Jan 25, 2017

Yang Disukai dan Yang Baik.



Salam

Tiada komik (lagi) hari ini.
Tapi aku nak berikan sedikit pandangan tentang sesuatu.
Ini adalah satu peringatan untuk semua orang TERMASUK diri aku sendiri.
Andai satu hari aku lupa diri dan buat perkara yang aku tegur di bawah,
kalian bolehlah mention aku di media sosial dan tempek URL entri ini sebagai beringatan buat diri aku.
Baru padan dengan muka aku.






Di atas adalah satu quote yang ada dalam simpanan aku.
David Hume adalah seorang ahli falsafah zaman dahulu yang banyak menyentuh soal seni dan nilai estetik.
Ya, memetik quote daripada orang yang umum tak kenali dan sudahpun lapuk dilupa zaman mungkin sedikit tak kena, tapi dengarkan dulu penjelasan aku.


Begini.
Belakangan satu dua tahun ini aku banyak habiskan masa mengenal para pelukis komik amatur tempatan yang ada di Malaysia seperti para geng Buasir Otak: The Komik dan beberapa lagi nama pelukis amatur yang selalunya aktif di Facebook dan Instagram.


Dalam masa yang singkat itu aku sudah dapat kesan dua kelompok dalam industri komik amatur ini:


1. Yang mengutamakan kebebasan berkarya.

- Bermakna dia nak bebas melukis apa sahaja yang dia minat tanpa sekatan. Katanya melukis adalah medium mereka mengekspreskan diri dan melepaskan tekanan hidup dan cara mereka bersuara tentang sesuatu. Kalau mereka mahu melukis komik berunsur kritikan sarkastik, mereka buat. Kalau pada mereka lawak lucah dan lawak homoseksual adalah perkara yang seronok untuk dilukis, mereka lukis.


2. Yang mementingkan nilai

- Mereka ini melukis (komik) untuk menyampaikan, atau paling kurang bersifat neutral, tidak memudaratkan. Mereka tahu apa yang mereka lukis mungkin akan menjadi tontonan umum dan menjadi inspirasi orang lain, jadi mereka mengelak untuk melukis sesuatu yang negatif. Kalau ada pendapat yang bercirikan peribadi, mereka tekankan itu adalah pandangan peribadi mereka dan menyampaikannya secara tidak keterlaluan.


(Sebenarnya wujud golongan ketiga yang menggelarkan mereka sebagai 'berkecuali', tapi pendapat aku mereka ini juga adalah salah satu daripada dua golongan di atas, cuma mereka tidak mengumumkan pendirian mereka atas faktor luaran lain seperti menjaga nilai persahabatan, jaga hubungan kerja dan sebagainya.)


Daripada deskripsi di atas, sudah jelas aku memihak di pihak yang mana, kan?

Dan aku rasa kalian yang baca pun dapat agak mana satu baik dan mana satu kurang baik, kan?

Tapi bertukar pendapat dengan golongan #1 adalah sedikit mencabar.
Mindset mereka memikirkan bahawa mereka tidak buat salah.
Malah sokongan dari ribuan followers (dan artis yang semi-professional) membuatkan pendirian mereka lebih kukuh dan tidak akan mudah menyerap teguran orang lain.


Dan di sinilah quote di atas memainkan peranan.



Suka dan Elok


Quote di atas menekankan bahawa dalam menilai sesuatu (seni), kita perlulah bijak membezakan antara soal 'adakah kita sukakannya?' dengan soal 'adakah ia bagus/elok/baik?'

Biar aku beri contoh mudah.

Seorang pelukis amatur yang terkenal di media sosial melukis komik lawak berunsur lucah, lebih spesifik, lawak tentang ajakan homoseksual.
Dia lukis, dia publish di media sosial dan dapat beribu likes.
Ya, ada sahaja golongan yang merasakan ia lawak, kelakar. Mereka sukakannya.
Tapi adakah lawak ini baik? Adakah lawak ini bagus?

Bayangkan lawak ini dijadikan gurauan pelajar di sekolah.
Mula-mula buat lawak ajak gay sesama kawan.
Bila lawak semakin basi, tingkatkan level dengan meraba-raba.
Mula-mula raba bahagian biasa-biasa. Badan, belakang, tangan.
Kemudian nak lagi ekstrem raba tempat lebih sensitif, kemaluan.

Ya.
Aku tahu ini hanya andaian, hipotetikal.
Bila difikirkan tak mungkinlah pelajar sekolah boleh buat begitu.
Tapi betulkah ini takkan berlaku?
Berapa peratus kalian yakin perkara ini TIDAK akan berlaku?
Atau nak tunggu berlaku dahulu baru nak menuding jari?

Aku takkan sentuh mendalam tentang bab agama sebab aku bukan pakar.
Tapi semua sedia maklum Islam menolak hubungan sejenis.
Adakah ini bermakna kita ada hak menjadikannya satu bahan lawak umum?
Adakah tak wujud langsung golongan homoseksual di kalangan orang Islam?
Adakah kita mahu anak kecil kudus yang tak tahu apa, terbaca komik berunsur lucah kita, dan mula bertanya dan terfikir tentang kehidupan seksual? Seksual sejenis?

Adakah hanya sebab mahu mengejar beberapa ribu likes di Instagram,
hanya mahukan kebebasan berkarya,
hanya mahukan keterbukaan dalam menyuarakan pendapat,
kita sanggup korbankan kesucian anak kecil tadi?

Think about it.

Namun siapa yang berhak menilai semua ini?
Jawapannya, SEMUA ORANG.
Smua orang berhak menilai karya si polan itu.
Kalau rasa karya seseorang itu memberi nilai negatif dan memudaratkan, jangan sokong.
Jangan like, jangan komen, jangan share.
Kalau rasa mampu, tegur secara berhemah.
Kekuatan orang 'famous' ni datang dari sokongan follower mereka.
Kalau tidak ramai sokong maka dia sendiri akan tahu dia ada buat sesuatu yang salah.
Kalau dia tidak tinggi ego, dia akan berubah.




Tidak Hanya Untuk Seni


Ya. Majoriti pembaca entri ini tidak terlibat secara langsung dalam seni,
jadi mungkin contoh di atas tidak lekat sangat di sanubari.
Namun suka aku ingatkan,
soalan 'suka atau baik' ini tidak hanya merangkum bidang seni.
Ia boleh diterjemah kepada semua aspek.

Ini contoh yang aku boleh beri:

Bayangkan seseorang bernama Ayu, bertudung tapi suka mencarut.
Katanya mencarut itu personaliti dia.
Dia dapat lepaskan tekanan dan kemarahan hanya dengan mencarut.
Bila disuruh berubah, dia gunakan istilah 'aku adalah aku' dan 'terimalah seadanya'
jadi dia tetap degil dengan perangai suka mencarut dia.

Ayu SUKA mencarut. Tapi adakah mencarut BAIK untuk dia?

Ayu bertudung. Islam.
Selalu di kelilingi dengan orang Islam malah juga yang orang bukan Islam.
Dia adalah representasi kepada agama dia, iaitu Islam.

Sekali lagi aku tanya,
adakah personaliti 'mencarut' dia itu BAIK untuk dia dan agama dia?
Adakah hanya kerana dia SUKA, jadi dia BERHAK mencarut?
Apa pandangan orang bukan Islam bila mendengar carutan yang semudah angin keluar dari mulut dia?
Dalam era agama Islam dicalit dengan pelbagai tohmahan seperti sekarang ini,
adakah personaliti suka mencarut dia itu dapat memberi apa-apa kebaikan?




Juga Untuk Segala Keputusan


Bayangkan anda mahu beli kerusi untuk meja belajar di rumah.
Anda nampak satu kerusi yang sangat menarik hati di kedai perabot.
Tempat letak tangannya ada muncung berduri dengan kepala tengkorak besi di hujung.
Belakangnya dihias dengan susunan pedang membentuk kipas.
Sisi tempat sandarnya penuh dengan duri besi.
Anda rasakan kerusi ini sangat sesuai dengan jiwa rocker dan metal anda.
Anda SUKAkannya.

Tapi adakah ia baik untuk anda (dan orang keliling anda)?

Anda mahu pakai kerusi itu di rumah keluarga.
Rumah itu ada adik anda yang kecil berusia 5 tahun.
Adik anda selalu keluar masuk ke dalam bilik anda dan anda tidak mampu sentiasa menghalangnya.

Fikir sekali lagi,
adakah kerusi yang penuh dengan bucu tajam dan duri besi baik untuk anda gunakan walaupun anda sukakannya disebabkan jiwa anda seorang rocker dan metal?
Ternyata kerusi itu tidak selamat, adakah hanya kerana SUKA maka anda boleh abaikan segalanya?

Persoalan 'suka dan baik' ini boleh digunapakai untuk segala keputusan.
Kadang-kadang yang kita suka tak semestinya baik.
Kadang-kadang yang baik tak semestinya kita suka.
Namun memang ada yang kita suka dan juga membawa kebaikan.
Itulah yang terbaik dalam membuat keputusan.

Beritahu aku contoh kalian sendiri di ruang komen.




Peribadi VS Persekitaran


At this point,
kalian mesti sudah dapat tangkap beza nyata antara SUKA dan BAIK, kan?

'Suka' lebih bersifat peribadi.
Azwan suka melukis lucah.
Ayu suka mencarut.
Aku suka makan burger.

Tapi 'baik' lebih kepada kesan dan natijah terhadap unsur luar.
Melukis lucah tidak baik untuk generasi muda.
Mencarut membawa imej buruk kepada agama.
Makan burger mengundang kolesterol.

Tidak.
Aku tidak kata kalian kena buang terus lupus semua 'personaliti' kalian yang tidak baik walaupun itu yang terbaik.

Kalian masih lagi boleh melukis lucah (walaupun tak elok) tapi janganlah publish di instagram dan sebarkannya di media sosial dan berbangga dengannya. Lukis simpan senyap sendiri sudah kalau sangap sangat. Dosa pahala fikir sendirilah, dah besar kot.

Kalian masih boleh mencarut (walaupun berdosa) cuma janganlah mencarut di khalayak ramai dan dalam masa sama bawa imej agama. Kalau tak tahan sangat dengan dugaan dunia, tak boleh sabar dah mulut tu dari nak menuturkan kata-kata kesat, tukar carutan itu dengan nama-nama yang umum. Aku ada seorang kawan yang mencarut, tapi dia ganti carutan itu dengan perkataan 'ikan'. Apa signifikan ikan aku tak pasti. Tak tanya.

Kalian masih boleh makan burger (yaaay!) tapi pastikan janganlah berlebihan dan diselangilah dengan aktiviti yang sihat. Ini tak, makan tak jaga, senaman tak buat, lepas tu expect badan sentiasa sihat dan kolestrol terkawal. Itu mustahil brother oiii (mmm..kay)



Akhir Kata


Aku tidak tujukan entri ini kepada sesiapa.
Tapi kalau ada yang terasa, aku minta maaf seikhlasnya.
Kalau ada mana-mana poin yang terkena batang hidung berjerawat tu sama-samalah kita memuhasabah diri.
Aku tak kata aku ni all-good all-great.
Aku tahu aku sendiri baaaaaaanyak sangat cacat cela yang ada.
Anggap sahaja aku nasihat sebab aku sayangkan kalian.
Kalau aku tak sayang, aku dah anggap kalian tak wujud dah dalam universe aku.
Kau buat hal kau, aku buat hal aku.
Tapi sebab aku sayang (3 kali ulang poin sayang), aku nasihat.
Sama-samalah kita berubah.

Ingat!
Bezakan antara SUKA dan BAIK.
Jangan menghalalkan perkara yang tidak elok hanya kerana kita sukakannya.
Jangan keliru antara apa yang kita suka dengan apa yang baik untuk dunia.

Dan berhentilah lukis komik lucah yang tak membawa manfaat tu.
Fans/followers pun jangan backup gigih sangat, takut nanti pelukis lupa diri.

Sekian.
Terima kasih kerana membaca entri ini yang panjang lebar dan bosan ini.

Tinggalkan pendapat jujur kalian tentang isu 'SUKA vs BAIK' ini di ruang komen, ya.





.

27 comments:

  1. terima kasih cero atas nasihat. harapnya lukisan saya yang tak seberapa tu sekadar hiburan ya tak. :) kena fikir kesannya kepada generasi pelapis. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. >At-Tarmizi

      Sama-sama. Sama-samalah kita saling ingat-mengingati.
      Hiburan memang boleh, tapi jangan membelakangkan agama, kan?

      Delete
  2. Hmm i can relate. Saya suka baju singlet, jeans koyak rabak nampak kepala lutut, tapi kerana saya Islam, sy tak pakai di khalayak umum, hahahha mudah kan kalau kita faham konsep.

    Orang akan percaya dan pertahankan habis-habisan apa yg dia percaya walau benda tu salah. Alasan yg selalu guna kalau tiba bab melucah mencarut "alaa open lah sikit, takkan takleh fikir kot" Malangnya budak sekolah darjah enam belum open, belum dpt berfikir. Hasilnya? Komen pepek, boobs di instagram. Walau mak ayah berserban, bertudung labuh dan budak tu sendiri bersekolah agama. Sedih tengok wajah mulus dia dikotorkn dgn sesuatu yg.. Hm.

    Kena beringat. Apa yg kita post di internet takkan hilang. Takkan padam. Even bila kita sendiri dh mati benda tu akan jadi infinity and beyond. Dan akan menjadi salah satu saham di Sana. Kalau komik kita tu menyumbang kpd penularan gejala gay.. Menjawablah. Sayangnya waktu dh tak boleh jawab "tak suka boleh unfollow" hiks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Z

      Betul. Tak kira apa pun yang kita suka, sebab kita orang islam, utamakan agama dulu. Ramai tak faham konsep ni.

      Sejak wujudnya media sosial, memang dah tak boleh nak percaya dah semua manusia bermak abah berserban ni. Semua orang boleh jadi siapa sahaja bila-bila masa sahaja mereka mahu.

      Hahaha. Sebab mostly orang yang backup golongan 'open' ni tak terfikir jauh sampai ke sana. Fikiran mereka nampak yang dekat je, bila dah lupa pada mereka dah selesai :)

      Delete
  3. semoga cero akan terus berkarya dalam masa yg sama menghasilkan karya yang bermanfaat dan memberi ibrah pada org lain :D
    kipidap dongibab :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. >MisDiarios

      Thanks.
      Sama-samalah kita tak gibab dalam apa juga yang kita impikan :)

      Delete
  4. -Star-
    Sentap haha. Betullah apa ko tulis tu.
    Tapi berkonflik betul jiwa, but i know this is a test of this world. Haish susahnya nak jadi baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Star

      Kaaannn.
      Susah oo bila kita ada konflik antara suka dan baik.
      Kita sukakan sesuatu tapi kita tahu ia tak baik untuk kita (dan orang lain)
      Tapi sebab susah nak jadi baik tu yang bila jadi baik banyak dapat ganjaran :)

      Delete
  5. aku rasa benda yang sama berlaku dekat dunia penulisan jugak. a glance at wattpad stories written by high schoolers (not that age matters in this case), you can see 18sx elements incorporated in the stories. even though the characters are halal already but does the scenes are absolutely necessary?

    before you're a writer, an artist or whatever you're a muslim first.

    *ingatan untuk diri sendiri jugak*

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Nurul Rasya

      Satu hari tu aku cuba buka Wattpad via komputer, memang yang hot & trending semua cerita 18sx ditulis oleh budak sekolah. Walaupun imaginasi tidak boleh disekat, tapi tak ada keperluan pun babak-babak sex dalam penceritaan. Maybe tool untuk menarik views je kot. Hmmm...

      Delete
  6. hai, lama tak jenguk sini. (lama tak berblog sebenarnya)

    apa-apapun kita buat, kena fikir. sebelum cakap pon fikir.
    sebab zaman sekarang yang cepat sangat viral. memang ada setengah orang akan cakap 'peduli apa, itu hak aku' tapi kadang kala apa yang dia buat walaupun dia suka (contoh: mencarut), akan beri impak kepada orang sekeliling.

    walaupun entry kau panjang, aku berjaya baca sampai habis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >miranadia

      Hai Mira. Lama tak nampak.

      Betul. Orang zaman sekarang macam tak boleh nak beza antara suka dan baik. Pada mereka asalkan mereka suka, tak kisah baik atau tidak, itu hak mereka untuk sebarkannya. Kubur lain lain, katanya.

      Terima kasih sebab baca sampai habis. Aku sendiri pun tak larat nak baca entri sendiri sampai habis hahahaha

      Delete
  7. you got the point. betul manusia skrg lebih selfish dan kononnya taknak bersikap hipokrit. tapi betul lah, kena fikir kesannya pada orang sekeliling. kita hidup bermasyarakat.

    lagi satu kesan dia bukan dekat masyarakat je malah diri sendiri.
    contohnya perokok. dia suka merokok, lantaklah katanya, duit aku, paru2 aku. baik ke benda tu untuk orang sekeliling dan diri sendiri? mestilah tak kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NAD

      Sebut pasal 'taknak hipokrit', tak ada siapa suruh jadi hipokrit. Sebagai contoh, it's okay (not really) untuk suka mencarut tapi jangan laa berbangga dengannya. Kalau tak mencarut depan orang tak bererti diri jadi hipokrit, kan?

      Contoh merokok sangat tepat. Orang yang tak merokok pasti tak tahu apa sebenarnya kebaikan merokok sampaikan ramai yang susah sangat nak lepaskan, tapi yang merokok juga sudah arif dah tentang keburukan yang rokok bawa. Merokok boleh (not really) tapi tengoklah tempat mana untuk merokok agak yang teirma kesan hanya si perokok, bukannya orang sekelilingnya.

      **panjang lebar**

      Delete
  8. tangan yang menulis, mempamer memprovok akan ada pertanggunjawabannya diSana nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Angah

      Betul. Sesetengah orang buta dengan keseronokan sementara padahal tanggungjawab yang ditanggung tu kekal lama ooo...

      Delete
  9. Puak manusia macam tu memang payah benar nak kawal, boleh sound dan nasihat je la geng2 tak bermoral tu supaya stop... dorang akan stop jadi tidak bermoral apabila dorang dah terima hidayah. Harap2 dorang dapat la hidayah tu sebelum kiok... huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. >P

      Paling leceh bila berkali-kali nasihat pun asyik ulang salah yang sama. Konon minta maaf banyak kali dah tapi ulang lagi, publish lagi isi komik melucah yang sama.
      Betul kata kau, diorang akan berubah bila dan hanya bila dapat hidayah. Semua sempat.

      Delete
  10. true. true.
    entah kenapa banyak yg suka benda lawak lucah, sarkastik yg over dan racist. benda macam nie bawak benda tak elok kepada generasi akan datang. cewahhh. apatah lagi zaman sekarang, banyak yg suka tekan share, like dan viral. benda2 takpenting macam tu cepat betul femes. kalau benda baik takpa jugak kan.

    akhir zaman.
    teruskan entri seperti ini. :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. >BV

      Aku ada baca yang kata keinginan seksual, lucah dan negatif sebenarnya ada pada SEMUA orang, tapi yang membezakan semua adalah kawalan diri, sama ada kita terbuka menzahirkannya atau mampu menahannya.

      Jadi, tak terkejut bila ramai orang suka isi yang negatif sebegini, sebab dari pandangan lain macam memuaskan isi dalaman diri yang terpendam.

      Tapi itulah, ramai terlepas pandang sama ada ia bagus/baik atau tidak. Hmmmm....

      Delete
  11. since entry ni panjang, ampun saya balas panjang . teehee

    I second your thoughts on this topic altho Im pretty sure good in the context means quality. Nevertheless, there's a fine line between expressing your emotions and doing something that's really good or equally beneficial to others.
    This remind me so much of Van Gogh drawings, it makes no sense, the art spells 'no boundaries, no benefit' zone & then before I realized,imagination starts to wonder to la la land

    So I guess when the young generations read these gay comic, they might go wonder to the gay land aswell and find it interesting.

    Tapi sebenarnya
    Mana2 pon pergi,ada je benda kita xsuka/xbaik.
    Contoh merokok
    kita xsuka dan perbuatan tu xsihat tapi boleh hadam ag. xdela sampai memusnahkan bangsa.
    tapi kalau dah mendorong orang jadi gay. well
    We cant just simply live our life and say its called human rights (we are just expressing ourself, so do you mind?)

    harap mereka yang create jokes macam tu,xkisahla @komik/medium lawak lain, boleh pikir baik2
    tentang tanggungjawab kpd bangsa & negara
    or peranan sbgai muslim
    Mempunyai nilai sebagai artis seni ni penting juga
    just to add,
    If the only way utk buat lawak is to be lucah/gay/pondan/terencat/gila.
    thats pretty #low&lame.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >just Yana

      Memang dari quote David Hume tu dia tekankan tentang kualiti, tapi boleh je ditafsir dari sudut nilai hahaha.
      Van Gogh was a genius. Dia boleh express diri sendiri tanpa perlu tonjolkan artwork nudity, berbeza dengan artis-artis lain satu era dengan dia.

      I still remember when I was younger, words like 'gay' 'homosexual' 'bisex' are kinda taboo to even say among friends. Tapi sekarang, dengan strangers pun selamba badak je sebut semua. Main lepas je...

      Merokok kita boleh hadam sebab (pada aku) kita sudah terlambat untuk undo. Orang zaman dulu terima rokok sebagai normal, jadi budaya yang diserap diwarisi ke zaman sekarang membuatkan kita boleh hadam benda tu. Kalau bagi peluang sama ada nak ubah tak pengharaman rokok pada awal perkembangannya pad azaman dulu, aku rasa semua orang nak. Cuma itulah, kita dah terlambat.

      Tak macam lawak gay dan homoseksual. Kita masih belum terlambat nak mempupuk nilai.

      Aku cuma harap jangan dijadikan lawak tak sihat ini sebagai budaya. Beribu lagi topik boleh dilawakkan dan dikomikkan, kenapa pilih yang salah? Kan?

      Delete
    2. betul jugak.setuju. timeline memainkan peranan penting gak

      Delete
  12. Ibarat macam kau rasa nak tegur seseorang dalam media sosial atas kelakuan dia yg tak senonoh macam lukis komik berunsurkan lawak kotor tapi kau buat entry. Macam tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Kon

      YES EXACTLY.
      Aku tak boleh tegur personal sebab nanti akan nampak macam personal dispute dan orang akan ingat aku cemburu dengan kemahsyuran yang dia kecapi, jadi aku buat satu entri 'menasihat' agak walaupun bukan dia yang baca tapi masih ada insan di luar sana boleh mendapat nilai dan berfikir secara lebih ilmiah.

      #ewah

      Delete
  13. Deep entri ni, buat aku berfikir. Terflashback pulak perlakuan lalu. lols.

    Contoh aku :
    Aku suka travel, at the same time travel tu buat dompet aku kering, and cuti yang terlalu banyak memberi bad impression majikan terhadap aku. Jadi aku harus kawal nafsu berjalan. HAHAHHAHAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. >nanadhoi

      Walaupun deep, tapi harapnya mesej nak disampaikan tu tersampai laa ye. Hehehe

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026