Dec 28, 2015

Sentiasa Ada Niat Jahat.



Salam.

Dari entri ini,
plain83 dari blog Through My Glasses, Kacamata~ telah kemukakan cabaran kepada semua art-blogger friends dia.

Ini cabaran dia:
"Draw your usual, most applied, everyday facial expression using your OC!!
Just draw one expression that you always wear, only one!"



Deaday dari blog Vespa Buruk pun sudah menyahut cabaran ini dengan kacaknya.
Singgah entri dia di sini.

Oleh sebab aku perasan diri aku ni art-blogger,
dan aku perasan aku ni friend kepada P-sama,
atau mungkin sekadar aku suka lukis muka sendiri sebab narsistik,
jadi aku juga sahut cabaran P-sama itu.

Inilah lukisan aku.




Penerangan gambar:

1. Since aku ni selalu bertukar muka bila kena berurusan dengan orang (lain orang lain muka), jadi aku define 'usual facial expression' sebagai 'default face' aku; muka aku bila aku tak berurusan dengan orang. Definition ini mungkin sedikit lain daripada yang P-sama maksudkan.


2. Aku ada idea muka aku macam mana bila dalam keadaan default, tapi untuk lebih memahaminya, aku bertanyakan kepada roommate aku selaku orang yang selalu nampak muka aku secara default. Ini jawapan dia:

"Muka kau macam muka orang sentiasa ada niat jahat"


3. That explains a lot. Selama ni aku sangka muka aku hanya macam muka mat rempit tersagat muka atas jalan tar. Tapi bila dikatakan muka aku macam sentiasa ada niat jahat, jadi segala persoalan kenapa orang tak mahu duduk sebelah aku dalam bas, dan persoalan kenapa orang akan jauhkan diri daripada aku semasa tengah berdiri beratur menunggu komuter di stesen, dan persoalan kenapa setiap senyuman yang aku hulurkan kepada orang asing langsung tak pernah dibalas, semuanya terjawab.

I mean, siapa nak duduk sebelah lelaki muka mat rempit yang kelihatan penuh niat jahat, kan?
**self-esteem turun 5 mata**


4. Sejak peristiwa 2008, aku ada condition dengan mata aku. Kalau aku tak bercermin mata, kemungkinan besar aku akan selalu pejam sebelah mata. Belah mana yang aku pejam itu terpulang kepada keadaan. Kalau aku perlu melihat jauh, aku akan pejam sebelah kiri. Kalau aku perlu baca dekat (buku contohnya), aku akan pejam mata kanan. Buka kedua-dua belah mata tanpa cermin mata akan berikan input yang berbeza kiri dan kanan sekaligus membuatkan mata aku cepat berair sehingga tahap boleh berlinang macam tengah layan hindustan.


5. Rambut aku selalu jatuh ke depan dan akulah orang yang paling malas sekali nak sikat rambut pernah aku jumpa. Jadi, dalam keadaan default, aku akan selalunya mendongak sedikit kepala ke atas bagi mengelakkan rambut aku jatuh masuk mata. Hahaha


6. Selalu dongak membuatkan muka aku kelihatan bongkak. Add that to the list, muka rempit yang penuh niat jahat dan bongkak. No wonder sampai sekarang tak ada jodoh.
**self-esteem merudum ke tahap kritikal**


7. Tapi mak aku selalu puji kata muka aku kacak. So I guess this face is okay.



Sampai di sini sahaja sesi menganalisis muka sendiri.
Sehingga jari bertemu papan kekunci lagi.

Bye.




.

41 comments:

  1. Hahahaha.. walaupun kita tak pernah jumpa, tapi by default, aku selalu anggap kau kacak macam kau punya OC. Hahahaha... nanti aku plak buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua-dua orang ni misteri sangat tak tunjuk muka. Geram jugak aku kadang-kadang. adoi..

      Delete
    2. Cero kacak. percayalah korang.

      Delete
    3. >Aujinz

      Hahahaha...
      Jangan buat assumption teruk sangat Ojin, nanti kecewa pulak bila tengok muka sebenar aku...hahahah
      Silakan Ojin, silakan.

      Delete
    4. >Dea Day

      hahaha. Takde laa misteri mana, cuma sedar diri je.
      Hahaha

      Delete
    5. >Amna Shark

      hahaha. Amna ni.
      Kembang semangkuk tau nanti. Hahaha

      Delete
  2. woah..aku rasa macam tak boleh nak analisa muka sendiri tanpa rasa hipokrit haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >nazrul ali

      hahaha...muka sendiri laa senang nak analisa.
      Kalau muka orang lain nanti kena jaga hati orang tu, lagi laa nampak hipokrit. Hehehe

      Delete
  3. Mak sentiasa betul maka percaya la cakap mak. Ha.. jangan cakap Mona tak payung

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Mona

      Hahaha...
      Aku sentiasa memegang teguh dengan kata-kata mak aku tu.
      Sebab tu sekarang aku jalan sambil mendabik dada kehenseman.
      hehehe

      Delete
  4. Hahahaha weih this is nice C-kun, aku macam dapat agak kalau kau nak sambut tag aku tu, mesti akan ada explanation/description santai kau kenapa facial expression harian kau macam tu, hahah kewl *thumbs up* ;3

    Mata kanan aku pun kekadang berair tak pasal2 jugak C, walopun masa tu I have my glasses on. Cemuih aku bila ada orang ingat aku menangis tiba2 masa tengah lepak2 sekali, pastu aku kena cakap "I'm not crying, not crying here, mata kanan aku sensitif sikit, that's all". Lulz...

    Kena dongak sikit kepala sebab rambut selalu jatuh ke depan? Try pakai cekak kepala yang nipis n kecik warna hitam tu, skali skala nampak hipster sikit kewl whaaat... hahaa X3

    P/s: Awat hempa (kau n mona) dok buh "-sama" kat nickname aku nih, terasa besar n bongkak sungguh diri ini bila ada yg panggil P-sama or Plain-sama, macam aku ada a kingdom to rule, or an island all to myself... *berangan sat* X3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patutkah aku tukar jadi Plain-dono lepas ni? Rasa macam sedarjat sikit. lmao

      Delete
    2. hahahaha sure, -dono sounds so Showa-era though, but it has a nice ring to it so daijoubu desu~ ;3

      Delete
    3. >plain83

      Cmon P. U know that kami semua pandang tinggi dkat kau, sebab tu letak -sama. Memula nak guna -san je tapi P-san dengar macam 'pisang', so paling suitable is -sama. Hehehe

      Tapi kalau kau tak selesa, aku pakai -dono je laa mcam Mona. Hehe

      Delete
  5. Detail gitu analisis muka sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Farah

      Itu pendek tu Farah.
      Aku boleh go on lagi tu...Sebab muka sendiri, senang la nak kritik tak perlu jaga hati sesiapa. Heehhehe

      Delete
  6. Fuh, aku baca ayat yang kau guna semua macam ayat buku sasterawan...
    Takpelah, kalau aku bosan, boleh jugak aku layan blog kau ni untuk memantapkan lagi Bahasa Melayu aku... huhu
    (Takde kaitan dengan tajuk)
    LOL...
    Berlalu pergi dengan iringan lagu John Cena...

    ReplyDelete
    Replies
    1. >kyren

      Kah!
      Ayat aku tak power mana pun Khai oi.
      Tapi kalau kau nak mantapkan bahasa melayu, baca blog aku ni rasanya takkan membantu mana pun. Hahaha

      Berlalu pergi dengan iringan lagu Stone Cold

      Delete
  7. macam popeye the sailorman toot toot!

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Zyra

      Lebih kurang arr, cuma kacak lebih sikit, sasa kurang sikit (banyak sebenarnya)...hahahaha

      Delete
  8. Weh ini aneh dan lawak.

    Aku jenis yang akan duduk sebelah kau kat dalam bas, sebab aku sukakan gaya hidup ekstrim dan bahaya yang menanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Juno Hann

      Bagus.
      Next time jumpa orang macam aku dalam bas, please say hello.
      Species macam aku ni selalu disalahfaham, so kami kekurangan kasih sayang...hehehe

      Delete
    2. Oh, btw Juno.
      Bila nak update blog?
      Lama betul berehatnya. Hehehe

      Delete
  9. I have the perfect facial expression for my face. Anyway, OC tu apa? Dan I always imagine muka kau mcm tu. Kalau jumpa IRL pun, I'd expect you to look like this. Hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Alia, OC stands for Original Character ;3

      Delete
    2. >Alia

      Hehehe. Jangan tinggi sangat expectation tu.
      Sekali dapat tahu muka aku lain...hahahah

      Thanks to plain-dono yang explain,
      OC stands for original character, in this case avatar yang kita pakai dalam alam maya. Hehe

      Delete
  10. wow, tau define muka diri sendiri macam mana. :D canggih la.
    rasanya muka BV nie org selalu kata muka blur. muka dak2 lembap. wahahaha XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. >BudakVanilla

      Ini namanya narsistik, BV.
      Kalau teruk boleh sampai sakit tau, Narcissistic Disorder.
      Muka blur itu normal, yang tak normal macam aku ni, muka jahat.
      hahahahaha

      Delete
  11. pergh sorry bro~ baru tgk post yg ni! nanti hapdate blog taruk nama cero skali

    ReplyDelete
    Replies
    1. >budoxe lee

      hahahaha...
      Budoxe, aku gurau je laa...
      Takpe takpe takyah taruk pun takpe.
      Serius aku gurau. Hahahaha

      Delete
  12. Kalau rabun tak pakai spek memang berair la mata. Mcm aku even pakai spek, kalau malam pun boleh berair mata bila terlalu lama terdedah dgn silau lampu kereta/lampu jalan. So, aku terpaksa kurangkan drive mlm.

    Rambut x sikat. Sama weh. Aku rasa dh bertahun2 lamanya x sikat rambut. Sejak umur 15 tahun agaknya. Aku suka natural look. Lol.

    Btw, kalau mak kau cakap hensem, hensem la tu . Bukan senang mak sendiri nak ckp hensem. Relax je. Kau je paranoid. Haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Bro Ley

      Aku jenis orang yang silau siang lagi menyakitkan dari silau malam. Jadi memang sepanjang siang asyik bergenang je...hahaha

      Hahaha..Malas oo sikat rambut. Tapi aku tak minat sangat botak, so jadi laa si rambut bergulung sampai sekarang. Hahaha

      Aku pun percayakan mak aku. Tiap kali aku tengok cermin mesti aku puji imej dkat dalam cermin tu hensem.
      Hahahahahahahahahahahahahah

      Delete
  13. apasal aku terbayang muka kau macam Roul dalam novel Aku keliru ek? ada persamaan...cuma roul rambut dia kaler merah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. >sofie adie

      Tak pernah baca lagi novel Aku Keliru tu.
      Jap. Kalau itu novel, macam mana kau tahu muka dia mcam aku dan macam mana kau tahu rambut dia kaler merah?
      Hehehe

      Delete
    2. ni nama dia hayati bila membaca...cyehhh
      baca sehingga 'diseret' masuk kedalam dunia novel tu sekali. seolah kau pernah jumpa dengan diorang...tu yang aku boleh tau tu...

      [dah penulis dia describe kaler merah...]<--senang cerita!

      Delete
    3. >sofie adie

      Hahahaha...
      Bagusnya menghayati buku. Novel plak tu.
      Aku ni baca dua tiga muka dah rasa nak give up. Hehehe

      Delete
  14. Lama aku tak singgah ke blogspot maka byk ketinggalan perihal saudara cero. Apa kahar bro? Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Hafiy Halim

      Kahar baik. Hehehehe
      Singgah laa selalu.
      Datang seminggu sekali pun dah okey dah.
      Harap saudara Hafiy pon rerajin le update blog ye, boleh aku datang singgah jugak. Hehehe

      Delete
  15. dulu masa zmn skolah buat karangan senang dak cEro? kalo tengok entry-entry hang semuanya jenis ada intro - content - conclusion. dedulu mesti markah power kan?

    ada eh muka default? eheee.
    muka chicky ke cmne sbnrnye?
    percayalah kata-kata seorang Mak hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. >anamizu

      Hahahaha. Masa sekolah dulu BM bukannya pandai sangat, so cikgu paksa buat karangan banyak-banyak. Sebab tu dah terbiasa kena ada intro-isi-conclusion. Hehehe

      Muka default ni mcam muka biasa yang kita buat masa tak ada apa-apa. Sesetengah orang macam selalu buat muka marah, sombong dsb.

      Aku pon caya kata-kata mak aku tu. Hehehe

      Delete
  16. http://throughmyglasseskacamata.blogspot.my/2015/12/another-quick-digital-art-practice.html

    Finally had the time to "update" this old entry with your link, my art-blogger friend~ ;3

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026