Nov 11, 2015

Stuck In Second Gear.


Salam.

Disebabkan komik di bawah bertajuk Kawan,
dan 'kawan' dalam English ialah 'friend',
maka sepanjang masa bermula dari waktu aku lukisnya
sampailah ke waktu aku tekan butang publish
aku asyik humming-kan lagu opening untuk sitcom Friends je.

Dan sampai sekarang aku tak tahu humming dalam BM apa dia...








Ok, siapa sempat membesar di zaman kegemilangan majalah komik kawan angkat tangan.
**cEro angkat tangan**

Dulu aku kumpul kot komik Kawan tu,
tapi nak beli RM3 setiap bulan macam sedikit mencabar laa jugak.
Namun berkat tabungan dan bodekan, dapat juga beli.
Entah dekat mana tah komik tu sekarang.
Dalam stor kot...



Ok,
itu bukan poin utama entri kali ni.

Sebelum itu biar aku betulkan.
Dalam kotak kedua komik di atas, aku ada kata aku ramai kawan.
Sebenarnya aku tipu.
Aku tak ramai kawan. Boleh kira dengan jari tangan je banyaknya.
**menangis di penjuru bilik**



Bukannya aku baru tahu tentang maksud sebenar di sebalik 'berkawan' tu,
tapi pada masa Abah bertanya, aku tak expect langsung itu maksud dia.
Sebabnya,
Abah aku mana pernah nak tanya benda-benda macam tu.
Selalunya yang berminat nak tanya ialah emak aku, dan adik-adik aku.
Abah?
No. Asalkan tak menyusahkan dia, dia OK.
Dan dia tak berminat nak ambil tahu.

Sebab tu bila Abah tanya perihal 'berkawan'
aku tak jangka langsung itu poin sebenar dia.
Jadi jawapan aku untuk soalan Abah ialah...



Aku rasa disebabkan generation gap antara aku dan Abah
terdapat sedikit perbezaan bahasa antara kami.
Dari segi sosiologi, Abah dari Baby Boomers
manakala aku dari Generation Y
so agak tak pelik kalau ada banyak lagi istilah yang memberi gambaran berbeza di antara kami.

Tahukah kalian,
mereka yang lahir dari tahun 2005 ke atas dipanggil Generation Z?
Now you know, right?

Kalian ada contoh lain selain istilah 'berkawan'?
Penat aku perah otak tak dapat jugak nak bagi contoh.



Kembali ke sitcom Friends,
mungkin ada antara kalian yang tak pernah pun layan Friends.
Aku pun ingat-ingat lupa, dan aku tak rasa aku layan sampai tamat.
Tapi lagu opening dia memang catchy habis, aku hafal liriknya.
Antara lagu omputeh yang awal aku hafal selain lagu That's Why You Go Away (MLtR)
dan As Long As You Love Me (BsB).

Tapi aku hafal part yang opening theme ni je laa,
tak hafal pun yang penuh panjang punya.

Ini liriknya:

So no one told you life was gonna be this way
Your job's a joke, you're broke, your love life's D.O.A.
It's like you're always stuck in second gear
When it hasn't been your day, your week, your month, or even your year, but

I'll be there for you (When the rain starts to pour)
I'll be there for you (Like I've been there before)
I'll be there for you ('Cause you're there for me too)


Ada satu part dulu aku tak faham
'It's like you're always stuck in second gear',
tapi lepas pandai memandu manual, aku faham sepenuhnya.

Kenapa gear kedua? Kenapa bukan satu, empat ataupun R?
Yang memandu manual akan faham. Yang kaki auto, sila baca.

Sebab gear satu bagi pecutan, tapi kuasa tak tinggi.
Bila naik gear dua, pecutan jadi kurang tapi kuasa meningkat.
Sama juga untuk gear tiga, empat dan seterusnya.

Jadi bila kata 'stuck in second gear'
maksudnya kita memecut pun tak tinggi, kuasa pun tak kuat.
Kita akan stagnant, tak berkembang.
Di kala orang lain bertukar gear dan memecut maju ke depan,
kita tetap di gear kedua dan ditinggalkan.

Try laa pandu kereta manual dan stay dalam gear dua selama mungkin.
Rasalah betapa peritnya hidup.


Macam hidup aku sekarang rasanya,
stuck in second gear.




Untuk rekod,
'berkawan' yang dimaksudkan Abah ialah 'bercinta'.



.

51 comments:

  1. kenapa aku tak ingat lansung pasal komik kawan? aku generasi Z kot. *perasan*

    aku rasa mak pak tok nek kita suka guna istilah 'berkawan' sebab bunyi sopan sikit, kot?

    aku tak follow cerita FRIENDS. Kbye.

    Aku pemandu kereta auto. Kbye

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NADIA

      Hahaha..Muda sangat nak jadi generation Z woi...hahaha

      Walaupun sebenar 'bercinta' tu takde laa kasar mana, tapi rasanya memang stail orang dulu2 suka cakap berlapik kot, tu yang jadi 'berkawan' tu...hahaha

      Aku pon bukan follow sangat FRIENDS tu, maybe sbb kecik kot jadi ingatan terlebih kuat waktu tu,,,hehehe

      Real driver drives stick. Hehe

      Delete
  2. aku folo jugak komik kawan tu sebab dulu masa sekolah ada subscribe dengan library. heh
    belum sempat habis soalan berkawan, aku dah jawab, takde, pastu aku gelak je, lama lama orang bosan nak tanya sebab aku tak serius. rilek laa, tahun depan baru 25, muda lagi ni.
    bawak kereta auto pun boleh rasa gear dua, kau masuk d4, jangan tekan minyak, letak je kaki atas pedal hahahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. >mashy_entah

      Komik kawan yang sebelum 2000-an legend. Bila dah masuk 200 dia hambar sikit. Sekarang tak pasti wujud lg ke idok...
      Aku ada set list jawapan untuk soalan tu, semuanya jawapan yg sama ada akan troll balik kat si tanya, ataupun menjawab tapi tak beri jawapan. Hahaha
      Lain Mashy, lain. gear D4 tak tekan minyak lain dengan gear dua tapi habis pedal. Jeritan enjin tu yang memeritkan hati sanubari...

      Delete
  3. Sebelum scroll sampai bawah dah tau apa maksud abah cero. :D Anyway, Tak suka sgt baca komik, novel & yg seangkatan dengannya melainkan buku sekolah. And pasal kereta, tak pernah tau macam mana kereta auto or manual berfungsi, pakat masuk duduk je. Hahaha one day maybe should learn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Rtp Farra Arisha

      What? Suka baca buku sejarah? Are you really a human? hehehe
      Gurau.
      Nanti belajar laa pandu kereta manual. Walaupun sedikit leceh, tapi kepuasan pandu manual lagi best berbanding pandu auto. hehehe

      Delete
  4. Fuyoooh statement marah bapak cEro... respek ah, tabik spring kat bapak ang sikit hahah! XD

    Friends! A 'somewhat' older version of HIMYM, and more awesome too. Aku suka menyanyi lagu tu dulu dengan cousins aku, dan, aku suka watak Phoebe ;3

    Perkataan2 lain yang boleh digunakan selain 'kawan' - marka/teman istimewa/buah hati :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. >plain83

      Abah aku memang dramatik lebih sikit...hahahah

      Aku pun perasan gak yg Friends tu lebih kurang HIMYM. Dari karekter, jalan cerita sampai laa ke set pun lebih kurang...hahahaha. Aku suka Monica. Ada crush sikit dekat dia...hahahaha

      Orang kampun aku tak pakai perkataan 'marka', aku tanya mak aku dia kata marka macam over sangat bunyinyee...hahaha

      Delete
  5. weh lejen sgt komik kawan tuu !! tak teringat langsung,,,baca entry ni baru teringatt

    ReplyDelete
    Replies
    1. >amira faqihah

      Masa dulu komik kawan tu siapa yang ada dulu dia laa paling lejen. Hahahaha

      Delete
  6. Saya ingat komik kawan. Dan saya jugak faham maksud Abah cero. Tapi, saya pun jawab yang sama kat abah saya. hehehe.. (spesis buat2 tak paham)

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Amna Shark

      Rasanya kalau nak play safe, buat-buat macam tak faham je laa, kan?
      Hehehe

      Delete
  7. Selalunya bab-bab "berkawan" ni memang ibu-ibu je yang bertanya. Ayah-ayah jarang sikit. Macam mama saya, dia selalu juga tanya. Jawapan yang saya selalu bagi ialah "Ramai je kawan. Nak dari negara mana? Cakap je." *buat-buat tak faham kalau ditanya*

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Farah

      Hahaha...terkejut mak abah nanti bila siap bukak offer pilih negara lagi...hahahaha
      Tapi memang betul, mak-mak yang selalunya nak tahu, abah-abah ni macam lantak laa apa nak jadi...hahahah

      Delete
  8. ko gi Johor... nanti diorang tanya, " Ko dah ada endut?"
    So, aku akan buat buat tak faham.. wkwkwkw

    Aku tengok Friends sebab makcik aku suka tengok dulu dulu. Masa tu, aku rasa diorang memang happening gila.

    Aku tak ingat pun komik Kawan tu.. ade ke?
    Majalah Kuntum aku ingatlah.. wkwkwkw

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Aujinz

      Endut tu sama macam berkawan ke, Jin?
      Dah macam jawa dah bunyinya...hahahah

      Betul sangat. Masa kecik aku tengok Friends, aku teringin nak ada kawan yang rapat camtu...haha

      Nasib kau ingat Majalah Kuntum. Dibuatnya kau ingat Ana Muslim, lain dah citer tu...hehehe

      Delete
    2. Apake tak attractive langsung, Endut? Dah macam Gendut jek bunyinya, kahkahkah!

      Ojin tak tau fasal komik kawan? nampak sgt dah tua kerepot, ufufufu

      Delete
    3. Sama ada Ojin terlalu tua untuk komik Kawan, ataupun terlalu muda macam generation Z. Hahaha

      Delete
    4. Believe me, definitely not gen Z
      Hahahaha

      Delete
  9. Bila cite pasal buku kawan, terus aku jadi murung, sebab aku pon kumpul dari yg first.. well technically mak aku la kumpul sebab guna duit dia..pastu tetiba mak aku masuk dalam kotak pastu jual.. ehhh sedih sangat la weh. rasanya dah nak sampai yg ke -100 kot? aku paling suka dr. nina (kot? ingat2 lupa).. pastu yg episode dia ingat zaman kecik2 dia.. memang best terutama sekali bila edisi bumper raya.. hmm nostalgia btollah

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Raz

      Alaaa, sedihnya bila koleksi banyak macam tu berakhir seperti tu...
      Aku paling ingat ada kartun MacBeth yang power buat benda tu...Pastu tak silap si Kawan ada pensil ajaib...Hehehe
      Dr. Nina pun best jugak.
      Kekadang aku saja jenguk ruangan sahabat kawan kekonon nak cari penpal tapi macam tak berani laa pula nak hantar surat...hahahaha

      Delete
    2. Ceh! try hantar skrg.. kot2 ada yg balas.. hahahhaah

      Delete
    3. >Raz

      Kalau hantaq sekarang, yg dulu kanak-kanak semua dah jadi mak budak dah...hahahahah

      Delete
  10. Aku, sampai sekarang memang ada masalah dengan manusia bernama 'kawan ni'. Aku suka berkawan, tapi bila dah rapat mesti jadi benda yang tak best. Sekarang memang aku elak ada kawan baik ramai-ramai. Buku Kawan tu antara koleksi aku. Paling suka baca 'Kalau' haha. Kumpul duit setiap bulan semata-mata nak beli. Tapi sayang, ntah mana dah semua koleksi tu. Rasanya mak aku dah buang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >hanaahmad

      Pada aku, kawan mudah cari. Cuma yang betul2 nak masuk dgn aku payah kot. Maybe sebab tu aku kurang kawan. Tapi aku okey.
      **bergenang air mata**
      Aku tak ingat pulak 'Kalau' tu, tapi aku paling ingat Kawan dengan Pensel Ajaib dia. Aku selalu perasan pensel aku pensel ajaib...hahahah

      Delete
  11. "Kawan" aku 2D. Boleh tak? Haha
    Aku tak pernah beli komik KAWAN,tumpang baca je.
    Life stuck in 2nd gear mmg seksa, lagi seksa gear reverse. =)

    -Star-

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Star

      Kalau kawan kau 2D, kau pun kena jadi 2D jugak sebab perbezaan dimensi membuatkan interaksi tidak berkesan dan sekadar satu hala salah.
      **tetiba mengarut**

      Aku rasa kau ni jenis macam member aku masa kecik dulu, tunggu aku beli pastu dia pinjam seminggu. Hahahaha

      At least gear reverse boleh bawa kau balik ke tempat asal...hehehehe

      Delete
    2. I wish I am 2D haha
      Kecik dulu susah sgt nk beli komik sendiri, once in a blue moon sgt ayah aku belikan. Majalah Wanita, Saji, Al-Islam etc banyakla = ="
      Gear reverse menuju tempat yg dah tak wujud lagi.
      Maafkan kenegatifan aku XD

      Delete
    3. >star

      Power betul kecik2 baca majalan Wanita, Saji dgn Al-Islam...Hehehehe

      Delete
  12. honestly, ina memang tak tahu pun pasal komik 'kawan' ni.. tapi pasal ayah cero tu, hehe kelakar pulak bila baca.. maybe generasi y dan generasi z ada definisi yg berbeza dlm istilah ber'kawan'

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Sabrina SA

      Sabrina muda sangat ni kot, sbb komik kawan memang lejen untuk 90 kids. hahahaha
      Abah memang ada masa kelakar, ada masa dramatik, tapi mode default dia ialah serius sebab dia polis. Hahahaha

      Delete
  13. Aku tak tau kenapa, tapi aku memang suka pulak dekat lagu As Along You Love Me tu...
    Tapi lirik dia aku ingat ingat lupa je
    However, aku pun tak ramai kawan jugak.
    Jadi, aku akan cuba meramaikan kawan aku lagi, biar berjuta!
    Thanks to you, skang aku dah cuba berubah untuk jadi lebih baik...

    Thanks banyak banyak ye Brother Cero...

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Anonymous

      Aku harap kau maksudkan As Long As You Love Me dari BackStreet Boys, bukannya Justin Bieber...hehehehe

      Kenapa thanks to aku pula?
      Apa yang dah aku buat sebenarnya?
      Aku kenal kau kat mana-mana ke?

      Delete
    2. rasa pelik baca as "along" as you love me = ="
      Maafkan mata helang saya ni...

      Delete
    3. >star

      Hahahaha...itu namanya mata editor. Hahaha

      Delete
  14. rasanya macam pernah baca buku kawan. tapi ingat2 lupa. entah pernah ke tidak. hahhaha. :D

    BV pun takbanyak 'real friends'. sedih lak. hahhaa. sedih jugak part transportation nie, BV hanya tau bawak basikal je, moto n kreta ke laut gamaknya. kayuh sampan boleh kot. hahhahaa XD *cerita kelaut jap*

    ReplyDelete
    Replies
    1. >BudakVanilla
      Komik Kawan lejen untuk budak 90an, rasanya bila masuk 2000-an, buku tu masih ada tapi tak sepopular dahulu.

      Sama laa. Kenalan tu ramai, tapi rasanya tahap kawan tu belum lagi, tu yang jadi tak ramai tu. Tapi ianya bergantung kepada definisi kita terhadap perkataan 'kawan' tu sendiri...kan?

      Belajar laa bawak kenderaan bagi cekap, mana tahu satu hari nanti ada keperluan, kan?

      Delete
  15. mcm pernah dengar komik kawan..?? tapi... mcm x pernah baca?? hmmm...

    best kot sitcom Friends ni. aku xde la follow sgt (kot?) citer dia, tapi aku mmg harap ada kawan yg sama gila2 mcm tu.
    bila dah kerja skrg ni baru aku paham kenapa agak susah nak jumpa kawan mcm tu in real life... sigh =.="
    (but I'll treasure whomever wish to stay in my life.)

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Haryz Khairuddin

      Kalau pernah dnegar tapi tak pernah baca, aku rasa kau mesti berada dlm kelompok separuh kedua generasi Y. Hehe

      Aku pun tak follow sangat sbb yg kaki cerita tu kakak aku, tapi sekali sekala layan jugak laa banyak episod. Hahahah
      Tapi memang betul.
      Makin dewasa kawan makin kurang, tapi yang masih ada dari dulu tu laa memang kawan yang sebenar :)

      Delete
  16. Selepas insiden 'majalah lucah papa' dalam komik Doraemon, KAWAN merupakan teman yg setia (pernah ada crush dekat maskot kawan yg pakai cap tu, wahahaha).

    Suka baca Zultek dan Dr Nina. Pernah jugak try buat 'gajet' Zultek yg simple2, hehehe. Sampai harini geli dgn episod kutu Dr Nina :'))

    Err.. cerita fasal komik pun dh dua perenggan so i would like to take a pass part 'kawan' ayah tersebut. Hehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Zyra Roxx

      Rasanya Zultek dgn Dr. Nina tu pelukis yang sama, kan?
      Dulu ada kawan nama Zul jugak, dia perasan diri jadi Zultek. Wahahaha

      Tetiba nak cari balik mana simpan buku Kawan tu.
      Harap-harap tak laa jadi mangsa anai-anai atau ulat buku...hehehe

      Delete
  17. Aku mmg kumpul komik kawan dengan dragonball..
    tapi rm5 tu mahei betul kot masa kucik dulu..huuh

    -kartunster-

    ReplyDelete
    Replies
    1. >kartunster

      RM3 je laa...tapi still mahal kot RM3 memandangkan duit belanja aku satu hari tak sampai seringgit masa sekolah rendah dulu. Gegehehe

      Delete
  18. Bapak aku tak pernah pun tanya lapik2 camtu. Dia tanya je direct aku dah ada calon belum? Huhu...

    Gear 2 terbaik bila nak naik bukit yg curam. So, ok apa guna gear 2. Hidup kau kan sentiasa penuh dengan cabaran. So, sesuai la gear 2 tu..hahaha..gurau je weh..

    Aku rasa bapak kau tu dah mula risau kau tak kahwin2. Dia nak kau jadi lelaki tu. Sebab skrg ni kau x cukup lelaki..kena kahwin dulu baru jadi real men. wahaha..

    Aku rasa kau kena mula cari tujuan sebenar perkahwinan. Kalau kau dah betul bersedia, aku rasa makin mudah kot kau nak jumpa calon. Insyallah la nanti kau jumpa calon yg baik utk diperkenalkan kat bapak kau tu. Wuhuu...

    Sekian bebelan aku..komik kawan aku dah lupa, tapi aku mcm ingat karekter pensel ajaib dgn budak yg pakai topi tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Bro Ley

      Abah aku plak bukan jenis bertanya, jadi bila dia tanya tu memang terkejut jap. Hahaha

      Kalau hidup ni semedang naik bukit je mmg pakai gear dua je laa. Tapi stay on gear dua lama-lama boleh rosak clutch tau. Hehe

      Aku just nak pastikan abah aku tu bakal dapat menantu tip top. Jap, mana kau tau aku tak cukup lelaki ni? Nak bukti? Hahaha

      Yup. Mmg aku tgh cari tujuan pun. Sbb aku tgk org zaman sekarang ni kahwin sbb taknak digelar bujang terlajak, which is pada aku agak sedikit tak kena dgn fungsi perkahwinan sebenar.

      Delete
  19. aku pulak mak yang akan tanya. tapi tak tanya direct gitu la. sllunya masa tengok tv ke, or masa dia tgh tgk drama apa2 ke, kalo ada scene bf/gf atau yg seumpamanya, masa tu lah mak aku akan keluarkan soalan dia :

    "kakak takde sesape lagi ke?"
    "kakak bolehla rasmikan dewan serbaguna yang baru tu nanti"
    "kakak nti majlis nak buat kat rumah ke kat dewan?"

    tudiaaa hamek soalan mak aku.
    dan aku terus senyum2 or aku buat2 g tandas ke. kikiki =P

    range umur macam kita ni (maksud aku 26 ke atas),
    memang parents dah mula risau kot soal KAHWIN ni.
    ye la zaman diorang dulu kan kawen awal hehehe
    moga ada JODOH lah kita tak lama lagi =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. >anamizu

      Huyooo..bahayanya kalau tanya soalan camtu. Indirect tapi sangat mengena. Hehehehe. Thumbs up laa Mak Anamizu.

      Parents aku pon suka samakan dengan zaman dia dulu yg habis sekolah terus kahwin tu. Zaman laa ni kalau habis sekolah terus kahwin, nak tinggal mana?
      Mesti tinggal rumah parents jugak. Hehehe

      Delete
    2. lately ni aku perasan kekerapan soalan tu ditala pd aku mmg agak tinggi. maybe sbb mmg turn aku (sbb abg long aku dah menikah lama dah. tahun 2008 dulu). tu psl mak aku selalu tanya2 gitu. hehe

      tapi tu la kalo lps habis skolah terus nk kawen, aku xtawla cemane gayanye.. mcm tak berapa ready je.. errr ekceli kalo skrg ni pun, tetibe ada yg seriyes ajak kawen, konfem aku terkedu memikirkan hahaha

      Delete
    3. >anamizu

      Hahaha..aku pon rasanya macam tu. Walaupun umur pun tak laa muda mana dah (dah purba dah) tapi still kalau tetiba ada yg ajak kahwin, mesti terkedu tanpa kata...hahahah

      Delete
  20. Humming is senandung if I am not mistaken. And komik KAWAN I love comic pasal Siti sebab kartun dia sama siap ada erra lagi (:

    Bila cEro nak cari kawan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Anonymous

      Kalau bukak kamus memang akan translate humming kpd senandung, tapi rasanya pemahaman aku terhadap senandung tu bukannya macam humming. Hehehe

      Alaa, tak ingat laa kartun siti, tp yg muka erra tu macam ada dalam ingatan sikit. Hehehe

      Bila aku nak cari kawan?
      Kalau esok dapat, esok aku nak. hahahaha

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026