur dapat hidup sehari lagi pun dah rasa sangat bertuah.
Disebabkan tuah aku ada limit, aku takut kalau aku ambil hadiah itu,
tuah aku akan kehabisan.
Jadi perkara yang akan berlaku kepada aku seterusnya hanyalah perkara buruk.
Aku masih ada separuh hari lagi untuk ditempuhi.
Aku tak mahu habiskan hari aku melalui perkara buruk.

Ya, aku tahu. Kepercayaan karut.

Lagipun,
travel adapter sangat tak berguna kepada aku.
Lainlah dapat smartphone, berguna jugalah jadinya.
Jadi daripada aku ambil dan tak pakai,
kan lagi bagus hadiah tu diberi kepada orang yang guna dan pakai?

Seriously aku langsung tak ralat.




Cerita 3

Habis seminar, ada jamuan.
Rugi aku tunggu jamuan sebab makanan dia tak sedap.
Kalau aku tahu tak sedap dah lama aku balik,
or at least melencong ke shopping mall yang berdekatan.

Hari hampir petang.
Aku nak elak kesesakan jalanraya disebabkan waktu puncak orang balik kerja
jadi sama ada aku bergerak balik rumah sekarang
ataupun aku tunggu habis waktu puncak baru balik.

Ya,
walaupun aku pakai motosikal (disebut Kuda Putih)
dan boleh menyelit-nyelit dalam kesesakan,
tapi aku kalau boleh tak nak makan asap kenderaan lain.
Nak selit-selit pun makan tenaga banyak oooo, ingat senang?

Aku buat keputusan untuk balik sekarang, tak tunggu.

Malangnya,
separuh jalan, hujan mula turun.

Selalunya sebab destinasi dituju adalah rumah,
jadi aku tak kisah basah redah hujan.
Tapi sebab kali ini aku bawa dokumen sensitif,
dan aku tak mahu dokumen itu basah dan rosak atas kendalian aku
jadi aku buat keputusan untuk berteduh di bawah satu jejambat.

Di bawah jejambat sudah penuh dengan penunggang motosikal lain.
Ada yang duduk berbual dengan kenalan.
Ada yang duduk hisap rokok, vape.
Tapi majoritinya bermain smartphone mereka masing-masing.

Aku yang tak ada smartphone ni duduk menatap air hujan menitis membasahi jalan tar.

Tersenyum aku memikirkan
teknologi yang sepatutnya memberi nilai tambah dalam kehidupan
kini sudah menjadi raja yang mengawal manusia.
Berapa ramai kita yang tak tentu arah bila tak ada smartphone di tangan.
Lihat sahaja berapa ramai lebih banyak habiskan masa bersama smartphone
berbanding masa bersama mereka yang tersayang.
Kalau di kedai makan sekalipun, tangan tak lekang daripada memegang smartphone.
Nak mula makan pun bukan tadah tangan baca doa
tapi snap gambar makanan dulu seolah-olah satu ritual wajib.

Itulah 'deep thought' aku ketika melihat hujan.
Padahal kalau aku ada smartphone pun, aku akan jadi seperti mereka.

Sebulan sudah aku tak ada smartphone.
Mula-mula memang parah tak keruan tak buka IG, Fb atau twitter satu hari.
Tapi tempoh parah tu seminggu awal sahaja.
Selepas itu hidup jadi makin senang.

Sejak tidak ber'smartphone' ini,
aku sudah habiskan berbelas buku dan komik yang sebelum ini tak habis-habis dibaca.
Mana tak, bila bosan tak ada benda lain nak buat,
nak tak nak aku akan capai buku/komik yang ada.

Habis mengelamun,
melihat hujan sudah sedikit reda, aku buat keputusan untuk redah.
Dokumen sensitif aku seal betul-betul supaya tak basah.
Yang lain basah tak apa.

Hasilnya,
aku sampai rumah dengan basah kuyup, luar dalam atas bawah.




Cerita 4

Merasakan meter tenaga aku semakin kontang,
aku tak boleh duduk dan berbaring sebelum selesai benda lain
sebab kalau aku buat begitu, confirm terlelap sampai sudah.

Jadi aku mandi, berak, makan dan selesaikan apa yang wajib/patut
menggunakan baki tenaga yang ada.
Bila betul-betul selesai, aku pun berjalan ke katil seperti zombi.

Sebelum sempat terjun ke atas katil,
aku click suis on radio yang berada di hujung katil.

Sambil berbaring berehat,
aku dengarkan celoteh dan lagu yang berkumandang dari corong radio.

Tetiba ada satu lagu yang sangat sedap didengar dan layan.
Tapi aku tak tahu lagu apa, siapa penyanyinya dan apa tajuknya.

Selalunya kalau jadi keadaan begini,
aku akan google sebahagian lirik lagu yang aku dengar tu.
Selalunya berhasillah, akan dapat tajuk lagu dan penyanyinya dari result carian Google.

Tapi kali ini aku ada masalah sikit...

Bukannya aku malas nak bangun dari katil dan pergi ke komputer untuk Google,
tapi masalahnya lagu yang sedap dan layan ini...
...
...
...
...lagu bahasa Korea. K-pop.

Aku tak tahu nak taip lirik apa dalam Google.
Aku tak dapat tangkap perkataan lirik yang disebut.
Kalau aku dapat tangkap sekalipun, tak salah aku bahasa Korea ni apa yang disebut tak sama dengan apa yang dieja dalam Roman.

Apa yang aku tahu lagu tu bernada begini:
"Na naa na naa naa parappa naa na naa~~!"
Which is sangat tak membantu bila aku cuba bunyikan dekat adik aku yang gila k-pop.

So tell me,
macam mana aku nak tahu lagu K-pop tu lagu apa?


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx xxxxxxxxxxxx



Begitulah 4 cerita yang berlaku dalam satu hari aku.
Terima kasih kerana baca sampai habis.
Saja aku tak letak apa-apa image sebab nak uji siapa yang sanggup baca celoteh aku sampai habis walaupun tanpa apa-apa gambar (padahal malas huhuhu)
Siapa baca sampai habis, beritahu di ruangan komen.


Ok,
apa kata kalian pergi jenguk apa sudah jadi dengan Present cEro.
Hidup lagi ke tidak?
Pergi maki dia di media sosial @cerolian
tapi sebab dia tak ada smartphone,
mungkin media sosial bukan cara terbaik untuk berhubung dengan dia.
Kalaulah dia dah tak ada, sedekahkanlah Al-Fatihah untuk dia, ya.
Huhuhu





.

27 comments:

  1. lama rasa tak singgah komen sini :D
    cerita 1 : memang penceramah nie dibayar mahal kekadang bayaran tu ikut jam. suka quote tu sebenarnya, cuma kekadang takfaham apa yang dimaksudkan orang yang berjaya. berjaya jadi kaya ke? berjaya dalam kehidupan? atau berjaya itu subjektif? XD

    cerita 2 : pasal tuah tu, BV percaya yg sebaliknya. selalu anggap bila terjadinya benda buruk, akan terjadi tuah pada masa terdekat. sebab tu selalu be positive je, hahahahha

    cerita 3 dan 4 : pasal smartphone tu betul. bosan betul bila orang yang makan ngn kita rela pegang smartphone bila makan kat kedai dari bercakap LOL. pasal lirik kpop tu, cuba tangkap je sikit2 macam sebutan ayat dia, pastu google.:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. >BV

      1: most quote memang dicipta untuk jadi 'open ended' supaya boleh masuk dengan sesiapa sahaja, sebab tu dia tak spesifikkan maksud berjaya tu hehe

      2: Hahaha. Bagus BV ni positif selalu. Jangan jadi macam aku hehehe

      4: lirik k-pop tu memang tak dapat tangkap langsung sebab yang layannya irama muzik dia, lirik dia tak tahu pun macam mana hehehe

      Delete
  2. Aku hadiah al-fatihah untuk semua kengkawan aku, regardleass yang masih ada atau dah takde di muka bumi ni.. kau tak terkecuali.. Hope you're doing good, bruh..

    Ok, kepercayaan kau karut..hahaha.. Itu je aku nak cakap.. XP

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Lee

      Hehe. Terima kasih Lee. Kau memang kawan yang baik :)

      Hahaha. Aku tahu itu kepercayaan karut, tapi banyak sangat pengalaman berlaku dekat aku sampai aku rasa macam masuk akal hahaha

      Delete
  3. saya baca sampai habis.

    Tercari-cari juga update terbaru Cero di laman sosial. Tapi sebab tahu isu smartphone cero, saya cuma mampu menanti update blog setiap Rabu. Nasib baik masih update, walau dari past cero.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Amna

      But now I'm back. Harap-harap untuk satu waktu yang lama laa walaupun rasanya macam tak lama je hahahah

      Delete
  4. Slalu baca inspiring story psal owner kfc bila dah tua baru brjya.. hurmmm, tp ak pkir.. wat apa berjaya bila dah tua.. ok la fine..bntu kluarga le kann.. or constribute tu society.. tpi tpi tpi..brjaya pada usia tua rasa mcm lacking lah.. masa muda le ada tenaga nak enjoy kejayaan kita.. hurm..

    One more..malas dngr bila orng brrjya cita ada keta mewah..rumah besah..rumha bnyak..hurm.. hrta ko bnyak pown bukan ak boleyh telan.. kalau cita psal ksusahan dya sebelom brrjaya ok lahhh.. at least ak tahu n sedar diri hidup ak nie x la susah sngt..
    bebelan panjng yg random

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Anonymous

      This is exactly apa yang aku fikirkan.
      Story berjaya orang lain macam tak ada kaitan langsung dengan berjayanya kita sebab setiap orang lain pendapat tentang berjaya.

      Ya, dan masalah dengan society hari ini ialah kait-rapatkan antara berjaya dan mempunyai harta benda yang banyak, which is pada aku, sangat tak relevan walaupun ada benarnya.

      Delete
  5. Oits present cEro, skrg ni dah tau ka apa tajuk lagu k-pop yg sedap tu?
    Hahah... aku pulak yg curious nak tau lagu tu lagu apa :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. >P

      Present cEro di sini.
      Sampai sudah aku tak tahu lagu apa sebab bila aku buka radio dah tak dengar dah lagu tu. Lagu lama kot. Entahlah. Hahaha

      Delete
  6. aku baca sampai habis! haha. aku salute weh kau boleh hidup takde smartphone. cool yawwww. Tapi takde gadget memang akan rasa sebenarnya banyak je masa kita. Aku takde laptop so tak boleh tengok movie makanya banyaklah buku yang berjaya dikhatamkan.

    bab Kpop tu aku pun tak boleh bantu sebab aku pun kalau dengar lagu tak ambil tahu tajuk lagu kecuali yang betul menangkap sanubari hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NAD

      Berpeluh juga laa minggu pertama, tapi lepas tu okay je tak ada smartphone pun. Hidup jugak hahaha.

      Lagu yang aku dengar tu muzik dia yang layan, lirik dia satu hape pun aku tak faham. Entah-entah lirik merapu pun aku yang tahu hahaha

      Delete
  7. dari pergi seminar, baik aku dengar motivasi dekat youtube je...dia sama je sebenarnya. cuma nak bagi motivasi tu sentiasa ada, jadi kena dengar selalu. personalnya, pergi seminar meletihkan minda dan emosi...

    ini adalah pertama kali aku baca tentang "tuah" itu ada limit.

    pasal smartphone tu aku pun kadang termasuk kategori tu...aku tak belek pun media sosial, cuma main game...

    ReplyDelete
    Replies
    1. >sofie adie

      Betul. Walaupun fungsi dihantar ke seminar supaya boleh boost balik motivasi, but still kalau benda yang sama je memang laa tak ada kesan. Buat rugi je.

      Hey. Tuah ada limit itu betul tau. hehehe

      Baguslah. Kekadang kita banyak sangat habiskan masa di alam maya daripada alam sebenar.

      Delete
  8. -Star-
    Aku tak suka ceramah motivasi sbb rasa fake dan hipokrit hahaha.
    Dan sbb sentap sendiri kot kalau dgr.
    Lagu kpop tu, ko try cari list lagu kpop yg released bln februari, and depends ko dgr radio mana, boleh cari carta radio tu. Tapi satu usaha gigihla nak cari haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Star

      Sesetengah penceramah sangat seronok utk didengar, tapi aku perasan banyak isi berulang, macam ada template khusus utk para penceramah. Itu yang buat rasa fake dan buat-buat kot.

      Aku rasa lagu tu bukan lagu terbaru, sebab aku cuba dengar radio lagi, tak berulang. Maybe slot yang aku dengar tu slot throwback kot hahaah

      Delete
  9. yup, cakap pasal dapat parking valet kat klcc pun boleh buat manusia tertarik. its like our society is too boring or whatnot. kan.
    faham sangat cerita kedua tu. sy pon ada pantang larang gak. Pernah la sekali ignored duit kt lantai RM50 sebab takut esok lusa duit sendiri hilang dalam amount yang sama.yup. that bad. haha
    and I swear to myself I will never steal money, because Im afraid that someday, my money would be gone too, as much as I took.
    Well, cerita ketiga tu..I think our society is to be blame with..since dorang julang product e-commerce macam IC sampai jadi addicted.
    memang lebih tenang kan xde tu semua.
    "A piece of mind is when you can step out into the reality more than cyberspace". your feelings are rare, kalau rasa sedih sebab miskin,atleast perasaan tu betul. daripada feelings yang terpulang pada apa ada di cyberspace. contoh. harini nak sedih sebab xbanyak like. what the fish kan? xrare langsung.its like our mind is in this little box and thats that.

    chiro, rasanya lagu tu tau jugak la. tapi xingat apa tajuk jugak.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh nak add. betulkan sikit . CERO. lol. I pronounce it Chiro. macam pelat sikit. a lot of mix -not. haha

      Delete
    2. >just Yana

      Konsep kau yang duit ambil sama dengan duit akan hilang tu macam karma sikit. Memang betul, apa yang kita buat pasti ada balasannya. Lagi baik balas terus dari kena hitung di akhirat hahaha *tetiba

      Uggghh!! Aku agak sedih bila ada orang merungut tak banyak like di media sosial dan salahkan orang lain. I mean, dengan dapat banyak like, memang kita rasa puas, tapi tak dapat banyak like tak merugikan apa-apa pun, kan?

      Delete
    3. well, walaupon kita xboleh percaya karma. status duit yg tidak pasti dr mana lebih elok disedekahkan.

      well, agak sukar nak minta orang terima idea kita. jadi kita kenalah cuba memahami se pengadu itu. mungkin benda tu means everything to him/her. jadi kenala cakap things like 'sokay, better luck next time' XP walaupon xsokong budaya ni, tapi kadang2 kita kena cakap 'Im happy if you're happy'.

      Delete
    4. >just Yana

      Betul. SUmber duit yang tak diyakini mesti dielak hehe.

      Faham. Sebab kita bukannya tahu apa yang orang tu lalui. Mungkin itu besar pada dia dan kecil pada kita. Faham :)

      Delete
  10. KDG2 Life takde smart phone ni baru rasa mcm hidup ni HIDUP :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. >amira faqihah

      Setuju sangat.
      Masa sebulan tak pakai smartphone, memang banyak meneliti kehidupan sebenar. Tengok perangai orang, suasana sekitar, keindahan alam dll. Perkara kecil macam ni yang selalu kita terlepas pandang :)

      Delete
  11. Ntah kenapa tapi rasa sayu je bila baca kisah ko ni c.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Boss Noob

      Kisah orang bujang, Boss.
      Tu yang sayu je hahahaah ha ha :(

      Delete
  12. 1. Cerita 1 : Mungkin orang lagi yakin dengan kata-kata orang yang dah berjaya. They focus on end result. Kira macam orang yang cakap tu dah buat and ikut apa yang dia cakap tu, alahhh macam hipotesis dibuktikan benar. Macam bila hang nak kurus mesti la hang pilih trainer yag badan dia fit compared to yang gemuks. Paham dak maksud gue? HAHHA

    2. Cerita 2 : Kalau gue menang, gue udah ambil. Later on baru fikir nak buat apa. Jual ke apa ke. Sebab suka dapat hadiah walaupun hadiah biasa je. Luls.

    Kelakar lah kepercayaan karut tu. Tapi aku pun ada kepercayaan karut jugak. Everytime ada cabutan bertuah, aku akan bayangkan aku tak menang atau tak fikir apa-apa yang berkenaan dengan menang hadiah tersebut. Dengan harapan end result dia berlawanan. Works, but only once. HAHHAHAHAHA. So memang kepercayaan karut lah kiranya.


    3. Cerita 3 : True actually, dengan smartphone manusia lagi leka, sekejap scroll fb, ig entahpape lagi. Rindu pulak time tak pakai smartphone dulu, sempat nak buat macam-macam. Sekarang... banyak yang tergendala sebab sibuk scroll. Aduiiii


    4. Cerita 4 : Aku pun tak dapat tolong, kalau da lirik yang diberi macam tu. HAHAHAHA (Takde la fanatik kpop but somehow ada la dengar 2-3 lagu kpop)

    ReplyDelete
    Replies
    1. >nanadhoi

      1. Betul. Faham analogi kau tu. Tapi rubbing the same quote berkali-kali tak membantu mana pun hahahaha. Macam easier said than done. 100 orang berusaha tak semua berjaya, jadi kenapa cerita orang berjaya sahaja perlu dikongsi? Bukan ke lagi baik kongsi cerita orang gagal supaya orang tahu apa yang TIDAK PATUT dibuat huhuhu

      2. Hahaha. Aku rasa macam semua orang ada kepercayaan karut kot, contohnya macam bersabar kena tiga kali je, kali ke-4 takleh sabar dah. Siapa letak limit sabar 3 kali je? Hahahaha.

      3. Kekadang aku risau dengan generasi akan datang yang umur 2-3 tahun dah kasi tablet suruh main duduk diam. Macam mana laa esok lusa bila dia dah besar nanti :(

      4. Aku dah tak dengar dah lagu tu, sampai sudah tak tahu lagu apa hahahahaa

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026