May 18, 2016

Ceko Ceko Ah!



Salam,
seperti yang dijanjikan tetapi tidak dinantikan,
topik hari ini ialah rambut (lagi).

Tajuk entri tiada kaitan dengan isi.






Cekak, pada diri aku, bukanlah sesuatu yang baru.
Aku pakai cekak sejak zaman belajar dulu lagi.
Bila kau malas sikat rambut,
dan kau bergerak berhelmet naik motosikal ke sana ke mari,
nak mengekalkan gaya rambut yang stail memang cabaran.

99 masalah mahasiswa, aku tak mahu masalah rambut tak bergaya adalah salah satu daripadanya.
Banyak lagi esaimen aku kena kopipes daripada terus memikirkan isu rambut.

Maka, cekaklah penyelamatnya.
Sekadar slide dari depan dan...TADAAAA!
All is well.

Namun,
beberapa masalah utama dengan cekak ialah:

(1) instead of dipandang 'ada style', lelaki bercekak akan dipandang pelik, tambahan pula macam aku yang dikelilingi dengan orang sains. Orang sains punya persepsi lain sikit. Lelaki kena nampak smart dan nerdy, preferably rambut pendek sikat tepi dan bercermin mata tebal. Bila nampak lelaki pakai cekak dan rambut separa panjang, semua akan label mat rempit kaki main belen. Bertambah teruk lagi bila kau sebenarnya memang seorang penunggang motosikal tegar. Terus kena cop tidak ilmiah. Pendapat kau ditolak bulat-bulat hanya kerana...kau pakai cekak.

(2) sebab aku jarang sikat rambut, maka bila dikenakan cekak, rambut belakang aku akan mengembang. Aku nak describe rambut tu nampak macam singa, tapi sebab singa adalah seekor haiwan yang power, awesome, dan cool, aku pula sebaliknya, maka adalah lebih sesuai untuk aku describe rambut tu macam cicak mengkarung leher kembang. Kembangnya bukan sedikit, malah dari jauh mampu kelihatan seperti afro.

(3) bila aku pakai cekak, dan aku pakai cermin mata, bahagian hujung masing-masing akan bertemu dan berlaga. Sebab hujung bingkai cermin mata aku logam, dan cekak aku pun logam, maka seolah-olah ada perlawanan pedang antara dua kesatria berbaju besi di belakang telinga aku. Ketung ketang ketung ketang bunyinya bila aku bergerak. Macam music entrance untuk ahli gusti masuk gelanggang. If you smelll...


Maka,
cekak hanya jadi pilihan aku bila aku tiada pilihan.
Biasanya aku sentiasa tiada pilihan, maka cekak sentiasa menjadi pilihan aku.

Sampailah sekarang.

Jadi,
bila ternampak lelaki pakai cekak dengan rambut kembang, kalau kulit dia tak putih gebu kpop dan badan dia tak sado macam Ankel dan tak tinggi macam Aliff Aziz, kemungkinan besar itu aku.


Kalian pula bagaimana?
Apa persepsi kalian dengan lelaki bercekak?
Adakah cekak layak dipakai oleh lelaki atau hanya untuk wanita?
Adakah gerakan feminisme bakal memperjuangkan hak eksklusif cekak untuk kaum wanita?
Adakah pemanasan global itu real?

Nyatakan pendirian anda di bahagian komen. **ewah!**






.

35 comments:

  1. Hahahahaha mcm mengkarung. hahahaha. Kenapa tak macam goku?

    Lelaki pkai cekak agak cool. Depends pd rambut dan jenis cekak. seeloknya jgn pilih cekak plastik tebal/lebar. Pilih yg halus atau wire. Warna mestilah hitam. Hanya hitam.

    Wah dh mcm perunding imej!

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Zyra

      Goku takleh. Goku awesome. Saya tak. Hahaha

      Hmmm...rasanya saya bukan dalam kategori yg sesuai kot pakai cekak. Hahaha. Saya punya cekak memang dawai hitam. Band warna kuning dalam komik di atas sekadar nak tunjuk je ada cekak. Hahahahahha

      Delete
  2. Hahahahahaha.. so, aku boleh bayangkan bila cEro pakai cekak. Wkwkwkw ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Aujinz

      Dalam bayangan kau tu, aku kacak ke tak?
      Atau macam 'hmmm, okay laa' je? Hahahaha

      Delete
  3. Ada sorang mamat jambu ofis aku pkai cekak.. Kacak jugak HAHAHAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Mon

      **sapu air mata**
      Tapi Mon...Aku tak jambu.
      Jamban ada laa. Huhuhu

      Delete
  4. ok je..sebab bestfren I pun pakai cekak jugak..and same reason with u..sebab senang bla pakai helmet

    ReplyDelete
    Replies
    1. >udez huda

      Mungkinkah besfren U tu adalah I?
      Atau I adalah besfren U?
      Huhuhu

      Delete
  5. wow

    ada soalan teka teki lagi..suka3..

    Kalian pula bagaimana?
    -aku alhamdulillah sihat hehe

    Apa persepsi kalian dengan lelaki bercekak?
    -nampak kool..dan kurg matang..

    Adakah cekak layak dipakai oleh lelaki atau hanya untuk wanita?
    -both gender

    Adakah gerakan feminisme bakal memperjuangkan hak eksklusif cekak untuk kaum wanita?
    -hmm..ko buatlah gerakan kesaksamaan gender dgn nama "masculinism"

    Adakah pemanasan global itu real?
    -alhamdulillah cheras asyik hujan je skg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >nazha

      hahahaha..
      Asyik kau je yang gigih menjawab soalan aku.
      Bagus. Bagus.
      Baidewei, bila nak kenalkan aku dengan seorang jodoh. Hahahahahaha

      Delete
  6. aku selalu nampak laki pakai cekak kat kedai makan, i mean tukang msk or pelayan yg berambut agak panjang.

    hmm mengkarung tu yg mana eh? nama english dia apa? hoho

    the third problem is worldwide problem

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NADIA

      Aku pun selalu nampak org dalam f&b industry pakai cekak. Maybe senang nak bekerja kota, tak payah fikir pasal rambut nak terjuntai ke depan. Huhuh

      Mengkarung tu cicak tapi besar. Yang spesies leher berkipas ni orang panggil Chlamydosaurus a.k.a frilled neck lizard. huhuhu

      Delete
  7. -Ayat-

    Coach Ukai dalam anime Haikyuu!! merupakan lelaki bercekak yang paling cool bagi aku, dgn muke maskulin dia tu dan rambut dia kembang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Ayat

      Alaaaa...Aku tak layan Haikyuu!!
      Tapi, rasanya kalau coach yang cool, maskulin, rambut kembang, itu dah macam description tepat untuk aku tu...
      Huhuhuh

      **muntah hijau**

      Delete
  8. Tak kisah...depa kool..sebab xmau kisah dgn apa yg orang pikir ttg diorang...sesape boleh pakai...jadahnya nak perjuangkan hak hanya isu cekak nan senoneng nih...banyak lagi isu lain cero...

    panas? mana ada panas...cuaca tengah tak stabil...menyebabkan banyak ayam mati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. >sofie adie

      'Depa' yang kool tu termasuk aku ke? (perasan..huhuhu)
      Hahahaha.
      Aku perasan laa ni ramai je yang nak perjuangkan feminism utnuk semua benda. Tak mustahil nanti cekak pun boleh jadi salah satu daripada perjuangan mereka? Huhuhu

      Ha'ah laa, betul laa.
      Laa ni cuaca macam cak cilok sikit. Sekejap panas ya rabbi, sekejao hujan banjir kilat. Huhuhu

      Delete
  9. Cekak ye... Hmm... Itu perkara biasa dilihat. Tak pelik pun. Mungkin sebab saya duduk sekitar budak arts. Benda ni normal. Tapi adakah cekak sesuai dengan Cero? Hehe.. Tak tahu~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Amna

      Try pakai cekak sekitar budak sains. Pandangan mata diorang semua tajam menusuk kalbu ooo...
      Entah mana silapnya pun tak pasti. hahahaha

      Delete
  10. Sebab duduk dekat sini, memang dah biasa dah tengok lelaki pakai cekak. Ada juga few seniors lelaki pakai cekak kat sini. Nampak okay je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Farah

      Tetiba rasa nak duduk sana.
      Duduk sini, rambut panjang sikit orang dah persoalkan tahap disiplin diri dah. Huhuhuhu

      Delete
  11. pergh pakai cekak macam protagonis yakitate ja-pan..
    ada gadis ayu bagi x cekak tu??
    jeng jeng jeng~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. >budoxe lee

      Lupa dah nama hero dia tu..Azuma Kazuma ke hape. Hehehe
      Cekak tu adik aku yang bagi. Eh, tak. Sebenarnya aku cilok dari simpanan dia dulu. Huhuhuhu

      Delete
  12. cekak nie memang normal lah kalau lelaki pakai. banyak je jumpa. rambut pendek pun ada juga guna cekak nie. nak yg rare sikit ikat la rambut depan tu. hahahahhahaha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. >BV

      Kena tengok environment jugak BV.
      Kalau dengan kawan2 satu kepala, cekak macam tiada masalah sangat.
      Tapi kalau bawa ke tempat kerja, aduuuhhhh...mata yang memandang serong boleh melemahkan jantung oooo...

      Delete
  13. hai cEro ! *lambai-lambai tangan*

    kenal lagi tak? (mcmlah sblm ni pernah kenal hahaha)

    opss sorry lama tak singgah. alasan cliche - bz sikit lately =P

    cekak = lelaki : pada pndpt aku ok je. zmn skrg ni pakai je nak pakai ape pon as long as kena confiden. buat2 confiden cantik / hensem je cEro (walaupon mmg dah hensem atau tak sekalipun) hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. >anamizu

      Hai Ana.
      Mestilah kenal.
      Long time no see. Busy ye. Hehehe

      Selalunya memang set dalam fikiran, sbb yg pakai tu aku so peduli apa orang lain. Tapi bila asyik terpandang orang pandang slack, terus rasa morale down. Hahahahaha

      Delete
  14. Apa persepsi kalian dengan lelaki bercekak?
    - biasa je, neutral...

    Adakah cekak layak dipakai oleh lelaki atau hanya untuk wanita?
    - both gal n guy can wear cekak, cekak punya status is almost similar to a cap (pada aku)

    Adakah gerakan feminisme bakal memperjuangkan hak eksklusif cekak untuk kaum wanita?
    - LOL

    Adakah pemanasan global itu real?
    - sekarang yang disebut2kan ialah 'climate change', while global warming is kind of like yesterday's news...

    CEKO CEKO AH!... hahaha! lawak bunyi ni ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. >plain83

      Hahaha. Yesterday's news pun, itu rasanya yang buatkan climate change yang melampau. Aku ada terbaca sampai tahap katanya kutub magnetik bakal berubah dan kutub utara dna selatan akan bertukar tempat....entahlah.
      Macam teruk je.

      Delete
    2. Yeah, we're facing the subtropics now, makin jelas rasa perubahan climate nih...

      Oh, Pole shift? Yeah, ada teori pasal tu yang dikaitkan dengan jumlah earthquakes yang makin kerap melanda bumi... magnetic pole shifts/reversal dalam bumi ni, para scientists kata ianya dah pernah berlaku suatu ketika dulu, dan ianya mungkin akan berlaku lagi (macam tak mustahil la), dan kalau ianya berlaku dengan drastik sangat, memang mampuih laaa... hahaha. However, this could only be just a propaganda of the us to cover up something else, not gonna talk much about that hahaha~

      Allahua'alam, god knows...

      Delete
    3. Ilmiah sungguh komen2 di sini.. I'm glad I took the time to scroll.. Sebenarnya aku nampak CEKO CEKO AH! tu jek.. Aku macam biasa dengar lagu yang sebut CEKO CEKO AH! CEKO CEKO IH tapi taktau apebende sebenarnya.. haissh, banyak benda aku taktau.. LOL

      Delete
  15. tbh aku tak berapa gemor lelaki rambut panjang , tapi bila laki rambut panjang tu dia pakai cekak yang macam dawai kerinting tu aku terus jadi suka. nampak tak betapa penting nya cekak dalam kehidupan seharian? wkakaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Ezan Idma

      Hahahaha.
      Cekak memang sangat penting terutamanya untuk orang yang malas nak maintain rambut yg style macam aku. Hahahah

      Delete
  16. biasa je, unless dia pakai formal, tu nampak pelik..bab nampak cam kurang intelektual tu mungkin jugak la..tapi lantak pi la..rambut aku, kang jatuh ke depan acah-acah Bieber korang kata geli plak

    by the way, aku suka giler katun tu..bernas macam nenas!

    ReplyDelete
    Replies
    1. >SalbiahM

      Hahaha. Betul tu. Rambut ni kena ikut kesesuaian.
      Kalau dah berkemeja, ber-tie, pakai seluar slack kasut hitam sekali rambut pakai cekak, itu namanya mintak nak kena kutuk. Hahahaha

      Thanks. Harap kartun aku boleh sentiasa nenas...eh, bernas. Hahaha

      Delete
  17. aku? Ok..here we go..

    Hmmmmm, agakla... Dulu pandang lelaki bercekak macam pelik tapi sekarang dah biasa..dah tak heran..

    Aku sekarang pengguna tegar cekak.. Pada pendapat aku, selagi ko tak pakai cekak ada bunga2 macam bridesmaid, so takde halla.. Tak menyerupai perempuan kan? Menyerupai binatang yakni mengkarung, takpe.. Mana tau boleh dapat ilham reka gaya kungfu mengkarung semasa pemakaian cekak..haa.. UvU

    Sorrry, aku tak faham feminisme ni konsep ape benda entah yang nak diperjuangkan so aku tak mampu jawab soalan part ni.. tapi kebarangkalian tu ada kalau pejuang2 ni mula terasa lelaki bercekak mencabar mereka..taktaula dari segi apa..

    Yeee, pemanasan global is real, I tell you.. Tapi aku, bekerja di tempat ekon yang sejuk nak mampus sampai rasa nak marah jek.. Ironi kan..?

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026