Jan 27, 2016

From C to Z.



Salam.

Aku sepatutnya publish entri ini lebih awal,
tapi oleh sebab minggu lepas mood tak berapa nak okey,
jadi aku tak mahu entri ini termasuk sekali ke dalam dark week aku itu.

Maka, terterbitlah entri ini hari ini.


Awal Januari yang lalu (lebih tepat lagi 4 Januari 2016),
Zyra dari blog ZyraRoxx telah menerbitkan satu entri mencabar aku dan Plain83 untuk melukis OC (original character) Zyra si rambut biru.

Baca entri cabaran tersebut di sini.
Zyra juga melukis OC aku dengan comelnya di dalam entri itu seperti gambar yang aku curi di atas.

Untuk nota,
original characters (OC) bermaksud watak rekaan sendiri mengenai sesuatu (selalunya spin-off dan fan fiction untuk sesebuah cerita yang sudah sedia ada). Tapi dalam kes ini, OC adalah representasi diri si pelukis sendiri dalam bentuk maya. Sesetengah kita gelarnya sebagai avatar.

So,
challenge accepted!
*muka Barney Stinson*

Plain sudahpun dengan jayanya menyiapkan cabaran tersebut.
Baca entri Plain di sini.

Sekian introduction, masuk isi utama.


First of all,
I don't usually do tags.
Kecuali bila aku rasa perasaan 'macam menarik je kalau buat', so aku buat.
Untuk tag (aku sebut sebagai cabaran) kali ini, aku diminta untuk melukis.
Disebabkan melukis adalah antara perkara yang aku suka buat, jadi aku buat.

Tapi,
melukis sahaja bukannya perkara mudah.
Apatah lagi aku perlu melukis OC orang lain.
Kalau lukis OC sendiri, pejam mata pun boleh buat.
Tapi sebab kena lukis OC orang lain, banyak perkara aku kena consider.

Berikut adalah cabaran yang aku lalui untuk melukis OC Zyra.

1.     Perlu diingatkan, seperti pelukis kartun lelaki yang lain, kelemahan nyata aku ialah aku tak pandai lukis perempuan. (Tapi Aujinz power lukis perempuan. Boleh jatuh cinta oo tengok awek bertudung yang Aujinz lukis) Jadi nak lukis Zyra yang obviously perempuan, itu satu cabaran yang sangat mencabar.

2.     Setiap OC, atau mana-mana watak lukisan itu sendiri, terdapat ciri-ciri khusus yang membuatkannya spesifik dan istimewa untuk watak itu. Contohnya, kita kenal Naruto dengan rambut kuning, mata biru dan ada tiga garisan di pipi kiri dan kanannya. Kita kenal Spongebob dengan tubuh kotak berwarna kuning dan badan berporos. Kita kenal cEro (hahaha, siapa 'kita' tu?) dengan rambut pusing di depan dan berbaju kuning.

3.     Jadi mula sekali, aku perlu mengenalpasti OC Zyra. Apa yang menjadikan Zyra, Zyra. Setelah beberapa jam mengkaji, pertama yang sudah obvious ialah Zyra berambut biru. Zyra juga keluarkan vibe seorang 'emo girl' dalam OC dia dari cara pemakaian dan rambut yang menutup sebelah mata.

4.     Meletakkan pengenalan Zyra itu sebagai penanda aras, aku draft watak Zyra guna komputer dan terhasillah lukisan seperti di bawah:




5.     Kalau kalian perasan, lukisan di atas lebih kurang sama dengan lukisan di header blog ni, kan? Sudah tentulah sama, sebab aku guna tracing base lukisan yang sama dan masukkan characteristics Zyra (rambut biru, baju emo dsb) ke dalamnya. Hehehe.

6.     Tapi ia tidak habis di situ. Lukisan di atas hanya guna basic profiling dan aku tidak masukkan gaya lukisan aku. Maka aku kembali ke kertas putih kosong dan mula melukis dengan menitikberatkan segala characteristics Zyra yang ada. Lukisan ini perlu ada gaya lukisan aku sendiri tanpa perlu meniru 100% gaya lukisan Zyra.

7.     Kalian sedia maklum, aku tidak lukis terus ke komputer (dengan menggunakan tablet atau mouse), sebaliknya proses aku ialah lukis atas kertas guna pen, scan ke komputer guna scanner, edit dan warna guna software. Proses itu makan masa 3-4 kali ganda lebih lama daripada guna tablet dan mouse terus. But I'm okay with it.

8.     Hasil bertungkus-lumus beberapa jam kemudian, maka wujudlah lukisan Zyra seperti di bawah:




9.     The color is not always true. Gaya lukisan aku kebanyakkannya dipenuhi dengan warna yang contrast dan hue yang tinggi, jadi aku tidak celup direct warna daripada lukisan asal Zyra, sebaliknya aku masukkan warna sendiri namun tidak menafikan warna yang sedia ada. (Aku harap kalian faham dengan penerangan ini sebab aku tak ada ayat yang lebih baik untuk menerangkannya. Maafkan BM saya)

10.     Dan lukisan di atas tiada background sebab...penyakit utama aku. Aku pemalas.


Jadi,
apa pendapat kalian tentang lukisan OC Zyra hasil titik peluh masin aku ni?
Yaay or naay?

Challenge accomplished?

Ada ke sesiapa berminat nak lukis OC cEro?





.

Jan 24, 2016

Doodle #7 - Future.

Salam.

Sepanjang minggu ini,
aku berkongsi doodle yang aku lukis setiap hari.
Seminggu sudah berlalu, ini doodle terakhir yang dapat aku kongsikan.




Mungkin ada di antara kalian yang sudah tahu apa masalah aku.
Ia adalah cabaran (seperti yang aku tulis) bukan masalah.

Apa yang aku belajar,
kalau sudah sampai tahap tertentu,
tak salah untuk menyerah.
Menyerah sekarang bukan bererti tidak berjaya akan datang.
Ia bererti kita jumpa jalan yang tidak membawa kepada kejayaan.
Banyak lagi jalan yang lain boleh diterokai.

Aku tulis ini sebagai cEro pada dua minggu lepas.
Aku harap cEro masa akan datang yang baca entri ini tahu bahawa diri dia tidak kalah.

Go cEro, go!
Go Positive cEro, GO!

Sekian.




.

Jan 23, 2016

Doodle #6 - Uroko.

Salam.

Sepanjang minggu ini,
aku akan berkongsi doodle yang aku lukis setiap hari.
Ini doodle untuk hari ini.




Entahlah.
Aku tidak miliki orang yang cukup baik untuk memahami setiap masalah aku.
Jadi doodling adalah satu cara aku meluahkan perasaan.

Macam yang aku cakap sebelum ini,
doodling tidak akan menyelesaikan apa saja masalah yang aku alami.
Tapi at least aku tak meroyan dalam media sosial.

Kalau meroyan dalam media sosial sekalipun,
I bet tiada siapapun akan peduli dengan apa yang kau royankan, kan?
Ada yang lagi menyampah lagi adalah.
So why bother?

Tapi sesetengah masalah memang tiada penyelesaian.
Kadang-kadang orang bercerita sebab hanya mahu luahkan.
So next time kalian terbaca orang meroyan dalam media sosial, let them be.
Itu cara dia cope dengan masalah dia.

Cara aku?
Blogging, doodling dan running.


Sekian.




.

Jan 22, 2016

Doodle #5 - Mesu.

Salam.

Sepanjang minggu ini,
aku akan berkongsi doodle yang aku lukis setiap hari.
Ini doodle untuk hari ini.




Melukis doodle sewaktu dalam satu keadaan (kelas atau meeting) dikatakan dapat membantu memori dan otak kita berfungsi.

Aku pernah terbaca (entah dekat mana) yang kata doodling ni menggunakan tenaga untuk otak yang minima tetapi berpanjangan dan membuatkan orang yang doodle itu tidak berada dalam keadaan berkhayal (tenaga jadi rendah) dan juga tidak berada dalam keadaan fokus (perlu tenaga tinggi).

Dengan kata lain doodling baik untuk otak.

Tell that to your lecturer bila kau kena cekup sebab tak tumpu perhatian dalam kelas, okay?

Sekian.




.

Jan 21, 2016

Doodle #4 - Remedy.

Salam.

Sepanjang minggu ini,
aku akan berkongsi doodle yang aku lukis setiap hari.
Ini doodle untuk hari ini.




Melukis doodle juga (pada aku) bersifat terapeutik.

Bila kita ada satu perasaan dan emosi yang membuak-buak dan tak boleh nak diluahkan, sediakan satu kertas dan keluarkan sebatang pensel. Lukislah doodle. Lukislah apa sahaja yang terlintas di fikiran. Pada waktu itu tiada siapa nak menilai lukisan itu, jadi lukisan tak perlu cantik. Orang tiada bakat melukis pun mampu lukis doodle.

Percayalah.
Lepas penuh kertas tersebut dengan lukisan kita,
perasaan yang membuak-buak tadi akan reda.
Ia tidak akan menyelesaikan apa jua masalah kita
tapi paling kurang ia lagi berkesan daripada menjerit-jerit melolong-lolong.
Malah lebih berkesan daripada kita meroyan di dalam media sosial, kan?


Sekian.




.

Jan 20, 2016

Doodle #3 - Skin.

Salam.

Sepanjang minggu ini,
aku akan berkongsi doodle yang aku lukis setiap hari.
Ini doodle untuk hari ini.




Ada yang kata melukis doodle sebenarnya dilakukan oleh minda separa sedar kita.
Kita sepatutnya tumpu perhatian kepada sesuatu yang lain sebaliknya tangan kita buat kerja lain (iaitu melukis).

Sebab itu sebenarnya sangat susah nak ulang balik apa yang kita doodle (contohnya waktu belajar subjek sejarah) bila perlu diulang pada waktu yang lain. Boleh diulang, tapi hasilnya takkan pernah sama.

Pernah satu masa dulu aku doodle lukisan otak yang sangat perfect semasa dalam kelas neuro, tapi bila perlu lukis balik lukisan otak yang sama untuk nota neuro, jadi lain. Langsung tak sama.

Atau mungkin aku langsung tak berbakat nak lukis otak, kot.

Sekian.




.

Jan 19, 2016

Doodle #2 - Yggdrasil.

Salam.

Sepanjang minggu ini,
aku akan berkongsi doodle yang aku lukis setiap hari.
Ini doodle untuk hari ini.




Doodle sebenarnya ialah lukisan yang kita coret masa kita (sepatutnya) tengah tumpu perhatian.

Ingat masa cikgu tengah seronok mengajar sejarah di depan kelas dan kita dekat belakang main-main pensel dan conteng buku teks sejarah kau tu dengan lukisan yang kadang-kadang tak bawa maksud pun. Letak misai dekat gambar tokoh. Lukis kapal dekat penjuru muka surat. Siap ada yang buat kartun bergerak lagi guna hujung muka surat buku yang bergerak. Itu doodle.

Tapi orang zaman sekarang punya pengertian doodle sudah sedikit bertukar, kan?
Siap ada yang jadikan doodle sebagai kerjaya lagi.
Salut.

Sekian.




.

Jan 18, 2016

Doodle #1 - Limbo.


Salam.

Sesuatu berlaku kepada aku minggu lepas.
Sesuatu yang tak best.
Jadi,
aku berkurung dalam bilik dan melukis doodle bagi merawat lara hati.

Sepanjang minggu ini,
aku akan berkongsi doodle yang aku lukiskan itu setiap hari.
Kalau kalian hebat dalam psycho-analysis,
silalah buat analisa terhadap lukisan aku.
It's like that Rorschach Test thingy but with doodles instead of inkblots.

Kalian akan dapat tahu betapa teruknya peristiwa yang berlaku minggu lepas memberi impak kepada aku.



Oh, untuk makluman apa yang berlaku kepada aku minggu lepas itu tiada kaitan dengan cinta. Asal nak merawat hati yang lara je mesti nak kaitkan dengan cinta. Hahaha.

Sepanjang minggu ni juga aku akan kurangkan masa di internet.
Hati lara bukan boleh rawat seminggu dua je tau.

Sekian.




.

Jan 13, 2016

Cara Menyebut Nama cEro dengan Betul.


Salam.

Baiklah murid-murid.
Hari ini kita akan belajar sebutan.
Jadi lembutkan lidah, tajamkan pendengaran, berikan tumpuan sepenuhnya kepada kelas ini kerana apa yang bakal kita belajar ini tidak mungkin akan diajar di mana-mana kelas pun (kecuali kalau aku yang bertanggungjawab membuat silibus pembelajaran di sekolah)






Thank you random noseless, earless, white citizen for asking that question.

Sebelum aku jawab, biar aku tanya kalian dulu.
Bagaimana kalian sebut nama cEro?
See-ro? Kay-ro? Say-ro? Chair-ro?

Sebenarnya pada mula masa aku nak guna nama cEro ni aku sudah agak dah masalahnya ialah sebutan.
Maksud aku, aku guna nama cEro, bukan Abu.
Kalau aku guna nama Abu, sudah tentu nak menyebutnya senang.
'A' dan 'Bu'. Jadilah Abu.
Tapi cEro lain.
'cE' dalam cEro boleh dibunyikan macam-macam.
Tambahan pula cEro bukanlah nama melayu, atau Malaysia.

Rasanya aku sudah berkali-kali kongsikan cara nak sebut cEro.
Tapi selalunya aku kongsi dalam intro entri,
so sangat understandable bila orang terlepas pandang.
Lagipun, siapa je yang baca intro, kan?
Introduction is for weak. Hehe.

Sebelum itu,
biar aku kongsikan sedikit sejarah blog ini.

Pada awal penubuhan, blog ini sebenarnya ada dua pemilik.
Sebab itu nama blog ini ialah 'nULL & aLteRnate' dengan Null merujuk kepada kosong (sifar, kawalan) dan Alternate ialah berkenaan sesuatu yang bukan kosong (dimanipulasi).
Dua pemilik blog ini ialah Kosong dan Satu.
Kosong jadi cEro (Spanish untuk 'zero') dan Satu jadi uNo (juga Spanish).
Ia macam get logik (logic gate) Boolean dalam fizik di mana wujudnya 1 dan 0.

Kemudian,
uNo beri hak blog sepenuhnya kepada cEro dan blog ini jadi cErolian.

Daripada sedikit sejarah itu,
dapatlah kita tahu bahawa cEro ialah sifar dalam bahasa Sepanyol.

Dalam bahasa Sepanyol,
cero (sifar) berbunyi seperti say-ro.
Jadi nama cEro juga sepatutnya berbunyi say-ro.

Tapi zero dalam bahasa inggeris berbunyi zee-ro.
Sebab itu bila ada yang sebut cEro sebagai see-ro, ia masih boleh diterima.

Yang pasti, 'cE' dalam cEro tak akan memberi bunyi 'k'.
Kay-ro, Ke-ro, itu semua sudah lari jauh.
Begitu juga dengan bunyi 'c'.
Chair-ro, chee-ro, che-ro, semuanya tidak diterima.

Pernah satu masa dahulu aku (cEro) dipanggil Kerol atas andaian cEro disebut 'kay-ro' yang datang dari nama Khairul.
Wow, berlapis-lapis dia punya assumption, kan?
Aku tiada kaitan dengan mana-mana Khairul yang wujud.
Hahahaha



Walaupun sudah hampir 7 tahun aku berblog dan guna nama cEro,
tapi sebab kenapa masalah sebutan bukanlah isu yang besar adalah kerana blog ini berkonsepkan tulisan (dan lukisan) dan bukannya lisan.
Maka tiada keperluan untuk aku tekankan dan betulkan bunyi sebutan cEro sebab kalian 'membaca' bukannya 'mendengar'.

Tambahan pula peratusan untuk kalian kenal aku in real life adalah rendah,
dan kalaupun kalian kenal aku in real life, kalian takkan panggil aku cEro.
Kalau panggil juga cEro, aku berani jamin aku tak akan respon ke atas panggilan tersebut.
Aku hanya cEro di dalam alam maya. Di alam realiti, aku ada nama sebenar.
Yang pasti nama aku bukannya Khairul. WAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!

Tapi rasanya tak rugi pun kalau kalian tahu sebut nama cEro, kan?
Bukankah langkah pertama perkenalan ialah dengan mengetahui nama?
Apa guna tahu nama tapi tak tahu sebut, kan?
Mana tahu, dari nama yang disebut di mulut, bakal menjadi nama yang dikenang di hati.

Aww, yiss!

Lagipun,
aku bakal takluk dunia satu hari nanti,
so the least you must know is to know how to pronounce the name of your (future) king, right?

**kenyit mata**


Sebagai rumusan (untuk mereka yang skip bahagian tengah dan terus ke bawah),
cEro BOLEH disebut sebagai say-ro, ataupun see-ro (bergantung kepada si penyebut)
cEro TIDAK disebut sebagai kay-ro, ke-ro, chair-ro, chee-ro, che-ro dan semuanya selain yang disebut sebagai BOLEH di atas.
Nama sebenar cEro BUKAN Khairul (INI PENTING!)

Sekarang,
cuba bagitahu aku macam mana kalian sebut cEro sebelum ni.

Sekian.


Jan 6, 2016

Melampaui Limitasi.




Like Facebook Empire State of cEro
Follow on Twitter @cerolian
Add as friend on Facebook here.
Follow on Instagram @cerolian
Subscribe on YouTube channel cErolian



.