Oct 7, 2015

Misteri Bilik Basuh Blok B.


Salam.

Kehidupan di asrama memang tidak akan lekang dari cerita angker dan seram. Aku yakin semua sekolah dan asrama ada cerita seram tersendiri. Malah kalau ceritanya lebih kurang sama sekalipun, bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Ini adalah kerana cerita seram di asrama diturunkan melalui lisan seperti dari seorang senior kepada juniornya, atau dari seorang warden/ustaz/cikgu kepada anak-anak muridnya (bergantung kepada keadaan).

Dan seperti cerita lisan yang lain, cerita seram asrama juga tidak terlepas dari tokok tambah yang kadang kala sedikit melampau bertujuan untuk menjadikan jalan ceritanya menarik dan berkesan. Mungkin sebenarnya peristiwanya bersifat kecil, seperti contoh ternampak bayang haiwan berlari, kemudian disensasikan melalui lisan yang berulang kali, sehinggalah menjadi cerita makhluk hitam besar setinggi bangunan 4 tingkat yang bermata merah. Alaa, macam konsep permainan telefon buruk.

Pendahuluan tamat. Sekarang kalian tahu bahawa cerita seram asrama bukanlah 100% realiti.

Kali ini, aku ingin berkongsi antara kisah seram yang pernah diceritakan oleh senior aku semasa di asrama dahulu. Satu kisah seram yang berlatarbelakangkan bilik basuh asrama.

Aspura (semua tahu ianya singkatan kepada 'asrama putera', merujuk kepada asrama pelajar lelaki) sekolah aku mempunyai empat blok; Blok A, B, C dan D. Dengan setiap blok mempunyai 4-6 dorm, dan setiap satu dorm berkapasiti antara 10-20 orang pelajar, menjadikan jumlah penghuni asrama lebih kurang 300 orang pelajar.

Namun, di Aspura hanya terdapat dua bilik basuh; satu di Blok B dan satu lagi di Blok D. Setiap bilik basuh hanya ada tiga tempat basuh dan setiap tempat basuh hanya ada dua paip air, menjadikan pada satu masa, bilik basuh hanya mampu menampung 12 orang pelajar.

This is just math. You can skip it actually. Hehe.

Kekurangan tempat basuh menjadikan bilik basuh sentiasa penuh dengan pengguna semasa hujung minggu. Maklumlah, hujung minggu adalah masa yang paling sesuai untuk membasuh semua baju busuk pelajar asrama yang dikepam di dalam locker masing-masing. Hal ini menjadikan bilik basuh sebagai tempat rebutan pada hari sabtu dan ahad. Bila berbicara tentang rebutan, maka yang menang sudah tentulah pelajar senior. Tiada konsep siapa cepat dia dapat. Jika senior datang, pelajar junior perlu beri ruang. Itu lumrah, at least itulah yang berlaku pada masa aku dulu. Hahaha.

Jadi, untuk menyelesaikan tugasan membasuh pakaian, pelajar junior perlulah menjadi kreatif dalam mencari masa membasuh.

Kisah seram ini berkisarkan tentang dua pelajar junior membasuh pakaian. Atas tujuan dramatik, aku berikan nama mereka Safuan (dipanggil Wan) dan dan Tengku Usman (aka T.U, disebut Tu).

Pukul tiga pagi, Safuan bersendirian berada di tempat basuh paling dalam di bilik basuh Blok B, menyental kotoran yang terlekat di pakaiannya. Ini merupakan cara kreatifnya mencari masa untuk membasuh pakaian. Pukul tiga pagi sangat sesuai kerana pada waktu ini, semua orang sedang nyenyak tidur dan tiada lagi warden yang meronda (of course lah, warden pun kena tidur juga, kan?). Baju yang dibasuh juga boleh disidai sementara di dalam bilik basuh sebelum akan dibawa ke ampaian kain di belakang asrama apabila hari mula cerah nanti.

Sedang khusyuk Safuan membasuh, seorang lagi menjengah di pintu bilik basuh, bertuala sambil menjinjing baldi berisi pakaian. Tidak lain tidak bukan, itu ialah Tengku Usman, teman satu dorm dengan Safuan.

"Eh, Wan. Awal kau bangun? Aku ingat aku bangun paling awal..." sapa Tengku Usman.

"Kau nak membasuh juga ke?" tanya Safuan.

"Mestilah. Takkan nak pergi memancing pula kot!" seloroh Tengku Usman dengan jenaka yang klise untuk orang yang sudah terang lagi bersuluh. Tengku Usman meletakkan baldinya di tempat basuh bersebelahan dengan Safuan. Dibukanya paip, air berderu keluar mengisi baldi dan membasahi isinya.

"Berani kau turun seorang diri ke bilik basuh ni pagi buta macam ni ya, Wan"
Safuan tersenyum tanpa jawapan.

"Aku bukan apa, banyak benda aku dengar pasal bilik basuh ni."
Kata-kata Tengku Usman membuatkan dahi Safuan berkerut tiga. Kuajaq betoi pergi buka cerita macam tu pagi-pagi macam ni.

"Kau jangan main-main, Tu. Kita tengah dalam bilik basuh ni," Safuan beri amaran. Tengku Usman tersenyum sambil memberus seluarnya.

Suasana terdiam seketika di antara mereka berdua.

"Hmmm hmmmm hmmmmmmm!" Tengku Usman mula humming satu lagu. (Aku tak tahu humming dalam BM. Kamus kata humming = senandung, tapi aku rasa kurang tepat sebab humming sekadar bunyi, senandung macam nyanyi perlahan-lahan)

Muka Safuan berubah. Dia tahu irama lagu yang di-humming oleh Tengku Usman itu.

"Air pasang malam surut pukul lima..." Tengku Usman kini bukan sekadar humming, malah menyanyikan liriknya sekali.

"Nyonya bangun pagi, siram pokok bunga..." Nyanyian Tengku Usman membuatkan Safuan berdiam diri. Siapa selesa kalau dengar lagu seperti itu pagi-pagi buta di bilik basuh, kan?

"Pokok bunga melur tanam tepi kolam...
Itik bertelur ayam mengeram..."

"Tu, boleh tak tukar lagu? Atau lagi bagus kalau kau tak nyanyi langsung. Takut nanti warden terdengar, masak kita." Safuan cuba mencari alasan mematikan nyanyian Tengku Usman.

"Okey-okey! Aku nyanyi lagu lain. Lagu yang moden sikit..."
Safuan mendengus panjang mendengar jawapan Tengku Usman itu. Yang nak kena menyanyi juga tu, dah kenapa? Tak faham betul...


"Ke manaaaa...Bintang beribu..."
Tengku Usman mula menyanyikan lagu Ukays bertajuk Seksa.

"Di malam ini..Tiada satupun yang kelihatan kecuali kelam..."

Irama nyanyian Tengku Usman semakin perlahan, suaranya menjadi semakin bass, semakin dalam, seolah-olah sengaja mahu membuatkan hati berdebar.

"Mungkinkah... hujankan turun... menemani malam...
Makin sepilah... malamku ini... Tiada teman bicara..."

Tengku Usman pusingkan kepalanya ke arah Safuan dan bertanya,
"Kau takut ke, Wan? Kau takut ke aku nyanyi macam tu?"

Safuan tanpa memandang ke arah Tengku Usman, menggelengkan kepalanya.
"Tak Tu. Tak!"

"Kalau tak, biar aku sambung lagi..." jelas Tengku Usman.

"WALAUPUN... LENAKU PANJANG!
Eh, bukanlah!
Sepatutnya macam ni lirik dia..." Tengku Usman sambung lagi.

"WALAUPUN... LEHERKU PANJANG!" Tengku Usman berpaling ke arah Safuan semula.
Tengku Usman ingin melihat reaksi ketakutan di muka Safuan. Niatnya memang mahu menyakat kawannya itu. Dalam hatinya sudah berketawa kecil, menanti reaksi dari Safuan.

"Leherku panjang?" tanya Safuan sambil memusingkan kepalanya ke arah Tengku Usman.

"MACAM NI?"

Tiba-tiba leher Safuan menjadi panjang seperti ular yang berlingkar. Semakin panjang, semakin panjang sehingga memenuhi ruang di bilik basuh. Kepala Safuan yang bergigi taring panjang dan berambut gerbang laju menerjah ke depan muka Tengku Usman.

Maka menjeritlah Tengku Usman ketakutan. Niat Tengku Usman mahu mengenakan Safuan tidak kesampaian kerana rupanya dialah yang terkena.


Seperti klise cerita seram yang lain, aku pun habiskan cerita kali ini dengan plot tergantung. Apa yang jadi kepada Tengku Usman, tiada siapa tahu, dan tiada siapa dapat ceritakan dengan tepat.

Selamat membasuh baju di tengah malam.


"WALAUPUN... LEHERKU PANJANG!"









.

45 comments:

  1. Yeah cerita angker~
    Hehe. Best2. Memang kat asrama byk cita angker yang turun temurun

    ReplyDelete
    Replies
    1. >budoxe lee

      Hehehe...
      Aku dapati kebanyakan cerita angker asrama lebih kurang sama je...hehehe

      Delete
  2. Dah tak seram sebabnya aku baca entry ni waktu pagi.kakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Miss Fireflies

      Cis!
      Patutkah aku tukar waktu siarannya pada 9 malam instead of 9 pagi?
      Hehehe

      Delete
  3. Ya Allah, kalau betul-betul benda macam ni jadi dekat saya, mahu demam seminggu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Farah

      Untung demam seminggu. Kalau keras kejung sampai rambut jadi putih terus? Hehe

      Delete
  4. kat asrama aku takde pun cerita macam ni. cerita red lady ada la haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. >NADIA vs BERON

      Nak tahu jugak cerita red lady tuuuu...
      Ceritakanlah...please!

      Delete
  5. ceh. plot twist rupanya. cerita makcik karipap takde ke? kat arsama aku memang popular cerita makcik karipap. kah. tak masuk lagi cerita budak takgi solat jumaat, pastu kena kunci dalam loker.

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Nur Haziqah Mohd Rosli

      Selalu dengar cerita makcik karipap tu, tapi aku tak tahu cerita penuh sebab tu tak boleh nak ceritakan..
      Kau tahu? Cerita laa...nak jugak tahu. Hehe

      Delete
    2. Makcik karipap...
      Saya suka cita kena kunci dalam loker tuu... Sebab ada pengajaran berguna... :)

      Delete
    3. >Kakak Tiri Cinderella

      Alaaaaa...cerita laa pasal kena kunci dlm loker tu...
      Aku tak tahu cerita tu...huhuhu

      Delete
    4. Dia tinggal asrama.. Then satu hari dia tak gi solat jumaat. Dia sembunyi dalam loker sebab takut warden nampak.. Tak sangka dia tertido sampai petang.. Masa tuu dak asrama semua dah balik umah.. Dia try bukak loker tapi tak dapat sebab terkunci dari luar.. Last2 tak cukup oksigen...Inalillah...... Maka tempat itu pun menjadi seram..... Wahahaha

      Delete
    5. >Kakak Tiri Cinderella

      Ooohh, gitu.
      Memang bagi pengajaran pun.
      Tapi rasanya bukan cerita benar kot, kan?
      Sebab kalau cerita benar, mesti ada keluar paper punya sebab tragis. Kan?

      Delete
  6. Aku tak pernah duk asrama sampai matrik. Masa first nak pi matrik tu aku dah basuh kepala aku sendiri supaya tak terpengaruh dgn cerita angker. Tapi masa aku duk usm mmg takleh lari lah dr hantu, duduk hospital ni mmg banyak benda ada. Variety, hahahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. >mashy_entah

      Cerita pasal matrix, matrix aku lagi banyak cerita lucah dari cerita angker, tapi rasanya yang angker tu berbaloi kot dengar (berbanding lucah)...wahahaha

      Weyh, cerita laa cerita hospital dekat aku...

      Delete
  7. lagi seram kalau hantu leher panjang tu hantu perempuan..

    aku paling suka urband legend yg ada nenek kira brapa orang dah jaga tu.. waa.. seram.. sambil type pon meremang

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Raz

      Sebab aku pelajar lelaki, aku tahu cerita angker asrama lelaki je. Kalau nak hantu perempuan nanti aku tanya kawan perempuan aku...hehe

      Oh, yang nenek bilang orang siapa yang dah jaga tu kan?
      Aku pernah dengar, tapi tak tahu cerita penuh.
      Kau tahu? Ceritakanlah please....

      Delete
    2. aku dengar cite senior2 je, tapi tak taw btol ke tak. haha

      Nenek tu akan dtg dorm dlm pukul 3 pagi camtu.. Pastu dia akan berdiri (membongkok sebab nenek kan, tua gila) kat tengah2 dorm antara katil2 tula.. ala tempat bebudak dorm lepak2 baca buku, study or makan2..

      Pastu nanti sapa yg terjaga, dia akan sebut.. (x sure mcm mana dia nampak kita terjaga, sebab dorm gelap, kena tutup lampu pkl 10.30)

      1 dah jaga..

      2 dah jaga..

      Pastu dia akan mengilai2..

      eh mengilai macam pontianak pulak.. xpela.. lebih kurang gitula..

      Delete
    3. >Raz

      Mak aih! Ngerinya....
      Mesti cuak jadi orang yang terdengar suara nenek tu. Hehehe

      Delete
  8. pehhh! serius seram. menggeletar kaki woo!

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Tia Oshann

      Hehehe...Malam tidur basuh kaki ye :D

      Delete
  9. -Star-
    Lagu kedua tu kurang menghayati sbb aku tak tau lagu apa sampai part korus hahaha
    Terkejut aku bc tang leherku panjang,pehtu skrol bwh sikit nmpk gmbr tu aku dah imagine cerita Junji Ito,nasib lukisan ko comel haha jadi taklah seram sgt
    ps: memula aku ingat aku terbukak entri lama yg kisah seram sebelum ni =[

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Star

      hahaha...ukays kot. Seksa.
      Lagu faveret karaoke tu. Hehehe
      Junji Ito punya lukisan memang takleh lawan seram dia. Lukis budak perempuan berdiri pun dah nampak seram dah...hahahaha

      Delete
    2. Wel,aku xpernah masuk karaoke dan xselalu dgr radio dulu2 so naturally xkenal lirik haha.
      Btw, kisah seram ni dah jadi satu slot kt blog ni ke? Should we expect more after this? jeng jeng jeng
      -Star-

      Delete
    3. >Star

      I'll try to tapi maybe not monthly kot.
      Bila masa aku rajin nak menip panjang, aku buat slot seram camni.
      Tapi aku risau jugak takut tak cukup seram, sbb seram ni macam subjektif sangat...Hehehe

      Peminat cerita seram nampak? Hehe

      Delete
  10. Aku pernah dengar cerita ni..cikgu aku ceritakan masa darjah 6..kejadian bukan dekat bilik basuh asrama..tapi terjadi dekat kem perkhemahan pengakap..hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Mime MF

      Hehe. Masa dengar cerita ni first time mesti rasa seram kan?
      Bila dengar kali kedua, dah tak seram dah...hahahah

      Delete
  11. i love the plot twist.
    semasa membaca mmemang ingat Tengku tu yang akan jadi hantu, hahahaha you got me C!

    Anyway, sini ada satu cerita dari asarama perempuan (kawan saya):-

    Alkisah ada seorang penghuni aspuri berpacaran dengan seorang penghuni aspura. Akibat terlalu asik memadu cinta, maka terjadilah peristiwa yg tak diingini di mana si perempuan tadi telah termengandung. tipikal seorang lelaki, mestilah lelaki tersebut angkat kaki. Dan perempuan tu berhenti sekolah dan membawak diri...

    Tidak lama kemudian, ada satu bungkusan sampai kepada lelaki tersebut. bila dibukak, tergolek sebiji kepala bayi ke atas riba. huahahahah mitos mengatakan pelajar lelaki yg suka main perempuan akan terima 'the unwanted parcel' dari seorang wanita misteri.

    Cm kelakar pulak. nampak beno nipunya cerita ni. Obviously ia satu kisah tauladan buat lelaki dgn satu mesej mudah: jgn mainkan kami, kaum perempuan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Zyra Roxx

      Gah gah gah!
      Power kan plot twist? Hehe

      Uih!
      Ngerinya dapat parcel kepala baby. Maunya taubat tak berzina dah nanti...hahaha

      Tapi betullah tu, nak bagi pengajaran kepada orang jahat supaya jangan senang hati nak permainkan orang..heheh

      Delete
  12. best jugak hantu tu ya, boleh bawak menyanyi sekali, siap boleh bawak sembang. hahaha XD tapi kalau jumpa hantu cemtu, memang dah pengsan sampai tengahhari gamakknya. ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. >BudakVanilla

      Alaa, cerita. Hantu dalam cerita mesti laa kena dramatik sikit, sampai boleh nyanyi...hehehehe
      Pengsan takpe lagi, takut ter-off suis sampai tak bangun-bangun pulak nanti...heheheh

      Delete
  13. Part yg dia nyanyi "air pasang pagi surut pukul lima" tu aku rasa seram.. Kalau mlm2 kena camtu, maybe x boleh tido kot.

    Tapi, part plot twist yg hantu tu leher dia jd panjang tu aku x seram pulak, mcm lebih2 je citenya...x dpt bayang cmne jumpa hantu tiba2 leher panjang. Mcm fantastic four je..haha...

    Btw, nama karakter Wan dan Tu,so aku ingat ada la watak Tri. Tapi, xde pulak..,apsal xde watak Tri? Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Bro Ley

      Sebab bertulis, bro. Kau baca.
      Kalau cerita dgn mulut, lisan, face to face, dlm gelap malam ditemani cahaya daru unggun api dan berbumbungkan langit malam, sure seram. Hahaha

      Bab Wan, Tu dan (possibley) Tri, kau hanya perlu tunggu. Hahahah

      Delete
  14. Selepas itu Wan terjaga dari tidurnya pada pukul 9.15am dan terlambat untuk ke kelas. Huahuahua... tu la Wan, lain kali jangan baca manga anker sebelum tidur ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. >plain83

      That's the thing about cerita lisan.
      Tak pernah nak ada ending yg realistik. Mesti cliffhanger. Hahahah

      Delete
  15. Kalau cerita angker, opis aku pun selalu ada. Aku dulu suka cerita kat Twitter.. huhuhu... ~ kalau aku rajin, aku cerita kat blog... koh koh koh

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Aujinz

      Citer arr Ojin.
      Buat post monthly, or every two months ke...
      Hehehehe

      Delete
  16. Okey. Pestime tau pasal cita nie... Tuu laa. Main main lagi.. Kan dah kena. Boleh tahan seram. Thanks share.. #share angker banyak banyak plizzzz :P

    Pasal leher panjang... Teringat kisah macam nie gak.. Dia gi tandas... Nyanyi lagu selamat hari jadi yang " tiup lilinnya..... panjang umurnyaaa " tuu.. Tetiba dia dengar suara sambung lagu dia... "Panjang leher ku... Panjang leherku"

    Huarghhhh !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Kakak Tiri CInderella

      Mak aih ngerinya nak tiup lilin kena panjang leher...hahahaha
      Mesti lari lintang pukang orang yg tgh tunggu nak makan kek tu..hehehe

      Delete
  17. cerita paling seram tak ingat dunia kat asrama ni, cerita budak main dalam dorm, pergi setiap katil. sampai katil ko, dia cakap


    "Haa, ni tak tidur lagi."


    Seram tak?

    =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. >Danial Jaafar

      Aku pernah tahu cerita tu, tapi tak tahu cerita penuh...
      Nak tahu nak tahu nak tahu...
      Macam best je...

      Delete
  18. hahah..smlm baru dgr lagu air pasang dalam tu kat drama Cermin Kasih TV3..

    well..aku minat jugak cite2 angker nih..tetibe teringat last year..bile adik2 sume ade blk umah..kami kumpul berempat bradik bercerita cite seram kat asrama n umah sewa..hahaha..xde keje..

    anyway..mlm ni ade cite seram korea kat tv9..xsabo nak tggu..tp aku dapat rasekan aku bakal dimarahi oleh laki aku sbb tgk cite bukan2 time ngandung2 nih..hahahah!!

    -pu3aan-

    ReplyDelete
    Replies
    1. >pu3aan

      Oh, cerita korea seram dekat tv9 tu tertengok masa last2 nak habis tu je, masa dia kena serang dekat atas bumbung bangunan tu...Jadi tak faham apa yg berlaku sebenarnya...hehehe

      Delete
  19. TU kena makan kat Safuan maybe..hehhehhehhehehe....macam citer Dragon Ball plak main tekak tekak panjang nih..hohoho....ahahahhahaha...

    ReplyDelete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026