Mar 18, 2015

Menangis Air Mata Hijau.



The Stylus Story.


Tamat.

===================================================

Once again (and again),
sticky notes dan pen Pilot WIngGel 0.7 Black bekerjasama menghidangkan sebuah cerita yang berkisar tentang kebengongan seorang insan bernama cEro.

Pengajaran kisah:
Kalau ada barangan elektrik dan elektronik yang mahu disimpan lama, tanggalkan baterinya.
Jangan jadi si dungu yang menjahanamkan barangannya seperti aku.

Dan graphic tablet, tidak kisah apa jenamanya pun, bukannya murah.
Tak masuk 3 angka memang tak sah.

Kini,
aku memiliki satu tablet tanpa stylusnya.
Percubaan aku menjadi engineer tidak bertauliah untuk membaiki litar dalaman stylus tersebut hanyalah satu percubaan mentah dan sia-sia.
Ilmu tak cukup. Banyak lagi nak kena belajar.

Bateri yang sudah tamat tempoh mencair dan terus meleburkan papan litar.
Sebab itu cecair yang keluar dari stylus itu berwarna hijau.

And no,
tablet yang aku ceritakan ini ialah graphic tablet,
bukan tablet gadget yang kalian buat selfie dekat kedai makan tu.

Sekarang izinkan aku menangis di penjuru bilik
mengenang nasib yang semakin hari semakin mencabar.

**hembus hingus**




.

40 comments:

  1. Salah satu sebab kenapa aku berbelanja lebih dengan menggunakan Wacom. Sebab stylus dia tak guna bateri dan harga pun berbaloi dgn features dia.

    Ya, aku pakar menjahanamkan remote tv, remote dvd, remote astro dengan cara yang sama.

    Wkwkwkw

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro aku sokong statement ni. Wacom mang setakat ni sgt kukuh. Xtau la model cintiq tahan lasak mcm bamboo ke tidak. Intuos pun dgr cte lasak jugak.

      Delete
    2. @Aujinz @Dea Day
      SInce aku rasa aku tak pakai sangat tablet tu, jadi aku belii yg jenama biasa yg murah sikit.
      Tapi akibat kebengongan diri, inilah jadinya.
      Hmm...rasanya kena ikut nasihat korang, beli yg wacom terus. Hehehe

      Delete
    3. @Dea Day _ Aku ada Bamboo dengan Cintiq. Tapi oleh kerana laptop otai aku dan PC opis aku guna Windows pra sejarah, Cintiq tak nak kawan. So, aku kena tunggu aku upgrade windows baru boleh tau.. wkwkwk

      Delete
    4. Aku jelez!!!!!!!! nak cintiq!!!!!!

      Delete
    5. peeergh... cintiq siot, power tuh... haiyoo, beli laptop baru la wahai pacikayo, kasi full format pastu jual saja itu laptop otai atau sedekah je laptop otai itu pada adik/anak sedara yg takde laptop... rugi ooo ada cintiq yg power+rega ribuan hinggit tu tapi tak compatible dgn laptop yg ada... aigooo ( -____- )

      Delete
    6. Kaya betul korang ek.
      Ni yang dengki nak beli jugak ni...whahahaha

      Delete
    7. bagi sinila cintiq tuh...kekeke..saje nk nyebok walaupun takdela tau sngt ape beza pen2 tablet ni..aku gune wacom jek..tuh jek mampu..kalau pen mata bolat tuh boleh conteng atas skrin laptop, lama dah aku buat..XP

      Delete
  2. Lepas baca entri ni, nak pergi check cameras saya. Hampir semua cameras saya ada bateri dalam tu. Takut pula kalau leak macam ni.

    Bawa bersabar ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Farah
      Sila check cik Farah,
      takut2 nanti terlambat plak, jadi laa macam saya ni...hehehe

      Delete
  3. Oooh, kesian hang cEro... semoga dapat mencari stylus baru yang compatible dengan graphic tablet hang tu :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. @plain83
      Aku rasa satu cara nak dapat stylus yg compatible dgn tablet aku tu adalah dgn beli baru satu tablet yg sama jenama...hahahah
      Tapi rasanya kalau nak beli, aku beli yg jenama tahan sikit laa, seperti yg dicadangkan Aujinz dan Day di atas.

      Delete
    2. oh ya baru2 ni aku ada survey wacom bamboo kat lelong dot com, below RM400... *slurp*, macam naaak~ X3

      Delete
    3. @plain83
      Abang aku kata, kalau nak beli lelong kalau boleh beli COD sbb banyak kes tipu dah sekarang ni, tmbahan plak jenis yg harga menarik minat tu...
      Tapi aku pon rasa nak beli bila dgr below rm400...hehehe

      Delete
  4. jap, lukis guna sticky note dan pen kan? habis, scan masuk blog guna apa? :O
    lukis guna tetikus je macam gua ni bero, mudah dan sedap ><

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Zyra Roxx
      Itu satu soalan yang sangat bernas. Aku tunggu je siapa yg bernas nak bertanya.
      Aku lukis atas sticky notes guna pen, then aku snap gambar guna kamera digital, transfer ke laptop dan edit guna paint.
      Renyah kerjanya, tu yg prefer scanner lagi tu...hehehe

      Delete
  5. kena carik scanner cepat ni bero huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Boss of Noob
      Baik Boss,
      scanner mmg dah on the way...hehe

      Delete
  6. adoiii banyaknyaa dugaan hang..hahaha..mohon sabar lah..atleast sticky note pun boleh jugak update

    ReplyDelete
    Replies
    1. @mashy_entah
      Hahaha...marah dan kecewanya cuma sehari je...
      After that redha je laa, menanti cabaran yg seterusnya dgn tangan terbuka
      **pergh! Ayat...**

      Delete
  7. waahhh graphic tablet.aku tak pandai lukis so aku rasa graphic tablet sangat woahhhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Miss Fireflies
      Aku pon ada perasaan di mana setiap kali aku terdengar perkataan 'graphic' dan 'tablet' aku akan jadi wooaahhhhh!!!

      Delete
  8. nice sgt dia pnya komik..bole jd kartunis nih.....sgt jealoussssssssssss!wakwakwak......sila beli tablet baru....beli tuk kita jugak :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. @aiman mania
      Alaa...Aiman beli laa satu untuk diri sendiri, satu untuk aku jugak...hahahah

      Delete
  9. bila gajet kesayangan problem, separuh jiwa ku pergi T_____T
    bebaru ni 'private jet' aku 'sakit'. ribuan ringgit jugak melayangnye sobss sobbs


    hang x guna scanner / graphic tablet pon dah ckup sempoi mempoi dah lukih cero weyh =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. @anamizu
      Sedih, kan???

      Jangan puji lebih sangat, nanti kembang lubang hidung...hahahah

      Delete
  10. bukan air mata hijau dah ni, air mata pelangi dah ni hahahaha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Khairulsyarafi Ruang Monolog
      Hahahah...
      Kalau air mata pelangi dah banyak sangat kaler nanti...hehehe

      Delete
  11. adik beradik hulk nih....airmata ijo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Lee-kun
      Wahaha...baru laa dramatik sikit air mata hijau :)

      Delete
  12. bero, ko pakai genius tablet eh?aku pakai yg tu sbb murah dan ia mmg guna bateri hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nazha anua
      Betul laa bro. Jenama Genius.
      Sebab masa aku beli tu ada promotion, tu yg rembat tu...
      Tapi promotion pon tiga angka jugak, kan?
      Hehehe

      Delete
  13. wohh serius lahh bateri dia cair keluar warna hijau? dah berapa kurun lah tu simpan sampai jadi cenggitu sekali.HAHAHAH

    hang guna sticky notes & pen Pilot WIngGel 0.7 Black pun, tetap cantik hasil dia.
    *jeles*

    ReplyDelete
    Replies
    1. @nanadhoi
      warna hijau tu datang dr papan litar dalam pen tu. Air bateri cairkan papan litar tu sekali, sbb tu jadi warna hijau.

      Aku guna sticky notes dan pen, tapi jangan lupa aku juga gunakan paint utk edit...hehehe

      Delete
  14. pergh... menangis air mata hijau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @Amna Shark
      Sedih kan? Sedih kan?? Hehehe

      Delete
  15. LAMA NYAA CERO AKU TAK TENGOK KOMIK KAU NI
    :D aa rindu cero!

    ReplyDelete
    Replies
    1. @si nelayan
      Siapa suruh kau lama menghilang...kan dah rindu.
      Hehehe

      Delete

"It's not what you've got, it's what you do with it." - cEro, 2026