Aug 31, 2016

Kini, Semua Orang Mampu Menyumbang Kepada Negara.



Salam.

Jika kalian sedang membaca ini pada rabu 31 Ogos 2016,
SELAMAT HARI MERDEKA!
Pada masa ini aku mungkin sedang berdiri di kalangan ribuan rakyat Malaysia yang lain di Dataran Merdeka melihat perarakan Hari Kebangsaan.

Bagi yang belum tahu, tiap-tiap tahun aku sudah beritahu,
aktiviti ke Dataran Merdeka pada 31 Ogos adalah aktiviti rutin tahunan keluarga,
atau lebih baik aku nyatakan ia adalah aktiviti rutin tahunan aku sendiri.

Penat, panas,
tapi berbaloi sebab boleh bersama-sama orang lain sambut merdeka.
Yaay!







"Jangan tanya apa sumbangan negara kepada kamu,
tanyalah apa sumbangan kamu kepada negara.
Apa sumbangan kamu terhadap Malaysia?"

Soalan di atas sudah lama dimomokkan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Paling aku ingat semasa sekolah rendah dahulu, guru besar dengan semangatnya memberi ucapan sempena sambutan Hari Kebangsaan.
Dia petik penyataan di atas dan tinggalkan semua dengan persoalan.

Ya.
Awal-awal dengar memanglah rasa meremang,
buatkan kita giat memikirkan apa yang boleh kita buat untuk menyumbang kepada negara.
Aku pernah berangan nak jadi angkasawan pertama sebagai sumbangan aku kepada negara,
but then Dr Sheikh Muszaphar happened...

Tapi makin dewasa,
soalan itu tidak lagi beri kesan kepada aku.
Walaupun aku tak rasa aku ada menyumbang,
tapi aku juga terasa tidak bersalah untuk tidak menyumbang.
Hahahaha.

Tapi sekarang lain.
Jika ada yang bertanya apa sumbangan aku kepada negara,
aku dengan bangga dan mendabik dada akan berkata,
"GST!"

Ya, GST.
Sekarang semua orang mampu menyumbang kepada negara tanpa dipersoalkan.
Semua orang bayar GST.
Even kanak-kanak nak beli gula-gula dekat kedai runcit pun dikenakan GST.
Mereka juga sudah menyumbang kepada negara dari usia muda lagi.

Para pemimpin juga tidak boleh persoalkan sumbangan GST itu,
sebab GST memang menyumbang kepada pembangunan negara secara langsung.

Kini,
para pemimpin dan guru-guru besar seluruh negara sudah tidak boleh lagi mempersoalkan sumbangan kita seluruh rakyat kepada Malaysia.
Tiada lagi retorik yang kononnya mahu menaikkan semangat patriot di kalangan rakyat.
Kami rakyat tidak perlu bersusah payah mengutip pingat emas di sukan berprestij tinggi.
Kami rakyat juga tidak perlu lagi berangan jadi angkasawan.
Kami rakyat tidak perlu lagi bertungkus lumus buat kajian untuk mengejar Anugerah Nobel.

Jika kami mahu diingatkan apa sumbangan kami kepada negara,
cukup sekadar baca resit pembelian barang kami sebentar tadi.

Terima kasih, PM Najib.
Kini aku sudah boleh jawab soalan guru besar aku itu tadi dengan jayanya.


Selamat Hari Merdeka ke-59.
Merdeka! Merdeka! MERDEKA!




.

27 comments:

  1. Wow stroke dh smooth, cun! Happy merdeka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Zyra

      Frankly, saya kurang suka dgn stroke ni. Stroke dulu lagi ada identiti. Hehe

      Delete
  2. Make sense jugak...hahahah
    Entah soalan tu dh xberkesan sgt utk hr ni....
    Apa2 pun happy merdeka day utk tanah malaya 😎

    ReplyDelete
    Replies
    1. >sofie adie

      Happy Merdeka.
      Soalan tu semua retorik je, aku rasa guru besar aku tu pon tak tau apa sumbangan dia hahahaha

      Delete
  3. Hahaa jyeah bruh... sumbangan tu, paksarela punya XD

    Happy Merdeka Day :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. >plain83

      Paksarela pun, sumbangan still sumbangan.
      Macam derma paksarela untuk hari pahlawan tiap-tiap tahun kat sekolah dulu. Hahahaha

      Delete
  4. rajinnya sambut merdeka. bagus2! memula aku baca entri ni aku tertanya juga apa sumbangan aku. selain gst, aku ada berkhidmat untuk nefara aku rasa, by serve people hehe.

    * Bila nak pakai baju?

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NAD

      Hahahaha. Best oo sambut merdeka. Kalau kau nak join jom laa tahun depan. Hehehe

      Kalau nak difikirkan satu-satu, sebenarnya banyak je sumbangan kita kepada negara. Cuma yang banyak tu mungkin bukan secara direct macam Olympian menang pingat or angkasawan naik Soyuz.

      * sebulan tak nak pakai baju. Baju seksi. Hehe

      Delete
  5. aku tak pernah terkesan dengan soalan tuh..haha.. ooowwwhh..aku menyumbang jugak untuk negara rupanya..haha..

    kalau tengok bendera kat atas tuh lama2, ada jugak aku kena hipnotized ni nanti..haaa.. XP

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Lee

      Hahahaha. Sumbangan kita sebagai rakyat kalau diikutkan sebenarnya banyak, cuma bukan secara direct. But at least kita bayar GST yang kemudiannya dapat bayar balik hutang pembangunan negara, so it's oaky (kot). Hahahaha

      hahahaha. Saje aku buat berbelang camtu memang niat nak bagi orang pening. hehehe

      Delete
  6. rupanya secara diam2 aku juga dah berbakti pd negara. tak pernah terlintas dlm kepala ni. hak3. tapi nanti ade yg cakap, itu bukan sumbangan itu kewajipan. macam mane?

    terkejut aku. ingatkan sape lah yg berkemban tu tadi. hak3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Gee Lion

      Bangga tak bangga tak bila dah menyumbang kepada negara?
      Kewajipan pun kira sumbangan juga. Hehehe

      Bulan depan baru habis berkemban pakai baju. Hehehe

      Delete
  7. akhirnya aku dapat menyumbang kepada negara...hahaha =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. >At-Tarmizi

      hahahah. Bangga tak dapat menyumbang kepada negara? :)

      Delete
  8. cEro lupa nak cakap. Entry BO semalam aku backlink kat entry ko ni sebab ada related huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Boss Noob

      Thanks Boss.
      Aku dah baca dah. TQ :)

      Delete
  9. cEro lupa nak cakap. Entry BO semalam aku backlink kat entry ko ni sebab ada related huhu.

    ReplyDelete
  10. Betul gak tu. Tapi dari dulu pun semua org dh sumbang tax kt negara ni. Cuma nama dia bukan gst je sebelum ni..

    Tu la.. Aku pun dh x rasa apa dh dgn doalan mcm tu. Semangat patriotik pun dh kurang. Kalau dulu at least lagu sedap, ada gak semangat. Sekarang? Hmmmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Bro Ley

      Dulu tax hanya orang tertentu je kena. Sekarang semua orang kena. Kalau bayi baru lahir pun ada buat transaksi, mesti dia pun kena jugak tak boleh dikecuali.

      Soalan ni banyak sangat dah orang guna sampai niat sebenarnya dah tak sampai. Para cikgu kena cari soalan baru yang lain untuk suntik semangat patriotik pada anak murid. Hehehe

      Delete
  11. Makin tua, makin malas nak fikir apa sumbangan kepada negara.. hahahahha, adakah aku sudah tidak lagi patriotik seperti dulu?

    tidak aku masih lagi patriotik, cuma ada sedikit kekecewaan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Aujinz

      Mungkin sebab masa kecil dulu kita tak tahu lagi realiti kehidupan dalam negara. Rasuah & pecah amanah belum kita faham. Tu yang bila dah dewasa ni, bila dah faham, jadi kecewa sikit tu. Hehehe

      Delete
  12. Makin tua, makin malas nak fikir apa sumbangan kepada negara.. hahahahha, adakah aku sudah tidak lagi patriotik seperti dulu?

    tidak aku masih lagi patriotik, cuma ada sedikit kekecewaan :D

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026