Jun 8, 2016

Ada Apa Dengan Anak Bulan!



Salam.

Jadi ini adalah entri pertama untuk Ramadhan 1437H.
Rasanya belum terlambat lagi nak ucapkan
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN & SELAMAT BERPUASA.
Semoga Ramadhan kali ini menjadi titik perubahan kepada kehidupan ke arah yang lebih baik.

Amin.





Ada beberapa perkara (dan istilah) yang aku dapati bila tiba Ramadhan, akan kedengaran dicanang berulang kali.

Minggu lepas aku bercerita tentang 'persediaan' Ramadhan di mana,
secara peribadinya aku kurang faham apa sebenarnya yang perlu kita sedia untuk mengharungi Ramadhan.
Aku tahu,
kalau kita sebut 'persediaan Syawal', kita tidak boleh lari dari memikirkan persiapan hari raya, mostly berkaitan dengan pembelanjaan kewangan (untuk balik kampung, baju raya, duit raya dan lain-lain).
Tapi ia tak sama dengan 'persediaan Ramadhan'.

Tapi terima kasih kepada kalian yang tinggalkan komen,
aku kini sudahpun faham apa itu persediaan Ramadhan.
mungkin aku boleh praktikkan ketika menjelang Ramadhan tahun depan, insyaAllah, kalau usia masih panjang.

Tapi ada lagi satu istilah yang pernah menjadi persoalan kepada aku ketika kecil dulu;
ANAK BULAN.

Semua tahu anak adalah kelahiran kecil daripada sesuatu yang besar.
Jadi, basically anak bulan adalah anak kepada bulan.
Or at least itu yang aku fikirkan semasa umur 5 tahun.

Dan seperti budak 5 tahun yang lain ketika berasa ingin tahu,
aku bertanyakan perihal anak bulan dekat Abah aku.
Abah aku seorang polis misai tebal yang serius.
Dia jarang nak melayan kerenah anaknya,
sebab dia tahu kalau start layan nanti dari satu soalan jadi dua soalan jadi tiga soalan jadi empat soalan sampai dia nak baca surat khabar pun tak boleh.

So,
masa aku bertanyakan soalan itu,
Abah aku menjawab dengan semberono.
Tapi aku tahu Abah tak berniat untuk misleading anak dia.
Mungkin dia nak aku kekal menjadi budak-budak dan mengelak daripada menjawab soalan yang (rasanya) orang dewasa pun tak boleh jawab dengan bagus.

Jadi,
apa itu sebenarnya ANAK BULAN?

Secara ringkasnya,
anak bulan adalah fasa bagi sesebuah bulan,
lebih tepat lagi adalah bulan sabit pertama selepas bulan gelap.
(bukannya bulan tu terberanak anak baru)

Disebabkan kalendar takwim Hijrah dikira menggunakan fasa bulan
(bukan menggunakan matahari seperti kalendar Gregori biasa),
maka perubahan antara fasa bulan gelap ke fasa bulan sabit awal (anak bulan) bermakna pertukaran bulan baru.

Kita melihat munculnya anak bulan sebagai tanda masuknya bulan Ramadhan dan bermulanya bulan puasa. Sebab itu melihat anak bulan adalah sangat penting bagi menetapkan tarikh mula puasa (dan raya).

Kalau nak diikutkan, tiap-tiap waktu nak masuk bulan baru, anak bulan akan kelihatan.
Bukannya untuk bulan Ramadhan dan Syawal sahaja.
10 bulan yang lain pun ada anak bulan masing-masing.
Tapi kita tak ambil kisah tentang 10 bulan yang lain sebab tak ada puasa dan raya.

So, there you go.
Next time anak kecil kalian bertanyakan apakah itu anak bulan,
kalian ada dua pilihan:
1) beritahu perihal sebenar anak bulan berdasarkan kiraan fasa bulan, ataupun
2) biarkan imaginasi mereka menerewang seperti kanak-kanak normal dan pastikan mereka dapat didikan yang baik di kemudian hari supaya segala persoalan mereka dapat dijawab dengan ilmu.


Jadi,
macam mana puasa kalian?
Seronok puasa?
Ada yang dulu berpuasa solo, kini berdua.
Dulu berdua kini bertiga.
Aku je kekal solo buka puasa dengan semut di meja **lap air mata**


Tak ada siapa nak bagi kad raya dekat aku ke? **tetiba**






.

32 comments:

  1. Aku masa kecik dulu ingat setiap kali masuk bulan baru, bulan tu jadi budak kecik balik sebab tu nama dia anak bulan. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Mon

      Hahahaha.
      Comel je kalau bulan tu jadi kecik.
      Imaginasi kekanak memang WIN sungguh!

      Delete
  2. hahaha comelnya imaginasi bab anak bulan tuuuu.ikutkan bulan tak boleh la puasa time bulan ramadhan, sebab dalam pantang. lol.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NAD

      Hahahaha.. Betul gak tu.
      Produktif betul Mak Bulan ni, tiap-tiap bulan anak baru keluar. Hahahaha

      Delete

  3. ..Anak Bulan / Hilal - ia seperti garis halus, fasa terawal kemunculan bilan...tak nampak dengan mata kasar...

    Selamat meneruskan puasa CERO...

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Angah

      Hilal. Cari istilah tu laa sebenarnya tapi lupa, hilang dari ingatan. Hehehe
      Sebab hilal tak nampak dengan mata kasarlah, kita kena cerap dan kena standby bila bulan gelap. Huhu

      Selamat berpuasa juga, Angah :)

      Delete
  4. bagi alamat. aku memang suka bagi kad raya haha
    dulu aku pernah silap. bila bulan penuh maknanya dah hari ke 30 padahal baru hari 15 hahahah

    -kudozu


    -kudozu

    ReplyDelete
    Replies
    1. >kudozu

      Wassep aku weyh. Nanti aku bg alamat. Hahaha

      Aku pun camtu.
      Dulu aku ingat bulan penuh tu maksudnya masuk bulan baru. Rupanya...

      Delete
  5. yeah banyak soalan balik!

    Jadi,
    macam mana puasa kalian?
    -macam biasa

    Seronok puasa?
    -alhamdulillah tuhan bagi panjang umur sikit sampai rasa puasa tahun ni

    Ada yang dulu berpuasa solo, kini berdua.
    -akulah tu

    Dulu berdua kini bertiga.
    -tahun depan insyallah hahaha..

    Aku je kekal solo buka puasa dengan semut di meja **lap air mata**
    -buka pose kat masjid, free dan ramai kawan..semut pn banyak


    Tak ada siapa nak bagi kad raya dekat aku ke? **tetiba**
    -hmm..kad raya tu hapa haha?

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Nazha yang suka jawab soalan.

      Hohoho. Mentang-mentang laa tengah seronok berdua sekarang, terus lupa dah kad raya tu hape. Hehehehe

      Bro, jemput laa aku datang beraya kat rumah kau nanti. Hehehe

      Delete
  6. Comelnyaa header blog dia. Aku rasa semua budak2 akan berimaginasi macam ni bila dengar "anak bulan" termasuklah aku masa kecik dulu haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Ben

      Header je comel. Orangnya tak comel pun *lap air mata*
      Kaaann.
      Bila besar je terus hilang dah imaginasi macam tu. Mana pergi pun tak tau. Hahahaha

      Delete
  7. Masa kecik ingt bulan tu bernama anak bulan sbb bentuk dia yg mcm sabit, tak penuh bulat. Best lah puasa, mana penah tak best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Zyra

      Hahaha. Comel je.
      Masa kecik dulu ingat bulan sabit boleh pegang macam boomerang. Hahahaha

      Delete
  8. Alhamdulillah so far so good...insyaAllah cuba utk istiqomah..

    Seronok puasa?
    mestilah seronok! lagi2 tahun ni puasa penuh dgn famili...

    hurm...disebabkan hampir semua beradik balik rumah kali ni, so takdelah sedih sangat bukak puasa sensorang..

    Tahun ni aku dah niat awal nak kasi kad raya randomly dekat sesape yang berminat...kalau ko nak blehla kasi alamat utk pos...betul nih...

    teori anak bulan yang ko imagine tu dah jadi mitos zaman knk2 dedulu... *chow lu nak pi bukak bazaar..*

    ReplyDelete
    Replies
    1. >sofie

      Aku pulak rasanya nak berbuka dengan semua family member ada macam susah je sebab abang-abang semua dah berkeluarga besar.
      Tetiba terkenang zaman kecik2 dulu berbuka sama-sama. Sebak jap. Huhuhhh

      Nak bagi alamat camne?
      Bak emel. Hehehe

      Delete
    2. nah emel: jade2sofie@gmail.com

      Delete
    3. >sofie

      Siang sikit nanti aku emel. Sorry lambat :)

      Delete
  9. Hmmmm.. Aku actually cari kot apa tu maksud anak bulan masa aku kecik...hahaha. Aku nerd dulu...and a boring kid back then

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Hafiy Halim

      Gigih betul kau masa kecik. Bagus.
      Aku kecik dulu banyak bertanya je. Kalau tipu org yg jawab, maka tertipu laa aku. Hahaha

      Delete
  10. Yeayy..tahun ni aku puasa dah berdua..hahaha..padahal puasa tahun lepas lagi meriah..ada family keliling time berbuka..ni bila berbuka berdua rasa sebak la pulak..tapi takkan hari2 nak balik jumpa family kott..kata dah berdua..hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Anonymous

      Waahhh...Tahniah sebab sudah berdua.
      Tapi sekali sekala balik berbuka dengan family apa salahnya, kan? Bawa laa yang kedua tu sekali, lagi meriah. Hehehe

      Delete
  11. Kalau setiap kali anak bulan, bersamaan dengan ibu bulan dapat anak, nampaknya kuantiti bulan akan banyak. Membiak. Hehe..

    Alhamdulillah, puasa saya okay. Puasa bertiga. Dengan ibu dan adik. Hahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Amna

      Hahahahaha...Maka nanti penuhlah orbit bulan dengan anak-anaknya mengelilingi bumi. Hehehe

      Baguslah bertiga. Bila nak berempat? #Eh

      Delete
  12. Hmm, kalau ada mana2 budak kecik datang tanya aku pasal anak bulan, aku akan cakap, bulan tu berubah2 bentuk dia ikut fasa-fasa dia dalam masa sebulan mengelilingi bumi kita ni. Bulan tu tak beranak dik.

    Segmen jawab soalan:

    1. Macam mana puasa kalian? Seronok puasa?
    - So far so good. Seronok gak ;3

    2. Tak ada siapa nak bagi kad raya dekat aku ke?
    - Hmmm... dah lama aku tak pos kad raya ke sapa2. Hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. >plain83

      Kalau aku jadi budak yang tanya kau tu, mesti aku akan tanya lagi macam mana bulan berubah bentuk. Segiempatkah? Segitiga kah? Kah kah kah!

      Delete
    2. Miahahahaha... aku dah hagak kau mesti nak cakap macam nihhh XP

      Well, teknologi kan ada, aku google image je la "moon phases" kat hp aku, lepas tu aku tunjuk la kat ko dik, LoL! XD

      Tak paham jugak? Takpa2, nanti adik dah besar sikit adik akan faham juga, kat sekolah nanti cikgu adik akan ajar. Keh~ ;3

      Delete
  13. comel je rase masuk blog ni cero hehehe. kalau org tanya aku pasal anak bulan, aku pon maybe akan jwb mcm plain83 kot hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >The Picisan

      Blog je comel, tuan dia tak comel langsum...hahaha
      Nak menjawab soalan bebudak ni kena kurangkan gun aistilah2 yang berat, baru budak faham. Huhuhu

      Delete
  14. hee~ comel jek bulan tu.. dua bulatan bersatu gittew-- em.. anak2 kakak pun ade gak tanya pasal bulan dan dengan konfiden kakak explain kt dorang siap buat bumi berputar mengelilingi matahari, bulan mengelilingi bumi.. lepas tu kakak tanya dorang..

    faham tak ?

    dua dua menggeleng..

    hahahaha~ ko faham tak perasaan tu ? paling tak kakak mencuba.. kan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. >atiehilmi

      Hahahaha...Len kali kakak kena explain mudah sikit. Bebudak ni mana nak faham benda berat yang tak tertampung kapasiti otak dia. Hahahaha

      Tapi betullah tu. At least kakak mencuba. Hahahaha

      Delete
  15. nampaknya aku bukanlah kanak2 yang pandai berimaginasi sebab dari kecik pun aku terus terbayang anak bulan as in the fasa anak bulan tuh.. =_= Nasib baik aku membesar menjadik orang dewasa yang normal..

    Puasa seronok.. kalau dari segi status, masih puasa solo tapi kalau dari segi ruang and masa, puasa berteman sebab aku ada roomate yang merangkap colleague.. ^^

    Carila peneman sorang cEro..tahun depan mana tau boleh memecahkan tradisi puasa solo.. Lelaki senang sikit nak make move.. eheee..XP

    Tengok macam Ojinz..! Sifuuu..! Sana sini cia cia cia..XP

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026